Di sebalik isu kematian pelajar, Nur Afini Roslan, 14, ramai beranggapan sekolah adalah satu tempat paling selamat untuk anak-anak menerima pendidikan dan menghabiskan 17 tahun sepanjang alam persekolahan mereka. Bermula dari darjah satu hingga tingkatan lima dan menyambung dua tahun lagi jika memilih Pra U (tingkatan 6), masanya agak panjang.
Bila terjadinya tragedi terutama di kawasan sekolah, atau lebih tepat di kawasan padang wujud pertanyaan, bolehkah rumput di mesin ketika pelajar berkumpul?
Majalah Remaja berkesempatan menemuramah Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Tuan Haji Pkharuddin Ghazali yang turut menziarahi keluarga ini di Felda Sg Kelamah, Gemas Negeri Sembilan semalam.
Menurut Tuan Haji Pkharuddin, berdasarkan siasatan dalaman, pihak kontraktor sudah memasuki dua hari bekerja di padang rumput sekolah.
“Pada hari pertama, tiada pelajar. Tetapi pada hari kedua, pelajar sedang mengadakan raptai. Saya dimaklumkan, berdasarkan maklumat, pihak kontraktor dikatakan gagal mematuhi SOP peraturan pada hari kedua semasa menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput.
“Ada 3 orang guru yang mengawal 120 orang murid ketika itu. Guru-guru mengawal pelajar dengan begitu baik sekali. Kemalangan ini biar nampak terpencil tetapi satu perkara sangat serius perlu diberi perhatian. Sebabnya kita mengutamakan keselamatan pelajar terlebih dahulu.
Ads
“Hal ini bagi pihak kementerian sangat serius. Sepatutnya semua pihak tahu apa yang boleh dibuat dan tidak. Sebab itulah saya sudah bertemu pengetua dan guru besar hampir 70 peratus menerangkan misi dan apa yang saya mahu semua sekolah lakukan.
“Malah dari kes ini juga, satu arahan berkuat kuasa serta merta, semua pihak mesti mematahui arahan dengan jelas. Tidak boleh lakukan sebarang kerja-kerja jika ada pelajar berhampiran,’ katanya memaklumkan, pihaknya mengambil serius ini berkenaan.
Dalam pada itu, Tuan Haji Pkharuddin berkata, satu mesyuarat bersama pihak kontraktor sudah diadakan pada 22 Januari lalu tentang aspek keselamatan bila menjalankan kerja dalam sekolah.
Ads
“Saya juga sudah memaklumkan semua pengetua mesti bercakap dengan pelajarnya. Pihak kontraktor juga kepada pekerjanya. Bila semua orang sudah faham, maka aspek keselamatan akan lebih dipandang serius,’ katanya sambil menambah, dia sendiri telah melancarkan JOM POIE NOLONG SEKOLAH, iaitu menerapkan budaya ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK.
Jelasnya, bila sudah terdidik dengan baik, maka semua bentuk perlakuan akan menjadi ke arah kecerdikan. Bila semua pelajar dan guru berubah baik dan cerdik, maka perkara-perkara kebaikan akan datang dengan sendirinya. Begitu juga pekerja dan majikan, dan bila mereka bekerja, mereka akan jadi lebih baik kerana sudah cerdik,” katanya memaklumkan setiap pelajar sudah dilindungi insuran takaful berkelompok.
Malah dalam isu pelajar , Nur Afini, Tuan Haji Pakhruddin memaklumkan, pihak insuran sudah mengeluarkan satu nilai dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk diserahkan kepada keluarga mangsa.
Menzahirkan rasa dukacita dan salam takziah, jelas Tuan Haji Pakhruddin beliau tidak mahu perkara sebegini berulang lagi dan aspek keselamatan pelajar perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Laporan berita tentang sektor pelancongan di Langkawi menerima 1,000 tempahan sebaik sahaja Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Ahad lalu adalah tidak tepat.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata, kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir tentang perkara itu juga tidak mewakili kerajaan negeri.
“Kami tidak tahu daripada mana pihak tersebut mendapat angka itu kerana kami tidak mempunyai mekanisme untuk mengetahui jumlah tempahan hotel dalam tempoh sejam.
“Biasanya pihak hotel yang menerima tempahan akan memaklumkan kepada kami jumlah tempahan yang diterima, itu pun tidak dapat diperoleh dalam tempoh yang singkat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Ahad lalu, Zainudin dilaporkan berkata, hotel di Langkawi telah menerima sebanyak 1,000 tempahan dalam tempoh sejam susulan pelaksanaan PKPP bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi dibuka termasuk pelancongan domestik.
