Hampir dua tahun menyulam cinta bersama, pasangan penyanyi terkenal dari negara seberang, Mahalini dan Rizky Febian akhirnya mengikat tali pertunangan, pada 7 Mei.
Walau cinta berbeza agama, penyanyi lagu hit Sial, Mahalini seorang penganut Hindu dan Rizky pula merupakan seorang Muslim, perbezaan tersebut tidak menghalang mereka yang semakin hampir ke jenjang pelamin.
Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi beberapa perkongsian daripada akaun Instagram seperti @panggungnyalini, @rfasmusic dan @thebridestory.
Ads
“Pasangan penyanyi Rizky Febian dan Mahalini Raharja rasmi bertunangan. Setelah menjalin hubungan asmara selama satu tahun tiga bulan, pasangan Rizky Febian dan Mahalini Raharja akhirnya membawa jalinan asmara mereka selangkah lebih dekat dengan pernikahan.
“Sebuah proses lamaran yang penuh dengan harapan dan rona kebahagiaan pun berhasil dilangsungkan di The Langham Jakarta pada Minggu, 7 Mei 2023,” tulis akaun tersebut.
Berdasarkan informasi dikongsikan media Indonesia, pelantun lagu Hingga Tua Bersama itu telah melamar Mahalini sebagai tunangannya di hadapan keluarga dan kenalan rapat pada sebuah majlis yang dihadiri sekitar 200 tetamu.
Ads
Turut dikongsikan foto anak pelawak dan penyanyi, Sule itu berlutut sambil menyarungkan sebentuk cincin pada jari manis Mahalini sebagai tanda lamaran diterima.
Ads
“Acara kemudian diteruskan dengan penyerahan barang hantaran daripada pihak keluarga lelaki sebagai simbol bakal pengantin sanggup memberikan calon isteri hidup yang cukup serba-serbi di kemudian hari,” tulis di ruangan kapsyen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pengacara dan pelakon berbakat, Uyaina Arshad mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga. Berita gembira itu didedahkan secara eksklusif menerusi satu video santai dan menghiburkan yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Dalam video tersebut, Uyaina berseloroh bahawa azamnya untuk menguruskan badan pada tahun ini tidak menjadi kenyataan rupanya kerana dia sedang hamil tiga bulan. Dengan senyuman manis dan gaya penuh ceria, selebriti berusia 32 tahun itu mengumumkan bahawa kandungan terbarunya ini adalah ‘kejutan’ bukan sahaja untuk peminat, malah untuk dirinya dan suami.
“Sebenarnya saya simpan cerita ini dah lama dan berita ini eksklusif untuk netizen di luar sana. Ada sesuatu yang saya nak bagitahu yang sebenarnya saya sedang mengandung tiga bulan, surprise,” ujarnya.
“Bukan Setiap Tahun Saya Hamil, Tapi…”
Bekas pengacara rancangan Wanita Hari Ini ini turut berkongsi bahawa kehamilan terbarunya ini mungkin yang terakhir buat dirinya dan suami tercinta, Raja Syahiran. Walaupun tidak dirancang, kehadiran cahaya mata ketiga ini dianggap rezeki yang sangat disyukuri oleh pasangan ini.
“Bukanlah setiap tahun pun saya hamil cuma selang dua tahun saja. Anak pertama pada 2022, anak kedua pada 2024 dan insya-Allah anak ketiga ini akan lahir pada 2026,” katanya sambil berseloroh.
Tambah Uyaina, meskipun kehamilan kali ini tidak dirancang, ia adalah satu anugerah Tuhan yang sangat dihargai. Pasangan ini menerima ketentuan ini dengan penuh syukur dan rasa rendah hati.
Ucapan Tahniah
Sejurus selepas video itu dimuat naik, ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah serta doa daripada para peminat dan rakan-rakan selebriti. Ramai yang meluahkan rasa gembira serta kagum melihat ketenangan dan aura positif yang ditampilkan Uyaina, walaupun kini sedang melalui fasa awal kehamilan.
