Isu adegan panas membabitkan pelakon drama Perempuan Itu, Zul Ariffin dan pendatang baharu, Siti Hariesa terus diperkatakan bukan sahaja oleh warganet tetapi juga oleh penggiat seni sendiri.
Satu-persatu pelakon tempatan memberikan pendapat mereka terhadap adegan yang telah mencetuskan polemik ini; sehinggakan ia mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad sendiri beberapa hari lalu.
Malah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menggesa dua kementerian iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia supaya mengambil tindakan tegas dan segera.
*
REMAJA pernah melaporkan mengenai penglibatan Siti Hariesa. Dek babak panas itu, pelakon baharu itu telah menikmati ‘populariti segera’ apabila jumlah pengikut mencanak naik akibat kontroversi itu.
Hal ini telah mendapat perhatian pelakon senior, Didie Alias. Sebagai seorang yang dicungkil bakatnya menerusi pencarian Dewi Remaja edisi ketiga pada tahun 1990/1991, Didie yang mesra menggelar dirinya Mummy menyatakan cara mudah untuk popular ini tidak bermaksud seorang bakat baharu boleh bertahan lama.
Foto : IDEAKTIVFoto : IDEAKTIV
“Kau dah tahu (babak tersebut) memang confirm, Malaysia tidak boleh (menayangkan babak sedemikian). Mummy tertengok video sebelum ini.. tertekan. Eh? Kenapa (Zul Arifin) buka baju?
“Budak baru itu pula (Siti Hariesa), adakah itu caranya untuk menaikkan nama. Kalau you nak naik, just show your talent. You ada bakat, you tunjukkan saja bakat you. Tak perlu nak ada content bodoh.
“Mungkin dia boleh fikir kot, this is a stupid content. Sekarang ini pun dah macam-macam yang aku tengok. Aku tak marah, tapi kita kena educate. Adakah kau nak ‘bunuh’ diri kau dalam industri ini?” soal Didie sewaktu ditemui rakan media.
Sambil beranggapan kandungan panas seperti itu boleh sahaja dimuat naik di YouTube tanpa memerlukan slot premium drama televisyen, Didie berharap agar pendatang baharu berfikiran matang dan bijak semasa menerima watak serta babak lakonan.
“Bila kita sudah bergelar idola dan buat pula benda yang buruk, yang ikutnya adalah budak-budak. Kita pun kena berakal juga. Jangan datang ke dalam industri kita untuk buat benda-benda yang ‘datang dan pergi’ (tidak bertahan lama).
“Janganlah masuk untuk suka-suka tinggalkan kenangan pahit dan busuk dalam industri ini. Datanglah ke dalam industri untuk kekal dengan bakat yang ada,” pesannya lagi.
Ads
Didie Alias sewaktu terpilih sebagai finalis Dewi Remaja 1990/1991 dan menghiasi wajah hadapan Majalah Remaja edisi Mac 1991.
Untuk pengetahuan, Didie Alias merupakan generasi pendatang baharu era awal 90-an setelah bergelar finalis Dewi Remaja bersama-sama YM Tengku Sariza binti Tengku Muzani (Kuza), Umie Aida dan Jasmin Hamid.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah apabila seseorang itu bergelar anak kepada adik seorang superstar bernama Britney Jean Spears.
Disebabkan tekanan yang boleh dirasai itu, Maddie Aldridge mengambil jalan untuk tidak mendedahkan diri secara keterlaluan di media sosial. Baik di Instagram mahupun TikTok, kelihatannya seakan tiada akaun rasmi yang dimiliki oleh Maddie. Mungkin inilah langkah terbaik untuk ahli keluarga Spears menjauhi tekanan daripada kontroversi yang selalu melanda keluarga mereka.
Mengenali dari jauh insan bernama Maddie Aldridge ini, remaja berusia 13 tahun ini merupakan anak sulung kepada Jamie Lynn Spears (adik penyanyi, Britney Spears) dan Casper Aldridge. Kalau korang masih ingat padazaman kegemilangan Britney dahulu, Jamie dan Casper pernah mencetuskan berita terhangat di Hollywood setelah Jamie hamil dengan kandungan sulungnya pada usia 16 tahun. Pejam celik, bayi tersebut telahpun menginjak ke alam remaja!
