Pada satu ketika dahulu, majlis perkahwinan (pada waktu tersebut) pemain bola England, David Beckham dan ahli kumpulan Spice Girls, Victoria ‘Posh’ Adams pernah menjadi tajuk berita paling sensasi di dada akhbar seluruh dunia apabila mereka memutuskan untuk mengikat tali perkahwinan.
Ia menjadi ikutan peminat sukan bola sepak dan peminat dunia hiburan pop sehinggakan ramai ternanti-nanti untuk melihat foto-foto eksklusif majlis mereka.
Lalu, David dan Victoria telah menandatangani perjanjian bersama majalah OK! pada waktu itu untuk menjadi penghias muka hadapannya. Disebabkan dunia internet baru ingin berkembang pada tahun 1999, foto-foto masih tersimpan kemas dalam simpanan pasangan itu dan ia dipertontonkan dalam sisipan isu OK!.
Majalah OK! yang mendapat hak penyiaran eksklusif majlis perkahwinan David Beckham dan Victoria Beckham. Foto : OK!
Kini setelah 23 tahun, anak sulung mereka Brooklyn Beckham; 23 yang baru saja mengucapkan “I do” kepada isterinya, Nicola Peltz; 27 Sabtu lalu telah mengikut jejak langkah ibu bapanya dan meneruskan tradisi menjual hak penyiaran eksklusif foto-foto perkahwinan mereka kepada media.
Pasangan yang berkahwin di West Palm, Florida itu disahkan telah menandatangani perjanjian bersama majalah VOGUE (the VOGUE) Amerika Syarikat untuk muncul sebagai penghias wajah hadapannya bagi isu Jun 2022. Mereka juga akan berkongsi foto-foto rasmi daripada majlis mereka menerusi sisipan istimewa dalam edisi tersebut.
Setakat pagi ini, dua keping foto rasmi telahpun dikongsi di media sosial Brooklyn, Nicola, majalah Vogue AS dan majalah British Vogue.
TBH, REMAJA tidak terkejut sekiranya Brooklyn dan Nicola akan muncul dalam majalah British Vogue yang berada di bawah ‘bumbung’ syarikat penerbitan sama.
Disebabkan perjanjian dengan majalah Vogue ini, 300 orang tetamu yang dijemput ke majlis perkahwinan mereka telah diminta untuk mengikut syarat ketat dan tidak dibenarkan membawa masuk telefon pintar mereka.
Begitupun, teman wanita Romeo Beckham iaitu Mia Regan nampaknya ‘melanggar’ peraturan itu; as expected from the little rebel.
Mia didapati memuat naik foto ini ke Instagram Story miliknya. Ia menunjukkan separuh pakaian yang disarungkannya dan Romeo ke majlis raptai pada hari Jumaat.
Ads
Romeo Beckham dan teman wanitanya yang juga merupakan seorang model, Mia Reegan. (Kanan) Tangkap layar ‘OOTD’ mereka berdua sewaktu menghadiri majlis raptai, Jumaat lalu.
Anyway, keluarga Beckham dan Peltz nampaknya benar-benar serius mengenai perjanjian ini. Cermin kereta rasmi yang membawa masuk pasangan pengantin, ahli keluarga serta rakan mereka turut digelapkan agar paparazi tidak boleh ‘curi-curi’ mengambil foto mereka.
Adakah ini ‘Wedding of the Year’ bagi tahun 2022? Kita kenalah nantikan isu Jun 2022 majalah Vogue nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering kali kita menganggap bahawa lelaki akan lebih terpikat kepada bentuk badan wanita, tetapi ternyata itu adalah mitos semata-mata.
Sebaliknya, perkara-perkara yang disukai oleh lelaki bukanlah bentuk tubuh menawan, seksi dan menggiurkan, tetapi mungkin korang juga tidak menyangka bahawa perkara-perkara yang berikut dapat menarik perhatian lelaki.
