Sudah menjadi satu kemestian untuk masyarakat di Malaysia ‘menjatuhkan hukuman haram’ ke atas semua bentuk hiburan bagi remaja walaupun tak semua orang terlibat dengannya.
Contoh terdekat adalah sukan berbasikal yang kini dicemari oleh stigma ‘basikal lajak’. Ramai ibu bapa terus mengharapkan agar remaja tidak lagi terlibat dengan sukan tersebut kerana khuatir anak mereka akan menyertai geng basikal lajak.
Uh hello, tak semua orang berfikiran pendek. Hanya segelintir yang menyertai aktiviti tak selamat itu dan kebanyakan remaja lain yang berbasikal hanyalah kerana mereka meminatinya.
Ads
Terbaru, cadangan untuk mengharamkan saluran atas talian, Netflix pula muncul dari kenyataan rasmi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Alasan mereka adalah kerana sesetengah siri drama dan filem di Netflix memaparkan adegan ganas, sosial dan seksual yang tak sesuai untuk ditonton oleh remaja berusia bawah 18 tahun.
Dalam satu laporan oleh akhbar Netflix, Ketua Pegawai Finas dan pengarah, Ahmad Idham berpendapat ibu bapa kini risau mengenai kandungan tersebut akan mengakibat bertambahnya gelajar negatif di kalangan remaja di Malaysia dan berharap agar kerajaan ‘mengharamkannya.’
Ads
Untuk pengetahuan, Netflix sebenarnya ada mempunyai cara bagi menyekat kandungan negatif yang diperkatakan oleh Finas.
Ia mempunyai fungsi parental control di mana ibu bapa (atau sesiapa yang melanggan Netflix pada setiap bulan) boleh menetapkan jenis kandungan yang boleh ditonton oleh kanak-kanak dan remaja, seperti yang dipaparkan oleh seorang pengguna akaun Twitter bernama Fahmi Redza.
Netizen lain rata-rata tak bersetuju dengan cadangan Finas itu. Ini memandangkan mereka sendiri boleh menyekat kandungan yang tak ingin ditonton semudah menekan butang lock pada fungsi Parental Control.
Sekali lagi, mengapa perlu mengharamkan satu bentuk hiburan sekaligus sekiranya ada cara untuk menyelesaikannya?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman sekarang, asal bijak dan tahu mengambil peluang kita boleh jalani hidup dengan lebih gembira. Ada bermacam kegembiraan. Perasaan ini berbeza setiap orang. Tapi rasanya ramai yang setuju kalau dikatakan travel luar negara adalah saat paling menyeronokkan. Ya tak?
Tapi baru-baru ini satu laman web yang menyediakan panduan pelancongan dan pengembaraan dunia, Fodor ada menyenaraikan beberapa lokasi dunia disebabkan faktor etika, alam sekitar dan politik.
Fodor tidak menggalakkan pelancong untuk melancong di Barcelona (Sepanyol), Angkor Wat (Kemboja), Amerika Syarikat, Big Sur (California), Bali (Indonesia) dan Hanoi (Vietnam) kerana kepadatan pelancong di sana telah menjejaskan alam sekitar serta penduduk tempatan.
Ekosistem dan habitat semula jadi seperti di Florida Keys National Marine Santuary (Amerika Syarikat), Parque Nacional Arrecifes de Cozumel (Mexico), Galapagos National Park (Ecuador) dan Pulau Komodo (Indonesia) turut tersenarai sebagai lokasi yang diancam kepupusannya.
Pelancong yang melancong ke negara Asia seperti Kemboja dan Thailand dinasihatkan agar tidak menunggang gajah kerana aktiviti tersebut menyebabkan gajah didera dan dipukul dengan kejam demi keuntungan hiburan pelancong.
Atas faktor keselamatan, pelancong tidak digalakkan untuk mendaki puncak Matterhorn (Switzerland) kerana pernah berlakunya tragedi meragut nyawa melibatkan lapan individu.
