Bagi yang berhijab, pemilihan tudung yang tepat dan bersesuaian dengan gaya pasti menjadi satu penanda aras dalam menentukan stail yang menarik. Tidak kiralah jika tudung tersebut hadir dalam nada polos mahupun bercorak, fabrik, kelebaran dan warna memainkan peranan.
Terbaharu, jenama tudung terkini Roos Scarves telah hadir dengan konsep corak cetakan mawar untuk keseluruhan rekaan yang dipersembahkan. Mengambil insprasi dari ribuan jenis bunga Mawar seluruh dunia, setiap rekaan memiliki nilai estetika yang tersendiri.
Nama Roos yang digunakan bermaksud Bunga mawar dalam bahasa Dutch. Hadir dengan tagline ‘The Bloom of Beauty’, ungkapan tersebut menggambarkan semangat yang dibawa saat menghasilkan setiap rekaan tudung.
Ads
Menurut pengasas bersama jenama ini, Encik Safiudin, “Kami sudah menjalankan kajian kebolehpasaran hijab selama setahun bermula Mac 2022. Dari situ kami yakin walaupun pelbagai jenama hijab sudah membanjiri pasaran negara. Roos Scarves masih ada tempat di hati wanita yang bertudung.”
Ads
Menarik mengenai proses pembuatan tudung ini, setiap corak yang dihasilkan bukanlah direka secara digital semata-mata. Sebaliknya corak tersebut terlebih dahulu dilukis terlebih dahulu sebelum diolah dan dicetak pada helaian tudung.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Februari lalu penulis pernah membuat liputan mengenai kemenangan wanita berusia 27 tahun ini. Engfa Waraha merupakan seorang peserta pertandingan realiti nyanyian The Voice sebelum berjaya mengungguli dunia ratu cantik apabila dinobatkan sebagai Miss Grand Krung Thep Maha Nakhon @ Bangkok 2022.
Nampaknya rezeki memihak kepada dirinya sekali lagi apabila dia diangkat sebagai juara baharu Miss Grand Thailand 2022. Dalam acara yang berlangsung meriah di SHOW DC Hall di Bangkok pada Sabtu, Engfa berjaya mengalahkan 76 peserta lain.
Engfa bersama Nawat yang merupakan pengasas Miss Grand International.
Sejurus selepas dimahkotakan, wanita bersuara merdu ini membuat dedikasi khas di laman Instagram. Ujarnya, “Saya sangat bangga dengan diri saya kerana akhirnya berjaya menghadiahkan mahkota emas ini kepada ibu. Terima kasih juga kepada En. Nawat kerana percaya dengan diri ini. Anda melihat potensi yang mana ramai tidak mampu melihatnya.
“Saya tidak akan berhenti memajukan diri dan saya akan melakukan yang terbaik sebagai Miss Grand Thailand 2022. Terima kasih juga kepada peminat yang sentiasa menyokong saya. Akhir sekali terima kasih kepada keluarga kerana menjadi sumber kekuatan dan juga memberi energi positif setiap masa.”
Menjadikan kemenangannya lebih manis, tahun ini merupakan tahun kesepuluh pertandingan itu diadakan dan ia disambut dalam suasana penuh gemilang. Pada malam itu dia dimahkotakan oleh Miss Grand Thailand 2021, Indy Johnson. Seiring dengan kemenangannya, Engfa bakal mewakili negara gajah putih itu di peringkat antarabangsa yang bakal mengambil tempat di Bali, Indonesia
Berdiri dengan ketinggian 170 cm, dia kini berada di tahun keempat pengajian ijazah Sarjana Muda di Universiti Valaya Alongkorn Rajabhat. Wanita anggun ini menonjolkan gabungan bakat, kecantikan dan keanggunan, yang menjadikannya perwakilan yang kuat untuk Thailand di platform antarabangsa.
Bersama rakan-rakan seperjuangan yang berjaya ke peringkat top 10 di Miss Grand Thailand 2022.
Sepanjang pertandingan berlangsung, Engfa bukan sahaja memenangi gelaran utama, bahkan dia juga menjadi pemenang kepada dua gelaran kecil yang lain iaitu Miss Photogenic dan Best Skin Award.
Selain dirinya, empat lagi peserta yang berjaya berada di kedudukan lima terbaik ialah Amanda Jensen, Thanawan Wigg, Nesa Mahmoodi dan Suphatra Kilangprom. Mereka masing-masing berada di kedudukan kedua, ketiga, keempat dan kelima.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Agak malang nasib yang dihadapi produksi filem aksi, James Bond.
Bukan sekali, bukan dua kali tetapi filem ini telah ditangguhkan tayangannya beberapa kali disebabkan situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak 2020.
