Jika dahulunya, pereka duo terkenal iaitu Rizman Ruzaini sinonim dengan rekaan busana glamor yang disarungkan oleh barisan selebriti tempatan serta koleksi busana ready-to-wear yang laris terjual kepada masyarakat di Malaysia terutamanya pada musim perayaan.
Kini, Rizman Ruzaini lebih yakin untuk melangkah bertapak-tapak ke hadapan dengan pengembangan strategi perniagaan mereka dalam beberapa aliran baharu.
Antara yang hangat diperkatakan sekarang adalah penglibatan Rizman Ruzaini sebagai pereka busana kontinjen Malaysia di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai ini.
Perkhabaran itu dimaklumkan oleh Chief de-Mission atau Ketua Kontinjen Malaysia ke sana, Datuk Hamidin Mohd Amin sendiri dan disahkan sendiri oleh Ruzaini Jamil yang merupakan salah seorang daripada tulang belakang Rizman Ruzaini.
Sewaktu ditemui REMAJA baru-baru ini, Ruzaini berkongsi proses-proses yang perlu mereka lalui apabila ingin menceburkan diri dalam dunia rekaan bagi badan korporat seperti pihak Kementerian Belia dan Sukan sendiri.
Ads
“Kerjasama untuk perbarisan Olimpik Paris 2024 ini adalah projek terbaru kami dan bahagian rekaan itu hanyalah langkah pertama (bagi projek korporat).
“(Projek) korporat ada prosesnya sendiri. Dari sudut harga, prosedur menghantar tender, langkah sampling berperingkat dan macam-macam lagi. Untuk mendapat kesepakatan itu kena betul-betul,” katanya.
Pakaian Seragam Hospital Dengan Sentuhan Rizman Ruzaini
Tidak cukup sekadar mereka busana kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik, Rizman Ruzaini juga terus unggul dalam dunia korporat apabila baru-baru ini merasmikan pakaian seragam atau uniform buat wargakerja Hospital Aurelius Nilai.
Menurut Ruzaini, kolaborasi yang terjalin ini memakan tempoh tiga tahun bagi memastikan setiap helaian yang direka dan disiapkan oleh para atelier mereka menepati piawaian yang ditetapkan bagi persekitaran sebuah hospital.
“Ini adalah pengalaman pertama untuk kita siapkan pakaian seragam sebuah hospital dan kami tahu ia perlu menepati praktikaliti, material bersesuaian dan bertepatan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP). Kesemua ini memerlukan proses penyelidikan daripada pihak kami dan akhirnya, kolaborasi antara Rizman Ruzaini dan Aurelius ini terjalin juga,” katanya.
Ads
Tambah Ruzaini lagi, ilham sentuhan mereka untuk rangkaian pakaian seragam Hospital Aurelius Nilai ini dicedok daripad drama-drama Korea. Ia jelas dapat dilihat pada gabungan siluetnya yang lebih moden ditambah pula dengan bahagian lapel yang tetap kelihatan bergaya biarpun pada pakaian formal sebegini.
“Dari situ, kita keluarkan ilham dengan memasukkan sedikit elemen fesyen pada pakaian hospital. Selain itu, bentuk logo Hospital Aurelius yang sedikit melengkung seperti kelopak mata atau dedaun juga diaplikasikan sebagai subject matter pada pakaian seragam,” ulasnya.
Dalam pada itu, Ruzaini juga berkata jenama Rizman Ruzaini kini sedang memberi fokus kepada mengembangkan jenama itu ke bumi Dubai dan negara-negara Timur Tengah lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
r
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Erina Hanawa dari Jepun dinobatkan sebagai Miss Tourism World 2022 pada peringkat akhir pertandingan pertandingan tersebut yang diadakan di bandar Vinh Yen, wilayah utara Vinh Phuc, pada tanggal 10 Disember.
Justine Beatrice Felizarta dari Filipina dan Le Thi Huong Ly dari Vietnam dinobatkan sebagai naib juara dan pemenang tempat kedua. Sementara itu, melengkapkan kedudukan di peringkat top 5 adalah wakil dari Rusia dan Nigeria, mereka masing-masing berada tempat keempat dan kelima.
Menjalankan perniagaannya sendiri sebagai pereka perhiasan & aksesori, Erina yang merupakan anak kacukan Jepun-Filipina ternyata berjaya memenangi hati para juri dengan personalitinya yang memukau, pesona luar biasa & kecantikan asli yang terserlah.
Sebelum malam finale, 35 peserta dari selurh dunia telah terlibat dalam lawatan selama 20 hari ke Hanoi dan wilayah utara Ninh Binh, Phu Tho, Son La dan Vinh Phuc untuk meneroka warisan budaya Vietnam sekaligus mempromosikan industri pelancongan di situ.
Sedikit informasi mengenai wanita berusia 29 tahun ini, Erina bukanlah wajah baharu dalam dunia ratu cantik di negaranya, dia sebelum ini pernah menyertai pertandingan Miss Earth Jepun 2021 dan mendapat tempat kedua.
Kemudiannya dia menyertai Miss Supranational Jepun 2022 namun hanya berada du kedudukan top 8 sahaja. Apa yang menarik, adiknya Mayuko Hanawa yang turut bertanding dinobatkan sebagai Miss Supranational Jepun 2022.
Erina bersama adiknya Mayuko.
