Pelakon berusia 31 tahun, Aniq Durar menjadi sebutan setelah diangkat sebagai penerima trofi Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-33 yang berlangsung hujung minggu lalu.
Aniq menerima pengiktrifan itu menerusi filem Pagari Bulan arahan sutradara prolifik, Raja Mukhriz Raja Ahmad yang mengisahkan tentang Bulan lakonan Nazeera Sardi yang diculik tentera Jepun dan dipaksa menjadi pemuas nafsu tentera Jepun.
Sebagai Leftenan Miura dalam filem Pagari Bulan, Aniq memainkan watak seorang tentera Jepun berintegriti dan berpegang kepada moral peribadinya ketika tiba di Tanah Melayu.
Biarpun relatifnya masih hijau dalam bidang lakonan, Aniq berjaya mengenepikan saingan lain termasuklah calon kegemaran, Tan Kim Wang menerusi filem Abang Adik, Yusuf Bahrin (The Lord Musang King), Danish Zamri (Memoir Seorang Guru) dan Safwan Nazri (Malbatt: Misi Bakara).
Buat korang yang belum begitu mengenali Aniq, jom lihat lima fakta menarik mengenainya!
01
Pemilik nama penuh Awangku Aniq Durar Pengiran Malyx ini mendedikasikan trofi Pelakon Lelaki Harapan tersebut kepada arwah bapanya. Aniq berdarah kacukan Melanau-Pakistan dan ia terserlah pada rupa paras fizikal serta ketinggian yang dimiliki olehnya.
Ads
02
Aniq melanjutkan pengajian di Universiti Monash, Australia dalam jurusan perniagaan. Sekembalinya ke Kuching Sarawak, Aniq terlebih dahulu bekerja dalam bidang pentadbiran di sebuah muzium di Sarawak selama dua tahun sebelum nekad berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 2019 untuk mengembangkan bakat dalam bidang seni.
03
Rezeki Aniq di Kuala Lumpur pada awalnya lebih menjurus ke arah bidang peragaan iklan komersil. Pada masa yang sama, Aniq mengasah bakat lakonannya dengan mengikuti bengkel kelolaan Joe Hafsham dan Faridah Merican. Di situ juga, Aniq sedar dirinya perlu terus memperbaiki pertuturan bahasa Melayu agar ia lebih lancar.
Ads
04
Berbanding barisan pelakon lelaki baharu, Aniq agak lewat sebelum memulakan graf seninya. Biarpun begitu, Aniq tidak memandang perkara itu sebagai satu masalah dan percaya setiap anak seni mempunyai perjalanan sendiri. Yang penting buatnya adalah kerja keras dan terus berusaha. Sebagai contoh, demi menjayakan watak Leftenen Miura, Aniq sanggup membotakkan kepala walaupun selama ini Aniq sudah sinonim dengan imej berambut panjang.
Ads
05
Aniq kini merupakan pelakon lelaki pilihan ramai penerbit dan pengarah filem tempatan. Selepas filem Pagari Bulan, dia terpilih pula untuk menjayakan dua lagi buah filem yang belum ditayangkan di pawagam. Salah satunya berjudul Nyonya Ronggeng yang juga diarahkan oleh Raja Mukhriz. Aniq juga tidak menolak peluang menjayakan naskah drama bersiri dan wajahnya lebih dikenali selepas membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta di samping Redza Rosli serta Tracie Sinidol.
TAHNIAH Aniq Durar.
Sebagai rekod, di antara penerima trofi Pelakon Lelaki Harapan terdahulu di FFM termasuklah John Tan (You Mean The World To Me, 2017); Zul Ariffin (Penanggal, 2013); Izzue Islam (29 Februari, 2012); Zahiril Adzim (KAMI The Movie, 2009); Zizan Nin (Cinta Terakhir, 2007); Que Haidar (Castello, 2006) dan Hasnul Rahmat (KL Menjerit, 2003).
