Sekiranya korang meminati seseorang selebriti Indonesia yang telahpun melangsungkan majlis perkahwinannya, pasti korang tahu betapa mereka menitik beratkan semua persediaan majlis tersebut terutamanya dalam bab persalinan yang akan dipakai oleh kedua pasangan mempelai.
Seperti yang berlaku pada minggu ini, beberapa majlis telah disusun khas untuk pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar. Bagi meraikannya, bukan satu dua persalinan yang mereka sarungkan. Malah sepanjang minggu ini, hampir lima persalinan telah mereka pilih biarpun jumlah tetamu yang hadir tidak sampai 100 orang pun!
Iyalah, bukan selalu nak menikah kan? Jadi apa salahnya untuk membelanjakan lebih sedikit untuk dijadikan kenangan.
Dalam banyak-banyak persalinan tersebut, yang paling mencuri tumpuan penulis adalah set ungu pudar atau lilac yang dipakai Lesti dan Rizky sempena acara membaca al-Quran bersama ahli keluarga kedua-dua belah pihak, kelmarin. Ia kemudian disambung dengan sesi meminta restu daripada ibu bapa mereka.
Lesti yang merupakan seorang penyanyi dangdut berhijab popular di Indonesia kelihatan sopan namun mewah dalam busana longgar serta labuh. Ia sarat perincian seperti butiran batu kristal, bijian mutiara dan motif bunga-bungaan dalam bentuk tiga dimensi.
Ads
Tidak cukup dengan itu, Lesti melengkapkan ‘look’ tersebut dengan selendang yang menghiasi bahagian hijabnya; juga sarat perincian.
Rupa-rupanya, keseluruhan busana ini merupakan hasil ciptaan pereka fesyen Indonesia bernama Ayu Dyah Andari. Ayu menjadikannya lebih istimewa dengan menyediakan sepasang sepatu tinggi dalam fabrik lace berwarna lilac dan ditaburi kristal khas buat Lesti.
Ads
Penulis tidak dapat pastikan berapa jumlah kos bagi busana ini. Namun melihat kepada kehalusan pembuatannya, penuulis pasti korang memerlukan sejumlah bajet yang boleh tahan besar juga bagi mendapatkan hasil sebegini rupa.
Penulis pasti, gaya sebegini akan menjadi popular dalam kalangan bakal pengantin muda di Malaysia yang sedang menunggu waktu kita dibenarkan melangsungkan majlis persandingan.
Bulu roma yang tumbuh lebat adalah hal biasa bagi lelaki. Ini kerana hormon testosterone yang dimiliki akan mempengaruhi pembesaran seksual, otot dan tenaganya.
Bagaimana kalau ada gadis remaja miliki bulu roma lebat hingga boleh nampak seakan misai, lengan dan betisnya? Adakah mereka miliki hormon testosteron seakan-akan lelaki?
Baru-baru ini dunia disajikan dengan berita wanita tumbuh janggut. Wanita ini, Harnaam Kaur dikatakan menderita Polysyctuc Ovary yang mana bulu roma tumbuh dengan lebatnya di sekitar dagu.
Gangguan sindrom ovarium polikistik (polycystic ovary syndrome/PCOS) akan menyebabkan berbagai gejala. Ini termasuklah haid yang tidak teratur, pertumbuhan rambut berlebihan sehingga tumbuh kumis, bahkan janggut selain jerawat berlebihan di wajah.
Ketahui punca penyebab bulu roma tumbuh lebat di kalangan remaja wanita? Baca perkongsian dari Pakar Estetik, Dr Rushimi Maris Ismail dari Marissa Aesthetic & Welness yang beroperasi di Semenyih, Selangor mengenai masalah ini.
Teknik laser adalah rawatan terbaik – Dr Rushmini
Kata Dr Rushmini, bulu roma yang sering dicukur boleh mengakibatkan kulit betis menjadi kasar dan menggerutu. Liang-liang roma pada betis akan kelihatan besar.
Kulit betis juga turut dipenuhi kesan ruam akibat penumbuhan bulu bulu yang terlekat di dalam kulit (in grown hair). Kesan rambut seperti ini menyebabkan betis sering gatal-gatal. Selain itu ia boleh menyebabkan kulit luka dan berparut.
Sepanjang mengendalikan kes-kes gadis remaja yang memiliki bulu roma tebal, katanya ada pengakuan yang mereka pernah mencabutnya tetapi kesakitan itu luar biasa rasanya.
Ada yang memilih teknik waxing tetapi kesannya hanya sementara sahaja. Ada juga yang ke salon tetapi kulit kelihatan seakan terbakar dan melecur sehingga menimbulkan masalah pada kulit.
Jelasnya lagi, bulu roma lebat adalah masalah ramai wanita tidak mengira bangsa dan keturunan.
Keinginan membuang bulu di badan bermula sejak seseorang itu di peringkat remaja dan berterusan sehingga usia tua.
Baik lelaki atau perempuan yang bermasalah sudah tentu berasa rimas dengan kehadiran rambut atau bulu yang terlalu lebat dan ingin membuangnya. Sama ada rambut di ketiak, muka, kaki, tangan, bikini line atau mana-mana tempat di badan , kebanyakan wanita dan lelaki hanya mahu bulu kelihatan di atas kulit kepala sahaja.
Bulu kaki lebat adalah hal yang jarang berlaku pada gadis – Gambar sumber internet
Apa teknik yang terbaik?
Di antara rawatan membuang bulu, rawatan laser adalah yang terbaik dan paling berkesan.
Jenis jenis laser yang digunakan untuk membuang bulu adalah Ruby, Alexandrite, Diode dan Long Pulse Nd:YAG.
“Konsep membuang bulu menggunakan laser adalah mudah. Secara saintifiknya ia berkonsepkan selektif photo termolysis. Menerusi proses tersebut akar rambut dimusnahkan secara selektif oleh haba.
“Sebenarnya laser akan diserap oleh pigmen pada akar bulu tersebut. Laser yang diserap akan bertukar menjadi haba dan terus membunuh akar rambut tersebut. Ini akan menyebabkan bulu kekal mati.
Bagi kulit orang Asia, laser yang sesuai adalah jenis Diode dan Long Pulse Nd:Yag. Oleh kerana laser diserap oleh pigmen yang berada pada akar bulu, ia memusnahkan bulu secara total.
Rawatan ini sangat berkesan pada bulu yang mengalami fasa Anagen atau fasa pertumbuhan aktif. Pada fasa ini , bulu roma tebal maka penyerapan laser adalah paling tinggi dan bertindak paling berkesan untuk mematikan akar bulu roma.
“Bulu yang di fasa Telogen atau Catagen tidak menyerap laser dengan baik kerana kandungan melaninnya rendah maka ia tidak mati. Saya menasihatkan mereka yang ingin menjalani rawatan laser membuang bulu roma secara kekal agar mencukur dahulu sehari sebelum ke klinik.
“Ini bagi memastikan bulu tersebut berada pada fasa yang aktif (Anagen).
Laser perlu dibuat beberapa sesi selang antara 6 dan 12 minggu. Ini adalah untuk membolehkan bulu roma di fasa Telogen dan Catagen menjadi fasa Anagen.
Jelasnya lagi, perlu diingati, kadar pertumbuhan setiap sel bulu adalah berbeza. Tidak mungkin semua bulu berada di dalam fasa yang aktif pada waktu yang sama. Maka rawatan berulang kali akan memastikan kejayaan yang sangat baik.
“Diode laser sangat berkesan untuk orang yang berkulit cerah manakala orang yang berkulit gelap rawatan terbaik adalah dengan menggunakan laser Long Pulse Nd:Yag.
