Tular di media sosial sekeping foto yang memaparkan sukarelawan popular, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva dengan pasangannya, Evanoza Zakaria dalam persalinan akad nikah.
Justeru, warganet mula berteka-teki sekiranya mereka telahpun menamatkan zaman bujang biarpun sebelum ini merancang majlis akad nikah untuk berlangsung serentak dengan majlis resepsi pada Disember nanti.
Azwan, 30 ketika dihubungi oleh rakan media pada hari ini mengesahkan mereka telahpun bergelar suami isteri sejak 14 Oktobr lalu. Sambil disaksikan oleh ahli keluarga terdekat sahaja, mereka telah dinikahkan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Ayer Keroh, Melaka.
Mengulas mengenai keputusan untuk mempercepatkan majlis akad nikad kira-kira sebulan lebih awal, Azwan menjelaskan bahawa keputusan itu dilakukan untuk mengelakkan fitnah terhadap dia dan isteri.
“Kami banyak menjalankan misi kemanusiaan bersama-sama. Jadi kita percepatkan dengan cara lebih mudah.
“Saya dan pasangan juga belum menetapkan tarikh resepsi persandingan kerana khuatir bencana banjir yang dijangka berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut ini,” katanya.
Sementara itu, perkhabaran gembira ini telah dirahsiakan seminggu lamanya atas sebab terdapat beberapa urusan penting yang perlu mereka selesaikan.
Tanpa niat untuk merahsiakannya, Azwan berkata mereka sebenarnya menunggu waktu yang sesuai untuk kongsikannya. “Saya tidak tahu macam mana berita ini bocor. Ramai hantar DM (direct message) kepada saya, tanya betul ke sudah kahwin. Jadi selepas berbincang dengan isteri, itu yang saya buat Facebook Live,” jelasnya.
Pasangan itu yang kini akan fokus kepada misi bantuan kemanusiaan juga sedang berkira-kira untuk mengajak orang ramai ke majlis resepsi kelak bergantung kepada kesesuaian bajet serta saiz dewan.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui mengenai perancangan pasangan pelakon; Kamal Adli, 35 dan Uqasha Senrose, 29 untuk melangsungkan majlis akad nikah mereka. Namun siapa sangka, mereka sebenarnya telahpun melangsungkan majlis pernikahan pada 5 November lalu dan merahsiakannya selama lebih sebulan!
Dalam sebuah sidang media yang dilangsungkan sebentar tadi, pasangan itu akhirnya ‘membuka mulut’ mengapa mereka bertindak untuk merahsiakannya. Ia kerana acara penyatuan akad nikah, malam berinai dan persandingan Kamal dan Uqasha akan disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria dalam tiga bahagian/episod berbeza pada 11, 18 dan 25 Disember ini.
Kamal dan Uqasha turut berkongsi bahawa mereka telah diijabkabulkan di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang di mana Kamal telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM22.50 kepada Uqasha berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan.
Majlis malam berinai dan persandingan bagaimanapun masih belum dilangsungkan lagi buat masa ini.
Biarpun sudah lebih sebulan bergelar suami isteri, Uqasha menyatakan bahawa mereka masih tidak merasakan seperti sudah disatukan dek jadual penggambaran di lokasi luar Kuala Lumpur yang padat.
“Selepas saja akad nikah, pada hari berikutnya kami terus masuk ke dalam set penggambaran drama dan tidak berjumpa. Uqasha di set drama Jiwa Yang Kau Puja manakala Kamal di set drama Sihir. Jumpa pun sekejap-sekejap saja. Itupun kami sibuk dengan perancangan untuk majlis resepsi.
“Kamal sibuk dengan penggambaran sehingga 30 November lalu hinggakan Sha buat sendiri dahulu (perancangan resepsi). Kami pun sibuk siapkan footage bersama pihak Astro selain sibuk dengan sesi latihan untuk malam berinai nanti kerana kami akan perform.
