Angka 17 menjadi angka bertuah buat Danish Adham Nuqman Soon, 17 tahun.
Pelajar seni kulinari di Kolej Vokasional Langkawi itu telah membanggakan negara setelah memenangi 17 pingat di Kejohanan Chef Dunia 2019 minggu ini. Kejayaan itu tidak disangka oleh remaja itu sendiri apabila namanya dipanggil berulang kali untuk ke hadapan menerima hadiah sehinggakan para juri terkejut.
"Saya sendiri tak menyangka akan memenangi kategori-kategori itu kerana saya berhadapan dengan pesaing yang lebih berpengalaman. Kejayaan ini adalah momen manis untuk saya dan keluarga," kata Danish yang ingin meneruskan cita-citanya menjadi seorang chef selebriti.
Ads
Di samping kategori serius yang dimenanginya, Danish turut membawa pulang trofi untuk kategori 'Outstanding Hot Cooking Chef'. Peserta termuda dalam kejohanan itu sering mendapat galakan daripada guru dan ibu bapanya untuk mengikuti pertandingan memasak ketika di sekolah.
Ads
Penyertaan itu bukan saja untuk bertanding semata-mata tetapi ia juga memberikan keyakinan kepada Danish untuk mengatasi masalah anxiety yang dihadapinya.
Persembahan lagu Sembah nyanyian asal Naim Daniel oleh Firdaus Rahmat di pentas Big Stage 2023 semalam nyata memberi impak kepada momentumnya dalam program nyanyian realiti itu.
Bercakap kepada REMAJA selepas konsert minggu ketujuh melabuhkan tirainya, Firdaus, 25 tidak menyangka percaturan lagu yang dipilih oleh Dato’ Ramli MS untuknya itu ‘menjadi’ lalu membolot kedudukan kedua terbaik dengan pungutan markah sebanyak 85% di belakang Nadeera Zaini.
Ihsan Foto: Astro
“Jujurnya saya terkedu mendengar komen-komen juri minggu ini. Sangat-sangat positif. Saya pun tak sangka akan mendapat markah sebanyak itu kerana bagi saya, ia benar-benar melangkaui jangkaan.
“Persembahan kali ini memang 100 peratus dari hati saya dan hampir ternangis juga di atas pentas tadi. Saya berjaya kawal balik agar tidak teremosi. Ini kerana mesej lagu itu sendiri amat berat intepretasinya bagi saya,” katanya yang membina nama terlebih dahulu menerusi single berjudul Test Drive untuk drama hit, Projek: High Council.
Bangkit Daripada Sakit
Bukanlah untuk membandingkan corak persembahan Firdaus pada minggu ketujuh ini dengan apa yang dipersembahkannya pada minggu kelima menerusi lagu Coba nyanyian asal Faizal Tahir. Namun jelas, sinar potensi yang ada padanya kali ini lebih mengilau sehingga mendapat tepukan gemuruh penonton di auditorium.
Jelas Firdaus, selain daripada pemilihan lagu yang tepat; dirinya juga kini kian pulih daripada sakit tekak yang dialaminya.
“Alhamdulillah, dua minggu lepas saya tidak berapa perform disebabkan faktor kesihatan hingga tidak ada suara. Jadi pada minggu ini saya berjaya bangkit semula walaupun kesihatan saya hanya hingga tahap 90 peratus,” katanya.
Bercakap mengenai idea di sebalik persembahan Sembah ini, REMAJA bertanyakan sekiranya Firdaus ada melakukan perbincangan dengan penyanyi asalnya, Naim Daniel.
“Konsep ini daripada saya dan pasukan sendiri. Ada juga saya berborak dengan Naim tapi sekadar untuk mendapat kebenarannya untuk ‘godek-godek’ lagu ciptaannya agar ia menjadi versi saya.
“Katanya, ‘Kau godeklah lagu tu. Kau buatlah’. Saya memang nak jadikan versi ini milik Firdaus Rahmat dan bukannya versi Naim Daniel featuring Man Kidal.
“Berat juga kalau hendak cerita (idea persembahan). Bagi saya, lagu ini melibatkan hubungan kita sebagai manusia dengan Tuhan. Bagi Naim mungkin maksud lagu ini berbeza, tetapi ini interpretasi saya.
“Apa yang saya faham dengan lagu ini adalah saya ‘diikat’ dengan cinta yang saya sendiri tidak mahu. Dalam suci ada debu, dalam kotor ada bersih dan dalam suka ada duka. Oleh itu, dalam percintaan pasti ada peritnya untuk kita menanggung perasaan itu.
“Apa pun yang terjadi, harapan kita seharusnya kepadaNyA dan bukan kepada manusia,” jelas Firdaus lagi.
Bersedia Berjuang
Apa juga kritikan dan pendapat yang diberikan oleh Ajai dan Aina Abdul akui Firdaus diambilnya penuh serius demi memperbaiki dirinya untuk dibawa dari minggu ke minggu. Selain daripada memperbaiki skil nyanyiannya, Firdaus turut memandang serius faktor kesihatan agar mentalitinya tidak mudah ‘koyak’.
“Kejayaan pada minggu (ketujuh) ini membakar semangat saya untuk meneruskan perjalanan. Agak tertekan juga (dengan markah yang diterima kali ini).
“Saya akan cuba mengekalkan markah ini pada minggu-minggu mendatang dan paling penting, saya akan cuba puaskan hati saya dahulu dengan apa yang telah saya persembahkan,” simpulnya.
All the best Firdaus Rahmat!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa dapat lupakan bagaimana kumpulan K-pop bertaraf penghibur antarabangsa, BTS seakan ‘dimanipulasi’ oleh penganjur anugerah Grammy beberapa bulan lalu.
Peminat mereka, Army mempersoalkan tindakan Grammy yang seakan menggunakan populariti BTS demi menaikkan rating rancangan anugerah tersebut walaupun BTS gagal membawa pulang kategori Persembahan Pop Duo atau Berkumpulan menerusi lagu Dynamite.
Hari ini, BTS menebus semula kekecewaan di Grammy itu dengan kemenangan berganda di Anugerah Muzik Billboard 2021.
Dynamite dinobatkan sebagai lagu paling laris terjual dengan mengenepikan calon lain seperti I Hop (Charlie Puth), WAP (Megan Thee Stallion), Blinding Lights (The Weeknd) dan Savage (Megan Thee Stallion feat. Beyonce).
Kemenangan yang diumumkan oleh Gabrielle Union itu menambah koleksi kemenangan BTS selepas mereka turut membawa pulang kategori Duo/Group, Social Artist dan Song Sales Artist.
Dalam ucapan mereka, BTS terlebih dahulu berterima kasih kepada Army yang tidak putus-putus memberikan sokongan dari Seoul Korea dan dari seluruh dunia.
Kata RM dalam nada terharu, “Ini adalah satu penghargaan untuk menjadi pemenang bagi kategori signifikan ini.
“Kami ingin kongsikan ‘fresh energy’ dengan semua pendengar lagu Dynamite dan anugerah ini telah membuktikan bahawa kami berjaya melakukannya. Terima kasih banyak-banyak, love you & bless you.
“Terima kasih kerana meminati muzik kami dan terima kasih di atas anugerah yang kami menangi pada malam ini,” ujarnya.
Untuk pengetahuan, Dynamite berjaya berada dalam carta Billbboard Hot 100 selama 32 minggu berturut-turut setelah berjaya mendaki tangga pertama pada 4 September 2020. Ia sekaligus menjadikan BTS sebagai penghibur yang sepenuhnya berasal dari Korea Selatan pertama yang berjaya memperolehi kejayaan tersebut.
Terdahulu pada Jumaat minggu lalu, BTS memecahkan rekod mereka sendiri di YouTube setelah video klip untuk single terbaru, Butter mencatatkan jumlah tontonan tertinggi dalam tempoh 24 jam mengatasi single Dynamite pada tahun lalu.
Bintang K-Pop terkenal, Jungkook BTS baru-baru ini mencuri perhatian menerusi sisi manis dan beliau terhadap orang sekeliling apabila kisah terbaru mengenai dirinya tular dalam kalangan peminat serta staf produksi yang pernah bekerjasama dengannya.
Menerusi sebuah video temubual bersama WIRED, Jungkook atau nama sebenarnya Jeon Jungkook (29) tampil mendedahkan bahawa beberapa pengalaman hidupnya termasuk latihan ketenteraan yang dilaluinya turut membantu membentuk kemahiran memasak yang dimilikinya hari ini, sekaligus menguatkan lagi reputasi beliau yang dikenali sebagai ‘golden maknae’ BTS yang serba boleh.
Dalam perkongsian tersebut, Jungkook turut menjelaskan bahawa beliau mempelajari asas memasak ketika berada dalam perkhidmatan tentera.
“Saya belajar kemahiran menggunakan pisau semasa dalam tentera,” katanya sambil menjelaskan bahawa dirinya kini selesa memasak sendiri dengan bantuan video pembelajaran dalam talian.
Di samping itu, anggota lain, Jimin pula mendedahkan bahawa Jungkook pernah mengalami kecederaan kecil pada tangan ketika memasak sepanjang tempoh perkhidmatannya, sekaligus memperlihatkan betapa serius dan komited dalam aktiviti tersebut.
Dalam perkembangan lain, Suga berkongsi bahawa Jungkook pernah menyediakan sendiri 200 biskut jenis ‘Dubai chewy cookies’ untuk staf di sebuah lokasi penggambaran, manakala Jin turut mendedahkan kejadian hampir sama apabila Jungkook membawa jumlah biskut yang sama pada kesempatan berbeza.
Menariknya, beberapa ahli kumpulan BTS memaklumkan mereka belum sempat merasai biskut tersebut, Jungkook dilihat memberikan respons cukup mesra dan santai. “Saya akan buat lagi malam ini,” katanya ringkas sekaligus meraih perhatian kerana sikapnya yang tidak kedekut berkongsi hasil masakannya.
Selain itu, beberapa ahli BTS turut memuji kemahiran memasak Jungkook yang semakin baik, sehingga J-Hope menyatakan bahawa beliau mampu menyediakan pelbagai hidangan seperti pasta dan pizza. Manakala V pula mendedahkan Jungkook sering memasak sendiri di rumah apabila mempunyai masa lapang.
Perbualan tersebut turut menyentuh mengenai gelaran popular ‘golden maknae’ yang sering dikaitkan dengan Jungkook, dengan RM menjelaskan bahawa ia merujuk kepada kebolehannya yang menyeluruh sejak awal kemunculan BTS, sekaligus mengukuhkan lagi imejnya sebagai ahli termuda yang berbakat besar dalam kumpulan itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!