Nama Eileen Feng Gu terus melonjak naik sejak menjadi juara ski semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Beijing.
Sukan ski Olimpik Musim Sejuk baru sahaja berakhir dan menemui juaranya. Tahun ini juga, acara sukan musim sejuk bertaraf dunia berpusat di bandar Beijing. Pemain ski gaya bebas, Eileen Gu mengagumkan orang ramai dengan bakatnya walaupun baru berusia 18 tahun.
Apabila dilakukan ‘kajian’ dengan lebih mendalam, berikut merupakan fakta tentang Eileen Gu, bukan hanya seorang atlet ski muda di Sukan Olimpik Beijing 2022 ya.
Eileen Gu ialah seorang atlit ski dari San Francisco, Amerika Syarikat. Dia mula bermain ski pada usia lapan tahun.
instagram.com/eileen_gu_
2. Populariti Eileen meningkat sebanyak 10 kali ganda. Kini dia mempunyai lebih daripada 2 juta pengikut di Weibo dan memperoleh tajaan sukan yang banyak.
instagram.com/eileen_gu_
3. Semenjak mewakili China, Eileen telah menempatkan dirinya pada tujuh tempat pertama kejohanan dunia menerusi gaya halfpipe, slope style dan big air.
“Saya selalu mengatakan matlamat saya adalah untuk menyebarkan sukan yang saya sukai secara global kepada kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak perempuan. Dan untuk mengalihkan budaya sukan ke arah yang didorong oleh keghairahan serta minat” – Eileen Gu.
Ads
4. Atas sebab keselamatan, ibunya memilih untuk mendaftarkan Eileen Gu dalam latihan ski.
instagram.com/eileen_gu_
5. Pada usia 18 tahun, Eileen Gu bersedia untuk memenangi emas di Sukan Olimpik Beijing 2022. Walaupun berasal dari Amerika Syarikat, beliau akan mewakili China di Sukan Olimpik Musim Sejuk. Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi Eileen Gu,
Bersama ibunya
Ads
6. Beliau menjelaskan bahawa beliau ingin mempromosikan sukan salji terutamanya ski di China. Di China, sukan salji tidak diketahui secara meluas dan hampir tiada tahap profesional. Eileen mahu mewakili dan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk bermain ski di China
instagram.com/eileen_gu_
7. Eileen juga adalah seorang model jenama mewah antarabangsa. Menjadi model di bawah IMG Models, Eileen telah membintangi kempen jenama fesyen mewah seperti Fendi, Gucci, Louis Vuitton, Chanel dan banyak lagi.
Yang terbaru Eileen merupakan duta global untuk jenama barangan kemas Tiffany & Co., dan duta jenama pembuat jam tangan Switzerland iaitu IWC Schaffhausen.
Wabak COVID-19 juga telah menjadi halangan terbesar kepada atlet seluruh dunia dan Beijing sendiri sebagai tuan rumah.Beijing terpaksa menetapkan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan memperkenalkan ‘gelung tertutup’ bagi membendung penularan wabak sewaktu temasya empat tahun sekali itu dianjurkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan nahas pesawat China Eastern Airlines Boeing 737-800 yang membawa 132 orang terhempas semalam di kawasan pergunungan dekat selatan China, media tempatan sana melaporkan masih tiada tanda-tanda menunjukkan ada mangsa yang terselamat buat setakat ini.
Ia juga menggambarkan keadaan pesawat yang telah terbahagi kepada beberapa bahagian serpihan yang berselerak di lereng gunung yang penuh dengan tompokan kebakaran. Kata pegawai jabatan pengurusan kecemasan wilayahnya, Chen Jie; kebakaran berjaya dipadamkan dan mereka akan meneruskan dengan operasi menyelamat pula.
Sumber Foto : Reuters
Tanpa menyatakan jumlah orang yang terbunuh, syarikat penerbangan China Eastern telah mengeluarkan kenyataan takziah ke atas penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas. Tiada penumpang warga asing berada di dalam pesawat tersebut, catat mereka.
Sementara itu, syarikat Boeing pula berkata mereka bersedia bagi membantu operasi menjejaki punca kejadian dan telah berhubung dengan Pengawal Selia Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat mengenai insiden ini.
