Alhamdulillah, akhirnya warga kota boleh menarik nafas lega apabila perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya telah kembali beroperasi sepenuhnya mulai 6 pagi (14 November) sejak penggantungan  pada petang Selasa minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : Warganet Anggap Waktu Menunggu 12 Minit Di Stesen LRT, MRT & Monorel Tidak Realistik

LRT Laluan Kelana Jaya Kembali Beroperasi, Ini Tiga Pampasan Korang Boleh ‘Claim’
Foto Via thesundaily.com

Perkhidmatan ini juga beroperasi dua hari lebih awal daripada yang telah dijadualkan setelah mendapat kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).Hal ini diumumkan laman rasmi Twitter @AskRapidKL.

Pampasan Percuma

Untuk pengetahuan semua, pihak Rapid KL turut mengumumkan pemberian pampasan percuma kepada pengguna laluan yang terjejas sepanjang tempoh penutupan tersebut. Mereka yang terlibat terbahagi kepada tiga golongan iaitu pengguna My50, Touch ‘n Go dan token.

Pengguna My50

LRT Laluan Kelana Jaya Kembali Beroperasi, Ini Tiga Pampasan Korang Boleh ‘Claim’

Bagi pengguna My50, golongan ini akan diberikan tambahan perjalanan selama tujuh hari apabila memperbaharui pas My50 bermula 21 November hingga 20 Disember 2022. Golongan ini juga diarahkan untuk ke Pejabat Khidmat Pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT untuk membuat pengesahan.

IKLAN

Selain itu, pelanggan pas My50 yang mempunyai tamat tempoh antara Isnin 14 November hingga Ahad 20 November 2022 boleh menggunakan pas seperti biasa tanpa sebarang caj.

Tetapi, pastikan nilai baki minima sekurang-kurangnya RM5.00 dikekalkan di dalam pas.

Pengguna Kad Touch ‘n Go

LRT Laluan Kelana Jaya Kembali Beroperasi, Ini Tiga Pampasan Korang Boleh ‘Claim’

Bagi pengguna kad Touch ‘n Go (TNG) yang menggunakan perkhidmatan Laluan Kelana Jaya, mereka boleh menggunakan kad seperti biasa tanpa sebarang caj.

Pampasan percuma ini boleh digunakan antara Isnin, 14 November hingga Ahad, 20 November 2022 dengan syarat destinasi mula atau akhir dalam di mana-mana stesen Laluan Kelana Jaya.

IKLAN

Diperingatkan juga, baki minimum dalam kad tersebut haruslah sekurang-kurangnya RM5.00 dan dikekalkan di dalam pas.

Pengguna Token

LRT Laluan Kelana Jaya Kembali Beroperasi, Ini Tiga Pampasan Korang Boleh ‘Claim’

Pengguna token pula, semua pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini akan layak menikmati tambang percuma dari Isnin, 14 November sehingga Ahad, 20 November.

Bagaimanapun, pengguna perlu mendapatkan token di mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala iaitu dengan syarat destinasi mula atau akhir adalah di mana-mana stesen Laluan Kelana Jaya.

IKLAN

Jangan lupa pula nak claim pampasan percuma ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Pengguna Bakal Boleh Membayar Tambang LRT Guna Kad Bank MyDebit

Sumber : Twitter @AskRapidKL.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI