Mandi wajib atau mandi junu juga disebut sebagai mandi hadas besar adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Hukum mandi hadas adalah wajib ke atas individu Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.
Seseorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut:
• Jimak
• Keluar air mani dengan sengaja atau tidak
• Keluar darah haid
• Nifas
• Wiladah
• Mati
• Masuk Islam orang dari ajaran sebelumnya (kafir)
Rukun mandi hadas ada tiga perkara iaitu:
• Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
• Menghilangkan kotoran dan najis pada badan
• Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan
Ads
Gambar hiasan
Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah RA:
“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya” (HR. Al Bukhari dan Muslim)
Mandi hadas tanpa berwuduk
Namun begitu, ada yang keliru adakah boleh seseorang yang mandi hadas besar mengerjakan solat tanpa mengambil wuduk?
Jawapan:
Ads
Apabila seorang itu ada dua hadas yaitu hadas besar dan hadas kecil kemudian dia melakukan bersuci dari hadas besar nescaya hadas kecilnya itu turut terangkat sama.
Maka sah dia kerjakan solat tanpa diwajibkan lagi mengangkat hadas yang kecil yaitu berwuduk akan tetapi disunatkan ke atasnya mengambil wuduk juga.
Gambar hiasan
Berkata Imam Taqiyuddin Ad-Dimasyqi:
Ertinya: “Apabila berhimpun atas seseorang itu hadas kecil iaitu wuduk dan hadas besar yaitu mandi maka padanya berlaku khilaf. Pendapat yang sahih yang difatwakan dengannya memadai baginya oleh mandi sekelian badannya dengan niat mandi dan tidak wajib atasnya menghimpunkan antara wuduk dan mandi dan tiada perlu tertib pada yang demikian itu.” (Kitab Kifayatul Akhyar)
Ertinya: “Apabila berhimpun dua perkara dari jenis yang sama dan tiada bersalahan oleh tujuan keduanya nescaya masuklah salah satunya pada yang satu lagi secara ghalib. Maka setengah dari furu’ yang demikian itu apabila berhimpun hadas kecil dan janabah nescaya memadai oleh mandi atas pendapat mazhab sebagaimana berhimpun oleh janabah dan haidh.” (Kitab Al-Asybah Wa Nazha_ir)
Kesimpulannya, jika korang mandi hadas besar maka tidak wajib lagi berwuduk untuk solat atau seumpamanya. Namun begitu, jika individu itu mengambil wuduk sahaja tanpa mandi hadas, nescaya dia masih berhadas besar dan tidak boleh mengerjakan solat.
Lebih afdhal, lakukan kedua-duanya iaitu mengambil wudhuk dan mandi kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW yang mengambil wuduk terlebih dahulu kemudian mandi hadas.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu kepada korang semua. Wallahualam!
Menghabiskan masa seharian di luar dengan kesibukan di tempat kerja atau aktiviti di kolej kadang kala menjadi kekangan buat korang untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat.
Nak ke gimnasium pula bukan calang-calang bayaran yang dikenakan. Sudahnya, bila berat badan mula naik dan baju-baju mula rasa sendat, menangislah korang sorang-sorang tepi bucu katil.
Nah, jangan risau. Apa yang REMAJA nak kongsi kan ini adalah 18 jenis home workouts yang korang boleh buat sendiri bila pulang ke rumah. Simple dan mudah, senaman-senaman ini juga sesuai bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia kecergasan ni.
Jadi jom mulakan hari ini. Jangan tangguh-tangguh lagi.
1. Jumping Jack
2. Flutter Jump
3. Cross Jack
4. Frog Jump
5. Side Jump
6. Sumo Squat
7. Narrow Squat
8. Lunges
9. Lunges High Knee
10. Mountain Runner
11. Mountain Cross
12. Mountain Climbers
13. Race Block
14. Plank Jack
15. Push Up
16. Wide Push Up
17. Triangle Push Up
18. Staggered Push Up
Apa yang paling penting adalah formation yang betul dan lakukan dengan disiplin. InsyaAllah kalau korang mula daripada sekarang, raya nanti pasti nampak hasilnya.
Genap sebulan menimang cahaya mata, penyanyi terkenal, Shila Amzah akhirnya mendedahkan wajah comel puterinya, Rhe Akhira kepada umum di entri Instagram miliknya.
Penyanyi lagu popular Tiada Dirimu itu menyifatkan wajah bayi perempuannya itu banyak mengikut suaminya yang juga personaliti media sosial, Ubai Mz.
“Hari ini genap usia Rhea Akira sebulan. Doakan Rhea jadi anak yang solehah ya. Gambar tutup mata adalah foto terkini Rhea yang beratnya sudah mencecah 4 kilogram (kg).
“Gambar sebelah lagi ketika baru lahir iaitu 2.84 kg. Muka banyak ikut papa dia, Ubai tetapi dagu tetap milik mama,” katanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut yang teruja turut bersetuju puteri sulungnya itu ibarat ‘fotostat’ wajah bapa iaitu Ubai.
“Photostat papa dia. Minta maaf Shila, cuba lagi tahun depan,” komen seorang pengguna.
“Betul memang sebiji wajah Ubai tetapi tak mengapa, bahagian dagu itu mahal,” seloroh juga pengikut lain.
Sekadar info, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 9 Mei lalu.
Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun bersama.
Hasil perkahwinan tersebut, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, penyanyi dan komposer Altimet menawarkan untuk menyumbang separuh kutipan royalti harta inteleknya tahun ini bagi membantu membayar denda skuad bola sepak Selangor FC (SFC) susulan penarikan diri pasukan pada perlawanan Piala Sumbangsih, 10 Mei lalu.
Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Selangor berkata menerusi aplikasi X, beliau sedia berbuat demikian jika SFC sudi menerima tawaran tersebut.
“Saya akan sumbangkan separuh kutipan royalti harta intelek saya tahun ini untuk bayar denda ini jika SFC sudi”
Kredit: X @altimet
Sebelumnya, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan memaklumkan SFC didenda RM100,000 dan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2024/2025 susulan ketidakhadiran mereka pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
Skuad Merah Kuning itu juga perlu membayar pampasan kerugian ditanggung JDT selaku pasukan tuan rumah perlawanan pembukaan musim itu dan MFL dengan jumlahnya akan dimaklumkan kelak.
Selain itu, perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga akan dimainkan tanpa penonton.
Selangor dilaporkan terpaksa menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih susulan insiden bintangnya Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.