Dek kerana laporan oleh sebuah portal semalam mengenai insiden telefon percuma daripada inisiatif Jaringan prihatin terbakar sewaktu digunakan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) pelajar, hari ini Menteri Besar Perak mempertahankan pemberian Yayasan YTL tersebut.
*
Ia susulan insiden melibatkan seorang murid berusia sembilan tahun yang dikejutkan pada Isnin lalu apabila peranti berupa telefon pintar yang digunakannya semasa mengikuti kelas atas talian terbakar.
Lantas, warganet rata-rata berpendapat bahawa kualiti telefon yang diterimanya itu tidak memadai dan spesifikasinya juga tidak selamat untuk digunakan oleh para pelajar.
Bukan sekadar itu, kenyataan kerajaan negeri Perak meluluskan pemberian telefon kurang berkualiti ini bagi mengelakkan pelajar menyalahgunakannya untuk bermain permainan video juga tidak dapat diterima oleh masyarakat.
Ads
Insiden ini juga telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membidas pemberian telefon berspesifikasi rendah di akaun Twitter-nya.
Bagi telefon kualiti rendah sebab buruk sangka dengan pelajar kononnya mahu elak mereka main game.
Akhirnya, telefon rosak. Yang susah, pelajar.
Belanjalah lebih sedikit untuk pendidikan mereka. Kerajaan ada wang. Guna untuk pelajar. pic.twitter.com/jPVgSAvlcA
Biarpun dikecam dari pelbagai sudut, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad hari ini berkata; seharusnya pemberian telefon pintar ini tidak dipertikaikan memandangkan ia adalah sumbangan sebuah badan korporat.
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.
“Bersusah orang sedekah, apa pun kita terima dan kita tidak boleh demand (meminta).
Ads
“Kalau masa kita tengah susah ni, orang bagi ikan sardin, ikan sardinlah kita makan. Tak ada kita (minta) nak makan ayam pula.”
“Lebih baik ada daripada tiada kerana kalau tiada sumbangan YTL ini, bermakna ribuan anak-anak golongan B40 di Perak tidak ada telefon untuk mereka ikuti sesi PdPR.
“Jadi saya nasihatkan sekali lagi, daripada tiada lebih baik ada dan gunakan apa yang ada. Kemudahan lain akan datang kemudian,” katanya dalam sidang media secara atas talian.
Tambah beliau lagi, kerajaan Perak sejak awal sudah dimaklumkan mengenai spesifikasi 1GB RAM dan 8GB memori telefon berkenaan.
Ads
Malah semasa diberikan taklimat, wakil syarikat itu telah menunjukkan model telefon dan pihak kerajaan Perak merasakan spesifikasi tersebut memadai bagi tujuan PdPR.
Untuk pengetahuan korang, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengumumkan program Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion menyasarkan golongan isi rumah yang berpendapatan rendah.
Di bawah program ini, mereka yang layak akan diberikan subsidi RM300 untuk peranti atau rebat RM180 untuk pelan data sepanjang 12 bulan.
Selepas beberapa bulan ibadah umrah dan haji dihadkan kerana wabak pandemik COVID-19, Arab Saudi akhirnya membenarkan pelaksanaan ibadah umrah sepanjang tahun secara berperingkat mulai 4 Oktober 2020.
Menurut Saudi Press Agency, bagi peringkat pertama sebanyak 6,000 orang rakyat dan penduduk Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan umrah setiap hari bermula 4 Oktober. Untuk pengunjung dari luar negara pula, ia dibenarkan mulai 1 November apabila bilangan individu yang dibenarkan menunaikan umrah dinaikkan kepada 20,000 sehari.
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menegaskan bahawa keputusan membenarkan pelaksanaan umrah adalah sebagai maklum balas terhadap ‘aspirasi umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia’ untuk mengerjakan ibadah itu dan menziarahi tempat suci tersebut.
