Pendedahan dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menahan belasan individu yang dipercayai terlibat dalam Macau Scam membabitkan cuci wang demgan golongan artis memberikan berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia.
Ramai beranggapan, tidak akan ada lagi panggilan dari “pegawai bank”, “pegawai polis”, pendakwa raya dan sebagainya. Bagi mereka, dengan tertangkapnya anggota sindiket ini, semua itu akan berakhir.
Tapi malang, sebagaimana telah diingatkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang kena tangkap itu hanya bos Melayu dan ada ramai lagi anggota rekrut sindiket ini dari bangsa lain.
Buktinya, hari ini seorang pegawai bank ditipu RM2 juta sekaligus membuktikan Macau Scam ini tidak tidur ya.
Dalam satu laporan Harian Metro, tindakan pengurus agensi perbankan memindahkan semua wang miliknya ke dalam akaun baharu selepas diarahkan oleh 'pegawai polis' mengundang padah apabila wang hampir RM2 juta miliknya lesap dipercayai ditipu sindiket Macau Scam.
Malah, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila mendapati semua wang berkenaan yang dipindahkan sejak 6 Mei lalu tiada di dalam akaun bank terbabit selepas membuat pemeriksaan, hari ini.
Ads
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa berusia 50 tahun menerima panggilan telefon daripada wanita memperkenalkan diri sebagai pegawai polis pada 5.52 petang, 5 Mei lalu.
"Dalam perbualan telefon itu, mangsa didakwa terbabit dengan kes langgar lari yang menyebabkan kematian dan dia menafikan perkara berkenaan. "Mangsa juga dimaklumkan bahawa beliau mempunyai rekod berkaitan kes pengubahan wang haram. Pada masa sama, mangsa menerima mesej di aplikasi WhatsApp berkenaan waran tangkap dikeluarkan oleh pihak polis terhadapnya " katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nik Ezanee berkata, mangsa kemudian diminta memberi kerjasama dengan membuka akaun bank baharu supaya wang di dalam akaun milik mangsa yang lain dipindahkan ke akaun baharu berkenaan.
Katanya, tindakan itu didakwa kononnya bertujuan untuk siasatan pihak Bank Negara bagi mengenal pasti sama ada mangsa benar-benar terbabit atau tidak.
Ads
"Mangsa yang akur dengan permintaan itu kemudian membuka akaun bank baharu pada 6 Mei lalu dan mengeluarkan semua wang hasil penjualan saham di Singapura, pinjaman peribadi, wang simpanan, wang simpanan tetap serta penjualan polisi insurans miliknya ke dalam akaun baharu terbabit.
"Mangsa juga diminta supaya tidak membuat sebarang semakan dengan pihak bank daripada Mei hingga September bagi melancarkan siasatan dijalankan pihak Bank Negara. "Malah, mangsa turut dijanjikan akan menerima surat pengesahan sama ada didapati bersalah atau tidak pada penghujung September atau selewat-lewatnya pada awal Oktober ini," katanya.
Beliau berkata, mangsa juga dijanjikan bahawa jika dia tidak bersalah, wang itu akan dikembalikan semula, namun wang berkenaan akan dirampas dan menjadi hak milik kerajaan sekiranya didapati bersalah.
Ads
"Bagaimanapun, mangsa masih belum menerima surat pengesahan seperti dijanjikan sehingga semalam sebelum mangsa membuat semakan di cawangan bank tempatan. "Semakan mendapati wang mangsa berjumlah RM1.97 juta sudah dikeluarkan secara berperingkat daripada akaun terbabit," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat atau helah daripada pihak tertentu.
"Jangan sesekali panik dan mengikut arahan diberikan pemanggil tanpa menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit terlebih dahulu.
"Jangan dedahkan nombor akaun bank, nombor kad ATM atau kad kredit kepada orang tidak dikenali.
"Orang ramai di daerah ini boleh menghubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 sekiranya menerima panggilan telefon seumpama ini," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk francais restoran seperti A&W untuk bertahan selama itu, ia adalah satu pencapaian yang diimpikan oleh mana-mana pemilik restoran dan kafe.
Berita mengenai penutupan cawangan ikonik A&W di Petaling Jaya (bersebelahan dengan stesen LRT dan Menara Amcorp) telah beberapa kali muncul.
Disebabkan sokongan yang tak berbelah bahagi oleh peminat A&W, ia berjaya dikekalkan dan jenama francais itu kembali diminati semula tatkala banyak saingan baru muncul.