Jom kita lihat 9 perkara yang membuatkan lelaki tertarik dengan wanita.
1. Morning stretches
Sudah tentu lelaki suka kepada wanita yang berskirt pendek dan memakai kasut tumit tinggi, tetapi melihat wanita yang baru lepas bangun tidur adalah lebih seksi bagi mereka. Lelaki gemar melihat wanita yang bangun dari katil dan menggeliat. Bagi lelaki, wanita seperti ini lebih bersikap defensive dan terbuka.
2. Messy hair
Anda boleh melaburkan wang yang banyak untuk menjaga kecantikan rambut, namun bagi lelaki, mereka tetap suka melihat keadaan rambut yang natural. Malah, rambut yang tidak terurus lebih memikat pandangan lelaki.
3. Naked face
Kebanyakan lelaki gemar melihat wanita dalam keadaan naked face tanpa sebarang calitan mekap. Solekan yang tebal juga kadangkala membuatkan lelaki menjauhi korang.
4. Rounded stomach
Berbeza dengan apa yang sering kita fikirkan, perut yang langsing dan rata bukanlah diidamkan oleh seorang lelaki daripada wanita yang dicintainya. Marilyn Monroe pernah berkata, “Seorang wanita tanpa perut adalah seperti sebuah rumah tanpa balkoni.”
5. Wrinkles
Masalah kulit berkedut sangat digeruni oleh kaum wanita. Namun begitu, lelaki merasakan garisan-garisan kedut di wajah adalah sangat menarik. Tambahan pula, kedutan itu sebagai tanda kematangan dan kebijaksanaan mereka.
6. A good appetite
Lelaki tidak suka kepada wanita yang terlalu menjaga pemakanan ketika keluar makan bersama mereka. Mempunyai selera makan yang baik dan tidak takut untuk makan di depan lelaki bermakna korang seorang yang yakin diri dan tidak menghiraukan kata-kata orang lain. Namun harus diingat, jangan makan terlalu banyak pada first date. Takut bf terkejut lari pula tengok korang makan nanti. Hiks!
7. Berkaca mata
Memakai kaca mata di usia muda memang sesuatu yang melecehkan, tapi korang tahu tak wanita berkaca mata tampil lebih hot dan seksi? Malah, mereka ini juga lebih mendapat perhatian lelaki.
8. Maxi skirts
Skirt panjang juga mampu menampilkan personaliti seksi si pemakai. Walaupun lelaki gemar melihat kecantikan kaki wanita, tetapi dengan menggayakan maxi skirt ini juga mampu membuatkan mereka jatuh hati kepada kecantikan korang.
9. Bare feet
Kebanyakan lelaki merasakan wanita kelihatan sangat seksi apabila berkaki ayam. Sering melihat kamu memakai kasut, sesekali apabila mereka melihat kamu berkaki ayam dapat menarik perhatian mereka.
Namun begitu, setiap lelaki mempunyai citarasa mereka sendiri. Jadi, mungkin saja mereka punya minat yang berbeza terhadap wanita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan sekali lafaz, penyanyi Aizat Amdan selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan, Elyssa Alia Illias dalam sebuah majlis akad nikah di Puchong, Selangor sekitar pukul 9.17 pagi tadi.
Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Illias Moideen sambil disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan dan hampir 100 orang hadirin dengan mas kahwin RM300.
Dalam majlis tersebut juga, pihak pengantin lelaki telah menghantar tiga dulang hantaran dan dibalas dengan lima dulang. Begitupun, kedua-dua pihak keluarga memilih untuk merahsiakan wang hantaran.
Ketika ditemui oleh pihak media, Aizat menyifatkan perkahwinan mereka pada hari ini sebagai fasa permulaan baharu. Setelah sekian lama peminat dan media bertanyakan soal jodoh kepada Aizat, kini semuanya terjawab juga.
Beralih ke soal perancangan berbulan madu pula, Aizat berkongsi impian mereka berdua untuk ke Tulum, Mexico.
