Walaupun baru sahaja dilancarkan, iPhone 17 Pro Max sudah pun berada di tangan semua kakitangan sebuah syarikat media di China apabila seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bermurah hati dan sanggup menghadiahkan telefon pintar premium itu kepada setiap pekerjanya.
Menurut sebuah perkongsian seorang pengguna di aplikasi Xiaohongshu bernama @Fyjdreaming yang mula mencuri perhatian masyarakat pada 10 September lalu, CEO Mediastorm, Tim Pan, telah mengumumkan pemberian tersebut tidak lama selepas pelancaran rasmi iPhone 17 di California, Amerika Syarikat.
“iPhone 17 sudah dilancarkan. Seperti biasa, semua orang akan mendapat iPhone 17 Pro Max (dan boleh pilih warna yang mereka mahu), tidak kira sama ada anda seorang intern atau baru menyertai syarikat. Asalkan anda berada dalam syarikat ketika ini, anda akan menerima peranti tersebut,” tulis Pan menyampaikan mesej tersebut kepada para pekerjanya.
Ads
iPhone 17 yang baru sahaja dilancarkan.
Dalam pada itu, Mediastorm turut menanggung cukai yang dikenakan untuk hadiah berkenaan, di mana ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh majikan lain serta menegaskan bahawa pekerja tidak perlu mengeluarkan sebarang kos tambahan.
Untuk pengetahuan, Mediastorm merupakan syarikat media yang terkenal dengan ulasan produk dan kandungan vlog, dan setakat ini mempunyai lebih 12 juta pengikut di platform Bilibili. Menerusi reputasi besar itu, langkah Pan ini nyata menambah nilai imej positif syarikat berkenaan.
Ads
Sekadar info, harga rasmi iPhone 17 Pro Max di pasaran terkini bermula sekitar US$1,899 (kira-kira RM8,900) untuk model asas. Namun bagi kakitangan Mediastorm, telefon itu kini menjadi milik mereka tanpa perlu berbelanja sesen pun.
Tahun lalu, Tim Pan turut menghadiahkan iPhone 16 Pro kepada pekerjanya.
Sementara itu, dalam perkongsian yang sama, @Fyjdreaming menulis “Tim is the best boss in the world,” sambil berkongsi bahawa beliau masih keliru untuk memilih antara warna putih atau oren bagi telefon idamannya itu.
Ads
Apa yang lebih menarik, tindakan Pan ini bukanlah kali pertama. Terdahulu, pada tahun 2024 beliau turut menghadiahkan iPhone 16 Pro dan Apple Watch Series 10 kepada kira-kira 100 pekerja, termasuk intern dan kakitangan baharu. Tradisi tahunan ini membuktikan kemurahan hati Pan bukan sekadar gimik, sebaliknya konsisten dari tahun ke tahun.
Sumber: AsiaOne
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai mungkin tidak sedar ia satu kesalahan jenayah. Di sebalik ramai main kutu sesama kawan, konon untuk membayar road tax, pergi travel, membeli barang peribadi seperti emas, barangan dapur dan sebagainya tanpa sedar ia adalah salah di sisi undang-undang yang mana pelakunya boleh dikenakan denda RM500,000 dan penjara 10 tahun lamanya jika ada laporan dibuat terhadap mereka.
Memetik laporan Berita Harian, main kutu adalah satu kesalahan dan pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), melalui laman Facebook (Fb) Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, memaklumkan terdapat beberapa kes apabila penganjur atau ‘ibu kutu’ yang menghilangkan diri bersama wang yang dibayar pelabur atau peserta.
“Di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.
“Mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan.
“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” menurut makluman itu.
Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika menyertai mana-mana kutu kerana selain melanggar undang-undang, ia juga berisiko untuk ditipu.
“Tetapi, jika ibu kutu lari (menghilangkan diri), anda tetap boleh membuat laporan polis di balai berhampiran dan kebiasaannya kes ini akan dipindahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disiasat,” katanya.
