Apa yang akan terjadi pada masa akan datang, semua itu di bawah kuasa Ilahi.
Namun buat masa ini, pelakon dan Bintang Paling Popular 2019 iaitu Mira Filzah tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin pada tahun 2020.
Bagi Mira, ura-ura untuk berkahwin itu tidak benar. Dia sama sekali tidak akan merahsiakan daripada pengetahuan umum sekiranya merancang untuk berkahwin.
“Apa-apa saja boleh berlaku pada tahun hadapan. Semua orang mengimpikan hubungan mereka akan berakhir dengan perkahwinan dan kebahagiaan.
“Buat masa ini masih belum ada perbincangan keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya sekaligus meredakan khabar angin tersebut.
Apapun, kelibat Mira dalam busana perkahwinan yang tular adalah disebabkan pemilihannya sebagai muse untuk koleksi perkahwinan Rico Rinaldi 2020.
Ads
“Kerjasama Mira dengan Rico ini tidak ada kena-mengena dengan gosip akan berkahwin. Ini bukanlah petunjuk. Sudah lama Rico memujuk Mira untuk bekerjasama dan kami akhirnya bersetuju, maka terjadilah ini,” katanya.
Selain daripada koleksi perkahwinan, Rico Rinaldi juga mempersembahkan koleksi Cruise 2020 untuk sarungan semasa bercuti. Ia juga pada kami bersesuaian dijadikan pilihan kasual korang pada setiap hari.
Ads
Cer tengok beberapa lagi foto Mira daripada penggambaran Rico Rinaldi Bridal 2020 ini. Cantik kan!
Kata orang penantian satu penyeksaan. Namun penantian yang lama akhirnya membuahkan hasil apabila kes saman seorang remaja terhadap seorang pembantu perubatan akhirnya beroleh kejayaaan.
Remaja yang berusia 17 tahun ini yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan berjaya memperoleh pampasan RM150,000 atas kecatatan kekal yang dialaminya. Kes samannya terhadapp seorang pembantu perubatan hospital kerajaan berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar yang mewakili remaja itu berkata, defendan pertama iaitu pembantu perubatan Hospital Kuala Lipis bersetuju untuk membayar RM150,000 kepada anak guamnya.
“Jumlah pampasan itu dicadangkan oleh mahkamah ketika kedua-dua pihak berunding untuk menyelesaikan kes dan kami bersetuju dengan jumlah pampasan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada prosiding kes saman tersebut di dalam kamar Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad, yang kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan penyelesaian kes itu.
Mohamad Zainuddin berkata, pihak defendan juga memohon supaya jumlah pampasan itu dibayar secara ansuran iaitu RM2,500 setiap bulan dalam tempoh lima tahun, bagaimanapun pihaknya menolak cadangan terbabit.
“Mahkamah kemudiannya menetapkan 5 Ogos untuk keputusan bagi mengetahui terma pembayaran berkenaan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Zainuddin berkata, rayuan anak guamnya di Mahkamah Rayuan ditetapkan untuk pengurusan kes pada 6 Ogos ini.
“Anak guam saya merayu berhubung keputusan mahkamah yang membenarkan kerajaan Malaysia dan empat pihak lagi yang sebelum ini dinamakan sebagai defendan untuk membatalkan saman berkenaan,” katanya.
Pada 20 Feb lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan kerajaan Malaysia, pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang; pengarah hospital itu; doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor; sebagai defendan kedua hingga keenam untuk membatalkan saman itu.
Kanak-kanak lelaki biasanya akan berkhatan apabila tiba masa yang sesuai, biasanya semasa kebanyakan dari mereka di sekolah rendah lagi. Gambar hiasan
Pada 19 Julai 2018, remaja itu selaku plaintif memfailkan saman melalui ibunya dan mendakwa pada 10 pagi, 13 Dis 2010, defendan pertama (pembantu perubatan) bersama seorang pembantunya menjalankan prosedur berkhatan dengan kebenaran dan pengetahuan defendan kedua (pegawai perubatan) dan ketiga (pengarah hospital) ke atas dua kanak-kanak lelaki termasuk anaknya yang ketika itu berusia 10 tahun, di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis, Pahang.
Plaintif mendakwa semasa berkhatan, defendan pertama tidak mengikut prosedur ditetapkan apabila memotong keseluruhan kepala zakar anaknya, yang ketika itu keadaan kulit zakar masih menutupi kepala kemaluan remaja berkenaan, selain mendakwa defendan pertama membuat penyambungan semula ke atas kepala alat sulit dengan menjahitnya tanpa mengikut prosedur yang betul.
