Pelakon dan pengacara televisyen popular, Sarimah Ibrahim tampil berkongsi berita gembira apabila berjaya ‘dilamar’ untuk bekerjasama dengan agensi terkenal di London, Fiona Cross UK.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Kini Kau Tiada itu menerusi satu ciapan di platform X miliknya, sempena ulang tahun kelahirannya pada malam tadi.
“Saya kini diwakili di peringkat antarabangsa oleh agensi Fiona Cross UK Management yang berpangkalan di London,” tulisnya.
Pada masa sama, Sarimah yang baru-baru ini tampil dalam siri televisyen Jack Yusof berkata dia tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar agensi tersebut.
Selain itu, pengasas dan pengarah Fiona Cross Management berkata, pihak mereka sangat berbesar hati dengan kehadiran bakat besar seperti Sarimah Ibrahim dalam melonjakkan nama bintang itu ke persada yang lebih tinggi.
Ads
“Kami berbesar hati mengalu-alukan Sarimah ke dalam pasukan kami. Bakat, dedikasi dan daya tarikan yang luar biasa sekali gus memberi inspirasi kepada agensi kami.
Ads
“Kami komited untuk menyokong visi artistik Sarimah dan melonjakkan kerjayanya ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Sekadar informasi, Fiona Cross Management yang diitubuhkan pada tahun 2017 itu ialah sebuah agensi bakat yang berpangkalan di London, mengkhusus dalam komersial, teater, teater muzikal, filem dan televisyen.
SUMBER: Platform X Sarimah IbrahimUpdate terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terlalu banyak misteri yang menyebulungi filem, Pengabdi Setan.
Kunjungan penulis hari ini bagi menyaksikan sendiri filem yang digembar-gemburkan sebagai antara filem terbaik yang ditayangkan pada tahun 2017 membawa seribu satu ekspektasi.
“Ni kalau tak best, kau redeem balik duit tiket aku,” kata penulis, sejak awal lagi sudah memberi amaran kepada rakan yang sudah menyaksikan naskah daripada Joko Anwar ini, beberapa kali.
I will spare you the details of the movie, fret not. Namun ada beberapa aspek filem ini yang masih berbekas di minda sehingga kini.
Untuk pengetahuan korang, Pengabdi Setan adalah sebuah filem remake yang asalnya pernah ditayangkan pada tahun 1980. Naskah tulisan Subagio S. ini juga berjaya mencapai jualan tiket yang amat memberansangkan 37 tahun yang lalu. Oleh sebab itu, Joko Anwar telah terpanggil untuk mengfilemkan semula Pengabdi Setan dengan nafas baru.
Namun, itu tidak bermaksud Joko banyak mengubah jalan ceritanya yang asal.
Sebagai contoh, adegan permulaan filem di mana watak Ibu atau namanya Mawarni Suwono dikebumikan setelah meninggal dunia cukup sama dengan adegan asal Pengabdi Setan versi 1980.
Watak Rini dari Pengabdi Setan (2017) dan (bawah) Pengabdi Setan (1980)
Memasuki beberapa puluh minit penulis menontonnya (ke tutup mata je lebih?), aspek misteri itu sudah mula melingkari jalan ceritanya. Pertama, penyakit misteri apa yang membunuh Ibu?
Dan apabila roh Ibu mengganggu suaminya dan empat orang anak (filem versi 1980 hanya menampilkan dua orang anak), penulis tertanya-tanya mengapa Ibu sanggup untuk mengacau mereka sedangkan keluarganya kelihatan cukup penyayang ketika menjaga Ibu semasa dia sakit dan terlantar di atas katil.
Ibu hanya perlu membunyikan loceng dan mereka pun datang untuk membantu. Dah macam private butler aku tengok, kerlass!
