Dalam pada warganet sedang khusyuk memberi perhatian kepada kelahiran cahaya mata sulung Noor Neelofa, adiknya Athisha Khan pula dalam diam telah mengikat tali pertunangan bersama pilihan hati selepas 10 tahun menjalin kasih.
Athisha memuat naik gambar pertunangannya di Instagram semalam dan Remaja berpeluang menemu bual adik kepada selebriti popular yang merupakan seorang pempengaruh di media sosial.
“Sebenarnya hari merisik dan majlis pertunangan dibuat sekali pada 26 Disember lalu.
“Cuma Sha baru sahaja muat naik gambar di media sosial. Kalau boleh, memang Sha tak mahu ikat tali pertunangan terlalu lama, sekejap saja insyaAllah dan keputusan ini juga dilakukan atas nasihat dan pandangan orang lain,” katanya yang sempat untuk merakamkan klip sekitar majlis pertunangannya lalu memuat naik dalam bentuk Vlog di saluran YouTube-nya.
“Sebelum ini Sha tidak pernah mempunyai sasaran umur hendak berkahwin. Kita hanya merancang dan Allah lebih tahu.
“Tapi sewaktu lebih muda dulu, Sha seperti sudah dapat membayangkan bakal berkahwin di antara umur 23 – 25 tahun. Everyone have their own time and journey, and maybe this is the best time for me,” jelas Athisha.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah skala majlis pertunangan tersebut yang berlangsung secara sederhana namun tetap jelas kelihatan riak wajah tetamu yang gembira bagi pasangan sama cantik sama padan itu.
Athisha menggayakan sepasang baju kurung ringkas (atas permintaan dirinya sendiri) rekaan Mimpi Kita yang manis menawan; manakala ahli keluarga yang lain juga memilih persalinan yang bersesuaian dengan majlis.
Ads
“Sha memang rapat dengan Kak Nurul daripada Mimpi Kita, jadi merekalah individu yang diberikan kepercayaan untuk menyiapkan busana pertunangan itu. Sha hanya meminta menyediakan baju kurung tradisional yang ringkas. Sha juga tidak mahu memilih warna putih kerana mahu ‘menyimpan’ warna itu untuk hari perkahwinan nanti.”
“Untuk majlis pula, sebelum ini kami sekeluarga memang tidak pernah menganjurkan sebarang majlis merisik atau pertunangan secara besar-besaran. Sha pun memang suka begitu kerana Sha suka benda yang simple.
“Tidak semestinya MAJLIS yang istimewa perlu diraikan secara meriah. Majlis ini juga sama dilakukan seperti majlis yang kami anjurkan sesama keluarga sebelum ini.”
“Sha bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat menyokong, my mom and my dad banyak menguruskan majlis dan Sha merasakan ini adalah hari yang istimewa kerana semuanya diuruskan oleh ibu bapa sendiri,” tambahnya lagi.
Apabila REMAJA merisik mengenai majlis persandingan pula, katanya mungkin hanya satu majlis saja yang akan dilangsungkan secara lebih meriah. Harapannya tentulah agar lebih ramai tetamu jemputan yang boleh hadir pada waktu itu.
“InsyaAllah it will be more grand kerana kami mahu meraikannya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan lain, selain meraikan perhubungan Sha dan pasangan yang sudah lama menjalin kasih.”
REMAJA ingin mengucapkan tahniah buat Athisha dan pasangannya Haiqal. Nampaknya seperti ada bayangan bahawa majlis pernikahan mereka akan dilakukan dalam waktu terdekat. Mungkinkah dalam tahun ini? Apa-apa pun kami mendoakan agar urusan Athisha dipermudahkan olehNya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau memang tengah hangat dilamun cinta, perkara kecil pun boleh jadi besar. Ada saja yang tak kena pada pasangan untuk dijadikan ‘modal’ pergaduhan.
Biasanya, lelaki la yang selalu melayan karenah pasangannya. Iye la nak tunjuk cool kena la mengalah kan bang? Hiks!
Kadang lelaki sendiri tak tahu apa salah mereka. Sedar-sedar je dah kena marah. Tak pun, kena la melayan si dia merajuk.
Pelik tak?
Tak pelik kalau korang tahu apa sebenarnya yang membuatkan perempuan marah. Kalau nak tahu, biasanya ada lima perkara yang buat perempuan betul-betul marah dengan pasangannya.
Let’s check this out!
1. Kena tipu
Siapa yang tak marah kalau kena tipu kan? Perempuan paling pantang bila pasangannya tak jujur dalam hubungan. So, kalau ada perkara yang mereka perlu tahu, baik berterus terang saja dengan mereka. Jangan sembunyikan apa-apa.
2. Tak reply message
Walau sesibuk mana pun korang, atleast reply la satu text mereka. Kalau tak nanti perempuan ni cepat over thinking. Nanti tak pasal-pasal boleh bergaduh pula. Kan lebih teruk. Haihh!
