Baru-baru ini, sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa, Tenom, Sabah telah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya muncul juara dalam Festival dan Pertandingan Tarian Rakyat Antarabangsa ke-26 yang berlangsung di Istanbul, Turkiye.
Dalam pertandingan yang berlangsung dari 29 Mei hingga 1 Jun itu, pelajar-pelajar berkenaan mempersembahkan tarian Magunatip, iaitu tarian tradisional masyarakat Murut yang memerlukan ketangkasan dan koordinasi tinggi.
Dalam pada itu, tarian tersebut bukan sahaja berjaya memikat hati penonton, malah memukau juri sehingga membolehkan pasukan dari Sabah ini mengatasi 13 pasukan lain dari pelbagai negara untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
Kredit foto: Warta Oriental
Lebih membanggakan, kumpulan tersebut turut menerima Anugerah Persembahan Terbaik, satu pengiktirafan yang menegaskan reputasi mereka sebagai antara pasukan kebudayaan terbaik dunia.
Menurut jurulatih kebudayaan sekolah, Siti Faridah Lawadin, kejayaan itu adalah hasil usaha gigih para pelajar serta sokongan padu pihak sekolah dan komuniti.
Ads
“Mereka berjaya mengatasi 13 pasukan lain dari seluruh dunia dan muncul sebagai juara. Ini bukan sahaja mengangkat nama sekolah dan Sabah, tetapi juga meletakkan seni tradisional kita di pentas dunia,” katanya.
Pada masa yang sama, Siti Faridah turut menjelaskan bahawa penyertaan ini menjadi platform penting dalam usaha memartabatkan budaya tempatan ke peringkat global, selain menyemai rasa bangga dalam kalangan generasi muda terhadap seni warisan negara.
Ads
Kredit foto: Warta OrientalKredit foto: Warta Oriental
“Persembahan hebat ini mendapat tepukan gemuruh daripada penonton antarabangsa dan delegasi kebudayaan yang hadir. Ia secara tidak langsung memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turkiye melalui pendekatan budaya serta warisan,” ujarnya lagi.
Sementara itu, kejayaan mereka kali ini juga berjaya menamatkan dominasi juara bertahan dari Rusia yang memenangi pertandingan tahun lalu. Kemenangan ini sekaligus membuka lembaran baru buat pasukan tersebut dalam arena tarian antarabangsa.
Ads
Sekadar info, tarian Magunatip sinonim dengan masyarakat Murut dan terkenal dengan persembahan lompatan di antara batang buluh yang diketuk mengikut irama. Ia bukan sahaja menuntut kekuatan fizikal dan disiplin tinggi, malah mencerminkan warisan budaya yang unik dan penuh simbolik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
The Korea Superconducting Tokamak Advanced Research (KSTAR), sebuah peranti pelengkap superkonduktor yang juga dikenali sebagai matahari buatan Korea, telah pun mencatat rekod dunia kerana berjaya mengekalkan plasma suhu tinggi selama 20 saat dengan suhu ion lebih dari 100 juta darjah Celsius.
Menurut phys.org, pada 24 November lalu, Korea Institute of Fusion Energy (KFE) telah pun mengumumkan bahawa penyelidikan bersama Seoul National University (SNU) dan Columbia University of the United States berjaya dalam operasi plasma secara berterusan selama 20 saat dengan suhu 100 juta Celsius, yang merupakan salah satu syarat utama peleburan nuclear dalam KSTAR Plasma 2020.
Foto: phys.org
Ia adalah satu pencapaian terbaik kerana ia adalah kali pertama pernah mengaktifkan matahari buatan mereka selama lebih dari 10 saat. Hal ini dapat dilakukan kerana KFE telah berjaya memperbaiki rekaan mod Internal Transport Barrier, iaitu yang boleh mengekalkan keadaan plasma untuk masa yang lebih lama.
KFE turut menjangkakan mereka boleh mengekalkan pengaktifan matahari buatan ini selama 300 saat pada suhu melangkaui 100 juta darjah Celsius menjelang tahun 2025 nanti.
Institusi mereka juga akan menjalankan lebih banyak eksperimen dengan organisasi-organisasi yang lain, dimana hasil yang didapati daripada eksperimen ini akan dikongsi di acara IAEA Fusion Energy Conference pada bulan Mei 2021.
Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam kita perlu percaya bahawa kuasa manusia tidak boleh disamakan dengan yang Maha Pencipta. Tidak kiralah sehebat mana pun ciptaan manusia itu, ia sama sekali tidak dapat menyaingi dengan kuasa Allah SWT. Wallahualam!
“Saya fikir kalau tidak mulakan sekarang, bila lagi? Saya bukan datang daripada keluarga yang senang.
“Ayah saya banyak beri bantuan dan nasihat memandangkan dia seorang cef yang sudah terlibat dalam industri makanan sejak umurnya 18 tahun,” katanya.
Bercerita mengenai proses awal peniagaan yang diusahakan di rumah, pelakon berusia 28 tahun itu memilih rempeyek kerana ia merupakan snek tempatan yang enak untuk diketengahkan.
Kongsinya lagi, walaupun baru sebulan mengusahakan rempeyek, sambutan perniagaan rempeyeknya itu sangat menggalakkan dalam kalangan penggemar snek tersebut.
“Resepi saya dapatkan daripada kawan. Saya sibuk ada penggambaran dia juga yang akan masakkkan tempahan rempeyek untuk saya.
“Lagipula orang tua suka rempeyek. Mereka yang akan banyak sokong saya,” tuturnya.
Sekadar info, Yuna kini berlakon sebagai Zuleikha dalam drama berjudul Mystic Village yang diarahkan oleh Faizul Jais dan merupakan hasil tulisan penulis bersama, Honey Ahmad dan Bernice Low.
Selain Yuna, pelakon lain yang membintangi drama berkenaan adalah Gambit Saifullah, Kamal Adli, Yuna Rahim, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Neera Azizi, Anas Ridzuan dan Mubarak Majid.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bila bergelar seorang perempuan, ada beberapa perkara yang sering merisaukan mereka. Antaranya adalah bila period atau haid tidak keluar pada bulan tertentu.
Kita sudah sedia maklum, perempuan akan didatangi haid setiap bulan. Jadi bila ada hari-hari yang sepatutnya sudah haid, tapi tidak muncul juga, ini yang merisaukan kaum Hawa.
Perkara pertama yang biasanya mereka fikir adalah “Adakah situasi ini normal?”
Bagi individu yang mempunyai masalah period tidak teratur ini, seorang penguna TikTok yang dikenali sebagai tinaaziz86 dan juga seorang Pharmacist berkongsi suplemen yang mana elok untuk menstabilkan kitaran haid korang, jom semak di bawah!
Antara suplimen yang disarankan oleh beliau ialah :
1. Blackmores Vitex Agnus-Castus
Foto – Lazada/Shopee
2 Kordel’s Vitex Regulates Menstrual Cycle
Foto – Kordel’s/Shopee
3 Himalaya Women’s Wellness
Foto – Watsons/Ummi Nani
4 Naturalle Kacip Fatimah Plus
Foto – Shopee
5. Opceden Kacip Fatimah Plus
Foto – Watsons
Untuk menstabilkan semula kitaran haid yang sudah lama tidak teratur ini, kamu perlu amalkan suplemen ini bagi membantu melancarkan masalah haid yang dialami.
Apa-apa pun, korang juga boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Suplemen ini hanyalah sekadar inisiatif yang boleh diambil.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Miss Universe Malaysia 2026, Eunice Wong sah tidak ke Puerto Rico bersama lima wakil negara Asia Tenggara lain susulan kontroversi melibatkan MGI dan organisasi Miss Universe.