Dengan kecanggihan teknologi sekarang, sudah tentu banyak kemudahan yang boleh diakses pengguna dengan lebih mudah. Bagi pengguna pengangkutan awam LRT, kalau dahulu kita menggunakan token sebagai ‘pas masuk’ dan kemudiannya pembayaran boleh dibuat melalui kad Touch n Go, kini nampaknya mereka turut dilihat sedang dalam persediaan untuk menerima pembayaran menggunakan kad MyDebit daripada bank tempatan.
Menurut amanz.my, ujian rintis untuknya dijangka akan diumumkan tidak lama lai dan ianya boleh diuji dibeberapa stesen, termasuklah di Wangsa Maju, Lembah Subang dan Pasar Seni.
Namun begitu, garis masa dan kaedah penggunaan teknologi ini masih lagi tidak diketahui dan memandangkan ia menggunakan kad MyDebit, berkemungkinan sistem akan memegang sedikit baki akaun sebelum menolak tambah selepas keluar dari stesen terakhir.
Ads
Rata-rata netizen menyambut baik inisiatif ini dan bersetuju jika pihak LRT memberi kemudahan seperti ini.
Namun begitu, tiada info sepenuhnya berkenaan dengan perkara ini dan diharap agar ia dapat dilaksanakan secepat mungkin. Sama-sama kita tunggu update daripada pihak yang berkenaan.
Setiap kali pelakon popular Korea Selatan, Lee Dong Wook muncul dengan naskah baharu, tidak sukar untuknya menarik penonton daripada pelbagai peringkat umur untuk setia menonton setiap episod tanpa gagal.
Hhm, apa agaknya rahsia di sebalik pengaruh Dong Wook ini selain – of course – bakat lakonannya yang digemari ramai?
Kata Dong Wook sewaktu sidang media drama terbarunya, Bad and Crazy yang kini boleh ditonton di platform penstriman iQiyi, setiap watak yang ditawarkan kepadanya haruslah mempunyai keistimewaan tersendiri dan berlainan daripada watak-watak yang pernah dijayakannya.
Lee Dong Wook bersama Wi Ha Jun semasa sidang media Bad and Crazy. Ihsan Foto : iQIYI Malaysia
Sebagai contoh dalam siri Bad and Crazy, ia menceritakan tentang karakter Dong Wook, Ryu Su Yeol yang merupakan detektif dalam misi mereka untuk menentang isu rasuah dalam kalangan ahli polis. Beraksi di samping Wi Ha Joon, pada awalnya Su Yeol hanya fokus pada keinginan materialistik. Namun setelah berdepan beberapa situasi (no spoilers from us!), dia akhirnya berubah menjadi seorang yang lebih berdedikasi terhadap sistem keadilan dan juga peranan keluarga dalam hidupnya.
Menerusi karakter Su Yeol ini, Dong Wook juga harus membawakan sisi ‘split personality’ yang dihadapinya. Kongsinya, “Karakter ini mengawal tingkah lakunya. Walaupun berdepan cabaran, ia akhirnya memudahkan Su Yeol untuk memilih jalan benar.
“Saya enggan memainkan karakter sama, dalam genre yang sama. Bosanlah begitu, Sebab itu saya suka mencabar diri memainkan karakter berbeza setiap masa; sambil mempelajar perkara baru yang membuat saya puas.
“Untuk kekal menjadi ikutan bukan mudah. Tiada rahsia kecuali keikhlasan saya terhadap kerja (sebagai pelakon). Saya tidak mahu cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Saya bernasib baik kerana penggiat industri dan peminat saya menyukai sisi diri saya itu, ia juga penyebab saya berada di masa saya ada sekarang.”
Lee Dong Wook ingin memberikan yang terbaik dalam setiap projek yang disertainya. Ihsan Foto : iQIYI Malaysia
“Peminat saya sering menggesa saya untuk ‘take things easy’ tapi dengan bekerja keras dan terus-menerus mencabar kemampuan diri inilah yang membuatkan saya gembira dengan kehidupan sekarang,” katanya dalam sidang media tersebut.
Menerusi Bad and Crazy juga, Dong Wook berdepan banyak babak melibatkannya. Bayangkan sajalah, dia muncul dalam 80 peratus babak pada setiap episod. Ia sekaligus memerlukannya berada di set untuk tempoh paling lama berbanding pelakon dan kru yang ada.
Biarpun perkara tersebut memberikannya cabaran (selain perlu menghafal gerak-geri aksi menembak), Dong Wook tetap profesional atas dasar minat mendalam untuk seni lakonan.
Haa bukan mudah tau untuk berjaya hingga ke tahap Dong Wook. Di sebalik sisi glamor yang selalu dikaitkan dengannya, hanya dia yang mengerti jerih perih yang terpaksa dilalui.
Tonton 12 buah episod Bad & Crazy menerusi platform iQIYI hari ini. Selain Lee Dong Wook, Bad & Crazy turut dibintangi oleh Wi Ha Jun (Squid Game), Han Ji-eun (Be Melodramatic) dan Cha Hak Yeon (ahli kumpulan VIXX).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial yang juga anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B meraih perhatian warganet apabila meraikan ibunya pada Hari Bapa, baru-baru ini.