Seriuslah, semasa tayangan perdana pun semua pelakon masih membuat reaksi muka macam itu. Err
Satu-persatu gangguan Ibu hadir dalam kehidupan mereka lima beranak. Dari pandangan muka yang perlahan-lahan menoleh memandang korang sehinggalah ke lagu kegemaran ramai, ‘Kelam Malam’ yang akan berkumandang di radio secara tiba-tiba pada tengah malam.
Hhm, pada waktu ini, penulis masih tertanya-tanya, kenapa kau kacau keluarga kau, eh Ibu?!
Well, that is for you to find out in the second half of the movie. Apa yang penulis boleh katakan adalah syabas diucapkan kepada pengarah Joko Anwar yang berjaya membawa elemen seram ke segenap ruang panggung.
‘Kelam Malam’
Bunyi lantai kayu yang bergesel dan pintu yang terbuka secara perlahan masih menghantui minda ini (Thank you Joko!). Apa yang pasti, misteri yang ada di dalam filem Pengabdi Setan semuanya terjawab juga di akhir filem.
Ibu telah banyak menyembunyikan aspek kehidupan lamanya sehingga membuatkan anak-beranak terpaksa menanggung derita. Namun, semua yang dilakukan oleh Ibu ada kaitan dengan rasa sayang pada ahli keluarga.
Ibu, niat tak menghalalkan cara, okay. (Eh, aku pulak yang mengajar.)
Respon Penonton: “Housemate Aku Dah Takut Nak Mandi Seorang”
Rata-rata para penonton di Indonesia memberikan lima bintang kepada naskah remake ini. Jika tidak, takkanlah Pengabdi Setan berjaya menarik lebih 2 juta penonton Indonesia untuk ke pawagam sejak 28 Oktober 2017.
Bagaimana pula dengan respon dari penonton di Malaysia? Ini antara tweet menarik yang sempat REMAJA lihat sejak ia ditayangkan di Golden Screen Cinemas seluruh negara, minggu lalu.
is pengabdi setan really horrifying coz my housemate freakin scared to mandi
I tell u guys , cerita Pengabdi Setan is worthy to watch. Tapi kalau jenis tak sukar cerita yang plot twist, pening pening lalat, mohon jangan bazir duit. Takut korang carut je nanti.
Tweet terakhir daripada @neetaf itu macam interesting. Mungkin kawan penulis tadi tak faham jalan cerita Pengabdi Setan, sebab itulah dia ajak tengok berkali-kali. Bagi hadam habis hehe.
Apapun, penulis merasakan ia adalah sebuah filem remake yang berjaya membuatkan ramai peminat filem seram di rantau Nusantara ini kembali yakin untuk pergi ke pawagam dan tonton. Bukannya download secara haram di Internet.
Kali terakhir penulis melihat aura filem seram sebegini adalah semasa filem Munafik ditayangkan di Malaysia. Syabas sekali lagi kepada pengarah!
Bagi korang yang belum pergi menonton, klik pada klip trailer di bawah. Jangan lupa juga untuk klik pada video reaksi penonton di Indonesia yang menonton Pengabdi Setan.
Setan sangat kan korang record reaksi orang senyap-senyap!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pemain dram Dewa 19, Tyo Nugros meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat menyertai Konsert DEWA 19 ‘CintaKu TerTinggal Di Malaysia’ yang berlangsung di Stadium Unifi Arena, Bukit Jalil selepas berdepan masalah imigresen di Indonesia.
Menerusi sebuah video pesanan yang dipaparkan ketika konsert berlangsung, Tyo memaklumkan bahawa beliau tidak dibenarkan berlepas ke Kuala Lumpur meskipun sudah berada di lapangan terbang untuk perjalanan tersebut.
“Tanggal 6 Januari 2026 saya telah mahu berangkat dan berada di lapangan terbang. Bagaimanapun saya tidak dibenarkan berangkat oleh pihak imigresen atas permasalahan yang tidak saya ketahui,” katanya.
