Sesi uji bakat pencarian Dewi Remaja 2022 kini berada di Pulau Pinang, dan sejak pagi tadi kami menerima ramai peserta yang bersemangat demi mengejar impian mereka untuk bergelar finalis Dewi Remaja tahun ini.
Untuk pengetahuan korang, kami tidak menghadkan penyertaan kepada peserta yang pernah menghadiri sesi uji bakat, malah kami berbesar hati untuk menerima finalis top 20 yang pernah disenarai pendek sebelum ini.
Naina Zalee merupakan Top 20 Dewi Remaja 2018/19 yang sekali lagi hadir pada sesi uji bakat di Pulau Pinang kali ini dengan semangat baharu dan tampil lebih yakin. Sebelum ini, Naina juga pernah menghadiri uji bakat Dewi Remaja 2019 dan agaknya apa yang membuatkan gadis berusia 24 tahun ini tidak berputus asa untuk menyertai buat kali ketiga?
“Saya memilih untuk datang ke casting dewi remaja pada kali ini adalah kerana saya ingin terus mencuba selagi tiada had yang menghalang progress sebagai anak seni. Persediaan saya untuk penyertaan saya sangat tinggi kerana saya memilih untuk menyertai program ini untuk kesekian kalinya di mana ianya memerlukan banyak praktikal dan juga mental yang kuat,”
Ads
“Kelainan yang saya pilih untuk menyertai ujibakat dewi remaja kali ini bukan sahaja dalam bidang peragaan yang ingin ditonjolkan, malah dalam bidang pengacaraan dan juga lakonan. Selain itu, ujibakat yang bertempat di Pulau Pinang memberi saya kelebihan untuk menyertai ujibakat pada musim kali ini di mana tempat yang diadakan adalah berdekatan dengan kediaman saya,” jelasnya.
Namun begitu, nasib tidak menyebelahi Naina apabila dia hanya berjaya ke peringkat ketiga namun tidak berjaya untuk disenarai pendek menjadi finalis tahun ini.
Ads
“Juri berpendapat bahawa saya perlu perbaiki cara/gaya pengacaraan saya dengan lebih baik lagi kerana banyak kekurangan dari segi persediaan yang kurang memberangsangkan pihak juri. Perancangan saya selepas ini adalah untuk teruskan lagi langkah percubaan seterusnya di dalam bidang ini. Saya ingin memperluaskan bakat saya dalam bidang-bidang baru seperti lakonan dan pengacaraan,”
“Oleh itu, saya juga berpendapat bahawa menimba ilmu dalam bidang tersebut adalah persiapan terbaik sebelum memulakan karier tersebut. Saya percaya atas usaha yang berterusan, rezeki akan datang sama ada lambat atau cepat,”
Ads
“Terima kasih kepada juri-juri ujibakat dewi remaja pada kali ini atas perkongsian ilmu dan peluang yang diberikan kepada saya pada kali jni. Tak lupa juga kepada petugas ujibakat dewi remaja yang tak lekang dengan senyuman dan sokongan sepanjang ujibakat berlangsung. Mereka juga banyak memberi kata sokongan dan bantuan kepada saya dan peserta yang lain sepanjang ujibakat berlangsung pada hari ini,” tambah Naina lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Ramona Zam-Zam mengimbau memorinya ketika zaman beliau menyertai pertandingan Dewi Remaja kira-kira 10 tahun yang lalu. Turut bertanding di pertandingan Dewi Remaja bersamanya ketika itu ialah adalah Neelofa, Izara Aishah, Azar Azmi, Anzalna Nasir dan Syatila Melvin Ramona Zamzam.
Yelah pertandingan Dewi Remaja ni kan dah melahirkan ramai bintang hebat.
Aktres yang berasal dari Pulau Pinang ini sempat throwback pengalamannya ketika menyertai Dewi Remaja 2009/2010 yang merupakan kenangan terindah buatnya.
Mengakui bahawa batch terdahulu pertandingan Dewi Remaja lebih real kerana semua perkembangan akan dikeluarkan dari majalah Remaja itu sendiri tanpa media sosial seperti sekarang.
“My competition was hard…semua orang tahu batch i yang menang is Neelofa. Tapi dewi-dewi ketika tu semuanya hot-hot. Batch kiteorang juga semuanya personaliti memang outshine.”