Menitipkan dedikasi teristimewa buat ibu tercinta yang selama ini membesarkan mereka, Cik B berkata ibunya layak diraikan kerana telah melakukan tugas sebagai seorang bapa selama ini.
Video yang meraih lebih sejuta juta tontonan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tertanya-tanya keberadaan bapa kandung Cik B.
Tidak kurang juga berpendapat DSV memang layak diraikan pada Hari Bapa kerana telah membesarkan anak-anaknya dengan baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pernah tak semasa naik kapal terbang, berlaku goncangan yang kuat ketika pesawat melanggar awan tebal sehingga kita merasakan seolah-olah kapal terbang dinaiki akan terhempas.
Biasanya juruterbang akan mengumumkan agar semua penumpang memakai tali pinggang masing-masing dan duduk di kerusi bagi mengelakkan kecederaan berlaku.
Goncangan udara atau disebut turbulence ini pastinya membuatkan ramai penumpang panik kerana dalam tragedi nahas udara, jarang mangsa terselamat bila berada di atas 30,000 kaki berdasarkan tragedi-tragedi nahas udara sebelum ini.
Sebelum ramai panik dan kecut perut untuk menaiki kapal terbang, ini 9 fakta tentang turbulence yang kaki melancong kena tahu.
Ramai panik saat pesawat terlanggar awan hingga mengakibatkan goncangan kuat
1- Umumnya turbulence tak bahaya pun : Kadang-kala turbulence berlaku dalam penerbangan dan pastinya saat mengalaminya, ramai penumpang berasa takut dan berasa tidak selesa. Ada berbagai tingkat dan jenis turbulence yang disebabkan oleh sejumlah faktor . Ini kerana di langit, ada arus naik dan turun, arus termal termasuk Clear Air Turbulence (CAT) atau dalam bahasa mudahnya, turbulence udara cerah yang mana faktor ini berlaku dari kecepatan dan arah angin yang berubah dengan cepat.
Cedera akibat turbulence berlaku tapi sangat jarang : Federal Aviation Administration menyatakan sekitar 58 penumpang pesawat alami luka akibat turbulence setiap tahun. 2/3 jumlah itu adalah pramugari dan penumpang yang tidak memakai tali pinggang saat turbulence berlaku. Ikut kiraan kes hanya 20 orang dari 800 juta penumpang yang terbang di Amerika Syarikat alami luka khususnya pada ketinggian 30,000 kaki atau lebih di udara.
Pilot biasanya tahu turbulence akan berlaku : Dalam banyak kes, pilot biasa sudah dapat mengagak akan berlakunya gejolak udara di depan mereka. Sebab itulah tanda memasang tali pinggang diberi lebih dahulu agar penumpang lebih bersedia. Pilot mengetahui hal ini kerana laporan cuaca sebelum penerbangan, radar kokpit dan laporan dari pesawat yang sudah melalui kawasan turbulence.
Namun ada fenomena Clear Air Turbulence : Turbulence udara cerah adalah turbulence paling berbahaya. Ini kerana fenomena ini berlaku di langit tidak berawam dengan pemandangan yang sempurna. Masa yang sama, CAT ini tiada tanda-tanda dan kebanyakan kecederaan adalah disebabkan oleh CAT ini.
Di dalam penerbangan ada ketikanya cuaca tidak terjangka dan penumpang harus bersedia dengan semua kemungkinan
Frekuensi turbulence udara cerah semakin meningkat : Memandangkan pemanasan global semakin berlaku, frekuensi atau kekerapan untuk terjadinya turbulence udara cerah semakin meningkat. Para ilmuan berpendapat, keadaan dunia pada masa kini meningkatkan risiko ini berlaku dua kali ganda dari sebelumnya.
Turbulence tidak akan sebabkan pesawat terhempas :- Satu hal yang perlu difahami, turbulence tidak akan mengakibatkan pesawat jatuh terhempas. Goncangan kuat berlaku tapi tak akan sampai buat pesawat terjatuh ya. Ini kerana kapal terbang telah dilengkapi sistem yang lengkap untuk apa jua cuaca dan keadaan.
Juruterbang sudah dilatih menghadapi turbulent : Untuk mencegah atau menghadapi turbulence, juruterbang telah dilatih untuk mempelajari keadaan cuaca, membuat perencaan tepat, memilih route perjalanan yang tepat dan tahu bagaimana untuk menenangkan penumpang yang cemas saat berlaku kejadian ini.
Perhatikan tanda pemakaian tali pinggang : Ramai ambil sikap tidak pedulikan saat tanda pemakaian tanda tali pinggang terpancar. Ramai ambil remeh dan menganggap tidak penting. Seharusnya penumpang harus peka dengan semua situasi dalam pesawat.
Ada teknologi membantu pesawat hindari turbulence : Sejumlah kapal terbang sedang menguji teknologi canggih yang dapat membantu pesawat menghindari turbulence dengan menggunakan laser ultraviolet dengan menguji getaran udara di depan pesawat.
Jadi jangan bimbang yang tentang turbulence kerana ianya tidak berbahaya jika kita mengikut arahan seperti memakai tali pinggang saat disarankan memakainya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...