Sementara itu, Mohd Firdaus berkata, ekoran langkah kerajaan membenarkan perjalanan merentas negeri dan membuka semula pelancongan domestik, kerajaan negeri berharap dapat mencapai antara 1.2 juta hingga 1.5 juta kedatangan pelancong pada tahun ini.
Sasaran itu, katanya, mampu dicapai sekiranya langkah-langkah pemulihan dilaksana sebaik mungkin terutama oleh pemain industri dalam merancakkan semula aktiviti pelancongan.
“Selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjejaskan sektor pelancongan, kami terpaksa memulihkan semula pelancongan dengan kebiasaan baharu dalam PKPP ini.
“Kalau sebelum ni (2019) kami dapat menarik 3.7 juta pelancong, sekurang-kurangnya pada akhir tahun ini kami boleh dapat 1.2 hingga 1.5 juta pun sudah mencukupi untuk penutup tahun ini,” katanya. – Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, negara dikejutkan dengan tragedi sebuah pesawat ringan yang membawa lapan orang penumpang termasuk dua orang anak kapal, terhempas di kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie.
Memetik laporan Harian Metro, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ihsan, menjelaskan bahawa pada awalnya dia menaiki motosikal untuk membaca meter air di kawasan berdekatan dengan tempat kejadian.
Ketika melakukan kerjanya, secara tiba-tiba dia mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat di bahagian belakangnya.
“Saya pusing belakang lalu terlihat kepulan asap dan terus berpatah balik,” katanya.
Lebih menyayat hati, saksi itu memaklumkan bahawa dia terdengar jeritan salah seorang mangsa yang menyebut ‘Allahuakhbar’ ketika menahan kesakitan.
“Saya dengar jeritan Allahuakbar beberapa kali daripada penunggang motosikal yang terbakar itu yang sempat bergerak sedikit namun kami semua tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak.
“Saya lihat penunggang motosikal itu bergerak sedikit demi sedikit sebelum rentung dalam kebakaran itu,” tambahnya lagi.
Selain itu, Ihsan memberitahu, dia juga melihat seorang lagi mangsa dari pesawat berada di luar dalam keadaan rentung.
Sekadar informasi, nahas tersebut juga turut mengorbankan dua orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Difahamkan, perakam suara kokpit (CVR) serta kesemua 10 mayat kini dilaporkan telah pun ditemui pihak penyelamat pada jam 10.30 malam. semalam.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dunia bola sepak dikejutkan dengan berita persaraan Mesut Ozil dalam skuad kebangsaan Jerman dan Piala Dunia 2018 merupakan kemunculan terakhirnya untuk pasukan tersebut.
Ozil mendakwa bahawa dia telah menerima layanan buruk daripada skuad kebangsaan persatuan bola sepak Jerman dan dalam kenyataan rasminya juga, Mesut Ozil berkata dia kecewa apabila dipersalahkan atas kegagalan Jerman di Piala Dunia baru-baru ini.
“Dengan rasa berat hati dan selepas berfikir sewajarnya, saya ingin mengumumkan bahawa saya tidak akan menyarung jersi Jerman di peringkat antarabangsa kerana saya berasakan tidak dihirmati selain kritikan berunsur perkauman yang saya terima,” jelasnya.
Ozil juga turut mengeluarkan statement di laman sosialnya tentang kekecewaannya terhadap Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB) yang seperti tidak memihak pada dirinya selepas dikritik hebat.
DFB bukan saja tidak mempertahankannya, malah presiden persatuan itu sendiri, Richard Grindel juga tidak mahu mendengar cerita daripada pihaknya selepas tersebar satu gambar kontroversi Ozil bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Mei lalusebuah majlis tertutup di London.
“Ketika saya mahu menjelaskan kepada Grindel mengenai situasi sebenar, dia sebaliknya lebih berminat untuk bercakap mengenai pandangan peribadinya dalam politik dan menafikan pandangan saya,” jelas Ozil lagi.
Pemain berusia 29 tahun ini sememangnya mempunyai keluarga berdarah Turki dan telah mempertahankan tindakannya bergambar dengan Erdogan selepas ramai mempersoalkan kesetiaannya kepada skuad kebangsaan menjelang Piala Dunia lalu.
Jelasnya lagi, dia masih setia dengan asal usulnya di kedua-dua negara iaitu Jerman dan Turki, selain turut menegaskan ia langsung tiada kaitan dengan politik.
“Asal usul nenek moyang saya lebih dari satu negara. Walaupun membesar di Jerman, latar belakang keluarga saya adalah dari Turki,”
“Saya mempunyai dua hati, satu Jerman dan satu Turki,” tambahnya lagi.
Haih, berita sedih ni mesti buatkan peminat Jerman bertambah kecewa. Harapnya mereka dapat selesaikan dengan baik.