“(Selain itu), kami perlu selesaikan bahagian pasport untuk ke Umrah nanti. Kamal pun sibuk urusan pengubahsuaian rumah, dari rumah bujang menjadi rumah kami berdua. Jadi sebenarnya, kami belum sempat pun untuk benar-benar jalani kehidupan sebagai suami isteri,” kongsinya Uqasha.
Pilih Kota Suci Sebagai Destinasi Pra-Bulan Madu
Bercakap mengenai perancangan mereka untuk ke kota suci Mekah dan Madinah bagi menjalani ibadah Umrah sebagai urusan pra-bulan madu, Uqasha berkata dia ingin sekali menjadi insan pertama yang mengiringi Kamal yang masih belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Kali pertama Uqasha ke tanah suci adalah semasa penggambaran Setelah Terlafaznya Akad. Masa itu tak kenal pun lagi Kamal secara peribadi. Di sana, Uqasha doakan agar drama tersebut menjadi satu fenomena.
“Semasa penggambaran di sini (Malaysia), kami berkampung di Melaka selama lima bulan dan saling berkenalan. Dalam banyak-banyak doa yang Uqasha (pohon), Allah makbulkan drama tersebut meletup.
“Kali kedua ke sana (tanah suci), Uqasha baru mengenali hati budi Kamal.
“Di sana, Uqasha berdoa sekiranya Ahmad Kamal bin Ahmad Adli ialah jodohku, Kau panjangkah jodoh kami. Jika tidak, Kau pisahkanlah dengan baik.”
“Alhamdulillah, jodoh kami hingga ke (jinjang pelamin). Sebab itulah, Uqasha ambil keputusan untuk tunaikan Umrah terlebih dahulu kerana di sanalah Allah telah makbulkan doa Uqasha,” katanya.
Sambil itu, Kamal meluahkan rasa teruja untuk ke tanah suci buat kali pertama bersama Uqasha sebagai isterinya. “Saya nak pergi dengan senarai doa yang banyak.” Mereka bagaimanapun belum memutuskan lokasi bulan madu lagi.
*
Terdahulu, Kamal telah melamar Uqasha secara langsung di pentas Anugerah MeleTOP Era sewaktu mereka menjadi pasangan penyampai trofi.
Tahniah Kamal Adli & Uqasha Senrose daripada kami di Majalah REMAJA!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas tujuh tahun cuba mempertahankan mahligai perkahwinan yang dibina, rumah tangga pasangan pelakon; Fattah Amin, 34 dan Nur Fazura, 41 berakhir hari ini dengan penceraian talak satu.
Lafaz cerai telah dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi tadi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Ketika ditemui di luar mahkamah, kedua-dua pihak memaklumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk bercerai talak satu kali pertama.
Masing-masing turut mencapai persetujuan bagi perjanjian nafkah idah dan nafkah anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
3 Punca Penceraian Menurut Fazura
Menurut Nur Fazura dalam sidang media di sini ketika ditanya mengenai punca penceraian, beliau menamakan 3 faktor utama.
Yang pertama adalah dakwaan Fattah telah mengabaikan pemberian nafkah terhadapnya dan anak, Fatima sejak empat tahun yang lalu termasuklah duit raya kedua beranak itu.
Keretakan rumah tangga juga disahkan berlaku disebabkan orang ketiga yang dapat dihidu sejak bulan Ogos. Namun, perlakuan curang bersama individu yang didakwa sebelum ini bermula sejak awal tahun ini.
Terakhir, Fazura juga dalam nada sebak menyatakan faktor ketidaksefahaman antara mereka berdua menjadi punca terakhir penceraian berlaku. Menurut Fazura, dirinya sudah lama tidak bahagia, emosinya terganggu dan mentalnya tertekan untuk mempertahankan rumah tangga walaupun pelbagain tohmahan dilontarkan terhadapnya.
Dalam pada itu, kedua-dua pihak akan menyelesaikan soal hak penjagaan anak mereka itu di Mahkamah Tinggi menerusi pemfailan kes baharu.
Terdahulu, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pada 3 September 2024, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dan cinta juga menjadi penyebab utama yang membuatkan diri tidak mampu berfikiran secara waras. Tak begitu?
Sudah menjadi tren masa kini pula apabila seseorang berdepan dengan episod putus cinta, mangsa perhubungan akan terus menggunakan platform media sosial untuk meluahkan penderitaan ‘hati dan perasaan’ secara terbuka setelah berpisah.
Ada orang memerlukan sebulan dua untuk melupakan seseorang yang melupakan seseorang yang pernah disayanginya. Tidak kurang pula yang memerlukan bertahun-tahun lamanya untuk move on.
Nah! Ini 7 tip REMAJA agar korang mudah move on daripada pasangan demi memastikan hati terus tenteram selepas kemelut percintaan.
1. Sayang Diri Dahulu
Sebelum ini, asyik sayangkan orang lain melebihi diri sendiri?
Sudah tiba masanya untuk korang sayangi diri sendiri terlebih dahulu. Ia semudah tidur awal agar mencukupi lapan jam sehari, makan menepati masanya, bergaul dengan orang yang supportive, pergi ke gym selalu..
Janji korang lakukan apa yang boleh buat korang happy!
2. Call & Curhat!
Tiadalah salahnya untuk korang hubungi girlfriends atau kawan lelaki yang korang percayakan 100 peratus demi meluahkan segala yang terbuku di hati. Kalau nak menangis, menangis sahaja sepenuh hati. Kata orang, lets curhat (curahan hati)!
REMAJA pasti korang akan merasa okay selepas itu. Tempoh untuk move on sebegini akan berakhir dengan lebih pantas sekiranya seseorang tidak memendam perasaan.
3. Elakkan Rebound
This is a BIG NO! Semua orang tahu, pasangan yang pantas ‘meloncat’ dari satu perhubungan ke perhubungan yang lagi
korang ada pasangan baru selepas baru saja berpisah, korang sebenarnya hanya sedang menggunakan dia untuk lupakan ex je. Senang cakap, hubungan itu rebound semata-mata. End up, korang akan sakitkan hati dia. Tak kasihan ke?
4. Jangan Cakap Belakang Ex
Memang best bila dapat kutuk ex kepada bff kan?
Namun, ia tak elok untuk mental health korang sebenarnya. Belum tentu penyebab perpisahan itu adalah salah si dia saja. Terima je hakikat tiada jodoh dan doakan yang terbaik untuknya.
Jangan ambil tahu langsung tentang dia. Memang susah pada mulanya, tetapi inilah cara paling senang untuk korang move on. Korang perlukan masa dan ruang untuk lupakan dia.
Jika masih kerap stalk kerana ingin tahu life dia setelah dia telah mengenali orang lain, hhm, bila korang boleh move on?
6. Jangan Salahkan Diri Sendiri
Daripada blame diri sendiri sebagai punca breakup, baik korang fikirkan perkara yang lebih berguna. Tak kisahlah siapa yang salah, sebuah hubungan itu memerlukan 2 orang untuk kekal komited.
7. Weekend Trip
Jom rancang solo trip ke mana-mana yang korang idamkan di hujung minggu mengikut bajet sendiri. Bila jalan seorang diri, korang dapat fokus kepada keharmonian hati dan mentaliti yang sihat.
Minda hanya terfikir merancang nak ‘berjalan’ ke mana, nak makan di mana. Tidaklah korang terus-menerus teringatkan ex sambil menangis di bucu katil. Oops!
*
Tak perlulah sedih-sedih menangis sampai mata bengkak. Anggaplah memang bukan jodoh korang dan pastinya akan ada yang lebih baik menanti. InsyaAllah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!