Lagu Raya sudah diputar berulang kali di corong-corong radio. Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir dengan kita. Kemeriahan perayaan setahun sekali kini makin dirasai.
Untuk tahun ini, iklan untuk Hari Raya Aidilfitri sedikit berbeza kerana disambut dalam keadaan dunia dilanda wabak pandemik COVID-19 dan Malaysia sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Tahun ini juga tidak kurangnya! Semua syarikat berlumba-lumba menghasilkan iklan Raya yang dengan penuh kreatif. Antara iklan Raya yang paling menarik bagi Remaja ialah dari Petronas, Adabi, Maxis, Saji, TM dan TNB. Sesuai dengan tema #RayaTetapRaya, tonton kompilasi iklan raya 2020 di bawah:
1. PETRONAS – Antara Dua Jendela
Mengisahkan mengenai kisah cinta yang merentasi jarak dan masa, iklan Petronas untuk kali ini agak berbeza kerana ditampilkan dalam bentuk animasi.
Ads
“Kebahagiaan yang dirindui sebenarnya ada di depan mata. Namun ia akan terlihat dengan hati yang dibuka.”
2. ADABI – #AdabiRayaTetapRaya
Meskipun jauh di mata, kebersamaan tetap tidak dilupakan.
3. MAXIS – Suasana Syawal Sempurna
Ads
Walaupun Syawal kali ini disambut dalam keadaan yang kurang sempurna, ianya pasti memberikan keriangan kerana dalam kesusahan ada keindahannya.
4. SAJI – Kuah Kacang Ibu
Tak lengkaplah sambutan Raya kalau tiada menu kuah kacang dan nasi himpit kan? Nak tahu resipi rahsia kuah kacang istimewa, tonton video di bawah:
Menampilkan kembali Jero si kucing gebu, iklan raya TNB kali ini lebih santai namun tetap menghiburkan.
6. TM
Antara yang paling awal keluarkan iklan raya, Telekom Malaysia tampil dengan mesej yang padat. Hanya dengan kompilasi gambar situasi yang dihadapi sekarang diiringi dengan instrumen mendayu cukup boleh membuatkan penonton menangis.
Kalau dulu iklan Raya sinonim dengan Petronas yang sentiasa menghidangkan pelbagai kisah penuh suka duka yang menambah ‘kemanisan’ sambutan Hari Raya. So tahun ni mana satu iklan raya yang korang paling suka?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pelakon popular, Selena Gomez akhirnya sah bergelar isteri kepada penerbit muzik terkenal, Benny Blanco dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung penuh romantis di Santa Barbara, California pada 27 September 2025.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Selena menerusi hantaran di Instagram miliknya dengan kapsyen ringkas “9.27.25” yang kini menjadi tarikh keramat buat pasangan selebriti ini.
Gaun Eksklusif & Detik Penuh Magis
Pada hari bahagianya, Selena tampil menawan dalam gaun putih eksklusif rekaan Ralph Lauren yang sarat dengan sentuhan elegan dan moden. Sementara itu, Benny pula segak bergaya dengan tuksedo hitam klasik lengkap dengan bowtie.
Momen itu jelas mencerminkan sisi romantis dan peribadi pasangan ini yang memilih untuk meraikan cinta mereka secara sederhana tetapi penuh makna.
Dihadiri Sahabat Karib & Selebriti Ternama
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 170 tetamu terpilih, terdiri daripada keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat pasangan ini. Antara selebriti yang mencuri perhatian ialah Taylor Swift, Steve Martin, Martin Short, dan sosialit terkenal Paris Hilton yang hadir meraikan cinta Selena dan Benny.
Suasana majlis nyata dipenuhi gelak tawa, pelukan hangat dan aura bahagia — persis adegan dalam filem romantik Hollywood.
Untuk rekod, Selena dan Benny mula berhubungan pada Jun 2023 selepas lama bersahabat. Hubungan itu berkembang erat hingga membawa kepada pertunangan pada Disember 2024.
Kini, selepas lebih dua tahun bersama, pasangan ini akhirnya mengikat janji sehidup semati. Peminat seluruh dunia membanjiri media sosial dengan ucapan tahniah serta rasa teruja melihat kebahagiaan idola mereka.
✨ Dari Disney star hingga isteri penerbit muzik ternama, perjalanan Selena Gomez menjadi bukti bahawa cinta sebenar akan tiba pada waktunya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah sekali lagi kepada Fattah Amin dan Nur Fazura yang telah selamat menjayakan majlis respesi semalam di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Semuanya khas bagi meraikan rakan media, rakan selebriti dan ahli keluarga yang belum sempat untuk menyaksikan mereka bersanding secara live di hadapan mata.