Untuk rekod, Uyaina Arshad atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah pada 21 Disember 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka kini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 3, dan Raja Urayyan, 1 tahun.
Majalah Remaja mengucapkan tahniah buat Uyaina dan Raja Syahiran atas kehamilan ini. Semoga perjalanan sembilan bulan ini dipermudahkan dan anak yang bakal lahir menjadi penyejuk mata dan penyeri keluarga yang penuh kasih sayang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh media sosial, Sam Lim kini sah bergelar suami kepada pelakon baharu dan model, Parisa Ardina dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah masjid, hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran di akaun rasmi milik aktor, Aizat Saha, yang memaparkan momen indah pasangan tersebut.
Dalam perkongsian berkenaan, Sam dilihat menyarungkan cincin ke jari manis Parisa sebagai simbolik penyatuan mereka sebagai suami isteri.
Dalam masa sama, Parisa turut dilihat tidak dapat menahan sebak ketika berada di lokasi majlis, sekali gus menggambarkan momen penuh emosi yang dilalui pada hari bahagianya.
Sementara itu, rakan kepada Sam yang juga seorang pempengaruh, Nicholas Chong, seakan memberi reaksi terkejut terhadap hubungan serius pasangan berkenaan.
Menurut Sam, hubungan mereka bukanlah satu bentuk strategi pemasaran seperti yang mungkin disangka segelintir pihak, sebaliknya dibina atas dasar kesungguhan dan niat yang ikhlas untuk mendirikan rumah tangga.
“Kami dah kahwin. Kami bukan marketing.
“Sebab saya kaya dan sudah popular, tak perlu marketing,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berpuasa dalam cuaca yang panas memang satu cabaran buat kita rakyat Malaysia. Tak dinafikan kulit jadi kering, penat dan dehidrasi menjadi masalah utama pada bulan Ramadan. Jadi, banyak perkara yang korang harus lakukan sebagai persediaan sepanjang berpuasa.
Berikut merupakan 5 barangan yang sebaiknya ada ketika korang sedang berpuasa.
1. Pelembap bibir
Berpuasa mampu membuatkan bibir korang menjadi kering. Sebagai langkah berjaga-jaga pastikan pelembap bibir sentiasa ada bersama korang supaya bibir terus lembap dan tidak terkoyak.
2. Bekalan makanan atau minuman
Bukanlah suruh korang bawa nasi lemak atau roti canai dalam beg, cuma cukuplah sekadar sentiasa ada gula-gula atau coklat dan air mineral untuk dibuat berbuka.
Iye la, waktu Ramadan nanti jalan selalu jammed. So, eloklah kalau korang dah prepare sedikit makanan dalam beg.
3. Lotion badan
Bila berpuasa dan ditambah dengan cuaca panas, ia akan membuatkan segala cecair dalam tubuh badan hilang dan menyebabkan kulit kering. Jadi sebelum melarat dan jadi lebih teruk, rajinkan diri menyapu lotion badan di kawasan yang kering.
4. Mekap
Puasa bukan alasan untuk korang nampak kusam dan tak bertenaga. Tak salah kalau korang calitkan sedikit mekap pada wajah supaya nampak lebih segar dan bermaya.
5. Duit
Walaupun korang tak menggunakan duit sangat ketika berpuasa, jangan sesekali keluar tanpa membawa duit. Malang tak berbau gaiss. Duit tu bukan hanya untuk beli makanan saja, mana la tahu tiba-tiba ada emergency yang memerlukan duit kan?
Kadang-kadang, benda basic macam ni la yang selalu kita lupa kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes gangguan seksual Universiti Indonesia melibatkan 16 pelajar tular dan mencetuskan kemarahan ramai, dengan siasatan dalaman dan tindakan tegas sedang dijalankan.