Pada masa yang sama, Boeing dan China Eastern menggesa agar tiada spekulasi pra-matang dikeluarkan berkenaan punca kejadian memandangkan nahas seperti ini selalunya melibatkan beberapa faktor yang saling berhubung kait.
Kata Presiden China, Xi Jinping kepada penyiar tempatan CCTV, pihaknya telah menggesa pasukan penyiasat untuk menentukan punca nahas secepat mungkin serta menggerakkan operasi mencari dan menyelamat ke lokasi kejadian.
Sumber Foto : Reuters
Terdahulu, media China semalam menyiarkan klip rakaman daripada ‘dashcam’ kereta di lebuh raya berdekatan yang menunjukkan sebuah pesawat terjunam ke tanah. Pesawat dilaporkan sedang mula mengurangkan ketinggian sebagai persediaan untuk mendarat di Guangzhou.
Sumber : AGENSI
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Polemik rumah tangga antara pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada nampaknya masih belum berakhir lagi.
Hari ini, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan pelakon itu bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak pada 28 Mac ini.
Menurut laporan Berita Harian, perintah tersebut dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah, selain dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Sumber: Utusan Malaysia
“Tertuduh diarahkan tidak mengganggu mangsa, selain pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
“Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dan tarikh 9 Jun ini bagi sebutan semula kes, selain laporan perubatan mangsa dan laporan penilaian psikiatri tertuduh,” kata hakim itu.
Pelakon drama popular Tundukkan Playboy itu sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya dua minggu lalu, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim.
Berdasarkan pertuduhan itu juga, Hafidz didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada dengan cara menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mengalami luka, lebam serta bengkak di pipi kiri.
Terdahulu, pelakon terbabit berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga mereka menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang. Pelakon itu kemudian menceraikan isterinya dengan talak satu pada 23 Februari lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Internet kini bukan lagi dianggap sebagai satu bentuk medium untuk hiburan atau meluangkan masa. Internet kini sudah menjadi satu bentuk KEPERLUAN yang sangat penting apatah lagi untuk generasi muda seperti korang.
Malah di antara golongan terbesar menggunakan data Internet terbesar dalam masyarakat ialah golongan remaja dan muda. Dan menyahut seruan dan janji kerajaan kepada Malaysia Baharu, harga broadband atau Internet jalur lebar akan dikaji dan diturunkan harga.
Kita sebagai pengguna internet pun boleh buat pilihan nak broadband yang terbaik di iMoneyikut bajet, kelajuan dan keperluan kita. Menarik kan?
Dalam kenyataan terbaru oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, harga jalur lebar tetap di negara kita bakal diturunkan sekurang-kurangnya 25 peratus. Ia berikutan pelaksanaan Standard Mandatori bagi Harga Capaian (MSAP) sejak 8 Jun lepas.
Foto: BERNAMA
“Pihak yang berkaitan kini dalam perbincangan untuk menetapkan harga borong dan proses tersebut dijangka berakhir pada Julai atau Ogos yang mana selepas itu pakej jalur lebar pada harga lebih rendah akan diperkenalkan kepada pengguna,” katanya.
Tambah beliau lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melaksanakan MSAP pada 8 Jun lepas (2018) yang berkuat kuasa mulai 1 Jan tahun ini.
Gobind berkata, SKMM turut diminta mempertimbangkan langkah lain yang boleh menurunkan lagi harga jalur lebar dan memantau harga jalur lebar di negara ini supaya harga pakej permulaan adalah munasabah untuk semua rakyat.
Sebagai perbandingan negara jiran, Thailand menawarkan harga 50 Mbps sebanyak RM74, Singapura RM134 untuk 1 Gbps manakala Malaysia RM120 untuk hanya 10 Mbps.
Polisi MSAP mengenakan harga siling borong bagi pihak pembekal kemudahan dan perkhidmatan yang digunakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dalam pasaran.
Penurunan harga borong ini bakal mengurangkan harga pasaran kepada pengguna.
REMAJA menyambut baik penurunan harga ini memandangkan ia akan menjadi lebih murah dan lebih ramai golongan remaja terutama daripada keluarga berpendapatan rendah mampu menikmati Internet.
Semoga penurunan harga ini juga dapat terus menjadi pemacu kepada perkembangan teknologi dan maklumat di kalangan orang muda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.