Perubahan rambut Nora Danish pada posting di Instagram-nya semalam mengejutkan netizen.
Selalunya, kita dapat melihat Nora cantik dengan rambut ikalnya. Tetapi semalam, pelakon tersebut memuat naik foto dengan imej botak. Pada mulanya, netizen risau dan bertanyakan sama ada dia sakit.
Nora menjawabnya ia semua adalah tuntutan lakonan drama Hingga Jumpa Lagi yang menggandingkan Nora dengan Kamal Adli.
Malah, imej itu adalah hasil solekan mantap produksi. Rambutnya masih panjang seperti dulu.
Ini bukanlah kali pertama pelakon perempuan mencukur atau membotakkan kepala. Kebanyakan pelakon Hollywood pernah melakukannya demi watak, dan ia juga mengubah persepsi ramai orang yang selebriti perempuan juga kuat.
Jom tengok siapa yang pernah berbuat sedemikian.
Ads
01
Willow Smith
Hanya pada usia 12 tahun, Willow mencukur rambut dan mewarnakannya merah jambu dan hijau. Hanya 4 tahun selepas itu, pelakon itu menjawab alasannya berbuat demikian.
“Saya rasa terpaksa, at that point saya tidak lagi tahu warna rambut semulajadi saya kerana terlalu kerap melakukan sesuatu pada rambut.”
02
Cara Delevigne
Ads
Model yang bertukar pelakon ini membotakkan rambut untuk watak di dalam Life in a Year. Cara memberitahu Glamor yang ia adalah pilihan tepat kerana “menjadi botak membuatkan orang di sekeliling mula mendengar secara serius tentang apa yang saya ingin cakapkan.
“Sebelum ini, mereka rasakan saya hanyalah model bimbo.”
03
Kristen Stewart
Gaya rambut bob, lob (long bob), pixy – semuanya pernah dilakukan oleh pelakon popular Twilight ini. Namun, Kristen mengambil keputusan dramatik untuk menggayakan buzz cut perang untuk membuktikan dia berani.
Ads
04
Millie Bobby Brown
Pertama kali Millie ditonton oleh seluruh dunia melalui siri Stranger Things, dia hadir dengan gaya kepala botak pada usia 12 tahun demi watak. Walaupun datuknya melarang, Millie merasa bangga dengan wajahnya itu.
“Saya harap saya boleh memberi inspirasi kepada ramai orang..”
05
Natalie Portman
Kalau orang dah cantik, potonglah rambut macam mana sekalipun, korang akan tetap nampak cantik. Seperti Natalie Portman yang membotakkan kepada untuk watak di dalam filem V for Vendetta, lalu membuatkan ramai penonton mengingatinya menerusi watak itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik khabarnya sekali lagi berpisah dengan model ternama, Gigi Hadid.
Menurut laporan media luar negara, perpisahan ini berlaku disebabkan Zayn menyerang ibu Gigi, Yolanda Hadid selepas terlibat dalam satu pertengkaran sekitar Oktober lalu.
Gigi pula membuat satu kenyataan rasmi dengan memaklumkan bahawa dia akan memberikan tumpuan penuh buat anak mereka dan mahu melakukan yang terbaik demi Khai.
Terdahulu, pasangan ini pernah juga berpisah pada tahun 2018 namun kembali bersama dengan kelahiran anak perempuan mereka.
Solat adalah perkara WAJIB ke atas setiap umat Islam yang berakal dan baligh. Betapa pentingnya ibadah solat lima waktu sehari semalam ini, ia merupakan rukun Islam ke kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah.
Perkara pertama akan ditanya di akhirat kelak adalah solat. Justeru itu, ibadah solat tidak boleh dipandang remeh sama sekali oleh setiap umat Islam. Di samping solat lima waktu sehari semalam, kita juga disarankan untuk melakukan solat sunat yang boleh memberikan ganjaran pahala bagi yang melakukannya. Malah ia adalah jawapan kepada semua masalah yang kita hadapi.
Jom kita ketahui jenis-jenis solat sunat dan pengertiannya.
Solat sunat Dhuha atau disebut juga sebagai pembuka rezeki :
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur). Boleh buat 2 rakaat atau lebih (sehingga 6 rakaat).
Solat Sunat Tahajjud atau disebut solat permudah urusan
Solat tahajjud oleh dibuat apabila terjaga di waktu malam selepas tertidur sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang- kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.
Solat Sunat Hajat (mencapai apa yang diinginkan)
Solat hajat dan doa sebenarnya adalah senjata umat Islam. Sembahyang sunat atau solat sunat hajat biasanya dilakukan apabila seseorang Muslim itu memiliki sebarang hajat atau kehendak yang ingin dipinta terus kepada Allah S.W.T.
Antara hajat yang biasa kita dengar dikalangan masyarakat Malaysia ialah seperti hajat pelajar inginkan keputusan yang cemerlang, hajat ibu bapa mahukan anaknya berubah daripada keburukan kepada kebaikan, hajat mahu anak dengar kata, hajat mahukan sejumlah harta, hajat mahukan calon pasangan isteri atau suami dan sebagainya.
Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa mengira waktu.
Solat sunat Istikharah (menyelesaikan apa kekeliruan berlaku)
Istikharah dari sudut bahasa bermaksud “meminta sesuatu kebaikan”.
Doa yang dibaca semasa solat berbunyi seperti berikut:
Ya Allah, sesungguhnya aku meminta petunjukMu dalam pengetahuanMu, aku meminta kekuatanMu dengan kemampuanMu, dan aku mengharapkan daripada kurniaMu yang Agung. Maka sesungguhnya Engkau mampu dan aku tidak mampu, Engkau tahu dan aku tidak tahu dan Engkau Maha Mengetahui segala perkara ghaib. Ya Allah jika Engkau tahu bahawa urusan ini [sebutkan urusan] baik bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan natijah urusanku, maka mampukanlah ia bagiku dan permudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah padanya bagiku. Dan jika Engkau tahu bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan natijah urusanku, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah kebaikan padaku, di mana-mana pun ia, kemudian redhakan lah aku padanya.
Maka sebelum itu, ada tiga langkah perlu tahu iaitu:-
Persediaan– Gunakan rasional dan nilai keadaan sendiri. Lakukan penyelidikan awal terlebih dahulu.
Istisharah (minta pandangan)– Tanyakan pendapat mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan
Istikharah (minta kebaikan)– Sekiranya selepas mengurangkan pilihan, kita masih menghadapi kesukaran membuat keputusan, di sinilah istikharah memainkan peranan untuk memberi kita keyakinan dan kejelasan.
Solat sunat Tasbih merupakan solat sunat yang terdapat sebanyak 300 tasbih. Solat sunat tasbih dianjurkan supaya dikerjakan sekurang-kurang sekali seumur hidup. Solat sunat tasbih ada empat rakaat, dengan ketentuan jika dikerjakan pada siang hari cukup dengan satu salam. Jika dikerjakan pada malam hari dengan dua salam.
Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk rehat sebelum bangun berdiri / memberi salam. Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.
Ajaran dalam agama islam cukup lengkap untuk mencari semua jawapan pada persoalan yang kita ingin tahu dan mahu tahu. Al-Quran dan hadis itu adalah pelengkap kehidupan dan tidak boleh ditinggalkan sama sekali.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan ekonomi pelbagai jenis sektor merudum dalam tempoh setahun ini.
Salah satu sektor paling terjejas akibat keadaan ini adalah sektor perfileman apabila kebanyakan filem yang dijadualkan menemui pawagam pada tahun lalu terpaksa menundakan tayangan mereka ke tahun 2021.
Bukan hanya pihak produksi yang berdepan tekanan ini, tempiasnya turut dirasai oleh industri pawagam di Malaysia apabila pada satu ketika, pawagam di seluruh negara terpaksa mengambil keputusan untuk menutup kesemua cawangan di seluruh negara berikutan kunjungan merosot.
Terbaru, pihak Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan penutupan dua buah cawangan mereka yang telah beroperasi lebih dari 15 tahun. Penutupan itu melibatkan cawangan GSC Cheras Leisure Mall dan GDC Berjaya Times Square.
Percaya tak, masing-masing telah beroperasi sejak tahun 1995 dan 2005!
GSC Cheras Leisure MallGSC Berjaya Times Square
Menurut GSC, penutupan ini adalah kesan daripada arahan diperketatkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.
“Dengan ini, kami secara ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua pengunjung yang telah menyokong GSC Cheras Leisure Mall dan GSC Berjaya Times Square. Ikuti perkembangan pembukaan semula pawagam di Lembang Klang menerusi media sosial kami. Kami tidak sabar untuk menerima semula kunjungan anda ke pawagam kami dalam masa terdekat,” catat mereka.
Muat naik tersebut disusuli oleh pelbagai komen warganet yang mengimbas semula memori mereka di GSC Times Square dan GSC Cheras Leisure Mall
.
.
Tengok Wayang Setiap Hari Rabu
.
Mesti Kunjung Semasa Tahun Baru Cina
.
Pernah Tonton Pacific Rim Secara Percuma
.
Selalu Lepak Seorang Diri
.
Tempat Dating & Lepak Dengan ‘Member’
*
Thank you for the memories! Harapnya tiadalah lagi pawagam epik seperti kedua-dua lokasi ini yang akan ditutup selepas ini.
Untuk pengetahuan pada pertengahan bulan Disember 2020, GSC telahpun membuka semula sembilan cawangan pawagam mereka setelah kelonggaran diberikan oleh pihak kerajaan kepada pergerakan rakyat.
Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah baru-baru ini memilih pendekatan berdiam diri apabila diasak dengan persoalan mengenai dakwaan dirinya telah bertunang selepas spekulasi bahawa beliau bakal...