Kes positif COVID-19 mencatatkan nilai yang sangat tinggi sejak kebelakangan ini dan ia sangat membimbangkan masyarakat di Malaysia.
Selain hospital, terdapat pusat-pusat kuarantin untuk pesakit COVID-19 ditempatkan dan antaranya adalah di MAEPS, Serdang. Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) disediakan bagi menampung pesakit yang bergejala rendah.
Bagi mereka yang tertanya-tanya apakah yang perlu dibawa oleh pesakit sekiranya perlu ditempatkan di PKRC, berikut adalah senarai barangan yang perlu dibawa yang telah dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Senarai keperluan asas:
Ads
• Pakaian yang selesa
• Baju panas
• Pakaian tidur
• Tuala
• Telekung dan sejadah
• Barangan mandian
• Beg kecil/mudah alih
• Selipar
• Stokin
• Pakaian dalam secukupnya
• Pelitup muka
• Hand sanitizer
• Kudap-kudapan dan minuman 3 in 1
• Ubat-ubatan dan makanan tambahan
• Pelembap bibir
Gambar hiasan
Senarai barangan hiburan
Ads
• Bahan bacaan keagamaan
• Bahan bacaan lain
• Laptop, ipad atau tablet
• Telefon bimbit dan pengecas
• Powerbank
Diharap agar rakyat Malaysia terus duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting di luar. Pastikan sentiasa mematuhi SOP dan sama-sama kita berdoa agar situasi pandemik ini beransur pulih.
Jika semalam kita masih bersedih dengan kemalangan yang menimpa pasangan suami isteri, Muhammad Noor Idham Ramli, 31 dan isterinya, Surawati Mohd pagi tadi di Kilometer 134 Jalan Kuantan/Seremban dekat Muadzam Shah, Rompin hari ini kita sekali lagi merasai kesedihan apabila satu lagi pasangan suami isteri meninggal dalam kemalangan jalan raya.
Jika pasangan Muhammad Noor dan Surawati meninggalkan tiga anak yang masih kecil berusia 6, 4 dan setahun setengah, hari ini tujuh beradik menjadi yatim piatu akibat kemalangan yang menimpa ibu bapa mereka di Jalan Felda Kerteh 2/3, Dungun.
Dalam laporan Berita Harian, kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, Kamal Hisham Mustaffa, 35, dan isterinya, Norhapisah Idris, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dua anak mereka yang parah di kepala ialah Muhammad Danish Irfan Kamal Hisham, 11, dan seorang anak angkat pasangan itu, Muhammad Danial Abdullah, 12.
Pertembungan dua buah kenderaan ini di Jalan Felda Kerteh mengakibatkan pasangan suami isteri meninggal di tempat kejadianPemandu Alza yang juga terdiri dari seorang guru dan juru tol mengalami patah kaki dan kedua-duanya selamat
Lima lagi anak pasangan itu berada di rumah ketika kejadian.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira Aeroback dipandu Kamal Hisham dari arah Ketengah Jaya ke Felda Kerteh 2, dikatakan memintas sebuah kereta di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, Kamal Hisham tidak sempat kembali ke laluan kiri sebelum bertembung dengan kereta Perodua Alza.
Kemalangan yang meragut nyawa pasangan suami isteri ini menjadikan tujuh anaknya yatim piatu serta mertaPesakit yang parah akibat kemalangan jni dibawa ke hospital untuk rawatan
Pemandu Alza, Mohd Zulkifli Ab Aziz, 39, yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh, Kemaman dan rakannya, Mohd Suhaimi Mat Hassan, 22, yang bertugas sebagai juru tol, dilaporkan patah kaki.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, siasatan awal mendapati pasangan suami isteri yang tinggal di Kampung Sura Hujung itu dalam perjalanan mengambil dua anak mereka yang tinggal di asrama Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Raja.
“Kemalangan menyebabkan pemandu dan semua penumpang kedua-dua kenderaan tersepit. Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan semua mangsa,” katanya.
Baharudin berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah dihantar oleh ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejadian yang berlaku kepada keluarga penyerang muda JDT dan pemain bola sepak kebangsaan, Syafiq Ahmad mengundang hiba masyarakat Malaysia.
Namun begitu, laporan semalam di kebanyakkan akbar dan portal menyatakan pemain bola sepak kebangsaan tersebut berpunca dan dipercayai pemuda itu terlelap sebelum Toyota Vellfire dipandunya hilang kawalan dan terbabas dalam nahas tersebut.
Sumber Gambar : InstagramFadhliz_
Sangkal dakwaan abang terlelap semasa memandu
Perkara tersebut telah disangkal oleh adiknya yang dikenali sebagai fadhliz di Instagram apabila memaklumkan bahawa abangnya tidak terlelap ataupun berhalusinasi ketika memandu.
Menurutnya, Syafiq memberitahu terlihat sesuatu yang melintang di jalan dan memandu di lane kiri (perlahan) ketika kejadian.
Selain daripada itu, Fadhli juga menafikan dakwaan anak sulung abangnya mengalami pendarahan di bahagian otak kerana kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman ataupun luaran.
Sumber Gambar: Instagram Fadhliz_
Ada sesuatu di jalan
Fadhli turut memuat naik satu kenyataan dari Twitter yang memaklumkan bahawa memang terdapat sesuatu dijalan tersebut apabila seorang pengguna jalan raya mengalami kerosakkan di bahagian depan kereta sejam sebelum kejadian.
Kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Sungai Bakap itu telah meragut nyawa anak lelaki bongsunya yang berusia 22 hari, ibu mertua serta pembantu rumah warga Indonesia. Manakala isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25 tahun, dilaporkan cedera parah. Syafiq and anak sulungnya pula, Nur Aira Saffiyya, 2 tahun, dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.
Diharap agar masyarakat kita mengambil ikhtibar tentang apa yang sudah berlaku dan paling selamat, bawa teman lain yang boleh memandu untuk mengambil giliran memandu.
Sedihnya, satu demi satu produk dan jenama terkemuka umum penutupan di Malaysia.
Namun, pengumuman dari produk kosmetik favourite para remaja iaitu NYX untuk menutup outlet fizikal dan online Di Malaysia sangat mengejutkan.
Bermula hari ini, NYX jenama kosmetik popular di Malaysia umum selepas ini tiada lagi outlet fizikal mahupun penjualan produk kosmetik NYX menerusi kedai dalam talian (online) seperti Hermo, Shopee, dan Lazada dijual di Malaysia.
Pengumuman yang dikeluarkan oleh NYX Professional Makeup Malaysia di laman Facebook dan Instagram mereka baru-baru ini.
Selepas 31 Julai 2020 Tiada Lagi Outlet NYX Di Malaysia
See you soon We regret to announce that #nyxcosmeticsmy will be closing our stores permanently accordingly as…
Menerusi pengumuman NYX di sosial medianya, ke semua outlet fizikal jenama kosmetik tersebut akan ditutup buat selama-lamanya bermula 30 Jun hingga 31 Julai 2020 mengikut lokasi.
NYX Suria KLCC – 30 Jun 2020
NYX Sunway Pyramid – 30 Jun 2020
NYX Mid Valley Megamall – 30 Jun 2020
NYX IOI City Mall Putrajaya – 1 Julai 2020
NYX SOGO KL – 31 Julai 2020
NYX PlayUp Advance Fahrenheit 88 – 31 Julai 2020
NYX PlayUp Advance Genting – 31 Julai 2020
Paling patah hati, NYX juga memutuskan untuk tidak menjual produk kosmetiknya menerusi dalam talian. Ini antara platform dalam talian yang bakal tidak menjual produk kosmetik NYX di Malaysia, mengikut tarikh masing-masing.
Tapi jangan risau, korang masih boleh dapatkan kosmetik ini kerana NYX Professional Makeup hanya menutup outlet di Malaysia sahaja. Manakala di negara Asia lain seperti Indonesia, Thailand, India, Jepun, dan Hong Kong tiada sebarang pengumuman atau notis penutupan dilsiarkan di laman media sosial masing-masing.
So korang, cepat buat stok produk NYX ni. Sekarang tengah promosi diskaun besar-besaran sebanyak 80% untuk semua produk kosmetiknya sehingga habis stok. So apa tunggu lagi jom serbu, sebelum ia ditutup