Di Mexico dan Amerika Tengah pula, pelancong dinasihatkan agar berhati-hati dalam pengambilan alkohol disebabkan kes maut akibat daripada keracunan methanol.
Harapnya keindahan tempat-tempat ini akan tetap terpelihara sampai bila-bila. So jom la kita plan pergi tempat lain yang tak sesak orang k!
Kumpulan punk rock lagenda, Green Day disahkan bakal membuat kunjungan sulung mereka ke Malaysia bagi menjayakan sebuah konsert pada tahun 2025!
Ditubuhkan pada tahun 1986 di California, Green Day merupakan salah satu kumpulan punk rock yang mempunyai rekod jualan album paling laris dalam sejarah dengan sebanyak 76 juta rekod terjual di seluruh dunia dan pencapaian penstriman sekerap 10 bilion secara kumulatif.
Malah, media antarabangsa Rolling Stone juga pernah menobatkan Green Day sebagai ‘kumpulan paling berpengaruh bagi generasinya’ dan telah menginspirasikan banyak kumpulan-kumpulan muzik muda untuk bertapak dalam industri seni muzik.
Ujar penganjur iaitu Live Nation Malaysia, konsert kumpulan yang pernah memenangi lima trofi anugerah Grammy itu dijadualkan berlangsung pada 18 Februari 2025 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Selain Kuala Lumpur, hanya satu lagi destinasi di rantau Asia Tenggara yang menjadi pilihan Green Day iaitu Jakarta, Indonesia.
REMAJA difahamkan penjualan tiket konsert akan mula dibuka untuk pemegang Mastercard dari 24 September (10 pagi) hingga 26 September (10 pagi). Buat ahli Live Nation pula, korang boleh mendapatkan tiket pada 26 September bermula jam 12 tengah hari hingga 11.59 malam.
Manakala jualan am pula boleh direbut mulai 27 September dari jam 11 pagi.
Ramai yang bercita-cita menyambung pengajian ke luar negara. Ramai yang beri pendapat, bukan calang-calang ‘result’ kerana selain tempat terhad, kos pengajiannya juga tinggi. Ini bermakna, hanya mereka yang benar-benar bijak saja berpeluang ke sana.
Selain belajar, dapat juga tengok negara luar yang cukup indah. Ada salji yang menjadi impian ramai orang ingin merasai pengalaman tersebut. Masa yang sama, kita juga dapat belajar mengenai budaya negara, pergaulan berbeza dan banyak lagi.
Pemandangan indah begini hanya boleh dilihat di luar negara
Seperti sedia tahu, selain ‘result’ yang bagus, pelajar harus cemerlang dalam ujian MUET. Ujian Muet ini memang wajib diambil selepas SPM dan STPM bagi melayakkan korang masuk ke pengajian ijazah di universiti awam dan swasta di negara ini.
Bagi yang benar-benar ingin belajar ke luar negara, ada satu lagi ujian yang wajib lulus iaitu Sistem Penilaian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS).
Apa itu IELTS?
IELTS merujuk kepada Sistem Penilaian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS). IELTS adalah ujian penguasaan Bahasa Inggeris paling popular di dunia dan menjadi penanda aras kepada tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar di seluruh dunia. Sekiranya anda memperolehi skor yang baik dalam peperiksaan ini, ianya bakal membuka peluang yang luas untuk anda belajar di mana-mana sahaja universiti terkenal di seluruh dunia, bahkan memohon pekerjaan di luar negara!.
Untuk pengetahuan anda, IELTS telah membina reputasinya di seluruh dunia sejak penubuhannya 28 tahun yang lalu dan lebih daripada 2.5 juta pelajar menduduki ujian ini pada tahun lepas. Dengan sijil bahasa Inggeris ini, universiti luar negara akan dapat mengukur tahap penguasaan anda sekaligus kemampuan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik apabila melanjutkan pengajian di universiti mereka kelak.
Ramai pelajar bercita-cita mahu belajar ke luar negara
Kenapa kelayakan IELTS sangat berguna?