3. Lupa tarikh penting
Tarikh lahir, anniversary dan apa saja yang berkaitan dengan mereka, kalau lelaki tak ingat memang boleh buat perempuan sentap. Biasalah, mereka hanya mahukan perhatian korang. So, faham-faham la ye.
4. Busy,busy, busy
Selalu sangat sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak luangkan masa bersama mereka. Ha, ini pun salah satu punca yang boleh buat perempuan mengamuk. Hiks!
5. Curang
Kalau sekali korang dah main kayu tiga, confirmlah perempuan dah tak percayakan lelaki. Kalau diberi peluang kedua memang korang dah dikira cukup bertuah. Tapi, jangan harap mereka nak percaya dengan setiap kata-kata korang. Silap-silap mereka boleh bertukar jadi ‘Queen Control’.
Amacam gais, pernah alami tak situasi macam ni? Kalau gilfriend dah marah selalunya abang pujuk macam mana?
Ha, apa kata bawa mereka ke Karnival Karangkraf 2018 yang bakal berlangsung pada 1 hingga 3 Jun ini di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.
Ada banyak aktiviti menarik, antaranya seperti berbuka puasa dan bertarawih, beramah mesra bersama selebriti tanah air dan ada lebih kurang 100 booth yang menjual pelbagai produk dan barangan untuk sambutan hari raya.
Best kan? Confirm girlfriend korang tak jadi nak marah la kalau macam ni. Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee yang sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi tadi dalam satu majlis yang diadakan di The Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur.
Pasangan ini telah disatukan hari ini; 24 Oktober 2022 iaitu genap setahun dari tarikh hari pertunangan mereka pada 24 Oktober 2021 yang lalu.
Majlis Pernikahan Adam Lee & Sweet Qismina ini juga sempat disiarkan secara langsung melalui laman YouTube. Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Tuan Haji Mohd Khairi Husin berwakil walikan abang kandung Sweet iaitu Fahed Ashraf Supandi.
FOTO: Instagram TontonMy
Pelakon drama Adam Chempaka ini menerima mas kahwin sebanyak RM2410.97 manakala wang hantaran dirahsiakan. Dikhabarkan, jumlah mas kahwin itu dipilih sebagai simbolik sempena tarikh kelahiran Sweet. Memang sweet!
Pasangan pengantin ini dilihat cukup segak dan cantik dalam persalinan serba putih. Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.
Pada malam Sabtu yang lepas, Sweet atau Farhanna Qismina Supandi dan pemilik nama Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee telah mengadakan malam berinai yang bertemakan Jawa. Pasangan ini telah menggayakan busana sedondon berwarna hitam serta dilengkapi perhiasan. Wah, memang unik!
Tema malam berinai pasangan ini juga telah dapat pujian ramai. Kapsyen yang ditulis dalam bahasa Jawa itu membawa maksud ‘tidak perlu berjanji sehidup semati, yang penting mampu bertahan sampai mati’.
Kalau korang nak tahu, Sweet dan Adam telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Min doakan agar rumah tangga yang didirikan menjadi tunggak kebahagiaan hingga akhir hayat. Selamat Pengantin Baru!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
I
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular di media sosial sekeping foto yang memaparkan sukarelawan popular, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva dengan pasangannya, Evanoza Zakaria dalam persalinan akad nikah.
Justeru, warganet mula berteka-teki sekiranya mereka telahpun menamatkan zaman bujang biarpun sebelum ini merancang majlis akad nikah untuk berlangsung serentak dengan majlis resepsi pada Disember nanti.
Azwan, 30 ketika dihubungi oleh rakan media pada hari ini mengesahkan mereka telahpun bergelar suami isteri sejak 14 Oktobr lalu. Sambil disaksikan oleh ahli keluarga terdekat sahaja, mereka telah dinikahkan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Ayer Keroh, Melaka.
Mengulas mengenai keputusan untuk mempercepatkan majlis akad nikad kira-kira sebulan lebih awal, Azwan menjelaskan bahawa keputusan itu dilakukan untuk mengelakkan fitnah terhadap dia dan isteri.
“Kami banyak menjalankan misi kemanusiaan bersama-sama. Jadi kita percepatkan dengan cara lebih mudah.
“Saya dan pasangan juga belum menetapkan tarikh resepsi persandingan kerana khuatir bencana banjir yang dijangka berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut ini,” katanya.
Sementara itu, perkhabaran gembira ini telah dirahsiakan seminggu lamanya atas sebab terdapat beberapa urusan penting yang perlu mereka selesaikan.
Tanpa niat untuk merahsiakannya, Azwan berkata mereka sebenarnya menunggu waktu yang sesuai untuk kongsikannya. “Saya tidak tahu macam mana berita ini bocor. Ramai hantar DM (direct message) kepada saya, tanya betul ke sudah kahwin. Jadi selepas berbincang dengan isteri, itu yang saya buat Facebook Live,” jelasnya.
Pasangan itu yang kini akan fokus kepada misi bantuan kemanusiaan juga sedang berkira-kira untuk mengajak orang ramai ke majlis resepsi kelak bergantung kepada kesesuaian bajet serta saiz dewan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!