Kota suci yang menarik kunjungan jutaan umat Islam setiap tahun itu juga adalah sumber ekonomi utamanya dan menerusi Wawasan 2030 Putera Mahkota Mohammed Salman, beliau berharap dapat mentransformasi ekonomi negara tersebut daripada kebergantungan ekonomi terhadap eksport minyak utama dunia kepada sumber lain, termasuk pelancongan agama.
Kerajaan Saudi berharap dapat menerima kunjungan 30 juta Jemaah ke negara itu setiap tahun menjelang 2030.
Walau bagaimanapun, diharap pengawasan ketat diberikan sebelum membenarkan kemasukan pelancong dari luar negara untuk menunaikan umrah.
Hm, bagi rakyat Malaysia pula kita tunggu kerajaan membuka pintu sempadan dulu ya, insyaAllah selepas ini kita juga berpeluang menunaikan umrah semula.
Sama-sama kita doakan agar penularan wabak COVID-19 ini tamat secepat mungkin.
Ada kala kita perlu menerima beberapa cadangan orang lain. Tidak kira sama ada cadangan itu bernas atau tidak tetapi untuk menjadi pemimpin yang adil, semua cadangan harus didengari dan diperhalusi.
Tapi rasanya di saat semakin ramai rakyat terjejas akibat pandemik COVID-19 terutama bagi individu yang dibuang kerja, rasanya cadangan dari bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan cadangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membenarkan pekerja yang terjejas akibat pandemik ini membuat pengeluaran secara one off sebanyak RM10,000 dirasakan amat wajar. Lebih menambah baik, tidak sampai satu jam memuat naik idea ini, lebih 1.3 k netizen menyatakan ia satu cadangan amat baik untuk menjaga kebajikan rakyat.
Bacalah apa saranan Datuk Seri Najib dalam hal ini.
Semasa krisis Covid mula melanda, saya pernah cadangkan kerajaan benarkan pencarum keluarkan duit dari akaun 2 KWSP sebagai salah satu usaha membantu rakyat dan merancakkan ekonomi tempatan semasa Covid.
Masa itu, kerajaan telah sambut dan melaksanakannya sebagai program i-Lestari dalam pakej Prihatin.
Kini ada banyak permintaan untuk kerajaan membenarkan keluaran "one-off" sehingga RM10,000 dari akaun 1 KWSP bagi kegunaan mendesak.
Saya rasa permohonan ini boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran "one-off" ini dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi memulih – tidak termasuk caruman bulanan biasa.
Namun, saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbanding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua kita selepas bersara.
Sebab itu, jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan mendesak.
NOTA: Saya cadangkan syarat aku janji bukan sebab mahu pencarum bayar balik seperti pinjaman tetapi niat ialah untuk menggalakkan pencarum lebihkan simpanan usia tua sebab dividen KWSP lebih tinggi.
Jika tak dapat bayar balik dalam masa 2 tahun, tiada penalti dan KWSP tak boleh buat apa-apa. Cuma untuk memperingatkan pencarum bahawa simpanan dalam KWSP adalah penting dan akhirnya akan menguntungkan pencarum.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan daripada pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah pun berkuatkuasa bermula hari ini (13 Januari) sehinggalah 26 Januari nanti.
Aktiviti rentas negeri adalah dilarang sama sekali, namun sekiranya terdapat individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerahm korang boleh mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB bagi mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun mengeluarkan cara bagaimana untuk memuat naik borang permohonan dan seterusnya memohon keizinan daripada pihak polis.
Berikut merupakan langkah-langkah yang korang boleh buat:
1. Muat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing di portal atau media sosial rasmi PDRM.
Sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan korang merentas negeri atau daerah, bolehlah isi borang dan bawa ke balai polis berdekatan. Tapi ingat, hanya urusan penting sahaja yang akan dibenarkan. Jangan pula ada yang menipu pula ya.
Teruskan duduk di rumah dan amalkan SOP yang diarahkan bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19. Kita jaga kita!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...