Badang kerdil negara, Bonnie Bunyau Gustin baru-baru ini membuktikan keperkasaannya di pentas antarabangsa sekali lagi selepas berjaya merangkul kejuaraan dunia dalam acara Para Powerlifting Dunia 2025 di Kaherah. Selain itu, kemenangan ini juga melakar sejarah baru buat atlet berusia 26 tahun itu apabila kekal mempertahankan gelaran juara dunia buat kali keempat berturut-turut.
Menerusi aksi final kategori lelaki bawah 72 kilogram, Bonnie mempamerkan kekuatan luar biasa dengan melakukan angkatan terbaik seberat 230kg. Catatan itu mengatasi pesaing utamanya dari China, Zhang Pingkang yang mengangkat 222kg, dan atlet Britain, Mark Swan yang menamatkan saingan dengan 217kg.
Dalam pada itu, Bonnie turut mendominasi kategori jumlah angkatan keseluruhan dengan rekod 672kg, jauh meninggalkan Amir Jafari Arangeh dari Iran (581kg) dan Swan (427kg). Kemenangan tersebut sekaligus menghadiahkan dua pingat emas kepada Malaysia dalam kejohanan berprestij tersebut.
Pada masa yang sama, kejayaan ini bukan sahaja mengekalkan statusnya sebagai atlet para elit dunia, malah mengukuhkan reputasinya sebagai antara atlet paling konsisten dalam sejarah sukan para powerlifting dan Bonnie kini menjadi satu-satunya atlet yang berjaya menjuarai edisi 2019, 2021, 2023 dan kini 2025 secara berturut-turut.
Lebih menarik lagi, kemenangannya di Kaherah kali ini hadir walaupun angkatan Bonnie sedikit di bawah rekod dunia miliknya sendiri iaitu 232kg yang dicatat ketika meraih emas di Paralimpik Paris 2024. Namun, kekuatan mental dan teknik angkatan yang sempurna sudah cukup untuk memastikan dominasi globalnya tidak tergugat.
Ads
Prestasi hebat beliau di bumi Mesir itu sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia masih kekal sebagai antara kuasa besar dalam sukan para powerlifting dunia. Aksi Bonnie turut menjadi bukti jelas bahawa semangat juang tinggi dan disiplin mampu mengekalkan prestasi di peringkat tertinggi.
Sementara itu, pada edisi kali ini menyaksikan penyertaan atlet dari 70 negara yang berentap merebut pingat serta kelayakan ke Sukan Paralimpik Los Angeles 2028 (LA28). Saingan sengit daripada barisan atlet dunia tidak menghalang Bonnie untuk terus mengekalkan rentak juara.
Untuk pengetahuan, Bonnie kini mengumpul empat gelaran dunia, dua kejuaraan Paralimpik, satu emas Komanwel, tiga emas Piala Dunia dan satu emas Para Asia. Menerusi pencapaian itu menjadikan beliau antara atlet para paling berjaya dan disegani dalam sejarah sukan negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan hip-hop Zeppo Youngsterz yang pernah tular kerana video klip mereka meminta sumbangan dana untuk ke pertandingan tarian Body Rock akhirnya berjaya membuktikan bahawa setiap sen yang dihulurkan jelas bermanfaat apabila diumumkan berjaya menduduki tempat pertama pertandingan tersebut.
Dalam rayuan video berdurasi 48 saat di Instagram tersebut, kumpulan hip-hop Zeppo Youngsterz berkata mereka adalah satu-satunya rakyat Malaysia pada peraduan itu, dan akan bersaing dengan krew tarian profesional lain dari Filipina, Jerman, Kanada dan Mexico.
Hasil daripada video klip tersebut, mereka berjaya meraih dana yang mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan yang terdiri dari kos tiket penerbangan, penempatan dan sebagainya. Antara penyumbang terbesar ialah dari Syarikat Tune Protect dan Kementerian Belia dan Sukan sendiri.
Bahkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Adam Adli sendiri turut serta hadir memberi semangat kepada pasukan penari tersebut sebelum mereka berlepas di KLIA1.
Turut komen meraikan kejayaan mereka ialah wakil rakyat Muar, YB Syed Saddiq yang sebelum ini turut menderma dan mempromosikan pengumpulan dana kumpulan tersebut di media sosialnya.
“Hebat! Tahniah dan terima kasih kerana mengibarkan bendera Malaysia setinggi-tingginya,” komennya.
Sekadar info, Zeppo Youngsterz telah ditubuhkan pada 2011 dan dianggotai oleh belia tempatan yang berumur antara 13 hingga 32 tahun. Mereka menggabungkan unsur hip-hop dan seni mempertahankan diri ke dalam rutin mereka.
Pada tahun 2020, mereka telah mewakili Malaysia dalam pertandingan Body Rock Asia di Filipina, di mana mereka menduduki tempat ketiga.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hukum D-M digolongkan dalam Frasa Nama. Kerap kita mendengar orang berkata ‘goreng pisang’ untuk merujuk kepada frasa nama ‘pisang yang digoreng’. Seharusnya bentuk yang betul ialah ‘pisang goreng’ kerana kita merujuk kata nama ‘pisang’ sedangkan perkataan ‘goreng’ merujuk kata kerja ‘goreng’ dan merupakan penerang bagi perkataan ‘pisang’ dalam frasa berkenaan.
Namun disebabkan kebiasaan pertuturan dan diterima, tambahan pula difahami oleh masyarakat, sesetengah kita menerimanya sebagai betul sedangkan hakikatnya dari sudut tatabahasa pembentukannya adalah salah. Sekiranya perkara ini tidak dikuasai dengan tahap pengetahuan dan penggunaan yang betul akan mengundang salah faham atau taksiran makana yang berbeza.