Ramona juga sempat memberitahu ketika pertandingan itu, beliau agak rapat dengan pelakon jelita, Anzalna.
“At one time Ramona dapat duduk sekali dengan Anzalna dan ketika itu langkah-langkah nakal kami bermula. Kerja kiteorang is kacau semua dewi lain, so malam-malam ketuk bilik orang, kacau orang bersiap……“, ujarnya panjang lebar
Pengalaman yang tak boleh dilupakan
Di sebabkan serangan migrain di malam final menyebabkan kepala Ramona terlampau sakit dan menganggunya dalam menjawab soalan dari juri.
“i think that was a sad part.. i wish i can turn back time and do something about that. tapi mungkin ada hikmah…”, akhiri Ramona
Ye betul tu Ramona, ada hikmah atas apa yang berlaku. Tapi betul la batch dorang ni memang semua hebat-hebat dan hot sampai sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi bertambah kencang apabila ibu Neelofa, Datin Noor Kartini memuat naik sebuah video sebaik sahaja Neelofa memuat naik dua keping foto berniqab termasuk satu untuk kempen Swarovski.
Neelofa merupakan wanita berhijab pertama yang dipilih oleh Swarovski untuk menghiasi papar iklan (billboard) syarikat barang kemas itu.
Tampil dengan hijab dan niqab putih dalam video pendek tersebut, Neelofa dilihat memeluk erat ibunya tanda rasa syukur.
Catat Datin Noor Kartini menerusi posting tersebut, beliau tiada ungkapan selain daripada syukur ke atas Ilahi di atas hidayah yang telah dikurniakan kepada anak kesayangannya itu.
“MashaAllah MashaAllah. Ya Allah, aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untukku. Yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.
“Ya Allah, syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan. Dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku, seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia, amin. Love you bidadariku Neelofa,” catatnya berserta tanda pagar #anakluarbiasa.
Perubahan imej yang ditunjukkan oleh Neelofa ini seakan memberi petanda akan fasa seterusnya yang berlaku dalam hidupnya.
Sebelum ini, Neelofa ada memberikan tanda-tanda awal bersedia untuk menamatkan zaman bujang SEKIRANYA bertemu dengan lelaki yang sesuai.
“Kalau nak diikutkan pada usia saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin. Sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi. Sebab mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan.
“BAGAIMANAPUN, ia mengikut kepada situasi,” katanya semasa bertemu dengan rakan media baru-baru ini.
Adakah benar Neelofa sudah berseda untuk mendirikan rumah tangga? Dan adakah benar dia mempunyai perancangan tersebut dengan Pencetus Umma (PU) Haris Ismail ataupun PU Riz?
Kita nantikan jawapan daripada empunya badan sendiri. Sama ada fasa seterusnya bermakna menamatkan zaman bujang ataupun fasa peribadi dalam kehidupannya, kami doakan agar perancangan Dewi Lofa dipermudahkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada lebih kurang dua minggu lagi sebelum finalis berentap di pentas akhir Pencarian Dewi Remaja 2019.
Mungkin ada di antara penyokong yang sudah meneka siapakah yang bakal bergelar pemenang Dewi Remaja tahun ini.
Namun begitu, sebelum berentap di pentas akhir, 12 finalis sebentar tadi telah pun membuat sesi perkenalan bersama penonton bertempat di KLIA2, Sepang.
Acara yang dimulakan tepat jam 2 petang tadi menyaksikan persembahan flash mob barisan finalis dengan dendangan lagu Don't Call Me Angel nyanyian Ariana Grande, Miley Cyrus dan Lana Del Rey.
Selain itu, mereka juga turut beramah mesra bersama pengunjung yang berada di KLIA2 dalam sesi soal jawab dan sesi fotografi.
Terima kasih kami ucapkan buat GATEWAY KLIA2 yang menaja lokasi pada acara hari ini dan buat semua pengunjung yang 'sporting' serta turut memberi sokongan kepada kesemua barisan finalis Dewi Remaja 2019.
Jangan lupa saksikan episod Pencarian Dewi Remaja 2019 yang seterusnya pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam hanya di Astro Ria (CH104) dan Ria HD (CH123).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.