Di sebalik semua orang berkata mengenai rekaan dua busana yang disarung Fazura semalam semasa bersanding dan memotong kek, selebriti jemputan yang lain juga tak nak kalah, melaram jua untuk meraikan pasangan pengantin. Ini dia 6 fesyen selebriti wanita pilihan REMAJA malam tadi.
Izara Aisyah
Kecantikan semula jadi pelakon ini memang tak dapat disangkal. Izara Aisyah hadir bersama suami Adib Khalid dalam busana Rizalman Ibrahim yang masih belum menemui pasaran lagi! Talk about wearing it first, Izara menyarung salah satu busana koleksi #rizalmanforzalora untuk musim perayaan tahun ini. Fabrik Georgette Crepe hitam dengan sleeves berwarna beige dan keemasan ini memang sesuai untuk menghadiri acara formal. Cantik Kunti!
Sazzy Falak
Walaupun sudah beranak kembar, Nash dan Sazzy memang nampak muda selalu. Ia dibantu dengan pemilihan warna cerah seperti dress kaftan.
Lisa Surihani
Dalam busana dari INNAIred ini, Lisa memang cantik mengenakan warna chartreuse dan potongan rambut sleek.
Fasha Sandha
Kak Fasha seakan nak beri hint je kepada jejaka seluruh Malaya apabila caption-nya berbunyi, “Bilalah ibu nak naik pelamin ni, asyik tengok orang naik pelamin je.”. Gitu..Fasha mengenakan busana custom made oleh Syus Couture.
Mira Filzah
Macam nak kahwin dah kami lihat Mira semalam! Dalam busana rekaan Amaze Atelier, Mira memang kelihatan cantik bak raja sehari. Tambahan pula dengan solekan natural oleh Yna Sakinah, perincian pada bahu membuatkan Mira nampak moden dan anggun.
.
Elfira Loy
Terus datang dari Kuantan, Elfira enggan melepaskan peluang untuk meraikan Fazura dan Fattah semalam apabila dia menyarung baju kurung rekaan Rizman Ruzaini, pereka sama yang menyiapkan dress Fazura semalam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dulu-dulu, kita selalu gigih nak cari ucapan salam perantauan di dalam surat khabar, semata-mata nak tengok cara student Malaysia di luar negara yang menyambut Aidilfitri.
Sekarang senang sikitlah nak stalk, scroll di Facebook, Twitter dan Instagram je. Salah satu daripada foto paling menarik adalah student Malaysia yang berada di Jepun. Mungkin disebabkan kecantikan pemandangan bunga di sana.
Tapi kan, pernah tak korang terfikir mengenai cara mereka berpuasa di sana sebelum sambutan Syawal. Hhm, susah ke puasa dekat Jepun?
01
Ketika ini, kawasan Sapporo di Pulau Hokkaido (Utara Jepun) masih di awal musim panas. Tapi cuacanya tidaklah terlalu panas, cuma sekitar 26 darjah Celcius dan pada waktu malam pula jatuh ke 12 darjah Celcius. Kira okaylah untuk berpuasa.
Puasa masa berangin, not bad juga kan.
02
Tapi yang mencabar semacam adalah tempoh perlu berpuasa di Jepun. Kalau di Malaysia, kita dah complain kena berpuasa selama hampir 14 jam. Di Jepun mereka perlu berpuasa selama 16 jam sehari! Waktu Imsak adalah pada jam 2.30 pagi manakala waktu berbuka pula adalah pada sekitar jam 6.50 petang.
03
Kebanyakan daripada student Malaysia di Jepun memilih untuk berbuka di masjid. Bukan sebab free je tau! Tapi sebab sistem juadah berbuka di masjid sana adalah mengikut sistem giliran negara. Jadi setiap hari, akan ada pelajar negara tertentu yang menyediakan juadah berbuka untuk semua.
04
Disebabkan tidak ramai umat Islam yang menetap di Jepun, jadi apabila korang dapat berjumpa dengan brothers dan sisters di sana, rasa syiokk dia tu lain macam sikit. Antara kawasan di Jepun yang popular dengan bangsa Muslim Asia Barat, Asia dan Eropah ialah di Sapporo.
Masjid dua tingkat di Sapporo Jepun dan komuniti beragama Islam di sana.
05
Jangan terkejut, orang bukan Islam pun membantu memasak di masjid juga. Kalau boleh, mereka ingin mengajak saudara bukan Islam ini untuk terbuka minda mengenai agama Islam yang cintakan perpaduan.
Kalau korang nak tahu serba-sedikit mengenai cara berpuasa student Malaysia di Jepun, jom tengok video Ridzwan ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Iklan promosi CelcomDigi Sepak Takraw League 2026 mencuri perhatian di Bangsar menerusi papan iklan digital kreatif Sooka yang memaparkan aksi saling melibas.