Dakwa plaintif, ketika anaknya berada di Hospital Kuala Lipis, defendan kedua tidak memberikan rawatan dengan segera dan tidak memaklumkan kepada plaintif serta anggota keluarganya bahawa keseluruhan kepala alat sulit atau glans penis terputus akibat prosedur itu, sebaliknya hanya dimaklumkan saluran kencing anaknya telah terpotong.
Plaintif mendakwa anaknya kemudian dibawa ke Hospital Selayang dan pembedahan dilakukan untuk menyambung semula kepala alat sulit dengan penutup getah diletakkan pada kepala zakar, namun selepas masuk hari ke-35, plaintif terperanjat selepas mendapati kepala alat sulit anaknya tidak ada lagi pada batang zakarnya.
Plaintif juga mendakwa defendan keempat memberi jaminan bahawa glans penis berkenaan kemungkinan akan tumbuh apabila anaknya mencapai usia akhir baligh, namun plaintif mendakwa apabila anaknya mencapai usia 17 tahun, kepala zakarnya tidak tumbuh.
Remaja itu mengalami kecacatan kekal dengan kemaluannya tidak dapat disambung semula dan dia berubah sikap menjadi seorang yang amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya serta tidak faham dunia seksualiti.
Plaintif juga terpaksa menanggung perbelanjaan dan kos yang tinggi semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang termasuk perbelanjaan perjalanan dan rundingan dengan peguam yang kesemuanya berjumlah lebih RM100,000.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, faedah dan kos.
Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita tidak lagi berpeluang untuk menangkap gambar bersama keluarga diraja Britain yang lengkap.
Ini berikutan keputusan Madame Tussauds London yang telah mengalihkan patung lilin mereka berdua daripada bilik pameran keluarga diraja muzium terkenal itu.
Menurut laporan, pihak pengurusan muzium berbuat sedemikian susulan pengumuman rasmi bekas pasangan diraja itu semalam yang ingin mengundur diri daripada barisan ahli keluarga diraja demi mengecapi kehidupan yang lebih bebas.
Bilik pameran khas itu sebelum ini dihiasi dengan patung lilin Ratu Elizabeth, Duke of Ediburgh Putera Phillip, Putera William, Kate Middelton, Putera Harry dan Meghan Markle.
Walaupun patung lilin Putera Harry dan Meghan tidak lagi akan kelihatan dalam set keluarga itu bermula semalam, Pengurus Awam Madame Tussauds London iaitu Steve Davies berkata patung mereka berdua masih dipamerkan di dalam muzium itu.
Cuma ia ditempatkan di bilik berlainan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ini merupakan berita sedih buat umat Islam di seluruh dunia. Melihat perkembangan terkini penularan wabak berbahaya COVID-19 yang membimbangkan dan sudah merebak memasuki negara Timur Tengah.
Baru-baru ini kerajaan Arab Saudi telah memutuskan untuk menunda semua ibadah umrah sepanjang tahun 2020 ini.
Keputusan itu dibuat berikutan perkembangan virus COVID-19 yang dilihat semakin meruncing hingga menyebabkan banyak negara baru turut dijangkiti dengan wabak tersebut.
Memetik laporan daripada Channel News Asia, larangan umrah itu berkuatkuasa kepada penduduk Islam dari seluruh dunia termasuk untuk rakyat Arab Saudi sendiri, susulan pengisytiharan jangkitan COVID-19 kedua dalam kalangan warganegaranya yang baru pulang dari Iran.
Keputusan untuk menangguhkan umrah ini bakal memberikan kesan terhadap ekonomi Arab Saudi memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelang tiba bermula hujung April — di mana masa itu merupakan tempoh yang paling disukai jemaah untuk melakukan ibadah umrah.
Bukan itu sahaja, malah Arab Saudi juga dilaporkan berkemungkinan untuk menunda ibadah Haji yang akan bermula pada akhir bulan Julai nanti, sekiranya wabak COVID-19 masih belum reda.
Tahun lepas, sekitar 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia mengunjungi Kota Mekah dan Madinah untuk melaksanakan Rukun Islam kelima itu.
Apa pun Ya Allah, peliharalah umat islam dan semoga tanah suci Mekah akan kembali dipenuhi umatMu.
Sumber: Channel News Asia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!