Akhirnya pada minggu ini, peminat francais James Bond boleh menarik nafas lega dan merasa teruja apabila filem terbarunya berjudul No Time To Die telah selamat ditayangkan secara rasminya.
Bertempat di London, ia telah meraikan ulang tahun James Bond ke-60. Bukan hanya para pelakonnya seperti Daniel Craig dan Rami Malek yang meraikan tayangan perdana itu.
Mereka bertuah apabila majlis tersebut menyaksikan pasangan diraja Britain iaitu Putera Charles, Camilla Parker-Bowle, Putera William dan Kate Middleton mencemar duli untuk sama-sama memeriahkan acara yang cukup penting bagi dunia seni di bumi Inggeris itu.
Sebagai tetamu yang diraikan, tumpuan jelas terarah kepada Kate Middleton dan semua tidak sabar menantikan pemilihan gaun bagaimanakah yang akan disarungkan beliau. Ini kerana Kate jarang sekali mengecewakan peminat diraja Britain setiap kali beliau berjalan di karpet merah (which is rare).
Sekali lagi, Kate berjaya mencuri tumpuan apabila beliau tampil dalam persalinan gaun sekuin serba keemasan yang direka khas oleh pereka fesyen Inggeris, Jenny Packham dengan potongan cape dramatik.
Kate Middleton bertemu pemain utama No Time To Die, Daniel Craig. Dengan cerita, Daniel menyebut, “Jolly good”.Kate Middleton berjabat tangan dengan penyanyi lagu tema filem No Time To Die, Billie Eillish sambil diperhatikan oleh abang Billie, Finneas.
Fun Fact! Gaun ini rupa-rupanya MEMANG merupakan gaun yang direka Jenny untuk disarungkan oleh seorang ‘Bond Girl’.
Kongsi Jenny, gaun ini adalah sebahagian daripada koleksi kapsul kolaboratif dengan EON Production sempena kemunculan filem James Bond kali ini.
Koleksi kapsul ini terdiri daripada lapan gaun khas oleh Jenny Packham sebagai ‘penghormatan’ atau ‘tribute’ kepada lapan karakter wanita yang pernah mewarnai francais filem James Bond.
Cumanya, demi mematuhi kod pemakaian Kate, gaun asal yang mempunyai potongan yang lebih seksi pada bahagian dada telah dinaikkan sedikit menjadi potongan ‘V-neck’.
To celebrate the forthcoming 60th anniversary of James Bond, @jennypackham has collaborated with EON Productions on an exclusive capsule collection of evening wear gowns. The eight designs pay homage to the series’ legacy of powerful female characters. pic.twitter.com/YNDSuehpHn
Selain gaun Kate Middlton, gaun lain termasuklah persalinan:
Gaun sutera jingga
‘Wrap dress’ mengilau
dan gaun hitam dengan perincian lengan telus pandang (transparent).
Dalam pada itu, ramai juga beranggapan Kate melakukan ‘tribute’ kepada mendiang Puteri Diana yang pernah menyarungkan gaun metalik dengan potongan bahu ‘statement’ dan bahagian bodice yang kelihatan seakan sama.
Untuk pengetahuan, Diana memakainya untuk tayangan perdana filem James Bond A View to a Kill pada tahun 1985.
Pendapat ini sebenarnya boleh diterima kerana Kate kerap juga menjadikan Diana sebagai inspirasi fesyennya dan selalu mencuri peluang untuk melakukan ‘tribute’ kepada mendiang ibu mertuanya itu.
Itulah yang berlaku kepada Naib Juara pertandingan ratu cantik Miss Dubai 2019, Kristina Dukhina setelah dirinya ‘kantoi’ memiliki lebih setengah kilogram (kg) dadah jenis mephedrone semasa serbuan pihak polis di apartmen mewah miliknya.
Serbuan yang dilakukan di Moscow, Rusia menyaksikan Dukhina, 36 yang juga merupakan pemilik sebuah agensi peragaan bernama Black Sea Models ditahan setelah dia disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.
Jika menurut Kanun Jenayah Persekutuan Rusia, Dukhina boleh berdepan hukuman penjara selama 20 tahun akibat kesalahan tersebut. Ini kerana Dukhina juga sedang disiasat berhubung penyediaan dadah secara haram untuk dijual.
Sebagai info, selain memegang gelaran Naib Juara Miss Dubai 2019; Dukhina juga pernah memenangi sebuah pertandingan ratu cantik Grand Prix Miss Federation disusuli sebuah pertandingan ratu cantik Rusia pada 2020.
Tinjauan REMAJA pada akaun Instagram milik Dukhina mendapati dia telah lama tidak mengemaskini akaun; dengan kali terakhir dia memuat naik foto adalah pada bulan Februari lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...