Setelah hampir tiga bulan sekolah dan institusi pendidikan ditutup. Hari ini Kementerian Pendidikan telah memutuskan cadangan bahawa satu kelas hanya boleh menempatkan purata maksimum antara 16 dan 17 pelajar pada satu-satu masa.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan iaitu Dr Mohd Radzi Jidin, kementerian sudah pun membuat percubaan lapangan bagi menentukan jumlah pelajar yang wajar dalam satu kelas berdasarkan keluasannya, supaya penjarakan sosial dapat dilaksanakan untuk mengelak penularan Covid-19.
Mengikut laporan Berita Harian, cadangan ini merupakan sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi pengurusan sekolah yang akan diperincikan.
Ads
Menurut beliau, jika dulu dalam kelas ada 35 orang tapi dalam keadaan baharu ini, tidak boleh ramai. Dalam konteks penjarakan sosial ini, paling ramai adalah 16 ke 17 orang dan bagi sekolah yang mempunyai kelas yang besar, jumlah pelajar boleh mencecah 20 orang.
Belajar di Dewan Besar
Ads
Hal ini bermakna, jumlah pelajar dalam kelas sebelum ini perlu dipecah dua. Selain itu, pihak berkuasa juga perlu melihat bagaimana nak jalankan pengajaran dalam dua kelas ini atau kelas dalam ruang kecil perlu dibawa ke dewan yang lebih besar sebagai contoh.
Justeru, kementerian sudah ada beberapa opsyen yang sedang dipertimbangkan bagi memastikan selepas Covid-19 reda dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan, pelajar dapat kembali ke sekolah tanpa kita kompromi keselamatan para pelajar.
Ads
Sementara itu, Dr. Mohd Radzi juga berkata, SOP di kantin juga akan diperketatkan dengan memastikan ia tidak sesak.
Apa pendapat korang dengan cadangan Kementerian Pendidikan ini bagus atau tidak?Emmm…
Sumber: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja berita kurang enak yang kita terima melibatkan masyarakat di sekeliling. Baru-baru ini berlaku satu kejadian di mana seorang individu ditemui meninggal dunia di tepi jalan dan terbaharu, kisah seorang mak cik pula dikatakan meninggal sendirian di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Pantai Permai, Pantai Dalam.
Berita itu tular selepas seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai @capiqzahari memuat naik video petugas awam memecahkan pintu rumah selepas menerima laporan daripada jiran-jiran yang curiga dengan bauan kurang enak dari rumah tersebut.
Bomba dengan KKM tengah nak pecah pintu rumah sebab tuan rumah meninggal sorang2. Orang sedar sebab dah bau bangkai. Sedih nya weh pic.twitter.com/w4oxi6KsjC
Semuanya berlaku apabila ibu kepada Ammar Halim tergerak hati untuk naik ke rumah mak cik yang berumur kira-kira 70 tahun itu apabila sudah lama tidak mendengar khabar berita tentangnya.
“Kebetulan, hari Jumaat lepas pihak surau ada memberikan sumbangan kepada asnaf disini. Kawan mak saya ada hantar surat dekat rumah mak cik itu. Ketuk-ketuk pintu tak buka pula, jadi mereka selit sahaja surat tersebut pada pintu pagar. Bila barang dah sampai, mak cik tu tak turun-turun untuk ambil sumbangan tu jadi kami naik ke atas untuk hantar terus kepadanya. Tapi, bila ketuk pintu masih lagi tidak ada respon dan surat yang diselitkan itu masih ada di pintu pagar. Waktu tu kami tak syak lagi,”
“Petang semalam mereka cerita apa yang berlaku kepada mak saya dan ada yang menyarankan agar mak saya pergi melihat keadaan mak cik tersebut. Kemudian, mak saya naik ke rumahnya dan ketuk pintu, masih tidak lagi dibukanya. Waktu itu, mak saya tengok di tingkap biliknya, kipas dan lampu semua menyala. Hanya kelihatan kain batik dan telekung di atas katil,”
“Lepas tu mak cakap waktu tu memang dah terhidu satu bauan yang kuat dan tidak enak. Ingatkan bau sampah orang tinggal dekat tangga ke atau mak cik tu punya sampah, tapi bila tengok dekat tong sampah di luar rumahnya kosong saja. Kawan mak masih lagi cuba untuk mengetuk pintu. Hati mula rasa tak sedap dan mak pun balik rumah beritahu ayah saya,”
“Pada mulanya mak memang dah rasa macam mak cik tu dah tak ada tapi ayah cakap betul ke mak tu tau bau mayat. Ayah pun naik ke atas dan setelah menghidu bau tersebut, ayah cakap itu memang bau mayat. Kami terus buat laporan pada pengawal keselamatan, namun tindakan mereka agak lambat,”
“Ayah saya terus menelefon pengerusi perumahan kami dan mereka pun naik ke rumah mak cik itu dan turut mengesahkan bahawa itu adalah bau mayat. Mereka terus menelefon polis dan tidak lama selepas itu, pihak polis, bomba dan beberapa anggota KKM datang ke rumah. Operasi memecahkan pintu dilakukan dengan segera dan pada mulanya pihak bomba tidak menjumpai sebarang mayat, tetapi akhirnya barulah mayat mak cik itu dijumpai tertiarap di dalam bilik,” jelas Ammar.