Penyanyi terkenal dari seberang, Afgan tampil memberi reaksi apabila ada segelintir netizen yang membandingkan nyanyian penyanyi jelita, Mahalini dengan penyanyi asal lagu Sampai Menutup Mata, Acha Septriasa.
Katanya kepada Remaja, pelantun lagu popular Sial itu tidak seharusnya mendengar komen-komen yang cuba membandingkan dia dengan Acha.
Menurut Afgan lagi, setiap penyanyi mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam
mewarnai sesebuah lagu yang mereka sampaikan.
“Pasti ada yang akan cuba membandingkan kita dengan orang lain. Tapi saya yakin setiap penyanyi itu mempunya karakternya yang tersendiri, hanya ada satu Mahalini, hanya ada satu Acha. Semua orang ada cara mereka untuk mewarnakan sesebuah lagu itu.
“Kadang-kadang komen sebegini kita tak perlu dengar, sebab saya yakin setiap penyanyi
ini mempunyai tempat di hati peminat-peminatnya,” katanya ketika ditemui selepas sidang media konsert Afgan Live in Penang 2024.
Pada masa sama, penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu turut mengakui tidak pernah berdepan dengan situasi berkenaan kerana dia sentiasa mengelak daripada membaca komen-komen di media sosial.
“Saya tak pernah baca komen, jadi saya cuba jauhi media sosial sebab saya tak nak baca
komen yang boleh mempengaruh minda saya dengan benda-benda yang negatif.
“Mungkin pernah ada yang membuat perbandingan cara saya menyanyi tapi saya tak
pernah baca, saya memang akan elak. Tapi kalau saya buat promosi lagu saya akan baca
sebab saya perlu dapatkan feed back dari peminat saya untuk karya baharu saya.
“Jadi saya memang elak untuk buka media sosial, saya hanya post sahaja dan ini baik
untuk kesihatan mental saya, dari saya asyik terfikir lebih baik saya tidak baca komenkomen itu,” ujarnya lagi.
Terdahulu Mahalini telah merakamkan kembali lagu Sampai Menutup Mata yang pernah
dipopularkan oleh penyanyi dan pelakon, Acha Septriasa bagi runut bunyi filem Heart.
Walaupun Mahalini berjaya membawakan lagu itu dengan caranya yang tersendiri,
peminat masih lagi memilih nyanyian Acha yang menurut mereka lebih menusuk ke dalam
hati.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan komposer yang popular dengan lagu Tamil Zubir Khan telah menarik perhatian peminat apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Perpaduan di Majlis Apresiasi Harmoni Kementerian Perpaduan Negara yang berlangsung pada beberapa hari lalu.
Menerusi perkongsiannya di media sosial, Zubir atau nama penuhnya Muhammad Zubir Mohamad Ali (25) berkata, beliau bersyukur atas penghormatan tersebut dan tidak pernah menyangka bahawa bakal menerima pengiktirafan tersebut.
“Terima kasih kepada Kementerian Perpaduan Negara dan semua yang menyokong saya dari dulu sampai sekarang,” tulisnya.
Kredit: Instagram Zubir Khan
Dalam pada itu, memetik laporan Sinar Plus, pelantun lagu ‘Yennode Macha’ itu turut mengakui beliau terkejut dan tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk menerima anugerah berkenaan. “Anugerah Ikon Perpaduan adalah salah satu perkara yang saya tidak pernah jangka akan dapat dan rasa anugerah itu pun kerana lagu Yennode Macha” “Kerana lagu tersebut digunakan pada Hari Kebangsaan tahun lalu dan ramai yang mendengarnya tanpa mengira bangsa. Jadi, secara tidak langsung, lagu itu mampu menyatukan rakyat Malaysia,” katanya.
[View this post on Instagram#e74a2c352b23135858450f0f2eb4b5e9:1]
Walau bagaimanapun, bagi Zubir ini bukan satu tanggungjawab yang mudah membawa gelaran tersebut namun bersedia untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.