Diiktiraf di seluruh dunia
Ujian yang tepat untuk mengukur kecekapan bahasa Inggeris anda
Syarat kemasukan untuk belajar di luar negara dan syarat untuk memohon biasiswa
Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris untuk peluang pekerjaan yang lebih luas terutamanya di luar negara
Kelayakan standard untuk semua pelajar antarabangsa.
Bagaimanakah Struktur Ujian IELTS?
Peperiksaan IELTS di Malaysia dibahagikan kepada empat bahagian dan dinilai pada setiap peringkat. Ianya lebih kurang sama dengan ujian MUET iaitu penilaian melibatkan aspek percakapan, membaca, menulis dan mendengar. Purata keputusan IELTS membentuk skor band keseluruhan bermula dengan band satu hingga band sembilan (cemerlang). Ia juga dinilai dari segi skor 5 sebagai contoh, 4.5, 6.5 dan sebagainya. Berikut adalah penerangan mengenai struktur ujian secara spesifik :
Membaca
Masa yang diperunukkan adalah 60 minit untuk menjawab soalan dibawah seksyen ini yang mengandungi 40 soalan. Seksyen ini dibahagikan kepada beberapa bahagian berlainan mengikut bentuk soalan seperti soalan objektif, mengenal pasti dan memadankan maklumat, melengkapkan ayat, dan sebagainya.
Menulis
Ujian menulis, ianya dibahagikan kepada dua bentuk soalan. Soalan pertama, anda dikehendaki menulis laporan ringkas berdasarkan info grafik yang diberikan manakala soalan kedua pula adalah soalan berbentuk penulisan esei.
Mendengar
Mungkin sukar difahami cara orang lain bertutur dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam bahagian ini, anda akan diuji sejauh mana perhatian anda terhadap perbualan audio yang diperdengarkan . Sepanjang 30 minit, anda perlu mendengar setiap butiran perbualan berkenaan dan tandakan jawapan pada helaian jawapan masing-masing.
Bercakap
Bahagian ini dibahagikan kepada tiga subkategori yang berbeza, iaitu Bahagian I, II dan III. Pada Bahagian I, anda perlu menunjukkan kemahiran bercakap dengan mengadakan perbualan secara bersemuka dengan pemeriksa. Anda akan diminta untuk memperkenalkan diri dan memberikan jawapan ringkas kepada soalan yang diajukan. Masa yang diberikan adalah selama lima minit untuk menarik perhatian pemeriksa dengan kefasihan berbahasa inggeris.
Bahagian II pula, anda perlu memberi ucapan selama dua minit mengenai topik tertentu yang diberikan oleh pemeriksa manakala bahagian 3 adalah soalan susulan berkaitan dengan topik di Bahagian II, di mana anda perlu menganalisa dan memberi pendapat anda.
Pendidikan di luar negara mendapat permintaan tinggi
Bagaimana hendak memohon untuk Ujian IELTS?
British Council Malaysia merupakan salah satu institusi utama yang mengendalikan ujian IELTS ini. Bagi membantu pelajar membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan IELTS, British Council Malaysia menyediakan kursus Bahasa Inggeris secara percuma melalui dalam talian termasuklah ujian ulang kaji IELTS. Bantuan inilah sangatlah berguna untuk anda membuat persediaan yang rapi.
Kepada anda yang ingin mengikuti kursus persediaan IELTS secara bersemuka dengan tenaga pengajar yang merupakan pakar dalam Bahasa Inggeris, anda boleh mendaftar di cawangan British Council yang terletak di Kuala Lumpur. Mereka akan membantu anda mempelajari strategi untuk meningkatkan skor sekaligus meningkatkan kecekapan anda dalam bahasa utama dunia ini. Anda boleh mendaftar di laman web pendaftaran IELTS Malaysia atau laman web British Council IELTS dengan klik pada pautan berwarna biru yang kami kongsikan di bawah.
Diharapkan dengan perkongsian ini membantu mengejar impian anda untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Akhir kata, semoga berjaya untuk anda.