Mesti korang pernah dengar, puasa juga adalah sebahagian daripada diet yang baik. Ini telah dibuktikan oleh statement dan kajian penyelidik Harvard, IF adalah cara yang sangat berkesan untuk melambatkan proses penuaan kerana, dalam keadaan berpuasa, tubuh berpeluang memperbaiki sel.
Malah telah ramai selebriti yang berjaya menurunkan berat badan dengan kaedah IF ini antaranya Adele, Lisa Surihani, Beyonce, Sandara Park, serta BTS Suga. Tapi jangan tak tahu, IF bukan setakat untuk kurus semata, tapi ada pakar mengatakan banyak manfaat pada tubuh badan yang kita tak tahu. IF untuk anti-penuaan juga tau.
Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa , dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.
Kebaikan IF
Banyak!! Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”
Mengubah Fungsi Hormon, Sel, Gen
Apabila berpuasa, ada beberapa perkara berlaku di dalam badan kita antaranya.
Tahap insulin. Tahap insulin dalam darah turun dengan ketara, yang memudahkan pembakaran lemak.
Tahap hormon pertumbuhan manusia. Tahap hormon pertumbuhan manusia boleh meningkat secara mendadak. Tahap hormon ini memudahkan pembakaran lemak dan penambahan otot, dan mempunyai banyak faedah lain.
Pembaikan selular. Tubuh mendorong proses pembaikan sel yang penting, seperti membuang bahan buangan dari sel.
Ekspresi gen. Terdapat perubahan bermanfaat dalam beberapa gen dan molekul yang berkaitan dengan umur panjang dan perlindungan terhadap penyakit.
Dapat Mengurangkan Tekanan Oksidatif Dan Keradangan Dalam Badan
Tekanan oksidatif adalah salah satu penyebab kepada penuaan dan banyak penyakit kronik. Ia melibatkan molekul tidak stabil yang disebut radikal bebas. Radikal bebas bertindak balas dengan molekul penting lain, seperti protein dan DNA.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa IF dapat meningkatkan daya tahan tubuh terhadap tekanan oksidatif. Malah, IF dapat membantu melawan keradangan, pendorong utama untuk penyakit biasa.
2. Bermanfaat Untuk Kesihatan Jantung
Ads
Kajian menunjukkan bahawa IF dapat meningkatkan banyak faktor risiko penyakit jantung, seperti
Tekanan darah
Kadar kolesterol
Trigliserida
Penanda keradangan
Membantu Mencegah Kanser
Puasa terbukti mempunyai beberapa kesan yang baik terhadap metabolisme yang boleh menyebabkan risiko kurangnya kanser.
3. Manfaat Untuk Otak
IF meningkatkan pelbagai ciri metabolik yang diketahui penting untuk kesihatan otak. Ia membantu mengurangkan:
Tekanan oksidatif
Keradangan
Tahap gula dalam darah
Ketahanan insulin
Malah, meningkatkan tahap hormon otak yang disebut faktor neurotropik yang berasal dari otak (BDNF – brain-derived neurotrophic factor). Kekurangan BDNF boleh menyebabkan kemurungan dan pelbagai masalah otak yang lain.
4. Turunkan kolesterol
Selain penurunan berat badan, IF dapat membantu menurunkan kolesterol, meningkatkan kawalan glukosa, mengurangkan lemak hati dan meningkatkan tekanan darah. Bahkan, mempunyai daya tahan yang meningkat, koordinasi motor yang lebih baik dan tidur yang lebih baik.
Caranya IF ini ada banyak :
Ads
As newbie – Doktor ini menasihatkan buat 12 jam dulu. Kita start last dinner kul 6.30 petang, esok breakfast 6.30 pagi.
Bila dah ok, buat 14 jam. 6.30 petang dinner dan 8.30 am baru breakfast.
Lepas tu , teruskan perjuangan 16 jam. Dinner pada jam 6.30 petang, breakfast merangkap lunch pukul 10.30 pagi. Sebaiknya 14-16 jam berpuasa .