Al Ghazali yang tampil menggantikan posisi Tyo sebagai Drummer pada malam Konsert DEWA 19 ‘CintaKu TerTinggal Di Malaysia’
Menurutnya, sehingga kini beliau masih berusaha mendapatkan penjelasan berhubung isu yang menyebabkan perjalanannya ke Malaysia tergendala. Situasi itu sekaligus memaksanya melupakan hasrat untuk beraksi bersama rakan-rakan seperjuangan di hadapan ribuan peminat.
Ketiadaan Tyo nyata mengecewakan sebahagian peminat yang sudah lama menantikan kemunculannya di Kuala Lumpur. Malah, pemuzik berusia 56 tahun itu juga pernah mencuri perhatian ramai peminat wanita ketika kunjungan kumpulan berkenaan ke Malaysia pada tahun 2022 dan 2023.
Walaupun kehilangan salah seorang anggota penting, konsert berkenaan tetap diteruskan mengikut jadual dengan posisi dram digalas oleh Al Ghazali, anak kepada pengasas Dewa 19, Ahmad Dhani. Persembahan turut dimeriahkan oleh tiga vokalis terkenal iaitu Ari Lasso, Ello dan Virzha yang berjaya menghiburkan hampir 10,000 penonton.
Sepanjang hampir dua jam persembahan, Dewa 19 membawakan 25 lagu popular termasuk ‘Dewi’, ‘Separuh Nafas’, ‘Kangen’, ‘Pupus’ dan ‘Pangeran Cinta’. Lebih istimewa, konsert tersebut turut menyaksikan kemunculan Padi Reborn sebagai artis jemputan, sekaligus menjadikan gabungan dua kumpulan legenda Indonesia itu sebagai hadiah istimewa buat peminat muzik Nusantara di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ingatkan kejadian seperti ini tidak akan berlaku dalam era Malaysia Baharu.
But yea, hold habits are just hard to get rid off.
Hari ini, sebuah video bertukar viral di media sosial apabila ramai netizen mengecam tindakan 2 buah milik VIP memotong barisan yang sah-sah sesak teruk. Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Sultan Ismail pada waktu puncak di mana warga kota dalam perjalan pulang dari pejabat.
Namun, 2 buah kereta VIP yang diiringi beberapa polis trafik dilihat terang-terangan cuba juga untuk bergegas walaupun akhirnya tersangkut juga di dalam jammed.
Lebih mengecewakan apabila seorang polis trafik menggesa sebuah kereta SUV untuk beralih ke laluan lain, hanya demi memberikan ruang kereta VIP menghimpit masuk.
Dalam ruangan komen kami, ramai bertanya adakah wajib bagi rakyat marhaen seperti kita memberikan laluan kepada golongan VIP? (ambulans, BOMBA, polis dan pihak berkuasa lain tidak termasuk di dalam golongan VIP).
Menurut pakar perundangan, Datuk Jahaberdeen Mohamad Yunos dalam kenyataan beliau kepada Paul Tan berkata, jawapannya adalah TIDAK. Ini kerana tiada akta yang memerlukan pengguna jalan raya memberi laluan kepada konvoi VIP di atas jalan. Bagaimanapun, setiap situasi perlu diteliti terlebih dahulu.
“Jika VIP itu perlu ke mesyuarat penting dan pengguna jalan tak memberi laluan, then yes, pihak berkuasa boleh mendesak dia untuk ke tepi. Jika VIP itu tidak mempunyai kepentingan, kita tak wajib memberikan laluan.”
* * * * *
Call us stubborn. Tapi tak kiralah apa jua alasan yang diberi, kami di REMAJA percaya ada lagi cara alternatif – seperti mengambil laluan lain atau mengatur jadual perjalanan lebih awal.
Betul tak?
That is just disappointing, to be honest. Jalan Sultan Ismail kot,obviously-lah jammed.
Apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alif Rakib menerima sumbangan RM20,000 daripada Kerajaan Negeri Kelantan selepas mencipta sejarah sebagai Juara Dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship.