Siapa tidak kenal dengan filem-filem seram Barat seperti siri The Conjuring, siri Anabelle dan The Nun? Jikalau tidak meraung sewaktu berada di pawagam, pastinya korang akan dihantui dengan mimpi malam yang dasyat.
Tidak lama lagi, korang boleh merasai sendiri perasaan watak dalam filem-filem seram berkenaan di hadapan mata apabila Malaysia bakal menjadi lokasi persinggahan jelajah seram ‘The Conjuring Universe Tour’.
Bertempat di pusat beli-belah The Curve di Mutiara Damansara, The Conjuring Universe Tour menjanjikan penggambaran menggerunkan bermula 26 Ogos ini sehingga 19 November nanti dengan set ngeri yang diinspirasikan oleh adegan ikonik daripada The Conjuring, Annabelle dan The Nun.
Menariknya, Malaysia merupakan destinasi pertama yang dikunjungi mereka! Oleh itu, keterujaan orang ramai pastinya dapat dirasai menghampiri tarikh pembukaannya nanti.
Khabarnya, jelajah yang dibawakan Warner Bros. Discovery Global Themed Entertainment dengan rakan kongsi AM PM (NK) serta Ace Media Network akan menempatkan 20 zon berbeza dan pengunjung perlu melalui perjalanan interaktif yang penuh dengan kejutan.
Ads
Di antara set yang dihidupkan semula termasuklah The Carta Monastery daripada filem The Nun, The Warren’s Artifact Room daripada filem The Conjuring dan Annabelle Comes Home.
Carta Monastery
The Perron’s House
Ads
Pintu Masuk Utama The Conjuring Experience Tour
Juga daripada filem The Conjuring, penganjur bakal menempatkan sebuah replika pokok ikonik setingga lima meter yang pernah korang lihat pada poster filem tersebut. Yang pasti, di kesemua zon ini korang akan dapat melihat paparan kejadian paranormal yang diadaptasi daripda sinematografi filem. Haa, jangan korang pula merasai kuasa paranormal di situ, sudahlah! Hehe..
Menurut penganjur, tiket ke The Conjuring Universer Tour ini akan dijual pada kadar berbeza mengikut waktu siang dan malam serta mengikut hari bekerja mahupun malam minggu. Yang pasti, ia dijual pada harga yang mampu dibeli iaitu dari serendah RM80 sehingga RM110. Kalau korang inginkan pakej lawatan berkumpulan untuk maksiumum 12 orang pun ada!
Bagi yang ingin menikmati diskaun pula, jangan lupa dapatkan tikat masuk yang mula dijual pada 1 Ogos ini.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tidak kenal dengan watak Upin & Ipin, sejak muncul di televisyen lebih satu abad, ia muncul sebagai siri animasi yang menjadi hiburan selain sebagai mendidik anak-anak.
Diterbitkan oleh Les’ Copaque, siri animasi yang berlatarkan suasana kampung serba santai diminati seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
Baru-baru ini, YouTube Les’ Copaque muncul sebagai saluran yang berjaya menjana pendapatan tertinggi di negara sejak diperkenalkan.
Menurut senarai yang terbitkan oleh CashNetUSA, saluran YouTube tersebut telah berjaya menjana pendapatan sebanyak $16.73 juta (RM71 juta).
Ia sekali gus menjadikan syarikat berkenaan yang juga pengeluar animasi Upin & Ipin antara lima saluran paling menguntungkan di Asia Pasifik.
Selain itu, menurut Saving Spot, saluran YouTube paling menguntungkan ketika ini adalah kandungan yang menyasarkan golongan kanak-kanak. Berdasarkan senarai itu juga, rancangan kanak-kanak Didi & Friends turut berjaya menjana $10.56 juta (RM45 juta) setakat ini.
Sekadar informasi, Les’ Copaque telah ditubuhkan pada Disember 2005 dan merupakan salah satu produksi terkemuka dalam industri animasi tempatan dengan penciptaan Upin & Ipin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rintihan rakyat agar waktu operasi restoran, kafe dan perkhidmatan penghantaran makanan agar ia dilanjut hingga jam 10 malam akhirnya didengari oleh pihak berkuasa.
Dalam sidang media yang dilakukan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau sedar isu ini telah tular di media sosial sejak 4 hari lalu.
Malah, ada juga rakyat yang menghantar komen dan mesej di nombor WhatsApp dan akaun Instagram beliau agar waktu operasi kedai makan dikaji semula.
“Kita faham ramai yang mengatakan terlalu awal (kafe dan restoran) ditutup kerana lewat sampai ke rumah dari tempat kerja. Jadi mereka tidak sempat hendak membeli makanan.
“Kita juga mendengar rintihan daripada peniaga makanan terutamanya peniaga yang popular di waktu malam seperti burger, sate dan sebagainya. Kebanyakan pelanggan mereka mula (datang) selepas waktu Maghrib dan Isya’. Kita dengar dari pandangan pembeli dan peniaga.
“Sehubungan itu selepas mengadakan perbincangan, saya ingin mengumumkan bahawa kami bersetuju melanjutkan operasi kedai makan sehingga jam 10 malam bermula esok (22 Januari).
“Bagaimanapun, dine in atau makan di dalam kedai masih tidak dibenarkan. Peraturan masih kekal untuk makanan hanya dibawa pulang.
“Tempoh masa yang sama juga dibuka kepada food deliver sehingga jam 10 malam,” jelas beliau.
Nasib baiklah ia dikaji semula. Ramai sudah tak larat nak puasa pada sebelah malam, hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penghijrahan isteri kepada penyanyi Noh Hujan, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman memberikan impak positif bukan hanya kepada kehidupan mereka, malah menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat sekeliling.
Bukan hanya berubah dengan penampilannya yang menutup aurat dengan sempurna, Mizz Nina juga terus melupakan karier nyanyiannya dan lebih fokus melakukan misi bantuan kemanusiaan dan kegiatan berdakwah.
Terbaru, personaliti ini telah melancarkan sebuah aplikasi Islamik yang dikenali sebagai Qalby App dengan tagline ‘Ignite Your Heart with The Light of Iman’, iaitu Nyalakan Hati Anda Dengan Cahaya Iman. Qalby membawa maksud ‘Hati Saya’ dan inspirasi untuk menghasilkan Qalby App ini adalah ketika Mizz Nina menghadiri kelas tafsir Ta’leem Al-Quran di Alhudaonline pada penghujung tahun 2018.
Aplikasi ini memaparkan ciri-ciri seperti waktu solat, qiblat, doa journal dan paling penting, pengguna juga boleh mengakses e-AlQuran versi teks dan juga audio.
Waktu solatDoa harian
Selepas ini, korang tidak perlu membuka dua, tiga aplikasi untuk merujuk atau belajar Al-Quran kerana boleh dikatakan Qalby App ini sudah cukup lengkap mengandungi semua info yang kita boleh gunakan.
Dengan inisiatif yang dilakukan oleh Mizz Nina ini, semoga ia dapat memberi manfaat buat seluruh masyarakat Islam di dunia.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.