Bintang K-Pop lagenda, BIGBANG baru-baru ini mencuri perhatian peminat di seluruh dunia apabila mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan konsert jelajah dunia sempena ulang tahun ke-20 sekaligus menandakan kemunculan semula kumpulan berkenaan di pentas antarabangsa sebagai sebuah trio.
Menerusi sebuah pengumuman yang dikongsikan di YouTube, Pengasas dan Penerbit Eksekutif YG Entertainment, Yang Hyun-suk memaklumkan bahawa pihaknya telah bersetuju untuk menganjurkan siri konsert dan jelajah global bagi meraikan detik istimewa tersebut selepas perbincangan bersama anggota BIGBANG.
“Saya rasa sebab orang ramai merindui BIGBANG dan menunggu konsert mereka adalah kerana mereka mahu melihat dan mendengar semula lagu-lagu hit yang pernah dipersembahkan secara langsung di atas pentas”
“Secara ringkasnya, sempena ulang tahun ke-20 BIGBANG tahun ini, kami telah bersetuju untuk mengadakan konsert dan melancarkan jelajah global,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa hubungan kerjasama yang telah lama terjalin antara BIGBANG dan YG Entertainment akan membantu memastikan segala persiapan berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar.
“YG Entertainment dan BIGBANG telah bekerjasama rapat untuk tempoh yang panjang, jadi saya tidak menjangka sebarang kesukaran besar. Semua kakitangan YG akan melakukan yang terbaik untuk menghasilkan persembahan yang indah, lengkap dan cemerlang,” jelasnya lagi.
Difahamkan, untuk jelajah kali ini, BIGBANG akan tampil sebagai trio yang terdiri daripada G-Dragon, Taeyang dan Daesung. Kumpulan ini sebelum ini debut dengan lima ahli pada tahun 2006, namun kini meneruskan perjalanan sebagai tiga anggota.
Sepanjang lebih dua dekad dalam industri muzik, BIGBANG telah melahirkan pelbagai lagu popular yang menjadi fenomena seperti Lies, Haru Haru, Last Farewell, Fantastic Baby, Monster dan Bang Bang Bang, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara ikon terbesar K-Pop era 2010-an.
Dalam perkembangan lain, BIGBANG juga dijadualkan bakal menghangatkan pentas Coachella Valley Music and Arts Festival pada 12 dan 19 April ini. Pentas berprestij itu dijangka menjadi pemanas badan sebelum kumpulan tersebut memulakan siri jelajah dunia mereka secara rasmi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disney sekali lagi mengungguli genre animasi menerusi filem terbarunya, ‘Ralph Breaks The Internet’. Filem animasi 3D ini juga bertindak sebagai filem sekuel ‘Wreck-It Ralph’ yang dikeluarkan pada tahun 2012.
Filem yang sarat dengan figura popular dunia permainan video ini membawakan kisah dua karakter kawan baik iaitu Ralph dan Vanellope yang masing-masing mempunyai personaliti unik dan berbeza antara satu sama lain.
Menerusi filem pertama kita dibawa dengan tema terhadap penerimaan diri untuk menjadi berbeza dan daripada orang lain. It’s okay to be you as long you’re happy! Itulah mesej yang dibawa oleh karakter villain dalam permainan video tetapi hakikatnya dia seorang yang baik hati. Dan Venellope pula karakter yang memiliki kekurangan sering glitch namun menggunakannya sebagai kelebihan diri.
Disney princesses pun melakukan kemunculan di dalam filem ini!
Dalam kisah terbaru ini mereka berdua meneruskan kehidupan di Litwak’s Family Fun Center & Arcade. Namun ada sesuatu yang kurang dalam kehidupan mereka dan ia dirasai oleh Venellope yang mula bosan dengan rutin sama mereka lalui setiap hari.
Segalanya berubah selepas pemilik kedai permainan video mula memiliki sambuangan Internet. Dna menyahut cabaran itu Vanellope dan Ralph terus ‘terbang’ ke dunia baru yang serba luas iaitu Internet. Mereka juga dalam misi tersendiri untuk menyelamatkan permainan video Venellope, Sugar Rush.
Jadi apakah tema utama filem hebat ini?
Kali ini persahabatan Ralph dan Venellope yang semakin matang bakal dicabar dengan keputusan masing-masing. Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita berbeza, begitu juga dengan Venellope. Dia sentiasa dahagakan cabaran baru, berbeza dengan Ralph yang lebih relaks dan selesa dalam zonnya sendiri.
Di sinilah teman persahabtan dikupas dengan cukup cantik menerusi filem ‘Ralph Breaks The Internet’. Mereka menjadikan lanskap Internet yang penuh dengan palbagai perkar positif dan negatif untuk mencorakkan persahabatan Ralph dan Venellope.
Setiap persahabatan pasti akan dilanda dugaan. Tapi bagaimana mereka menyatukan semula tali persahabatan itu membuatkan filem ini sebagai sebuah filem yang amat menyentuh hati.
‘Ralph Breaks The Internet’ akan mula ditayangkan di seluruh negara bermula pada hari ini di pawagam di seluruh negara.
RATING: 4/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Golongan remaja sememangnya merupakan kelompok yang ‘terlebih rajin’. Sampai ke bilik tidur pun, korang akan bawa segala macam gajet ke atas katil sebelum korang lelapkan mata, kan?
Antara yang paling menjadi kebiasaan adalah membawa laptop, meletakkannya di atas bantal tidur dan binge-watch drama atau filem kegemaran. Siapa lagi yang ada tabiat tersebut, angkat kaki!
Bagaimanapun, kajian baru-baru ini menunjukkan tabiat tersebut boleh membahayakan kesihatan korang dan ‘kesihatan’ jangka hayat laptop. Kenapa agaknya?
Ini kerana, permukaan katil dan bantal tidur yang tidak rata akan menyebabkan aliran suhu panas yang keluar dari laptop juga tak konsisten. Lalu, bahagian motherboard akan cepat rosak.
Permukaan tak stabil itu juga memaksa pengguna memperbetulkan posisi laptop. Bila korang dah selalu sangat goyangkan laptop semasa menggunakannya, hard disk dan tempat CD/DVD-nya akan mudah rosak jika ia selalu berlaku.
Tabiat ini juga memberi kesan kepada kesihatan mata pengguna. Sewajarnya, jarak antara skrin dan mata perlulah sekurang-kurangnya 20 sm. Namun, apabila menggunakan bantal sebagai alas laptop. automatik pengguna akan cuba menfokuskan pandangan dan mengerutkan nerve system pada mata.
Akibatnya, mata akan mudah letih. Hhm, tak pasal-pasal kena pakai cermin mata pula lepas ni.
Penggunaan meja yang dikhaskan untuk meletakkan laptop atau tablet di atas katil adalah lebih digalakkan sekiranya korang sukar untuk mengikis tabiat ini.
Sekurang-kurangnya, kondisi laptop dan kesihatan korang tak mudah untuk jatuh merundum!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu produk kecantikan yang mempunyai racun berjadual ini sepertinya tidak pernah habis kerana ada sahaja produk-produk kosmetik yang dikesan menggunakan bahan terlarang.
Terbaru, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Produk terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan disebabkan itu ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
• Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
• Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
• Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
Malah, merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Jika korang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini, dinasihatkan agar segera berhenti menggunakannya dan dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sekiranya mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Korang juga boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman web rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Ingat, kalau sayang kulit hentikan pemakaian produk-produk kosmetik tersebut ya?