Selepas itu, dia memutuskan untuk bersara daripada pertandingan ratu cantik, tetapi direktor kebangsaan mencadangkan kepadanya jika dia berminat untuk menyertai Miss Tourism World selepas mengetahui had umur dinaikkan. Ternyata pertaruhannya menjadi dan kini bergelar seorang ratu bertaraf antarabangsa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
”Bila ada event besar akan berlaku seperti first time nak pergi dating, atau hari pertama di sekolah, atau kena jadi bridesmaida untuk kahwin BFF..”
Masa tu lah jerawat sibuk nak timbul pada muka. Kalau ikutkan hati, memang nak picit je sementara jerawat tu kecil lagi.
TAPI, menurut pengasas SKINFIVE dari Amerika Syarikat iaitu Dr. Ava Shamban, ada 4 situasi di mana korang WAJIB elakkan memicit jerawat.
01
BilaTiadaWhitehead
Sekiranya tiada ‘bintik putih’ atau whitehead di atas jerawat korang, seeloknya elakkan daripada mengusiknya. Tanpa whitehead, tak ada apa yang boleh korang picit sebenarnya. Tanda merah jerawat tu hanyalah inflamasi kulit dan jika diusik, ia akan lebih meradang dan mengakibatkan parut pada wajah.
02
ApabilaJerawatDiHidung
Kawasan T-Zone melibatkan hidung adalah antara kawasan No-No untuk memicit jerawat. “There is so much blood supplied to that zone, jadi elakkan.”
Tambahan lagi kalau korang pernah berdepan dengan masalah sun burn pada hidup, kulit pada hidung akan menjadi ekstra sensitif. Lagi diusik, lagi lama tempoh untuk pulih. Sapukan je krim lega jerawat.
03
3JerawatSerentak
Ini adalah antara nightmare untuk remaja.
Bila tiga sekumpulan muncul di kawasan berbeza pada wajah, korang terpaksa akur je. Lagi dipicit, lagi merebak inflamasi kemerahan. Silap hari bulan, boleh berbekas jerawat pada wajah.
Sebaiknya dapatkan nasihat dermatologis atau pakar kulit.
04
Jika Picit Tak Ada Efek
Boleh picit, tetapi pastikan sudah ada (1) whitehead dan (2) picit perlahan-lahan.
Jika sudah dipicit tapi masih tak menunjukkan jerawat pecah, elakkan daripada memaksa. Jangan pressure ia untuk keluar, nampaknya jerawat tu belum bersedia dan masih meradang.
05
Kalau Jerawat Membesar
Bukan membesar lebih tinggi ya, tetapi membesar sehingga merebak radius 1 inci daripada punca jerawat. Kawasan tersebut akan kelihatan merah dan sakit yang amat dapat korang rasakan.
Jangan picit! Ini adalah simptom facialcellulitis dan sebaiknya korang dapatkan nasihat pakar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam ini pemenang Miss Charm International yang ketiga akan diketahui. Setelah lebih 32 tahun tidak diadakan, akhirnya pelakon, penerbit, model dan usahawan asal Malaysia, Kavita Sidhu yang bergelar Miss Charm International 1990 akan memiliki penyambung legasinya.
Wanita anggun berusia 52 tahun itu merupakan pemenang edisi kedua pertandingan tersebut.
Kavita Sidhu ketika memenangi gelaran Miss Charm International 1990.
Sudah lumrah, jika ada pertandingan ratu cantik, pasti mahkota yang bakal dimenangi oleh sang juara menjadi perhatian.
Setelah lebih tiga dekad tidak diadakan, pastinya rekaan mahkota memainkan peranan penting sebagai sebuah penanda aras. Ternyata organisasi ratu cantik ini tidak mengecewakan. Mempersembahkan rekaan mahkota kepada umum dua hari sebelum malam finale, rata-rata memuji keindahan mahkota tersebut.
Diinspirasikan dengan motif dedaunan semula jadi, mahkota ini menyerlahkan makna sebuah inspirasi dan warna kehidupan. Simbol alam semula jadi dilahirkan dan dipupuk dalam sumber asas kehidupan yang melimpah dan lembut.
“Daun mewakili unsur-unsur yang tulen, ringkas, segar, dan penuh daya hidup. Menggunakan imej daun dalam reka bentuk mahkota menunjukkan keindahan jiwa yang halus dan murni, membawa rasa kepercayaan dan keselamatan dan menyampaikan daya hidup yang kuat, keinginan untuk bangkit dan kelahiran semula,” kongsi organisasi Miss Charm International dalam sebuah hantaran di Facebook.
Menambah lagi mengenai bentuk mahkota yang unik, “Daun-daunnya diukir dengan jelas dan diarahkan ke bahagian dalam, yang bermaksud bahawa kecantikan dari seluruh dunia berkumpul di Miss Charm untuk bertukar dan mempromosikan keindahan individu dan negara mereka.
“Batu-batu merah seperti saripati dari seluruh dunia berkumpul di tengah-tengah untuk mencipta kuasa yang tidak terbatas, kuasa keindahan, perpaduan serta sebagai perkongsian untuk melaksanakan misi menyebarkan nilai kemanusiaan dan pengetahuan kepada masyarakat sosial.”
Shannen Jade Totten mewakili Malaysia tahun ini. Kredit foto: Instagram Shannen Jade Totten
Seramai 38 orang peserta menyertai pertandingan Miss Charm International 2023. Siapakah yang bakal bergelar juara? Sama-sama kita nantikan.
Malaysia diwakili oleh wanita berusia 28 tahun, Shannen Jade Totten. Selain bergelar Miss Charm Malaysia, Shannen sebelum ini pernah bergelar top10 Miss Universe Malaysia 2018 dan juga naib juara Miss World Malaysia 2018.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.