Penularan COVID-19 kini dikategorikan sebagai pandemik oleh PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO). Amaran itu dikeluarkan susulan 118,000 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan seluruh dunia meliputi 110 negara.
Sebentar tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa solat Jumaat perlu diteruskan seperti biasa pada ketika ini walaupun negara dilanda wabak COVID-19.
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) WABAK COVID-19
Menerusi kenyataan media beliau yang dimuatnaik dilaman facebook rasminya, Dr Zukifli menasihatkkan pihak masjid serta orang ramai untuk ambil langkah berjaga-jaga termasuklah mengambil wuduk dari rumah lagi. Hal ini bagi mengurangkan risiko wabak COVID-19.
Ads
Antara syarat lain yang dinyatakan ialah :
1. Khutbah dipendekkan 2. Orang ramai berwuduk di rumah lagi. 3. Mereka yang ada simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit. 4. Pihak masjid atau jemaah yang wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan.
Ads
Dr Zulkifli juga menjelaskan bahawa wabak COVID-19 berada di tahap tidak terkawal, Solat Jumaat boleh tidak dilakukan namun wajib diganti dengan solat Zohor.
Rata-rata netizen yang membaca kenyataan ini memberikan komen lega dan jelas dengan apa yang disampaikan berkenaan isu solat Jumaat esok!
So korang yang lelaki tu jangan tak pergi solat Jumaat pula. Mari la kita berdoa, moga-moga cepat la berakhir wabak yang mengancam nyawa ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu pembukaan semula sidang parlimen sejak Isnin lalu serta-merta menjadi bualan rakyat sepanjang empat hari ia berlangsung.
Mana yang baik dipuji, mana yang kurang disenangi... hhm korang pandai-pandailah habiskan ayat itu.
Pelbagai aspek melibatkan kepentingan masyarakat dan negara telah dibincangkan dan dibahaskan. Kebanyakan topik – seperti dijangka – berkisarkan keadaan pandemik COVID-19 di negara kita yang jujurnya masih mempunyai ‘loophole’ dari segi perlaksanaan pelan menentang wabak ini.
Contohnya, mengenai perlaksanaan Ordinan Darurat di Malaysia pada tahun ini. Ada yang bersetuju, ada juga yang bertanyakan apakah impak perlaksanaannya kepada Malaysia?
Tahu-tahu saja pada Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai lalu.
Aik, tak tahu pun! Ingatkan Malaysia masih berstatuskan darurat hingga ke hari ini.
Pembatalan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen ini bukan saja telah mengejutkan rakyat. Bahkan, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menzahirkan rasa dukacita apabila semua Ordinan Darurat yang telah dimasyurkan itu dibatalkan dengan cara membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka sebagai Ketua Negara; yang bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri berdasarkan Perkara 40 (1) Perlembagaan.
Uh-oh, kira kantoi lah di situ ya?
Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara iaitu Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin pada hari ini, ia berbunyi, “Perkara 150 (2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda.
“(Justeru) Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat.”
Bukan hanya ahli Dewan Raykat saja yang keliru, rasanya seluruh rakyat Malaysia pada waktu ini juga keliru sama ada kita masih dalam perintah Darurat atapun tidak sebenarnya?
Mengikut kata-kata Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Azhar Azizan Harun kelmarin, Takiyuddin dijadualkan memberi penjelasan pada Isnin minggu hadapan. Namun, ia ditentang oleh pihak pembangkang yang menyoal mengapa perlu bazirkan masa dan percanggahan makluman ini harus dijelaskan segera.
Di samping itu, kenyataan dari Istana Negara juga menyampaikan hasrat Seri Paduka agar ahli parlimen memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara pada sesi sidang Parlimen; terutamanya untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi semasa krisis pandemik sekarang.
Kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara ini telah menyebabkan sidang parlimen ditangguhkan pada hari ini hingga jam 2.30 petang ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malang tidak berbau, itulah ungkapan yang boleh menggambarkan situasi mengejut tengahari tadi apabila helikopter terhempas di Taman Melawati, Ampang, Selangor.
Menurut sumber, perlanggaran 2 helikopter yang sedang dipandu uji di udara telah mengorbankan dua orang mangsa. Manakala dua lagi mangsa dimaklumkan cedera ringan.
Mangsa nahas dikenal pasti
Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, mangsa nahas yang meninggal dunia adalah Leftenan Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon, 56, bekas pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pelatih juruterbang iaitu Mohd Irfan Mohamed Rawi.
Bapa Sempat Beri Nasihat
Namun, susulan daripada itu, menerusi Facebook, warganet mulai menyedari sebelum kemalangan maut ini berlaku bapa kepada salah seorang mangsa Mohd Irfan Mohamed Rawi sempat memberi komen dilaman facebook agar anaknya itu berhati-hati.
