Dengan sekali lafaz, penyanyi Aizat Amdan selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan, Elyssa Alia Illias dalam sebuah majlis akad nikah di Puchong, Selangor sekitar pukul 9.17 pagi tadi.
Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Illias Moideen sambil disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan dan hampir 100 orang hadirin dengan mas kahwin RM300.
Dalam majlis tersebut juga, pihak pengantin lelaki telah menghantar tiga dulang hantaran dan dibalas dengan lima dulang. Begitupun, kedua-dua pihak keluarga memilih untuk merahsiakan wang hantaran.
Ketika ditemui oleh pihak media, Aizat menyifatkan perkahwinan mereka pada hari ini sebagai fasa permulaan baharu. Setelah sekian lama peminat dan media bertanyakan soal jodoh kepada Aizat, kini semuanya terjawab juga.
Ads
Beralih ke soal perancangan berbulan madu pula, Aizat berkongsi impian mereka berdua untuk ke Tulum, Mexico.
“Saya ada angan-angan untuk membuka studio di tepi pantai, manakala Elyssa pula ada impian untuk membuka sekolah menyelam serta vila di tepi pantai.
“Insya-Allah, November ini saya akan ke Los Angeles atas urusan kerja dan alang-alang di sana akan ke Tulum untuk bercuti,” katanya.
Ads
Terdahulu, Aizat, 33 dan Elyssa, 34 telah saling mengenali hati budi masing-masing selama tiga tahun sebelum mereka membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang setelah acara merisik dilangsungkan pada bulan Februari.
Atas dasar cinta terhadap bakal isterinya pada waktu itu juga, Aizat telah menghasilkan sebuah lagu berjudul Hanya Kita Dua untuk dedikasikan kepada isterinya.
Tahniah diucapkan kepada Aizat & isteri. REMAJA doakan agar tali perkahwinan akan berkekalan hingga ke penghujung hayat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada tahun 2018, Hannah Yeoh yang ketika itu menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pernah mendedahkan di Parlimen 23 punca pasangan muda bercerai.
Walau nampak lucu tapi memalukan untuk disebut oleh bekas Timbalan Menteri ini ialah punggung pasangan yang menggerutu menjadi sebab utama pasangan muda bercerai.
Ternyata, di tahun 2020, punca-punca remeh masih lagi menduduki carta utama punca pasangan muda berusia di antara 25-30 tahun di bawah usia perkahwinan lima tahun memilih untuk meleraikan ikatan perkahwinan.
Jika dulu punggung menggerutu tapi trend terkini, rendam baju terlalu lama hingga berbau jadi asbab cerai. Bukan itu saja, kegilaan pasangan mengadap gajet terlalu lama juga jadi punca bercerai hari ini.
Errmmm…
Fakta itu mungkin menakutkan bagi korang yang belum berumahtangga tapi jika tidak benar-benar bersedia tak usahlah berkahwin awal. Ye tak?
Pilihlah berkahwin bila korang dah benar-benar yakin dapat menjadi imam solat pada isteri di rumah, solat 5 waktu yang tak pernah ditinggalkan selain faktor lain. Tapi kalau perkahwinan sekadar untuk rasa seronok selain nafsu, alangkah ruginya kehidupan.
Memetik sumber dari Harian Metro, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, trend cerai di kalangan pasangan di bawah usia lima tahun sebabnya nampak remeh. Malah kebanyakan kes dilaporkan membabitkan tuntutan cerai oleh pihak suami.
Menurut Musa, antara alasan yang kedengaran lucu, tetapi menjadi punca perceraian adalah sikap pasangan seperti tidak mencuci pakaian atau merendamnya terlalu lama dalam baldi hingga berbau.
Katanya, alasan lain diterima adalah berpisah disebabkan tabiat pasangan yang taasub dengan permainan video dan leka bermain telefon bimbit.
"Pelbagai alasan diberikan pasangan, tetapi trend terkini menunjukkan punca perceraian berkait rapat dengan penggunaan aplikasi di telefon pintar.
"Antaranya Facebook (FB), Instagram (IG), WhatsApp, Messenger dan lain-lain lagi.
"Kewujudan teknologi ini juga menyebabkan suami memilih melafazkan cerai dengan cara yang lebih moden iaitu menerusi medium berkenaan," katanya.
Musa berkata, biarpun lelaki berhak menceraikan isteri, mereka seharusnya berfikir panjang sebelum mengambil keputusan berkenaan.
"Ada sebab mengapa Allah SWT beri kuasa talak kepada suami dan satunya daripadanya adalah kerana lelaki adalah pemimpin dan lazimnya tidak bertindak mengikut emosi.
"Namun, situasi sekarang berbeza kerana segelintir lelaki pula dilihat mengikut emosi sedangkan seburuk mana pun isteri, suami sepatutnya bertahan.
"Jika mahu bercerai sekalipun, biarlah mengikut prosedur yang betul, bukannya dengan melafazkan talak di luar mahkamah," katanya.
Menurut Musa, hal itu mungkin berlaku disebabkan kuasa menjatuhkan talak adalah hak mutlak suami dan kecenderungan segelintir lelaki melihat keburukan pasangan mereka. Katanya, faktor lain adalah kerana kurangnya pengalaman dalam mengendalikan masalah atau konflik rumah tangga hingga memilih untuk berpisah. "Usia perkahwinan yang masih baru menyebabkan mereka belum mencapai tahap kematangan dalam rumah tangga.
"Berdasarkan rekod persatuan dan aduan diterima, kes ini lazimnya membabitkan lafaz talak yang dijatuhi di luar mahkamah.
"Setiap kali aduan sampai ke pengetahuan persatuan, kita akan meminta ahli (pengamal undang-undang syariah) untuk mengendalikan kes," katanya. Menurut Musa, ahli persatuan iaitu peguam syarie yang mengendalikan kes akan mengesyorkan pasangan terbabit rujuk semula.
"Segelintir pasangan lembut hati, tetapi ada juga tetap dengan pendirian mereka," katanya yang berpengalaman sebagai peguam syarie sejak 1999.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun mereka saling mengunci mulut mengenai hubungan cinta yang diperkatakan ramai, sumber terdekat kepada pelakon, Leonardo DiCaprio dan model antarabangsa, Gigi Hadid menyatakan bahawa dua individu sama cantik sama padan itu sedang menjalin hubungan istimewa.
Pasangan selebriti itu yang kini menghabiskan masa di kotaraya New York pertama kali ditemui sewaktu parti Minggu Fesyen New York pada 10 September lalu.
Hubungan mereka dilaporkan semakin rapat selepas itu. Sumber rapat mendedahkan kepada PEOPLE dalam isu terbaru majalah tersebut bahawa Leonardo, 47 dan Gigi, 27 “sesama suka dan sedang bergembira”.
Gadis bijak dan berjaya seperti Gigi dikatakan menepati ciri-ciri wanita yang digemari oleh pemenang Oscar itu. Lagi pula, Gigi yang telah bergelar seorang ibu kini lebih matang serta mempunyai rangka hidup yang stabil. She know what is good for her and has her life together.
Sebelum ini, Leonardo dan Gigi saling mengenali sebagai rakan selebriti kasual yang hanya bertemu di acara-acara eksklusif dan saling diperkenalkan dalam kelompok rakan-rakan mereka. Disebabkan mereka mempunyai pasangan sendiri pada waktu itu, baik Leonardo dan Gigi tidak cuba mengenali diri masing-masing secara lebih dekat.
Hubungan mereka mulai menyemarak selepas Gigi menamatkan hubungannya dengan bapa anaknya, Zayn Malik pada Oktober 2021 manakala Leonardo pula baru sahaja berpisah dengan teman wanita berusia 25 tahun, Camila Morrone selepas empat tahun bersama.
Gigi Hadid dan Zayn Malik pada tahun lalu bersama bayi mereka, Khai.Leonardo bersama bekas teman wanitanya yang juga merupakan seorang model, Camila Morrone.
Walaupun khabar angin percintaan ini semakin bertiup kencang, Leonardo dan Gigi masih enggan meletakkan ‘label’ serius pada hubungan mereka.
Baguslah begitu, lagipun Gigi dan Leonardo lama bertaut cinta dengan pasangan mereka yang terdahulu. Tentunya mereka tidak mahu hubungan kali ini sekadar menjadi rebound relationship yang tidak bertahan lama.
Adakah korang rasakan ini hanya sekadar gosip liar ataupun sememangnya Leonardo dan Gigi sempurna bersama?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tarikh 15 Jun 2023 menjadi detik bersejarah buat pelakon K-drama dan K-movie kacak, Song Joong-ki setelah isterinya, Katy Louise Saunders dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam.
Memetik laporan Koreaboo, Joong-ki dan Katy yang juga merupakan seorang bekas pelakon berdarah Inggeris telah menimang cahaya mata sulung mereka itu di bumi kelahiran Katy sendiri di Rome, Itali.
Song Joong-ki.
Pelakon itu sendiri telah mengumumkan perkhabaran gembira itu di Instagram dan ia berbunyi sedemikian.
“Hello, ini ialah Joong Ki. Saya tertanya-tanya bagaimanakah keadaan anda semua.
“Hari ini, saya ingin berkongsi satu lagi perkhabaran gembira ibarat mimpi kepada anda semua dan saya ingin menjadi insan pertama yang memberitahu kepada anda. Kini saya berada di Itali. Di pekan kelahiran isteri saya di Rome dan kami telah menimang cahaya mata kami.
“Dia merupakan seorang bayi lelaki yang sihat… dan kedua-duanya; bayi dan ibunya… berada dalam keadaan sihat sejahtera,” catat pelakon Reborn Rich yang bersyukur dengan nikmat yang diterima oleh keluarganya ini sebelum berterima kasih kepada semua peminat yang menghulurkan sokongan mereka.
Sejak itu, khabar angin mengenai mereka berdua telah bertiup kencang sehingga ke foto yang menampakkan Katu dengan ‘baby bump’ beliau sewaktu di sebuah lapangan terbang.
Lantas, pasangan sama cantik sama padan itu mengumumkan perkahwwinan mereka pada bulan Februari tahun ini setelah Katy disahkan sudah berbadan dua.
Terdahulu, Joong-ki pernah mengahwinin bintang K-drama, Song Hye-kyo yang merupakan gandingannya dalam drama popular, Descendants of the Sun.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.