Hal yang sama dapat dilihat pada frasa ‘lain-lain hal’ sedangkan hakikatnya kita merujuk ‘hal’ bukannya ‘lain-lain’. Seharusnya pembetukan frasa berkenaan ialah ‘hal-hal lain’ kerana ‘hal’ tersebut yang banyak bukannya ‘lain’. Hal ini berpunca daripada kebiasaan sebutan dan ‘sedap’ bunyi sebutan yang diterima oleh penutur lisan bahasa Melayu kerana pada sesetengah keadaan sebutannya konsisten. Misalnya kita tidak akan menyebut ‘tua kelapa’ bagi merujuk ‘kelapa yang sudah tua’, sebaliknya dalam apa-apa juga keadaan kita akan menyebut ‘kelapa tua’ bagi merujuk frasa nama berkenaan.
Pembentukan Hukum D-M
D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur merangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.
Pada dasarnya, terdapat peraturan tertentu untuk mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituen kata nama dalam pembentukan frasa nama. Peraturan-peratran tersebut menentukan perkara yang hadir dahulu dan yang perlu hadir kemudian ataupun selepas konstituen pertama.
Misalnya apabila kita mahu merujuk pisang yang digoreng, seharusnya kita menyatakan ‘pisang’ sebagai kata nama yang mahu diterangkan barulah disusuli ‘goreng’ sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, seharusnya susunan frasanya menjadi ‘pisang goreng’ bukannya ‘goreng pisang’ kerana ‘goreng pisang’ merujuk ‘goreng’ sebagai perkataan yang mahu diterangkan, iaitu kata kerja dan ‘pisang’ sebagai kata yang menerangkan perkataan goreng. Maka apabila disebut ‘goreng pisang’ kita seharusnya merujuk frasa kerja (perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama.
Dengan kata lain, dalam pembentukan hukum D-M, unsur yang ‘Diterangkan’ merupakan unsur inti yang diletakkan pada kedudukan pertama dan unsur yang ‘Menerangkan’ merupakan unsur penerang yang diletakkan pada kedudukan kedua. Contohnya:
BIL.
DITERANGKAN(D)
MENERANGKAN(M)
PENERANGAN FRASA
1
Hafiz
tukang rumah
Hafiz bekerja sebagai tukang rumah.
2
Orang
lelaki
Jantina seseorang itu ialah seorang lelaki.
3
Orang
muda
Orang yang masih muda.
4
Kelapa
tua
Buah kelapa yang sudah tua.
5
Serbuk
cili
Serbuk yang dibuat daripada cili.
6
Sos
tomato
Sos yang dibuat daripada tomato.
7
Restoran
Zaini
Restoran itu kepunyaan Zaini.
8
Daging
lembu
Daging yang diambil daripada seekor lembu.
9
Susu
lembu
Susu yang diambil daripada seekor lembu.
10
Lembu
susu
Lembu yang mengeluarkan susu.
Namun begitu, Hukum D-M mempunyai kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan. Contohnya:
Frasa Nama
Penerang(M)
Yang Diterangkan(D)
ibu
pejabat
timbalan
menteri
naib
presiden
timbalan
menteri
pembantu
penyelidik
naib
canselor
naib
yang dipertua
Cuba perhatikan keliling anda. Berikan 10 benda atau perkara yang boleh dibentuk untuk menjadikannya frasa nama yang mematuhi hukum D-M.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Puan Khannita Binti Zakariah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penuntut pengajian Doktor Falsafah (PhD) Perlindungan Tanaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, Melaka, Afifah Mohamad (25) mencipta sejarah apabila telah menjejakkan di Universiti Oxford, London dan muncul sebagai satu-satunya peserta mewakili Malaysia ke Persidangan Patologi Tumbuhan 2024 yang berlangsung pada September lalu.
Anak jati Pahang yang berasal dari Kampung Bangau Parit, Temerloh ini teruja kerana ini merupakan kali pertama buat dirinya menjejakkan kaki ke salah satu universiti berprestij dunia, lebih lagi diberikan peluang untuk membentangkan kertas kajian mengenai tanaman nanas MD2 dalam persidangan itu.
“Sungguh tak percaya akhirnya anak kampung macam saya berpeluang ke sana bentangkan hasil kajian, memang selama ini berangan-angan macam orang lain tapi akhirnya kini menjadi kenyataan”
“Saya rasa bersyukur dan boleh dikatakan bangga kerana mampu sampai ke peringkat antarabangsa. Pengalaman dan juga ilmu yang saya peroleh inshaAllah akan mendatangkan manfaat kepada masyarakat kembali,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.
Dalam pada itu, Afifah juga difahamkan melakukan pembentangan kajian dalam tempoh 45 minit bersama penyelianya, Profesor Madya Ts Dr Zaiton Sapak.
Beliau juga turut berterima kasih kepada pada pihak biasiswa MyBrainSc, Kementerian Pengajian Tinggi atas penajaan hadir ke persidangan tersebut dan Zaiton yang mendorongnya berpeluang ke universiti tersebut.
Selain itu, Afifah berkata pencapaian itu dikongsi bersama keluarga terutama ayahnya, Mohamad Othman (62) yang banyak memberikan sokongan untuk terus menggapai kecemerlangan dalam bidang akademik selepas ibunya, Ailos Saimi meninggal dunia dunia pada tahun 2020.
Dalam perkembangan yang sama, pemegang Sarjana Muda Sains Teknologi dan Pengurusan Ladang itu menjelaskan tanaman nanas MD2 menjadi pilihan kajiannya kerana potensi dan masa depan tanaman tersebut di negara ini.
Ujarnya lagi, dia memang meminati bidang pertanian dan perladangan sejak bangku sekolah lagi sambil berharap dapat menjadi tenaga pengajar dalam bidang tersebut.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!