Tinggal bersendirian
Kami turut bertanyakan kepada Ammar siapa sebenarnya penghuni rumah itu dan bagaimana keadaannya sebelum ini.
“Mak cik tu dah lama tinggal di sini dan dia memang duduk seorang diri. Khabarnya, dia mempunyai seorang anak angkat yang menetap di Johor. Jiran sebelah rumah mak cik tu ada berkata beberapa hari lepas anak angkatnya beritahu call mak tapi tak angkat,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada mak cik itu memang sakit atau mempunyai masalah kesihatan, Ammar turut berkongsi cerita bahawa kali terakhir maknya berjumpa dengan mak cik itu adalah sehari sebelum raya Aidiladha tempoh hari.
“Mak ada cakap sehari sebelum raya jumpa mak cik tu berjalan nak ke kedai beli ubat batuk katanya. Waktu tu memang nampak dia tak larat dan mak serta kawannya memimpin mak cik itu ke pintu lif. Itulah kali terakhir mak jumpa mak cik itu. Rasanya memang mak cik itu tidak sihat,”
“Alhamdulillah, lebih kurang pukul 11.40 malam semalam semuanya telah selesai dan mayat mak cik tersebut dibawa ke hospital untuk siasatan forensik,” tambah Ammar lagi.
Semoga urusan pengebumian mak cik tersebut dipermudahkan dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
So guys, dalam situasi getir seperti sekarang ini, rajin-rajinlah kita bertanya khabar dengan jiran-jiran mahu pun rakan-rakan, lebih-lebih lagi mereka yang tinggal bersendirian. Tanyalah sama ada mereka sihat atau tidak, atau memerlukan apa-apa bantuan yang boleh korang hulurkan.
Stay safe and take care guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu posting oleh akaun Instagram, House of Pahang semalam mengesahkan keberadaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja daripada Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Baginda dirawat di wad di-Raja hospital tersebut sejak Isnin selepas mengadu kesihatan berada pada tahap tidak memuaskan.
“Selepas menerima nasihat, Al-Sultan Abdullah diletakkan di bawah pengawasan doktor dan keadaan Baginda tidak berada dalam situasi kritikal,” kata beliau sambil berkongsi bahawa Baginda dijangka akan dibenarkan keluar dari wad dalam waktu terdekat.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa Raja Permaisuri Agong, Tunku Aziziah Aminah Maimunah Iskandariah yang sedang dalam rangka lawatan peribadi ke Kota Bharu mengambil keputusan untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk bersama Baginda sejak semalam. Lawatan yang dijadualkan berlangsung selama 3 hari itu dibatalkan serta-merta.
Sama-samalah kita menadah tangan dan mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong terus dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan demi memimpin Malaysia.
*
Tinjauan REMAJA di media sosial juga menunjukkan keprihatinan netizen tempatan yang mendoakan agar Baginda dikurniakan kesembuhan dengan segera.
*
*
Dirgahayu Tuanku.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejarah tentang gempa bumi bukan asing kerana di dalam al-Quran sudah dinyatakan dalam surah Hud ayat 94 dan 95.
“Dan ketika datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami selamatkan Nabi Syuaib beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.
(Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! kebinasaanlah akhirnya bagi penduduk Madyan, sebagaimana binasanya kaum Thamud.”
Sumber Gambar : BBC
Dalam perkembangan terbaru tragedi gempa bumi yang melanda New Zealand, kini sekali lagi berhadapan dengan amaran tsunami selepas berlaku gempa bumi kuat ketiga melebihi 7 skala richter, lapor BBC.
Menurut portal itu, gempa bumi berukuran 8.1 skala richter berkenaan terjadi berhampiran sebuah pulau yang tidak berpenduduk, Kermadec Island, kira-kira 1,000 km timur laut New Zealand pada 8.30 pagi waktu tempatan.
We have issued a TSUNAMI WARNING for New Zealand coastal areas following the magnitude 8.1 earthquake near KERMADEC ISLANDS REGION. There is a LAND and MARINE TSUNAMI THREAT. An EMA will be issued to areas under land and marine tsunami threat.
— National Emergency Management Agency (@NZcivildefence) March 4, 2021
Sebelum ini Daily Mail juga melaporkan, Agensi pengurusan kecemasan New Zealand meminta penduduk yang merasakan gempa di pantai Pulau Utara untuk menyelamatkan diri ke tanah tinggi atau ‘sejauh pedalaman yang boleh’ pada awal Jumaat waktu tempatan.
“Sesiapa yang berada di sekitar pantai yang merasakan gempa PANJANG atau KUAT harus BERGERAK SEGERA ke tanah tinggi terdekat, atau sejauh pedalaman yang anda boleh,” katanya..
Sementara itu, kepulauan New Caledonia dan Vanuatu turut menerima kesan susulan gempa tersebut di mana ombak mencapai setinggi 3 meter dilaporkan di persisiran pantai.
JUST IN: New Zealand has downgraded tsunami warnings
— The Spectator Index (@spectatorindex) March 5, 2021
Namun, laporan terbaru daripada The Spectator Index, New Zealand telah ‘melonggarkan’ amaran tsunami tersebut.
Semoga bumi New Zealand dilindungi oleh Allah SWT.