Benarlah kata pepatah, jodoh tidak mengenal usia. Hiks! Perkahwinan melibatkan lelaki berusia dan wanita muda di Thailand telah pun mendapat perhatian warga net.
Lelaki 70 tahun itu telah pun melangsungkan perkahwinan bersama gadis yang baru berusia 20 tahun di Bangkok, Thailand.
Pergh, beza 50 tahun beb. Dah macam sebaya dengan atok kita pula. Hehe!
Mungkin korang tak tahu, perkahwinan ini merupakan yang pertama buat lelaki itu termasuklah pasangannya.
Lelaki tersebut bukanlah seorang duda dan tidak pernah mendirikan rumah tangga. Ini bermaksud dah memang jodohnya sampai lambat. Tapi, berbaloi la sebab dikurniakan seorang isteri yang cantik, muda pula tu.
Ads
Betul tak?
Menurut laporan Thai Smile Variety dan Facebook Chetta Songthaveepol, perkahwinan itu menjadi viral di media sosial di Thailand kerana kemewahan selain jarak usia antara mereka.
Pengantin lelaki itu merupakan pemilik kepada salah satu jenama kopi terkenal di Thailand, Khao Shong. khabarnya, gadis itu menerima mas kahwin sebanyak RM2.75 juta.
Ads
Wah, untung badan..
Pada majlis itu juga, lelaki tersebut berjanji akan setia bersama isterinya setiap kali menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa gadis ini mengahwini lelaki tersebut hanya kerana wangnya. Hm, apa pun alasan gadis tersebut, kita doa je la yang baik-baik buat pasangan pengantin baru ini.
FENOMENA terbesar dunia yang berasal dari Korea Selatan, BTS yang kini menjadi ‘band boy’ paling berpengaruh besar di dunia selepas melakar pelbagai rekod dan sejarah baharu sepanjang perjalanan mereka dalam dunia muzik.
Baru-baru ini, Anugerah Grammy sudah pun mengumumkan calon-calonnya untuk tahun 2020. Malangnya, BTS mahupun kumpulan kpop lain yang sering disebut-sebut, Blackpink jauh tersasar daripada ramalan awal yang meletakkan nama mereka antara yang bakal tersenarai.
Sebalik saja diumumkan kategori terakhir Album of The Year, peminat terutamanya ARMY tertunggu-tunggu adakah BTS akan tercalon dalam kategori tersebut sekurang-kurangnya untuk album Map of The Soul :Persona berdasarkan kejayaan album ini antara yang terlaris di Amerika Syarikat, malah juga di seluruh dunia pada tahun 2019 ini.
Namun, harapan mereka menjadi hampa apabila kesemua calon bagi kategori itu diumumkan satu-persatu tanpa nama BTS tersenarai.
ARMY Luah Sedih Di Laman Twitter
Sehubungan dengan itu, sebilangan peminat Armys menaikkan beberapa ciapan di laman twitter melahirkan rasa kekecewaan mereka.
I’m gonna say it now: with all the sales, streams and top ratings for Map of the Soul: PERSONA, @BTS_twt at least deserved a nomination for Album of the Year.
Pada edisi Grammy tahun 2019 yang lalu, BTS ‘tercalon’ dalam kategori teknikal untuk untuk kategori ‘Best Recording Package’ bagi album ‘Tear’ tetapi ianya hanya dikreditkan pada Doohee Lee saja. Secara formaliti, BTS belum lagi tersenarai dalam mana-mana pencalonan anugerah Grammy dikreditkan ke atas pencapaian setiap ahli mereka. Anugerah Grammy sering dijadikan penanda rasa kejayaan penggiat muzik di serata dunia dan ia dikatakan penghargaan tertinggi untuk artis tersebut di dalam dunia nyanyian.
Antara senarai yang tercalon untuk kategori Album Of The Year di dalam anugerah Grammy tahun 2020 antaranya ialah Bon Iver, Lana Del Rey, Billie Eilish, Ariana Grande, H.E.R.
, Lil Nas X, Lizzo dan Vampire Weekend.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman (STAR) Gemas maut selepas kepalanya terkena mata traktor mesin rumput yang melayang ketika menjalankan kerja memesin rumput di padang sekolah, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Nur Afini Roslan,14, disahkan maut oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian selepas kepalanya terpotong dua dipercayai terkena bilah yang melayang.
Pelajar ini maut selepas kepalanya terkena bilah mesin potong rumput
Dua pelajar lain mengalami kecederaan di kepala
Manakala, dua lagi pelajar lelaki iaitu Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13 yang mengalami kecederaan terbelah di belakang kulit kepala dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.
“Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagaimana kejadian itu berlaku. Namun, difahamkan ketiga-tiga pelajar itu berada berhampiran traktor berkenaan yang sedang memotong rumput di padang sekolah berkenaan sebelum kejadian itu berlaku.
“Pihak polis menerima panggilan kecemasan sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi dengan segera. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat, manakala pelajar yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Gemas untuk rawatan,” katanya memaklumkan mayat mangsa akan di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, tadi.
Sumber ;- Sinar Harian / Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Puas Nabil mencari lembunya yang hilang. Dari hujung kampung ke hujung tetapi tiga ekor lembunya tidak nampak bayang langsung. Lembu peliharaannya sudah besar, sudah boleh dijual dan sudah pun ada pembelinya untuk korban hari raya haji. Tapi sekarang lesap entah ke mana.
“Baik minta tolong Wak Seman, mana tahu dia boleh membantu, monolognya sendirian selepas puas mencari.