“Saya ada angan-angan untuk membuka studio di tepi pantai, manakala Elyssa pula ada impian untuk membuka sekolah menyelam serta vila di tepi pantai.
“Insya-Allah, November ini saya akan ke Los Angeles atas urusan kerja dan alang-alang di sana akan ke Tulum untuk bercuti,” katanya.
Terdahulu, Aizat, 33 dan Elyssa, 34 telah saling mengenali hati budi masing-masing selama tiga tahun sebelum mereka membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang setelah acara merisik dilangsungkan pada bulan Februari.
Atas dasar cinta terhadap bakal isterinya pada waktu itu juga, Aizat telah menghasilkan sebuah lagu berjudul Hanya Kita Dua untuk dedikasikan kepada isterinya.
Tahniah diucapkan kepada Aizat & isteri. REMAJA doakan agar tali perkahwinan akan berkekalan hingga ke penghujung hayat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selebriti korea dan pasangan popular, HyunA dan Dawn akhirnya selamat bertunang selepas lebih enam tahun melalui episod suka dan duka dalam percintaan.
Pada 3 Februari 2022, Dawn barkongsi video dan foto di Instagram-nya dan menunjukkan dirinya dan Hyuna erat menggenggam tangan sambil tumpuan terarah kepada set cincin serasi serta kapsyen “Marry Me”.
Tambah menarik adalah pemilihan cincin pertunangan pasangan ini yang unik dan jarang ditemui; ibarat diri mereka sendiri. Ia dihiasi batuan opal sebagai tarikan utama dan bukannya berlian.
Mengikut kepercayaan pereka barangan kemas, batuan opal adalah simbol kepada tuah dan selebihnya, ia bergantung kepada jenis opal yang dipilih seperti simbol cinta, kemesraan, kesetiaan, kesucian dan macam-macam lagi.
REMAJA difahamkan bahawa dua bentuk cincin pertunangan itu telah direka khas oleh Diligems, sebuah jenama barangan kemas di Korea Selatan yang pakar dalam mencipta aksesori secara handmade. Kongsi Diligems video Dawn di Instagram Story mereka, ia berbunyi, “Akhirnya!” lalu mengesahkan tanggapan peminat bahawa Dawn telah lama merancang untuk melamar HyunA.
Pada kebiasaannya, cincin batuan opal yang direka Diligems akan mencecah harga sekitar USD100 hingga USD200. Memandangkan cincin pertunangan HyunA dan Dawn ini adalah rekaan khas dan turut dihiasi beberapa lagi batuan mewah, mungkin sekali nilainya melebihi USD200.
Hubungan mereka berdua bukan lagi satu kejutan untuk peminat hiburan K-pop biarpun industri hiburan itu selalunya lebih memilih untuk menyembunyikan perhubungan cinta sesama selebriti daripada dapat dihidu oleh peminat.
Namun, pengumuman pertunangan ini telah berjaya mengejutkan para peminat mereka berdua yang menyambut baik perkembangan menggembirakan itu.
Rata-rata peminat telah mengikuti kisah HyunA dan Dawn yang berpacaran sejak 2016. Bermula sebagai satu rahsia di antara mereka berdua saja sehingga akhirnya diketahui umum, pasangan sama cantik sama padan ini langsung berterus-terang dan berkongsi saja foto serta video mesra menerusi media sosial selama beberapa tahun kebelakangan ini; satu perkara yang dianggap baharu dalam industri hiburan K-pop.
Mungkin telah tiba era baharu di Korea Selatan di mana peminat kini sudah boleh menerima perhubungan intim sesama selebriti kegemaran mereka. Iyalah, mereka bpun selalu bertemu sesama mereka sama ada sewaktu bekerja atau di luar. Tidak hairanlah jika timbul bibit-bibit percintaan dek kerana bergelumang dalam industri yang sama.
Diharap perhubungan HyunA dan Dawn ini akan berkekalan hingga ke jinjang perkahwinan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!