Salam takziah buat ahli keluarga
Susulan mengetahui hal tersebut, rata-rata warganet telah menitipkan ucapan takziah dan menzahirkan rasa sedih diatas pemergian Allahyarham akibat nahas yang berlaku tadi.
.
Semoga diberikan ketabahan dan ketenangan buatahli keluarga mangsa ekoran nahas helikopter ini . Rasanya tak perlulah kita buat apa-apa spekulasi berkaitan insiden tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
KES tembak pengawal peribadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini mengejutkan ramai. Mensasarkan isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah, lelaki berusia 38 tahun yang menjadi suspek kes berkenaan akhirnya berjaya dicekup.
Warganet sempat ‘selidik’ dan mendapati pasangan itu membuat hantaran yang cukup manis biarpun didakwa sedang di ambang penceraian.
Justeru itu, TikToker yang banyak mengulas kes jenayah dikenali sebagai Faizal Murad berkongsi peringatan buat wanita berhati-hati memilih pasangan terutama lelaki psiko agar perkara yang menimpa isteri suspek dan pengawal peribadinya dapat dihindari.
Menerusi akaun Facebook Farah Cie Alharamain, lelaki itu mendapati pasangan berkenaan tampak bahagia.
“Jika meneliti akaun tersebut banyak hantaran menunjukkan mereka sweet and loving couple. Banyak video-video dan gambar di Makkah.
“SAYA KEEP SCROLLING KERANA INGIN TAHU KENAPA DALAM TEMPOH SANGAT SINGKAT LELAKI ITU BOLEH BERUBAH MENJADI GANAS HINGGA SANGGUP CUBA MENEMBAK ISTERINYA.
“MEMANG NAMPAK NOTHING WRONG,” KATANYA.
Faizal turut menunjukkan beberapa hantaran yang memaparkan mangsa dan suspek berbuka puasa di Makkah,melawati Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan dan membuat permohonan visa.
Bahkan sebuah hantaran yang dibuat beberapa jam sebelum suspek ditangkap. Sebuah video bertarikh 24 Januari 2024 dimuat naik menerusi akaun berkenaan menunjukkan suami isteri itu hendak menunaikan solat di dalam sebuah bilik.
“Hari ini pula, tiba-tiba ada satu hantaran dimuat naik menerusi akaun tersebut yang menunjukkan mereka sweet couple.Timbul persoalan bagaimana video berkenaan dimuat naik sedangkan si isteri sudah hampir ditembak suami sendiri.
“SAYA MENCARI DAN AKHIRNYA MENDAPAT JAWAPAN. RUPANNYA AKAUN FACEBOOK ISTERI SUSPEK FARAH CIE ALHARAMAIN TELAH DIGODAM OLEH SESEORANG SEJAK 19 FEBRUARI 2024.
“Maksudnya ada orang lain post. Siapa sebenarnya yang hack akaun itu hingga tidak menggambarkan situasi sebenar yang berlaku?” ulas Faizal.
Akaun Digodam
Berkongsi tangkap layar pengakuan isteri suspek bahawa akaun berkenaan digodam. Beliau juga menunjukkan suspek telah memberi komen pada hantaran-hantaran berkenaan namun semuanya seolah-olah dipercayai telah dibalas oleh dirinya sendiri.
“Jika benarlah akaun ini digodam oleh suspek, memang ia sangat psiko.
Dalam pada itu, Faizal mengingatkan wanita agar berhati-hati, terutama yang ‘memiliki’ lelaki psiko sebagai teman atau pasangan yang telah menggodam akaun laman sosial agar bertindak.
“BERJAGA-JAGA, BUAT LAPORAN POLIS JIKA AKAUN LAMAN SOSIAL ANDA DIGODAM. MEREKA MUNGKIN BOLEH MELAKUKAN PERKARA-PERKARA DI LUAR JANGKAAN SEPERTI KES-KES SEBELUM INI,” UJARNYA.
LANGKAH MELAPORKAN LAMAN SOSIAL DIGODAM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mencadangkan pemilik akaun membuat laporan kepada pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).
1-Bagi kes penggodaman, orang ramai disaran membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan.
2-Siasatan ke atas aduan penggodaman adalah di bawah bidang kuasa PDRM dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997.
3-Anda digalakkan untuk membuat laporan kepada pengendali laman blog atau web tersebut untuk memaklumkan perkara ini.
4-Kebanyakan laman-laman web menyediakan kemudahan membuat laporan penyalahgunaan termasuk untuk kesalahan penggodaman.
5-Antara langkah yang boleh dilakukan termasuklah memadam akaun terlibat atau disetkan semula kata laluan yang baru dan lebih selamat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.