Malam itu dia ke rumah Wak Seman, bomoh terkenal di kampungnya. Selepas diberitahu hajatnya, kata Wak Seman esok pergi cari lembunya di rumpun buluh besar di hujung kampung. Insya Allah ada di situ. Selepas membayar pengerasnya dia pulang ke rumah. Pagi itu, dia segera ke lokasi dinyatakan, memang benar tiga ekor lembunya elok tertambat.
Kehebatan Wak Seman dalam ilmu pengubatan memang tiada siapa boleh lawan. Cakaplah kes apa, kena sampuk, barang hilang, bini lari dari rumah, laki ada hubungan dengan orang, semuanya Wak Seman boleh bagi elok. Sebab itulah namanya memang terkenal seantera daerah, orang luar utara pun datang berubat dengannya. Sebab itulah namanya cukup besar dan dikenal ramai sekitar tahun 90-an dahulu.
Namun sebulan kemudian kampung gempar dengan kematiannya yang secara tiba-tiba. Mayatnya ditemui terlangkup di dapur dengan mata terbelalak ke atas, seolah-olah seperti dicekik. Wak Seman memang sudah lama menduda, isterinya meninggal dunia dan anak-anaknya hanya balik sesekala ke kampung kerana sudah bekerja di bandar. Orang temui mayatnya selepas seorang penduduk kampung cuba mencarinya kerana mahu berubat.
Memandangkan mayatnya dijumpai agak lewat, proses menggali kubur agak lewat diadakan. Lagi pun menunggu anak-anak balik, jadi mereka mengambil sepakat jenazahnya akan dikebumikan esok pagi, sekitar jam 10 pagi.
Orang kampung silih berganti ziarah. Ali juga sama kerana dia pernah meminta pertolongan dari Wak Seman dahulu. Dia sempat menghadiahkan bacaan Yassin sebelum melangkah keluar rumah.
Namun di laman, telinganya dapat menangkap suara dehem.
Di perdu pokok pisang itu suara Wak Seman berdehemmmSejak itu hantu raya peliharaan Wak Seman selalu mengganggu penduduk kampung
“Ermmm…ermmm” dari perdu pokok pisang. Saat matanya liar mencari, dia benar-benar terperanjat kerana di perdu itu Wak Seman sedang elok memerhatikannya. Terus dia melolong sambil orang kampung panik kerana dia terus pengsan selepas kejadian itu.
Lama juga dia pengsan. Sebaik sedar dia tergagap-gagap berkata Wak Seman..Wak Seman. Ada di perdu pokok tapi ramai yang tidak percaya kerana mana mungkin kejadian ini.
Esoknya jenazah Wak Seman elok dikebumikan. Tapi orang kampung mula hairan kerana jenazahnya agak berat ketika diusung. Kain kapannya juga tidak muat dan banyak lagi kejadian pelik. Masing-masing sudah bercakap namun ramai yang mahu menjaga aibnya.
Malam selepas pengkebumiannya, kampung gempar lagi. Kalau semalam Ali nampak, kali ini Nabil sendiri terserempak di mana katanya Wak Seman menahan motor dibawanya, suruh hantar ke hujung kampung. Terus Nabil kemalangan kerana terlalu takut.
Ramai kaitkan Wan Seman membela hantu raya. Sebabnya ramai yang berjumpa “Wak Seman” yang hanya berdehem bila ditegur.
Lebih menggerikan, ada anak dara yang pengsan selepas melihat Wak Seman melahap makanan di dapur. Nasi kosong dan ayam dipanggang.
Di lorong gelap inilah hantu raya Wak Seman selalu menunggu untuk mencari tuan barunya
Orang kampung sebelah juga sudah heboh. Baru ini Zali juga kemalangan dan pengsan selepas menumpangkan Wak Seman ke warung. Disebabkan dia baru datang dari bandar dia memang tak pernah bertemu lelaki ini. Sewaktu mula memboncengkan Wak Seman, motornya mula berat sebelum terus terhenti tepat-tepat di tengah kubur.
“Aku mahu tuan baru, aku mahu tuan baru,” kata Wak Seman sambil memegang bahu Zali.
Kecoh kampung itu, walau ramai ustaz-ustaz dipanggil tetapi gangguan dari hantu raya Wak Seman tak surut-surut. Kata Ustaz-Ustaz ini, hantu raya peliharana Wak Seman ini terlalu kuat dan mahu mencari tuan baru. Hantu raya ini jugalah yang “menolong” Wak Seman dalam kerja mengubatnya. Tidak hairanlah sesiapa yang datang berubat, masalah mereka akan selesai. Tetapi selepas tuannya mati, dia mencari tuan baru.
Selama 44 hari itu, kampung sunyi sepi. Ramai yang takut untuk keluar rumah selepas heboh hantu raya Wak Seman mencari tuan baru. Kejadian benar-benar berlaku di utara tanahair ini hanya kembali redha apabila jasad Wak Seman sudah hancur menjadi tulang temulang di dalam tanah.
Kisahnya reda begitu saja tetapi pernah sesekali orang luar akan alami kemalangan kerata apabila melalui kampung ini kerana selepas menumpangkan seorang tua yang tidak berbaju, ketika itulah hantu Wak Seman dengan bersuara garau akan berkata “aku mahu tuan baru, aku mahu tuan baru berulang kali sebelum mangsanya ditemui alami cedera parah. Tidak diketahui siapa pewarisnya tetapi kisah ini tidak pernah habis dibicarakan terutama bagi generasi lama yang tahu kejadian yang benar-benar terjadi ini.
Jangan lupa tonton Suri Ram di Maya Hd dan Astro Prima jam 11 malam ini dalam episod Hantu Raya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.