“Di klinik Marissa Esthetic saya menggunakan sistem soprano iaitu diod laser keluaran AlMA LASER yang merupakan satu syarikat pengeluar laser terunggul dalam dunia perubatan. Ia begitu hebat dan sesuai bagi kulit orang asia dan mampu menghapuskan bulu roma dengan berkesan sekali.
“ Soprano laser bukan sahaja menghilangkan bulu roma malahan turut memutihkan kulit, menutup liang roma yang besar akibat sering bercukur dan menegangkan kulit. Kulit jelas kelihatan lebih cantik selepas laser.
“Ciri-ciri seperti ini sangat penting apabila kita mahu menghilangkan bulu pada muka terutamanya. Saya pasti mereka yang pernah mencuba sistem ini pasti akan menyukainya. Dengan tindakan cold laser(tidak panas) kulit tidak terbakar. Ini membuatkan kita berasa selesa,” katanya memberi nasihat.
Teknologi dunia perubatan semakin maju. Kalau ada masalah, jangan malu-malu kerana tiada masalah tidak dapat diselesaikan kecuali satu perkara iaitu MATI!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Makin berusia makin cantik bintang filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) ini.
Mengamalkan gaya hidup sihat menjadikan Dian Sastrowardoyo kelihatan cergas dan sihat pada usia 40-an. Selain itu, gaya hidup sihat juga salah satu kunci kepada berat badan ideal yang dimilikinya.
Bukan sahaja bersenam, Dian Sastrowardoyo juga selektif dalam pengambilan makanan demi mengekalkan berat badan ideal.
Kebanyakan menu sihat pilihan Dian Sastrowardoyo mengandungi pelbagai khasiat. Beliau juga rajin memasak menu sihatnya sendiri.
Berikut senarai menu sihat ala isteri Maulana Indraguna Sutowo ini seperti dikongsi oleh BrilioFood.
ROTI GANDUM & PISANG
Untuk sarapan pagi yang ringkas, Dian Sastrowardoyo selalunya bergantung kepada roti gandum jika terlalu sibuk dan tidak sempat bersarapan di rumah.
Tambahan mentega kacang dan hirisan pisang melazatkan lagi menu serta lebih berkhasiat.
MEE GORENG VEGAN
Dian Sastrowardoyo sering memilih makanan berasaskan tumbuhan. Salah satunya ialah mee goreng vegan yang menjadi menu sihatnya. Mee vegan ini dihidang bersama lobak merah dan brokoli sebagai sumber serat serta tempe sebagai sumber protein.
DAGING & TELUR
Dian Sastrowardoyo juga adakalanya makan ayam panggang dan dua biji telur sebagai sarapan. Kedua-dua makanan ini boleh menjadi sumber protein yang mengenyangkan dalam tempoh yang lama.
SUP AYAM
Dian Sastrowardoyo juga pernah menghasilkan menu sihatnya sendiri. Salah satunya sup ayam dengan pelbagai jenis sayur. Dian Sastrowardoyo mengolahnya dengan perasa yang minimum bagi mengekalkan khasiatnya.
KENTANG, SALAD & DAGING
Dian Sastrowardoyo sentiasa memastikan dietnya mengandungi nutrisi yang lengkap. Oleh itu, dia turut menambah makanan dari jenis berbeza yang terdiri daripada baby potato, salad dan daging.
NASI MERAH & TEMPE
Untuk makan tengah hari, Dian Sastrowardoyo biasanya makan makanan yang agak banyak. Dia memilih nasi yang dihidangkan bersama tauhu dan tempe serta sayur berkuah. Dian Sastrowardoyo cenderung memilih nasi yang lebih sihat dan kaya serat seperti beras perang.
BROKOLI JAGUNG
Dian Sastrowardoyo juga memakan brokoli jagung sebagai sajian sihat di rumah. Menu ini dimasak dengan bahan-bahan yang sihat tanpa menggunakan santan.
CROISSANT
Selalunya selepas bersukan, Dian Sastrowardoyo memilih menu sarapan yang sihat bagi memulihkan tubuh. Dia biasanya memakan croissant dengan taburan keju.
