Peminat muzik, terutamanya dalam kalangan generasi muda, bakal disajikan dengan satu pengalaman penuh inspirasi dan emosi menerusi Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 yang bakal berlangsung pada 17 Ogos ini di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Berbeza daripada konsert biasa, festival anjuran Expoindo bersama rakan tempatan, Thrive, tampil dengan gabungan unik antara muzik, perkongsian kisah peribadi dan pengalaman para artis, menjadikan pentas ini sebagai medium yang bukan hanya menghibur, tetapi turut menyentuh hati penonton.
Mewakili pihak penganjur, Bram Tulong menjelaskan bahawa pemilihan tema ‘Ruang Inspirasi’ adalah untuk mencipta satu ruang yang memberi impak lebih mendalam kepada audiens.
Ads
“Juicy Luicy antara artis paling digemari generasi muda di Malaysia. Lagu mereka sarat emosi dan dekat dengan pengalaman hidup pendengar. Sebab itu mereka dipilih sebagai tumpuan utama RIF tahun ini,” ujar beliau.
Kumpulan pop alternatif terkenal dari Indonesia itu bukan asing buat peminat tempatan. Dengan lagu-lagu seperti Lantas, Lampu Kuning dan Sialan, Juicy Luicy sering menjadi pilihan playlist anak muda yang melalui fasa cinta, kehilangan dan harapan.
Ads
Lebih menarik, RIF 2025 juga akan mengumumkan senarai artis fasa kedua tidak lama lagi, sekaligus menambahkan keterujaan peminat yang menantikan pengalaman festival yang bukan sahaja menghibur tetapi turut menyuntik inspirasi.
Menurut kenyataan rasmi daripada penganjur, festival ini juga akan memberi ruang kepada penonton untuk berinteraksi secara lebih peribadi dan dekat bersama artis-artis, lantas menghapuskan sempadan antara peminat dan penghibur.
Dalam pada itu, wakil dari BBO Events, Johnathon Wong, menyatakan harapan agar RIF 2025 mampu menjadi jambatan budaya antara Malaysia dan Indonesia menerusi penghayatan muzik serta nilai-nilai positif yang dibawakan oleh para artis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amalan mandi bunga ini sebenarnya bukanlah asing dalam budaya masyarakat di Asia terutamanya bagi kaum wanita.
Sumber Gambar : Artem Beliaikin from Pexels
Nenek moyang kita dahulu-kala percaya bahawa amalan mandi bunga ini berkesan bagi menaikkan aura seri wanita, membuang aura negatif diri dan memulihkan semangat.
Terbaru, perkongsian pelakon cantik Ruhainies menarik perhatian warganet apabila memuat naik foto-foto sedang merehatkan diri dengan berendam dalam tab mandi yang dipenuhi bunga. Senang kata mandi bunga la kan..hehe
Menurut beliau lagi, dia akan ke spa setiap bulan bagi mandi bunga dan juga merehatkan badan setelah penat bekerja.
Tapi ada juga dikalangan masyarakat kita keliru dan ragu-ragu tentang hukum mandi bunga ini, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan mandi bunga dibenarkan dengan syarat ia tidak disertakan dengan unsur syirik dan khurafat.
Tambahan lagi, amalan mandi bunga adalah bertujuan untuk sebagai ikhtiar diri bagi mendapatkan kesihatan badan, kesegaran dan terapi untuk memulihkan semangat.
Rata-rata warganet memuji kecantikan Ruhainies. pelakon tersebut bukan sahaja kelihatan cantik mengenakan alat solek ketika berendam, bahkan turut memakai mahkota di kepala.
Sumber : Instagram Ruhainies
Ooo ini la rahsia Ruhainies makin cantik dan glowing…okay penulis pun ank try la mandi bunga lepas ni…hiks
Siti Nurhaliza, ikon muzik Malaysia yang tidak asing lagi, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kelihatan semakin ramping dan bertenaga.
Penampilannya yang menawan dan fit menjadi buah mulut peminat dan media sosial. Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsia di sebalik perubahan fizikal yang menakjubkan ini?
Senaman ‘rahsia’ tersebut adalah senaman Muay Thai. Tokti yang gemar melakukan senaman Muay Thai, menjadikan senaman ini sebagai salah satu rutin latihannya untuk mengekalkan badan yang sihat dan fit sehingga kini.
Selain daripada melakukan Muay Thai, TokTi juga gemar melakukan senaman HIIT (High Intensity Interval Training) yang melibatkan latihan berat seperti rope slam dan dumbells.
Senaman Muay Thai ini perlu dilakukan sebanyak dua kali seminggu, selama satu jam untuk menikmati kebaikan daripadanya. Semoga bermanfaat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi mereka yang suka minuman berkafein, antara masalah yang selalu dihadapi oleh individu ini adalah gigi yang meninggalkan kesan atau dipanggil sebagai stain.
Sebenarnya permukaan enamel gigi mempunyai microscopic irregularities. Tannin pada makanan dan kopi melekat dicelah-celah permukaan ini dan menyebabkan extrinsic stain.
Namun, mengikut satu info yang telah dikongsi oleh Dr. Ib Shah di laman twitternya, ada beberapa rahsia dan tip untuk kekalkan gigi putih berseri bagi peminat kopi.
1. Berus gigi
Tannin ini berkumpul dan melekat pada permukaan gigi, jadi korang kena berus gigi dua kali sehari selama dua minit adalah cara terbaik untuk menyingkirkan kesan kotoran ini. Jangan lupa floss, 40% bahagian gigi tak dapat dibersihkan dengan memberus sahaja.
2. Guna straw
Kopi yang diminum melepasi gigi dan terus ke tekak dan lidah. Jika menggunakan straw, ini dapat mengurangkan masa tannin pada kopi dapat melekat pada permukaan gigi. Tapi, gunalah biodegradable straw ya!
3. Minum air kosong
Staining agent pada kopi dan makanan boleh berlegar-legar dalam mulut pada lidah dan juga bahagian dalam pipi. Lama-kelamaan ia boleh beralih dan mendap pada permukaan gigi. Kumur-kumur selepas makan atau minum air kosong berselang-seli dengan kopi dapat membantu.
4. Tambah susu pada kopi
Americano atau latte? Kedua-dua rasanya sedap tetapi casein (protein dalam susu) dikatakan dapat bergabung dengan tannin dan mengelakkan dari melekat pada permukaan gigi.
5. Minum dengan laju
Terdapat kajian menunjukkan minum kopi dalam masa 5 minit berbanding 2 jam (minum sedikit demi sedikit) menambah peratusan gigi terkesan dengan stain.
6. Kunyah gula-gula getah tanpa gula
Chewing gum dapat membantu dengan membersihkan permukaan gigi dari kotoran dan juga menambah aliran air liur dalam mulut.
Namun begitu, jika gigi memang dah kuning atau stain terlalu dalam sangat pada enamel gigi, satu-satunya cara nak putihkan kembali adalah dengan melakukan profesional bleaching/whitening.
Dapatkan nasihat daripada dentist dan gunakan teknik yang selamat. Jangan main beli je nanti lain pula jadinya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!