Its fleksibel . Buat ikut keperluan. Contoh, semalam ada kenduri makan kul 8.30 malam, esok tu tak perlu makan breakfast, terus lunch.
2. Minum air garam-garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral
3. Teh hijau
4. Kopi
5. Teh
No 3,4,5 semua without sugar or susu okay?
Lepas tu , IF ni boleh la buat EOD dulu ie Alternate Day . Satu hari IF satu hari FeedDay! Tapi No Refined Sugar and Processed Food! Lepas dah ok buat daily.
IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas/Craving /Ketagihan /Sifat nak mengunyah yang tak habis-habis tu. So, cubalah. Mana tahu berkesan kan?
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming baru-baru ini mencuri perhatian masyarakat apabila dikunjungi Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon di sebuah restoran di ibu kota, hari ini.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Khairul Aming memberitahu pertemuannya bersama Luxon adalah sebagai tanda penghargaan dari pihak negara New Zealand kepadanya disebabkan video percutian sambil memasaknya di negara itu.
Dalam pada itu, Khairul Aming atau nama sebenar, Khairul Amin Kamarulzaman (32) difahamkan turut mengadakan perbincangan mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand.
“Saya ambil kesempatan untuk memperkenalkan sarapan pagi Malaysia sambil bertukar pendapat mengenai pelancongan antara Malaysia dan New Zealand, perdagangan eksport daging, tenusu halal, pemeliharaan alam semula jadi dan potensi eksport produk perusahaan kecil sederhana tempatan ke New Zealand”
“Lapan tahun lalu, saya rakam video memasak pertama sambil duduk atas lantai. Hari ini, saya mendapat keistimewaan duduk di sebelah Perdana Menteri dari negara terkenal,” ujarnya menerusi kapsyen di Instagram.
Tambahnya lagi, pertemuannya bersama Luxon itu dapat direalisasikan selepas membuat persiapan rapi dengan kedutaan New Zealand yang akhirnya mengizinkan mereka untuk bertemu hari ini.
Sementara itu, melalui video yang sama, pempengaruh yang popular dengan video memasak itu juga sempat beramah mesra dengan menyediakan roti jala, cendol, dan teh tarik untuk Perdana Menteri New Zealand berkenaan.
“Untuk permulaan KA jemput Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon untuk sesi bergambar dulu, kemudian pergi ke sesi memasak. Hari ini, kita sediakan menu sarapan tradisional Malaysia, roti jala dan teh tarik. Selepas itu, sediakan cendol. Saya tahu cendol bukan makanan untuk sarapan, tapi bagi pencuci mulut,” katanya.
Menurut Khairul Aming lagi, “Pada masa yang sama, saya perkenalkan kuih tradisional Malaysia termasuk produk Dendeng Nyet dan Sambal Nyet Berapi. Kemudian, iringi masuk ke dalam dan makan nasi lemak. Sepanjang sesi itu, kita ada bincang mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand.”
Khairul Aming juga meluahkan rasa syukur apabila pertemuan itu berjalan lancar, lebih lagi beliau sudah pun melibatkan diri dalam bidang media sosial selama sembilan (9) tahun. Sebelumnya, Khairul Aming mengumumkan dirinya bakal tampil dengan siri memasak yang dirakam di New Zealand sebanyak sembilan episod.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ucapan pertama oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi telah menarik perhatian REMAJA menerusi dua poin yang disebut beliau.
Demi memperkukuhkan asas ekonomi negara dan mengembalikan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara, Perdana Menteri meminta agar penglibatan anak muda bertambah selepas ini.
“Saya pastikan suara anak muda didengari dan diberikan tumpuan dalam kerajaan ini.”
“Jangan risau, penglibatan anda semua amat dihargai dan mengharapkan anda bersama-sama dengan kerajaan ini untuk menjayakan agenda besar pemulihan negara,” umum beliau.
Dengan baki sekitar 21 bulan saja sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, Perdana Menteri sedar; segala kemelut politik Malaysia selama ini sehinggakan posisi ‘Perdana Menteri’ perlu bertukar tangan hingga dua kali dalam satu penggal adalah sesuatu yang merugikan.
