Kita semua tahu rakyat Malaysia sememangnya kreatif belaka dan memiliki idea-idea baru untuk dikeutarakan setiap hari.
Tak percaya? Layari sahaja ke platform TikTok dan kami jamin, korang pasti dapat mencari video-video yang menampilkan kreativiti warga tempatan. There is – just – too many of them.
Bagaimanapun, ciptaan baharu yang satu ini memang lain daripada yang lain.
Jenama minuman air pilihan ramai, Spritzer dengan kerjasamanya dengan jenama hijab popular, TudungPeople telahpun memperkenalkan koleksi selendang dengan paten flora edisi terhad daripada botol plastik – yes – yang dikitar semula.
Percaya atau tidak, setiap selendang yang telah tersedia sejak 24 Mei 2023 ini menggunakan lapan botol plastik yang dikitar semula untuk menghasilkan material fabriknya.
Selain selendang, Spritzer dan TudungPeople juga turut menghasilkan pengikat rambut ‘scrunchie’ daripada bahan kitar semula sama.
Sekali imbas, sukar untuk mempercayai ia diperbuat daripada botol plastik. Rekaannya menggambarkan imej flora hutan huang dengan warna biru firus sebagai latar. Kelihatan motif bunga orkid, paku-pakis dan daun monstera menghiasi kedua-dua produk.
Bukan itu sahaja, setiap seledang juga didatangkan dengan beg saku yang boleh diguna semula bagi menyimpan selendang korang itu.
Ads
Setiap helaian selendang dan bag saku dijual pada harga RM179, manakala scrunchie pula pada harga RM25. Korang juga boleh mendapatkannya secara set pada harga RM184. Barulah lengkap penampilan!
Menurut Spritzer, idea kerjasama dengan TudungPeople ini adalah selari dengan usahanya menuju ke masa depan yang lestari dengan mengalakkan amalam lestari seperti mengitar semula.
Ads
Sebagai syarikat yang terkenal dengan air mineral yang kaya dengan silika, Spritzer juga ingin mendorong kesedaran tentang kepentingan air bersih dalam kehidupan seharian dan semua itu hanya boleh terjadi sekiranya kita terus memelihara alam sekitar.
Berminat? Haa, dapatkannya di laman sesawang rasmi TudungPeople dan Spritzer.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi korang yang mempunyai masalah resdung, situasi gatal hidung dan sering terbersin tu dah jadi perkara biasa dan agak menjengkelkan.
Mana tahan beb kalau hidung tu asyik gatal sampai ada yang rasa macam nak cabut hidung tu. Hiks!
Serious wey, hanya orang yang ada resdung je yang akan faham situasi ini.
Ramai yang mungkin masih tercari-cari ubat yang sesuai untuk menangani masalah resdung. Lelaki ini telah pun berkongsi satu ubat yang telah digunakannya untuk merawat resdung bersin, alahan dengan seafood dan badan gatal-gatal pun boleh guna.
.
Al-kisahnya, lelaki ini mempunyai masalah resdung yang teruk dan perlu kerap berjumpa doktor untuk ambil ubat. Kalau ambil ubat makan saja memang lambat baik, jadi doktor sarankan untuk ambil nasal spray ini juga.
Sebelum korang nak beli tu, sila refer dengan doktor terlebih dahulu ya.
Tapi ingat, jangan overdose. Pakai spray ni sekali saja pada waktu pagi atau malam.
.
.
Ramai juga yang dah gunakan ubat spray ini dan kebanyakkan mereka memang berpuas hati dengan hasilnya.
.
.
.
.
.
Sejujurnya, penulis pun pernah menggunakan ubat ini atas nasihat doktor. Memang terbaiklah. Lepas guna kurang sikit bersin waktu pagi.
Nah, kalau korang nak try bolehlah dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu ya?
Pernah tak bila nak pergi kerja atau nak keluar kita dah siap-siap pakai baju baru perasan baju tu tiba-tiba jadi melekap pada badan.