Namun, A&W nampaknya perlu akur apabila mereka mengumumkan baru-baru ini mengenai penutupan cawangan Petaling Jaya itu.
Ia bukan disebabkan kurang mendapat sambut tetapi ia demi memberi laluan kepada projek pembangunan di tapak tersebut.
Kami difahamkan bahawa tanah tersebut yang dimiliki oleh Inter Mark Resources Sdn Bhd sebelum ini telah dipajak kepada Kasmuncak Holdings Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada rangkaian A&W di Malaysia sebelum ia diambil semula.
Walaupun cawangan kedua A&W itu hanya berbaki kira-kira 6-8 bulan saja lagi sebelum penutupannya, A&W turut mengumumkan mereka akan membuka lebih 20 cawangan baru di seluruh Malaysia sepanjang tahun ini untuk memudahkan pelanggan mereka merasai menu sedap daripada mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas hujan, pasti ada pelangi menanti. Selepas kegelapan, pasti ada sinar menerangi. Begitulah perumpamaan hidup bekas peragawati dan pelakon Zahnita.
Jika sebelum ini tular beliau mendedahkan dirinya mangsa keganasan rumah tangga pada Isnin lalu, ramai bersimpati dengan nasib Zahnita.
“3,000 biji pai sedang dalam pembikinan. Kini saya mempunyai mesin pengadun industri seberat 9 kilogram.
“Kalian semua telah melonjakkan jumlah pesanan. Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Perniagaan pai ‘home made’ yang diberi nama Zahnita Humble Pie mendapat sambutan ramai sejak dia memperkenalkan kepada pengikutnya beberapa bulan lalu.
Bilangan tempahan pai yang dihasilkannya meningkat mendadak sejak kes keganasan rumah tangganya menggemparkan negara. Zahnita yang kini menetap di Kuantan, Pahang membuat sendiri pai di rumahnya.
Dia juga mempunyai ejen di Kuala Lumpur dan beberapa daerah lain untuk mereka yang ingin merasai keenakkan pai buatannya
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mahu merasai pengalaman memancing ikan dan mencandat sotong memberikan satu pengalaman sukar dilupakan oleh seorang pembantu kedai, Muhammad Faris Ramli.
Berusia 22 tahun, dia antara yang terselamat dalam tragedi bot karam dipukul ribut di periran Bachok malam tadi. Saat berkongsi detik cemas itu, Muhammad Faris mengakui, dia sempat berpaut sejam pada bot, menangis dan meminta pertolongan sebelum diselamatkan bot nelayan.
Menceritakan kejadian itu, Muhammad Faris berkata, beliau bersama 20 pemancing termasuk tekong dan awak-awak baharu tiba di lokasi kejadian untuk melakukan aktiviti menyandat sotong dan memancing.
"Kami baharu sampai di tempat kejadian pada waktu Maghrib dan hanya sekejap mencandat sotong dan memancing sebelum ribut datang dengan tiba-tiba dan terbalikkan bot kami.
"Pada waktu itu tekong bot mengarahkan kami masuk ke bahagian dalam bot untuk menyelamatkan diri, dia (tekong) kata tali sauk bot putus, kejadian berlaku amat pantas sehingga saya tidak melihat apa-apa lagi," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Padang Tok La di sini, hari ini.
Terdahulu, Bernama melaporkan kejadian itu telah meragut empat nyawa, empat masih hilang dan 12 disahkan selamat.
Anak sulung daripada enam adik beradik itu berkata, beliau yang pertama kali memancing ke laut berjaya menyelamatkan diri apabila berpaut di pelampung pukat ikan.
"Saya tenggelam sebelum berjaya mencapai pelampung pukat ikan dan sempat menyelamatkan dua lagi rakan yang lain iaitu Harif Mat Yasin, 50, dan Ahmad Roslan Musa, 31, manakala rakan lain tidak kelihatan ketika itu.
"Saya mampu berdoa dan berfikir akan turut terkoban sekiranya tiada bot nelayan yang datang menyelamatkan kami," katanya.
Beliau, yang bekerja sebagai pembantu kedai berkata, selepas terselamat lebih mendebarkan hatinya apabila dia tercari-cari bapa saudaranya iaitu Hasan Daud, 60, yang tidak kelihatan dan antara yang dilaporkan masih hilang.
"Bernasib baik sepupu saya Amir Syazwan Adnan, 21, turut terselamat dan ini pertama kali dan terakhir saya ke laut, peristiwa ini akan menjadi pengalaman pahit yang akan dikenang sampai bila-bila," katanya.
— BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...