Baru-baru ini, Jamie Lynn telah berkongsi foto bersama Maddie bersempena majlis graduasinya daripada ‘middle school’ di sana berserta kapsyen, “High Schooler”. Jarang-jarang sebenarnya foto Maddie muncul dalam akaun Instagram ibunya itu.
Jelas, Maddie telah membesar dengan cukup sempurna dan kini berdiri pada ketinggian melebihi ibunya sendiri! Rasanya, ketinggian Maddie juga jauh melebihi ketinggian ibu saudaranya, Britney Spears.
Ibu saudara Maddie, Britney Spears sewaktu berusia 13 tahun.Jamie Lynn Spears pada usia 13 tahun. Sama tak dengan anak daranya?
Terdahulu, Maddie juga pernah muncul dalam satu lagi foto Instagram Jamie Lynn bersempena pencapaian Maddie dalam acara sukan. Kongsi Jamie Lynn, anaknya itu sememangnya gemar bersukan dan bijak membahagikan masa antara pelajaran dan kegiatan aktif.
Kesemua perkembangan positif mengenai Maddie ini hadir selepas tempoh lima tahun daripada detik hitam yang pernah berlaku kepadanya.
Pada tahun 2017, Maddie terlibat dalamsatu kemalangan semasa menunggang kenderaan lasak ATV di mana dia dilaporkan terperangkap di bawah air dan hampir menempah maut. Dalam satu kenyataan oleh Jamie Lynn, Maddie yang terselamat tanpa sebarang kecederaan tetap pada bahagian otak dan fizikal merupakan sebentuk ‘wake up call’ untuk keluarganya saling menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain.
REMAJA berharap agar Maddie dan adiknya, Ivey Spears terus terhindar daripada kesan populariti Hollywood yang menghantui keluarga tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu hantaran terbaharu pelakon terkenal, Siti Saleha di Instagram miliknya bukan setakat mencuri perhatian REMAJA, malah para pengikut dan rakan selebiriti juga selepas aktres itu memuat naik beberapa keping foto bersama seorang jejaka.
Pada perkongsian berkenaan, pelakon naskhah popular 7 Hari Mencintaiku itu dilihat menghadiri majlis acara CITTA BELLA 25 Years Anniversary yang berlangsung di sebuah hotel terkemu di ibu kota, baru-baru ini.
Kedua-dua figura itu nampak sama padan apabila sedondon mengenakan persalinan rona serba hitam pada majlis tersebut.
Menjengah di ruangan komen, awal lagi para peminatnya dan rakan artis sudah pun membanjiri ruangan berkenaan dengan menzahirkan keterujaan melihat pelakon jelita itu bersama jejaka ‘misteri’ tersebut.
“Yeay the cat is out of the bag!” komen pelakon dan pengacara Awal Ashaari beserta emoji hati.
“Good looking couple,” komen juga pelakon Susan Lankester.
“Happy for you sis,” komen pengacara Hunny Madu.
Tidak hanya berteka teki, segelintir peminatnya juga memulakan ‘penyiasatan’ siapakah gerangan jejaka yang bersama Siti Saleha menerusi foto tersebut.
Memetik laporan Berita Harian, pelakon itu mengakui kini dalam fasa sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang turut mempunyai darah kacukan seperti dirinya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial selepas tampil dengan imej berhijab.
Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @MinazMY, kelihatan Cik B sedang didandan lengkap dengan solekan ringkas.
Apa yang lebih menarik perhatian, remaja yang sinonim dengan gaya sempoi dan pakaian ‘boyish’ itu turut menggayakan sepasang baju kurung moden merah bersama tudung senada.
Penampilan Cik B dalam busana tradisional itu sekali gus membuatkan ramai netizen terpegun.
Rata-rata memuji keayuan wajah Cik B yang menyerlah apabila berhijab. Malah, ada juga yang sempat berseloroh, ‘Macam cikgu sekolah pun ada, comel sangat…’
Ruangan komen turut dibanjiri dengan reaksi positif daripada netizen yang menyifatkan Cik B kelihatan lebih matang dan manis dalam penampilan tersebut.
Walaupun buat masa ini Cik B belum berhijab secara tetap dan hanya memakai tudung untuk keperluan kerja, ramai yang mendoakan agar suatu hari nanti anak muda itu akan terbuka hati untuk menutup aurat sepenuhnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Minaz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.