“Saya seorang budak Melayu yang fasih berbahasa Tamil dan biasa bergaul dengan pelbagai kaum. Mungkin sebab itu mereka rasa saya layak menerima Anugerah Ikon Perpaduan”
“Bukan senang sebenarnya, sebab menerima anugerah ini bukanlah seperti mendapatkan sijil selepas tamat belajar, tetapi ia satu pengiktirafan yang dipilih”
“Jadi, apabila menerimanya, saya sedar ada tanggungjawab besar yang perlu digalas. Saya fikir selepas ini, saya harus lebih mendekati masyarakat pelbagai kaum. Namun, bagi saya, itu bukan satu masalah,” ujar Zubir.
Kredit: Instagram Zubir Khan
Sekadar info, Zubir bukan sekadar penyanyi berbakat, tetapi juga seorang anak Melayu yang fasih berbahasa Tamil dan pernah menghasilkan tujuh lagu ciptaan dan lirik ditulisnya sendiri sejak 2019.
Antara lagu Zubir Khan yang popular di YouTube adalah seperti Thevadhai, Nenji Yenghutu, Marainthe Uyire, Soga Kathai, Per Yenne Solle, Yennode Macha, OMK (Oh My Khadhale) dan yang terbaru dilancarkan tahun ini berjudul ‘Psycho’.
Sumber: Sinarplus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi pencipta dan penulis novel tersebut iaitu Nadia Khan, dirinya masih lagi positif bahawa Gantung The Series masih mempunyai jalan cerita yang panjang untuk dipertontonkan kepada khalayak.
Maklum sajalah, novel Gantung keluaran FIXI sendiri telah ‘melahirkan’ novel sambungan berjudul Gantung: 2. Pastinya siri itu tidak terhenti dengan kes pelajar gantung diri di pentas auditorium saja.
Namun menurut Nadia menerusi ciapan di Twitter, untuk mengembalikan Gantung The Series bukanlah impian mudah.
“Atas desakan peminat Gantung di Malaysia, ia ditayangkan di Malaysia menerusi Astro First – kira-kira dua tahun setelah ia disiapkan.
“Saya dengan sokongan Amir Muhammad, Buku Fixi dan kawan rapat kemudia melakukan Meet & Greet Gantung The Series secara gerila. Pelakon duduk hingga 4 jam untuk bergambar dan menanda tangani novel. Lebih 3000 orang datang!
Twitter: KLIBFTwitter: KLIBFTwitter: KLIBF
“Sokongan peminat kuat tetapi usaha untuk menyambung siri ini asyik menemui jalan buntu. Kami pernah juga menyatakan hasrat kepada pelbagai pihak termasuklah Viu tetapi ia ditolak,” jelas Nadia yang mengakui penat untuk meneruskan projek adaptasi tersebut.
Tanpa sokongan peminat, penulis itu bersedia untuk mengaku kalah dan move on saja.
“Saya terfikir, jomlah buat movie. Sayang kalau tak buat, susah pun tak apalah. Duit boleh cari, tapi jangan lepaskan projek ini.
“Selewat-lewatnya 1 Februari 2020, kami akan umumkan cara untuk korang menyumbang kepada pembikinan Gantung The Movie. Harapnya usaha ini akan berjaya.”
Penulis mengerti semangat yang ada pada Nadia dan orang di sebalik tabir pembikinan Gantung The Series untuk meneruskan jalan cerita Gantung. It is just too good to let go.
Semoga semuanya berjalan lancar.
*
Sebelum itu, jom lihat apa yang ingin dikatakan oleh Ikmal Amry (Ray) kira-kira 2 tahun lalu untuk projek filem ini.
Good Boys Go To Heaven ialah siri terbaru daripada Astro Originals yang sarat emosi dan misteri, mengangkat kisah kehilangan kanak-kanak, trauma komuniti serta isu kesihatan mental bermula 8 Mei di Astro One dan sooka.