RM54K! Banyak tukan, macam-macam boleh beli. Bagi orang bujang dengan jumlah simpanan sebegitu, boleh buat macam-macam perancangan. Nak kahwin boleh, nak beli kereta boleh, nak beli rumah boleh, nak melancong pun boleh. Pendek kata dengan duit sebanyak itu, korang boleh buat macam-macam yang korang mahukan.
Bila menyentuh perancangan kewangan, ramai di antara kita mungkin tidak berapa faham dan tahu cara mudah untuk melipat gandakan wang dengan cara yang cukup mudah. Perunding Kewangan, Amir Syahir berkongsi rahsia anak muda boleh follow bagaimana nak ada simpanan RM54 k dalam tempoh tiga tahun saja.
Perancangan kewangan, Amir Syahir banyak berkongsi tips kewangan dengan orang ramai
Baca perkongsian seperti disyer di fbnya, Amir Syahir
Korang lelaki bujang? Baru graduan? Mungkin post ini boleh ubah cara pemikiran korang. Untuk mencipta masa depan yang gemilang. Kebiasaannya bila dah ada gaji sendiri, keinginan untuk membeli kereta akan datang. Sudah penat naik motor kan masa di universiti dulu. Gaji RM2000 – RM2500 beli kereta. Kebiasaannya kereta Myvi.
Katakan ansuran bulanan kereta Myvi RM600. Tapi anda lupa kos sampingan yang perlu korang tanggung jika bela kereta ini.
Sebenarnya korang perlu berbelanja RM1200 sebulan untuk satu kereta Myvi. Kalau korang mampu dengan kos RM1200 sebulan tu, apa kata tangguhkan sementara beli kereta Myvi tu dulu. Tak lama tiga tahun je.
Apa kata pakai je motor masa belajar kat universiti dulu. Buat pembiayaan ASB RM200K. Ansuran bulanan RM1080 target selama tiga tahun tanpa usik dividen. Apakah hasilnya untuk selepas terminate ASBF pada tahun ketiga?
Mohon ASBF RM200K tanpa takaful. Profit rate: 5.05%. Terminate selepas dapat dividen selepas tiga tahun.
Ads
Dividen terkumpul 3 tahun @ 7% setahun = RM45,000
Pulangan prinsipal @ 36 bulan=RM9234
Jumlah kasar simpanan tunai= RM54,234
Berbaloi tak korbankan kehendak pakai Myvi tadi dalam tempoh tiga tahun, boleh ada simpanan lebih RM54K? Kalau simpan sendiri RM1080 dapat RM38K sahaja.
Korang korbankan tiga tahun untuk buat ASBF dapat merancang masa depan yang cerah. Dengan wang RM54K ini korang boleh mulakan kehidupan dengan baik berbanding kereta yang dibeli awal tadi yang mungkin jadi penghalang korang untuk terus melangkah.
Masa ini matlamat korang sudah jelas. Korang semakin bijak dan berilmu. Apa nak buat dengan duit ni? Korang boleh;
Ads
-Buat deposit beli rumah
-Beli kereta terpakai
-Berkahwin tanpa pembiayaan peribadi
-Beli rumah lelong
– Simpanan kecemasan
***
Kalau nak pilih untuk beli juga kereta tu, belilah, mungkin Itu keperluan korang. Korang yang pilih sendiri jalan hidup korang. Post ini hanya sekadar pelan lakar dan cetusan idea, tapi boleh berlaku jika korang lakukannya.
Korbankan sementara 3 tahun ni. Ikut langkah ini, korang akan rasa kesannya nanti. Korang pula bebas merancang masa depan. Bila semuanya dah stabil, pakai la apa nak pakai, beli la apa nak beli pun.
Kiraan anggaran kasar sahaja.
2. Andaian ASBF tanpa takaful, 30 tempoh pembiayaan & rate 5.0% dengan dividen ASB diumumkan kekal 7% sepanjang tiga tahun tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita gembira itu dikongsikan pelakon drama From Saga With Love menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
Di ruangan kapsyen, Ikmal menitipkan kesyukuran apabila isterinya selamat melahirkan putera lelakinya selain sempat mengucapkan penghargaan buat semua yang mengenalinya atas doa yang baik-baik.
“Rahmat ilahi. Syukur Alhamdulillah, pada hari jumaat yg berkah, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Terima kasih atas doa kalian. Semoga kita semua diberkati,” tulisnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menzahirkan rasa teruja selain mendoakan agar bayi itu diberikan kesihatan yang baik dan menjadi seorang anak yang soleh.
