BF Merajuk? Ini 7 Cara Simple Untuk Pujuk & Hiburkan Hatinya!

2195

Aduhai. Lelaki ini sebenarnya agak jarang merajuk. Tapi bila merajuk boleh tahan muncung juga mulutnya.

Korang sebagai girlfriend mesti tergaru-garu kepala memikirkan bagaimana untuk memujuk dan hiburkan hati si dia.

Mengapa? Sebab nak hadap boyfriend merajuk ini adalah antara perkara yang tak seronok. Begitu juga jika mereka berdepan masalah, pastinya ia turut memberi kesan kepada korang, bukan?

Jadi korang sebagai orang paling disayanginya perlu lakukan sesuatu. So, apakah cara mudah serta kreatif untuk gembirakan buah hati kamu ketika mereka bersedih?

TULIS NOTA KECIL

Selitkan nota kecil di tempat rahsia yang mudah untuk dia temui. Sebagai contoh tampalkan di atas dashboard kereta atau selit di dalam buku yang dibacanya sekarang. Kadang-kadang that little things yang kamu buat sangat bermakna buat dia.

RESTORAN KEGEMARAN

Kenyang perut suka hati! Percayalah makanan boleh menjadi terapi sedih yang cukup efisyen. Dia gemar piza? Bawa dia ke restoran dan makan bersama-sama sambil berkongsi cerita.

BACA: 5 Petanda Korang Sebenarnya Berpacaran Dengan Playboy

MENONTON FILEM

Bila dia down kamu juga boleh bawa dia untuk menonton wayang. Sekurang-kurangnya kamu boleh membantunya ke ‘dunia’ lain buat seletika. Dan ingat pilih genre filem yang dia minati sahaja!

HANTAR VIDEO/GIF LUCU

Untuk kamu yang berjauhan, cara paling senang untuk buat dia ketawa adalah dengan share video lucu yang diminatinya. Contohnya dia suka dengan kucing. Kamu carilah video atau gif kucing yang lucu dan hantarkan kepada dia.

PERKARA KAMU SUKA 

Kadang-kadang seorang yang sedang bersedih mahu mendengar perkara-perkara positif yang ada pada mereka. Contoh kamu boleh senaraikan 10 perkara kenapa kamu suka dia. Ini boleh menceriakan dan membantu menambah keyakinan dirinya.

MASAK MAKANAN KEGEMARANNYA

Mood dia sekarang sedih dan enggan keluar rumah. Apa yang kamu boleh buat? Masak makanan kegemarannya dan beri kejutan dengan menghantarnya ke rumah dia.

TRIP MENGEJUT

Kamu faham akan perangainya. Kalau bersedih dia mahu ‘lari’ seketika daripada semua masalah yang dihadapi. Bawa dia untuk trip mengejut contohnya pergi ke pantai atau pun destinasi yang belum pernah kamu berdua kunjungi. Pada masa sama kamu boleh kongsi dan beri nasihat kepadanya.