Akhbar NSTP sebelum ini juga pernah melaporkan beberapa kejadian mangsa ditipu ibu kutu terutama membabitkan pakej umrah yang ditawarkan syarikat tertentu dengan tawaran menarik.
Dalam sat ukes pernah terjadim sembilan wanita di Segamat, Johor, dilaporkan kerugian ribuan ringgit selepas diperdaya ibu kutu berusia 30-an yang melarikan wang pelaburan mereka.
Mangsa yang sebahagian besar adalah suri rumah, mendakwa melabur RM200 hingga RM4,500 bagi mendapatkan pulangan berkali ganda seperti dijanjikan ibu kutu yang juga seorang wanita. Sumber : BERITA HARIAN ONLINE
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Budak remaja hari ini mungkin tidak mengenali siapa Tok Ki atau namanya Mohd Zaki Mansur.
Pernah popular dengan lagu Biasan, Seni Berzaman, Tok Ki yang mengecap populariti menerusi lagu-lagu berkonsepkan pop melayu dan pop etnik turut menyanyikan lagu berentak rock dan pop. Malah lagu Hampa nyanyiannya masih menjadi siulan budak-budak yang lahir tahun 90-an.
Baru ini tular di media sosial keadaan penyanyi ini agak daif, tinggal di pondok yang agak usang malah dimaklumkan yang isterinya juga tidak sihat.
Sebaik berita mengenainya tersebar, malah netizen turut tag kepada Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan kemurahan hati membantu golongan susah, hari ini Ustaz Ebit telah menziarahi Tok Ki di rumahnya.
Sebak sayu tadi ziarah To'ki. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai je dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini. Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To'ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To'ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat.
Dari jauh To'ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To'ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz.
InsyaAllah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang. Sumber : Fb Ebit Lew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes positif COVID-19 belum lagi menunjukkan penurunan drastik, namun negara kita sudah pun beralih ke fasa endemik, di mana masyarakat telah menjalani kehidupan seperti biasa tetapi dengan berlandaskan peraturan SOP.
Setelah hampir dua tahun bulan puasa tidak dimeriahkan dengan kewujudan bazar Ramadan, tahun ini Alhamdulillah semua peniaga boleh berniaga seperti biasa. Namun ia tidak bermakna mereka boleh melakukan sewenang-wenangnya, terdapat arahan SOP yang perlu diikuti.
Salah satu inisiatif yang telah dilakukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ialah memperkenalkan sistem ‘headcount’ pengunjung ke bazar Ramadan menggunakan infra merah di dua lokasi bazar bagi memantau pematuhan SOP kawalan COVID-19. Sistem tersebut digunakan di tapak bazar di SS 6/1, Kelana Jaya dan Seksyen 4, Kota Damansara.
Pihak MBPJ mewujudkan sistem ‘headcount’ dengan penggunaan fungsi infra merah bagi memastikan jumlah pengunjung terkawal, yang mana tidak lebih dua orang dibenarkan di setiap petak peniaga dalam satu masa. Jika pihak MBPJ menyediakan 30 petak di sesuatu lokasi itu, jumlah pengunjung dibenarkan masuk hanya seramai 60 orang pada satu-satu masa.
Sistem ini secara automatik akan mengira bilangan pengunjung yang masuk dan keluar secara masa-nyata dan memaparkan ia pada skrin khusus. Jadi, korang boleh melihat terlebih dahulu berapa orang yang memasuki bazar Ramadan tersebut.
Bagus juga cara ini, secara tidak langsung kita dapat tahu sama ada bazar Ramadan itu terlalu sesak atau tidak. Betul tak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Titah Yang di-Pertuan Agong Bahasa Melayu menegaskan bahawa penerimaan bahasa kebangsaan dan sejarah negara adalah asas perpaduan serta kedaulatan Malaysia.