Baru-baru ini, dunia hiburan China dikejutkan dengan berita tragik apabila pelakon dan penyanyi Zhang Yiyang dilaporkan telah dihukum mati pada Disember tahun lalu selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya yang berusia 16 tahun.

Menurut laporan AsiaOne, Zhang (34) menjadi selebriti pertama di China yang dikenakan hukuman mati atas kesalahan jenayah berat. Kes berprofil tinggi ini telah menarik perhatian ramai terutama dalam kalangan peminat hiburan dan masyarakat umum.

Dalam pada itu, berdasarkan dokumen mahkamah yang didedahkan oleh Mahkamah Rakyat Pertengahan Bandar Xianyang, Provinsi Shaanxi, mangsa yang dikenali sebagai Miss Zhang mula menjalinkan hubungan dengan tertuduh sejak berusia 15 tahun. Difahamkan, mangsa ingin menamatkan hubungan tersebut, namun Zhang menolak keputusan itu.

Bunuh Kekasih Bawah Umur, Pelakon China Zhang Yiyang Artis Pertama Dihukum Mati Secara Tembak

Ads

Dalam perbalahan mereka, Zhang dilaporkan mengugut untuk membunuh diri. Namun pada 26 Februari 2022, dia menjemput mangsa ke sebuah hutan kononnya untuk menyambut hari lahirnya. Malangnya, niat sebenar Zhang adalah jauh lebih gelap. 

Di lokasi tersebut, Zhang menyerang mangsa dengan pisau poket, menyebabkan kecederaan serius pada saluran arteri karotid dan saluran pernafasan yang akhirnya meragut nyawa gadis itu. Tindakannya dilihat sangat kejam dan dirancang.

Selepas kejadian, Zhang pulang ke rumah untuk menukar pakaian dan membuang barang bukti termasuk telefon bimbit mangsa ke dalam sungai. Dia kemudian cuba membunuh diri di sebuah hotel namun gagal apabila ditemui oleh staf hotel dan diserahkan kepada pihak polis.

Ads

Bunuh Kekasih Bawah Umur, Pelakon China Zhang Yiyang Artis Pertama Dihukum Mati Secara Tembak

Akhirnya, Zhang dijatuhkan hukuman mati atas pertuduhan membunuh dengan niat dan telah dihukum tembak pada 18 Disember 2024. Peristiwa ini menjadi sorotan orang ramai sebagai contoh keras tindakan undang-undang terhadap kes jenayah berat.

Ads

Sementara itu, lebih kontroversi lagi apabila filem lakonan terakhir Zhang bertajuk ‘Jie You Yin Sheng Guan’ ditayangkan secara posthumus pada Mac tahun ini sehingga ramai warga internet di platform Douban memberi rating satu bintang sambil mengecam keras penayangannya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads