Tekad untuk mengubah nasib keluarga keluar daripada kepompong kesusahan menjadi pemangkin semangat buat pelari muda negara, Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif, selepas berjaya meraih pingat gangsa acara 110 meter lari berpagar di Sukan SEA Thailand 2025, kelmarin.
Atlet berusia 20 tahun itu percaya hanya kejayaan di pentas sukan mampu memberikan kehidupan yang lebih selesa buat dirinya dan ibu tercinta, Hanariah Omar, 64, yang kini menetap di Dungun, Terengganu.
Detik paling menyentuh hati berlaku sebaik sahaja Armin menamatkan perlumbaan final dengan catatan 13.85 saat, apabila dia tidak dapat menahan sebak sambil mengangkat sekeping kertas bertulis ‘I LOVE IBU’ di hadapan kamera, mendedikasikan kejayaan sulungnya di temasya dwitahunan itu buat insan paling berjasa dalam hidupnya.
Armin mendedahkan dia kehilangan ayah sejak kecil dan terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga, sambil membantu ibunya dengan bekerja sambilan di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Ads
“Saya anak tunggal dan menanggung keluarga selepas ketiadaan ayah, jadi sayalah ketua keluarga yang kena tanggung semuanya betul-betul. Saya mahu mengubah kehidupan kami.
“Selama ini jika tiada latihan pagi, saya bekerja sambilan syif malam di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sampai pukul 8 pagi. Pendapatan saya sekitar RM1,000 hingga RM1,300 itulah saya guna untuk sara ibu,” katanya dalam nada sebak.
Buat Armin, kekangan kewangan bukan alasan untuk mengalah. Atlet muda ini mengakui dia perlu berjimat cermat dalam kehidupan seharian dan lebih banyak menghabiskan masa makan bersama ibunya di rumah.
Dalam masa sama, Armin turut menyimpan impian untuk menjadi atlet sepenuh masa bagi meningkatkan prestasinya ke tahap tertinggi, khususnya menjelang Sukan SEA 2027. Namun, dia mempunyai satu pendirian yang tidak pernah berubah iaitu kekal di Terengganu demi menjaga ibunya yang tinggal bersendirian.
Ads
“Jadi atlet sepenuh masa boleh bantu saya lari lebih laju untuk Sukan SEA 2027. Tapi saya tak boleh berlatih di Kuala Lumpur, saya kena kekal di Dungun sebab nak jaga ibu yang duduk seorang.
Ads
“Alhamdulilah pingat gangsa ini rezeki Allah bagi dan saya harap permulaan untuk masa depan saya. Ibu pesan hari ini, buat yang terbaik untuk keluarga. Saya berjaya lakukannya,” ujarnya.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat dalam acara 110 meter lari berpagar adalah pada Sukan SEA Manila 2019 menerusi Rayzam Shah Wan Sofian yang muncul pemenang tempat kedua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah namanya orang muda dan bujang memang jaranglah nak melekat di ruang dapur. Akhirnya beras pun jadi habuk dek dimakan bubuk.
Beras apabila jarang diguna atau disimpan untuk tempoh yang lama, sudah tentu akan menjemput ‘penghuni’ yang tidak diingini. Biarpun saiznya kecil, tetapi kehadiran ‘pendatang’ mirip seperti kumbang dalam beras biasanya dalam jumlah yang banyak hingga boleh menimbulkan rasa geli.
Bukan itu sahaja, beras yang dipenuhi pendatang bernama bubuk atau kutu beras ini juga akan berkurangan beratnya.
Jadi, kalau nak mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba.
Cukup mudah tak keluar belanja pun. Caranya guna oven je. Inilah tip yang dikongsikan oleh Nurhasanah Harun
6 bulan tinggal rumah…beras pun bubuk dah berkampung….sayang nak buang sebab elok lagi… Cara saya tak jemur sebab saya malas kuar rumah 🤣 lagipun sekarang cuaca hujan kannnnnn..
Panaskan oven sekejap,masuk beras dalam tray dan masuk oven lebih kurang 10 mnit biar betul2 panas semua beras tu..mati la bubuk sekali ulat2 dia…
Kalau tak ada oven tu boleh goreng tanpa minyak dalam kuali…sekejap ja agak2 panas..jangan goreng perang macam nak buat pekasam pulak 😅😅
Sebelum bakar…merayap je dia lari p bawahDah bakar…ayak buang bubuk..ambil yang bersihNi haaa….bukan bubuk je…segala habuk pun ada
Tip check beras masih elok atau tidak:
Macam mana nak tau beras masih elok? Cuba basuh beras kalau tak ada beras warna putih timbul banyak-banyak tu maknanya elok…kalau banyak timbul dan ringan tu cuba la patahkan beras tu…dalam dia ada ulat bubuk 😱😱
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernahkah anda bayangkan daun ganja diletakkan di antara sandwich kegemaran anda ataupun ditabur ke atas sup untuk meningkatkan lagi aroma? Ini bukanlah kisah dongeng, sebaliknya benar-benar berlaku di Thailand.
Sebuah restoran di Hospital Chao Phya Abhaibhubejhr yang terletak di daerah Prachin Buri telah mula menghidangkan resipi berasaskan ganja yang digelar ‘happy meal’ bulan ini. Keputusan ini dibuat setelah kerajaan Thailand mengambil keputusan untuk tidak menyenaraikan ganja sebagai narkotik.
Ekoran itu, firma yang mendapat kebenaran kerajaan memperoleh hak untuk menanam pokok tersebut.
Menurut Pakakrong Kwankao yang merupakan ketua projek di hospital terbabit, “Daun ganja, apabila diletakkan di dalam makanan atau dengan julah yang sedikit… ia mampu membantu pesakit untuk pulih dengan lebih cepat dari penyakit.”
Hospital ini merupakan pemula dalam projek yang mengkaji kebolehan dan juga kegunaan ganja bagi mengurangkan kesakitan dan keletihan. Selain itu, daun ganja boleh menaikan selera makan, menjadikan tidur lebih nyenyak dan juga mood seseorang akan menjadi lebih baik.
Untuk pengetahuan pembaca, Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara menghalalkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan dan sejak dari itu telah membukan beberapa klinik medikal ganja.
Seperti biasa, apabila tiba hari yang cukup istimewa ini bagi diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia, pelbagai promosi dan diskaun menarik sudah dijangka akan ditawarkan termasuklah di premis makanan, minuman dan pakaian.
Berikut merupakan beberapa promosi menarik yang boleh korang selepas pergi mengundi nanti.
Okay sebelum itu korang baca la dulu syarat-syarat setiap restoran ini. Selamat mengundi dan menikmati promosi-promosi sempena PRU15 ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!