MEE UDANG SAYUR
Selain mengambil mee yang diperbuat daripada sayur-sayuran, Dian Sastrowardoyo juga kadang kala makan mee bersama udang yang diperbuat daripada sayuran. Dan juga menambah sayur-sayuran hijau dalam menu ini.
NASI PERANG, AYAM VEGAN & SAYUR TUMIS
Nasi merah sering menjadi santapan Dian Sastrowardoyo jika dia teringin nak makan nasi. Ia dimakan bersama sayur tumis dan ayam vegan yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan.
Namun Dian memang lebih memilih makanan yang diperbuat daripada sayur-sayuran berbanding daging. Jadi jika anda nak tubuh badan yang cantik dan sihat, anda pun kena amalkan gaya hidup yang sihat seperti Dian Sastrow.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cubalah periksa mana-mana tas tangan perempuan yang korang kenali, percayalah, besar kemungkinan mereka memiliki produk daripada jenama kecantikan, Wardah!
Jenama popular yang diperkenalkan oleh pengeluar PT Paragon Technology dari Indonesia itu sememangnya menjadi produk kegemaran pembeli perempuan DAN lelaki di Malaysia kerana keberkesanan serta harganya yang mampu dimiliki.
Setelah tempoh enam bulan perancangan, PT Paragon Technology pada hari ini telah membawa masuk ke Malaysia rangkaian produk penjagaan diri khas untuk lelaki pula di bawah jenama Kahf.
Tak perlu dah korang curi-curi pinjam produk Wardah daripada kakak korang.
Tanpa ingin menyisihkan pengguna lelaki yang diakui mempunyai pasaran yang semakin berkembang di Malaysia, Kahf menjamin produk-produk penjagaan diri dan dandanan lelakinya berstatus Halal, boleh dibawa solat dan paling utama, berkesan kepada keperluan lelaki Nusantara seperti di Malaysia dan Indonesia.
REMAJA berkesempatan menemui pengurus jenama Kahf, Billy Dharmawan pada majlis pelancaran dan pengenalan produk Kafh di Putrajaya pada hari ini. Menurutnya, apa yang menjadikan Kahf popular di pasaran Indonesia adalah kerana kandungan formulasinya yang ringan dan teknologi HydroBalance yang menjaga keseimbangan kulit.
Maklumlah, lelaki zaman sekaang kan sifatnya memang gemarkan gaya hidup aktif, sukakan hobi fizikal tetapi masih inginkan imej moden serta kemas. Oleh itu, Kafh menemui solusi yang sempurna untuk kemahuan pembeli lelaki mereka.
Menariknya, ia diilhamkan daripada alam semula jadi. Patutlah reka bentuk produknya pun minimal tetapi kelihatan premium. Haa, yang penting harga tidak premium! Hehe.. lets check out antara produk kegemaran REMAJA daripada rangkaian Kahf ini.
Pencuci Muka
Halal, mampu bersihkan kulit hingga ke liang-liang pori dan mengekalkan kelembapan kulit.
Krim Pelembap dan Pelindungan Kulit
Lengkap dengan SPF 30++ untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.
Serum Rambut & Jambang
Untuk melembapkan janggut agar sihat dan bersifat antibakteria.
Eau De Toilette
Empat pilihan wangian yang diinspirasikan daripada bauan alam semula jadi.
*
Lengkap kan? Sempena pelancaran ini, Kahf sedang memberikan promosi menarik dari 28 hingga 30 Oktober ini!
Bertempat di IOI City Mall Putrajaya, korang boleh ke sana untuk menikmati diskaun istimewa hingga 50 peratus, memenangi hadiah dan menyertai permainan interaktif.
Bagi yang tidak berkesempatan, produk Kahf boleh korang perolehi di Guardian dan Watsons seluruh negara serta secara dalam talian di Shopee dan TikTok Shop dari harga serendah RM19.60 hingga RM45.90.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.