“Negara telah melalui dua peralihan kerajaan dan dua (peralihan) Perdana Menteri. Sebenarnya, peralihan tersebut dalam tempoh sepenggal adalah landskap politik yang merugikan rakyat dan negara.
“Marilah sama-sama kita bergerak ke hadapan. Kita leraikan segala perebutan kuasa politik.
“Kita sama-sama berjuang sebagai sebuah keluarga besar yang merangkumi penjawat awam, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri untuk memulihkan semula tanah air kita ini,” seru beliau seiring dengan titah Yang di-Pertuan Agong semasa pertemuan bersama ketua-ketua parti, baru-baru ini.
PM Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tetap memberikan sokongan sepenuhnya kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob walaupun perlu melepaskan jawatan tersebut kepada Timbalannya. Dalam perucapan hari ini, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas segala jasa dan penglibatan beliau dalam pemerintahan negara sepanjang bergelar Perdana Menteri hingga hari Isnin lepas. Sumber Foto : Facebook Muhyiddin Yassin
Tambah beliau, dalam waktu mencabar ini, semua pihak sepatutnya bersedia untuk bekerja keras dalam satu pasukan secara harmoni. Di sinilah Perdana Menteri ingin mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan politik untuk memegang prinsip kebersamaan. Usah timbulkan lagi keresahan politik yang tidak berkesudahan dan merugikan semua pihak.
“Kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan. Ini termasuklah mewujudkan kerjasama rentas parti.
“Justeru, saya ingin menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan jawatankuasa khas menangani COVID-19..”
Untuk pengetahuan, sebelum ini beberapa nama pemimpin muda yang pernah disenaraikan dalam cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad termasuklah Datuk Seri Azalina Othman Said, Hannah Yeoh, Fahmi Fadzil dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Selain sektor politik, MPN juga diharap dianggotai oleh kumpulan profesional dari sektor perubatan, perundangan dan ekonomi bagi mencukupkan 20 anggotanya.
Semasa pemerintahan Maaysia di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, MPN yang digerakkan oleh Tun Dr Mahathir ini telah sempat mengadakan mesyuarat pertamanya pada 5 Ogos lalu bersama 20 anggota terpilih seperti kesemua ahli politik yang disenaraikan di atas, Tan Sri Rafidah Aziz, Prof Dr Jomo K Sundram, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Dato Dr Fadzillah Kamaludin, Profesor Datuk Dr Lam Sai Kit dan beberapa nama lain.
REMAJA masih menantikan respon ahli politik muda negara di atas penawaran Dato’ Sri Ismail Sabri ini. Adakah masing-masing mampu mengenepikan kepentingan politik dan agenda sendiri demi kesejahteraan rakyat dan negara? Atau masing-masing masih berkeras hati disebabkan permainan politik yang dicatur mereka sehingga PRU yang akan datang? Sama-sama kita nantikan.
Tular baru-baru ini apabila pelakon cantik popular, Nora Danish mengajak para peminat dan pengikutnya di media sosial untuk sama-sama menghafal salah satu surah di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Mulk.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik semula oleh peminat, tindakan Nora Danish atau nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif (42) yang mengajak peminat untuk menghafal surah yang boleh menjadi pelindung dari azab kubur bagi umat Islam itu mendapat pujian.
Mengakui masih dalam proses pembelajaran, Nora berkata setakat ini dia baru sahaja menghafal ayat satu sehingga ayat lima.
Kredit: Nora Danish
“Saya sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk. Saya harap dengan perkongsian video saya ini akan membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya”
Ujarnya menerusi video yang sama, “Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama? Jom dengar saya baca, korang tolong semakkan.”
Kredit: Nora Danish
Dalam pada itu, ramai yang memuji usaha pelakon yang terkenal melalui drama bersiri Puteri dan filem Aku Terima Nikahnya dalam menghafal surah berkenaan dan ada juga yang berkongsi tip cara menghafal dan mengingati surah Al-Mulk dengan cara lebih mudah.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram Nora, beliau berharap agar perkongsian yang dibuat akan menjadi manfaat kepada orang yang menonton video tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...