Atau pun dah penat-penat gosok tudung tapi bila pakai tak menjadi sebab asyik melekat kesan daripada elektrik statik. Tension kan!
Biasanya itulah kali terakhir kita pakai baju atau tudung sebegini sebelum kita simpan terus dalam almari.
Kalau terjadi ini lakukan 5 tip ini untuk menghilangkan kesan elektrik statik tersebut.
1. Gesel pakaian dengan penyangkut baju jenis besi
Logam ini bertindak menyerap bahan yang menghasilkan elektrik statik itu. Atau boleh juga gosok logam pada kulit sebelum mengenakan pakaian ini terutamanya kain sutera.
2. Selit pin di bahagian dalam pakaian
Pin yang diperbuat dari logam ini akan menyerap elektrik statik yang terhasil dan mencegah kain dari menempel pada kulit.
3. Guna spray rambut
Semburkan penyembur rambut biasa pada pakaian kemudian barulah dipakai. Jaga jarak supaya cairan tidak meninggalkan bekas pada pakaian.
4. Sembur dengan air
Masukkan air dalam bekas penyembur lalu sembur pada bahagian kain yang melekap pada kulit.
5. Lembapkan kulit
Sapu losyen pada bahagian badan di mana pakaian melekap pada kulit. Lembapan ini akan menghilangkan kekeringan kulit yang menyebabkan pakaian melekat.
Cara mencegah
Elektrik statik ini terhasil apabila pakaian bergesel ketika proses membasuh pakaian. Anda boleh mencegah ia terjadi dengan:
Masukkan cuka putih ketika proses membilas pakaian. Elak dari meletakkannya bersama dengan sabun. Cuka putih boleh melembutkan kain dan mencegahnya dari menjadi keras dan kering.
Masukkan kertas aluminium yang dijadikan seperti bebola ke dalam mesin cuci masa membasuh pakaian. Tapi masukkan ia sewaktu baru memulakan cucian, bukan sewaktu pengeringan.
Jika pakaian terkena elektrik statik selepas dikeringkan kemungkinan pakaian ini terlebih kering. Sebaiknya gunakan suhu rendah atau kurangkan waktu pengeringan.
Dua graduan OKU penglihatan dari Universiti Malaya (UM), Partiban A/L Perumal dan Nur Izhan Fathi bin Saipul Anuwar, berjaya menamatkan pengajian mereka dalam Istiadat Konvokesyen UM Ke-64.
Nur Izhan, yang merupakan graduan dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi, meluahkan rasa bangga dan terharu dapat hadir ke majlis konvokesyen bersama keluarga.
“Sokongan keluarga, rakan-rakan, dan pensyarah menjadi tonggak kejayaan saya, walaupun saya mempunyai kekurangan. Hari ini, saya berasa sangat bangga dapat bergraduasi di dewan bersejarah ini, tempat yang sama di mana ibu saya juga pernah bergraduasi,” kata Nur Izhan.
Nur Izhan, yang minat dalam seni dan kreatif, bercita-cita untuk meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut.
Menurut Partiban pula, graduan dari Jabatan Pengajian Asia Tenggara, pula berkongsi bahawa hari konvokesyen ini adalah detik yang dinanti-nantikan. Beliau menganggap sokongan daripada adik-adik dan keluarga sebagai pendorong utama sepanjang pengajian.
“Kenangan yang paling tidak dapat dilupakan ialah semasa tahun pertama saya di Universiti Malaya pada tahun 2020, iaitu ketika kemuncak pandemik Covid-19.
“Saya memilih untuk menginap di Kolej Kediaman dan belajar untuk berdikari sepanjang pengajian,” kata Partiban dengan penuh kebanggaan.
Pada tahun ini, Istiadat Konvokesyen UM Ke-64 menyaksikan seramai 9,253 graduan diarak dalam 16 sidang, yang berlangsung dari 30 November hingga 8 Disember 2024. Istiadat pembukaan sidang pertama telah disempurnakan oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Canselor Universiti Malaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UM News Portal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!