Terdahulu, Ikmal dan Najla telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan puteri sulung yang diberi nama Cailie.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lagu Raya sudah diputar berulang kali di corong-corong radio. Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir dengan kita. Kemeriahan perayaan setahun sekali kini makin dirasai.
Untuk tahun ini, iklan untuk Hari Raya Aidilfitri sedikit berbeza kerana disambut dalam keadaan dunia dilanda wabak pandemik COVID-19 dan Malaysia sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Tahun ini juga tidak kurangnya! Semua syarikat berlumba-lumba menghasilkan iklan Raya yang dengan penuh kreatif. Antara iklan Raya yang paling menarik bagi Remaja ialah dari Petronas, Adabi, Maxis, Saji, TM dan TNB. Sesuai dengan tema #RayaTetapRaya, tonton kompilasi iklan raya 2020 di bawah:
1. PETRONAS – Antara Dua Jendela
Mengisahkan mengenai kisah cinta yang merentasi jarak dan masa, iklan Petronas untuk kali ini agak berbeza kerana ditampilkan dalam bentuk animasi.
“Kebahagiaan yang dirindui sebenarnya ada di depan mata. Namun ia akan terlihat dengan hati yang dibuka.”
2. ADABI – #AdabiRayaTetapRaya
Meskipun jauh di mata, kebersamaan tetap tidak dilupakan.
3. MAXIS – Suasana Syawal Sempurna
Walaupun Syawal kali ini disambut dalam keadaan yang kurang sempurna, ianya pasti memberikan keriangan kerana dalam kesusahan ada keindahannya.
4. SAJI – Kuah Kacang Ibu
Tak lengkaplah sambutan Raya kalau tiada menu kuah kacang dan nasi himpit kan? Nak tahu resipi rahsia kuah kacang istimewa, tonton video di bawah:
5. TNB – #SemangatRayaEpikFantastik
Menampilkan kembali Jero si kucing gebu, iklan raya TNB kali ini lebih santai namun tetap menghiburkan.
6. TM
Antara yang paling awal keluarkan iklan raya, Telekom Malaysia tampil dengan mesej yang padat. Hanya dengan kompilasi gambar situasi yang dihadapi sekarang diiringi dengan instrumen mendayu cukup boleh membuatkan penonton menangis.
Kalau dulu iklan Raya sinonim dengan Petronas yang sentiasa menghidangkan pelbagai kisah penuh suka duka yang menambah ‘kemanisan’ sambutan Hari Raya. So tahun ni mana satu iklan raya yang korang paling suka?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon terkenal Korea Selatan, Park Bo Gum mencuri perhatian para peminat apabila tiba-tiba muncul sebagai seorang pemberita ramalan cuaca dalam rancangan ‘Newsroom JTBC’ pada 26 Mei lalu.
Menerusi sebuah potongan video yang tular di media sosial, pelakon drama ‘Reply 1988’ itu tampil cukup kemas dengan pakaian rasmi pasukan Korea lengkap disertakan bendera negara ginseng itu di dadanya.
Pelakon kacak itu muncul dalam segmen cuaca dengan suara paling jelas dan gaya bercakap yang sopan, serta menyampaikan ramalan cuaca dengan gaya yang sangat charming sehingga membuatkan para peminat dan penonton berita terpaku dan jatuh hati.
Kredit foto: JTBC
Dalam pada itu, orang ramai turut berkongsi keterujaan di media sosial sehingga ada yang tidak percaya dengan kebolehan pelakon yang kini berusia 32 tahun itu dalam menyampaikan berita ramalan cuaca.
“Saya tak ingat langsung ramalannya, tapi wajah dia sudah stuck dalam kepala saya,” kata salah seorang peminat.
Pada masa yang sama, ada di antara peminat yang turut berharap agar Bo Gum boleh membawakan watak sebagai pembaca berita dalam drama beliau pada masa akan datang.
Walaupun segmen ramalan cuaca itu cukup singkat, namun ini merupakan sebahagian daripada kempen promosi drama terbaru JTBC berjudul ‘Good Boy’ yang bakal ditayangkan pada 31 Mei ini dimana Park Bo Gum memegang watak utama sebagai atlet pingat emas dalam sukan tinju iaitu Yoon Dong-Joo.
Sementara itu, ramai menganggap strategi promosi ini unik kerana sambil mempromosi drama, Bo Gum berjaya membuatkan penonton rasa lebih dekat dan teruja untuk melihat lakonannya dalam drama tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!