Esma Daniel merupakan pemenang Hero Remaja pertama yang dipilih oleh Majalah Remaja sekitar tahun 1990/1991 yang lalu. Kini, personaliti ini sudah pun bergelar sebagai seorang pelakon dan pengarah di Malaysia.
Mengakui zamannya dahulu tidak seperti finalis-finalis Hero Remaja sekarang, Esma Daniel turut berkongsi pengalaman bersama kami dalam mengimbau kenangan yang telah berlalu kira-kira lebih kurang 30 tahun dulu.
“Mula-mula saya sendiri tidak tahu apa itu Hero Remaja. Cuma dipanggil oleh pihak Karangkraf untuk menjadi wajah penghias kulit pada waktu itu. Kami dinilai melalui sesi fotografi dan juga undian daripada peminat,”
Ads
“Pada ketika itu saya rasa seperti underdog dan tidak akan terpilih kerana pada ketika itu ramai nama-nama besar seperti Badrul Muhayat dan Azhar Sulaiman turut serta dalam pencarian Hero Remaja ketika itu. Waktu itu mereka sudah pun seorang pelakon, tetapi saya baru sahaja menceburkan diri dalam bidang TV komersil,”
“Alhamdulillah selepas saya dinobatkan sebagai juara Hero Remaja, disitulah bermulanya perjalanan seni saya sebagai ‘Esma Daniel’, jelasnya.
Tidak dinafikan 30 tahun yang lalu, selebriti Malaysia harus berusaha keras untuk membuatkan nama mereka dikenali, dan bukannya seperti hari ini, ia jauh lebih mudah kerana telah mempunyai media sosial.
Ads
“Selepas memenangi gelaran tersebut, proses pertama adalah untuk membuat nama saya dikenali dan mendapat peminat. Jadi, saya menggunakan platform ini sebaik mungkin.
Dalam proses 30 tahun ini, saya melalui proses yang mana mereka melihat saya sebagai ‘Esma Daniel’, walaupun nama sebenar saya adalah Esma Dainal,” tambahnya lagi.
Ads
Jika mahu dibandingkan dengan finalis lain ketika itu, iaitu Badrul Muhayat dan Azhar Sulaiman, nampaknya hanya Esma Daniel sahaja yang masih aktif di dalam industri seni sejak 30 tahun yang lalu. Kejayaan itu membawa namanya sehingga hari ini dan diharap agar finalis-finalis Hero Remaja 2020 juga dapat mengikut jejak langkah dan kejayaan abang Esma Daniel ini.
Jangan lupa saksikan finale Hero Remaja 2020 yang bakal bersiaran di Astro Ria dan Ria HD pada 16 Julai 2020, jam 9 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa apa-apa ‘hint’ atau petunjuk, pelakon & finalis Hero Remaja 2011/12 Fendy Bakry selamat diijabkabulkan bersama gadis pilihannya, semalam.
Besar kemungkinan disebabkan oleh musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Fendy dan pasangan enggan melangsungkan majlis pada skala besar dan hanya menyertakan ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.
Menariknya, Fendy masih merahsiakan siapakah isterinya itu. Muka pun tak tunjuk lagi! Amboi.. sorok eh.
.
Catat Fendy di Instagram-nya, “Terima kasih kepada adik-beradik semua yang datang ke majlis kecil kami. InsyaAllah majlis resepsi akan menyusul kelak.
“Buat masa ini abam mewajibkan yang mana perlu didahulukan. Jangan risau, akan abang jemput media dan kawan-kawan yang selalu support abang. Tak ada RSVP okay.
.
Apapun, REMAJA ucapkan tahniah kepada Fendy dan pasangan. Semoga segala persediaan menjelang majlis resepsi kelak akan berjalan dengan lancar.
Berita pemergian aktor berbakat Asyraf Sinclair akibat serangan jantung pada usia 40 tahun hari ini cukup mengejutkan. Diberitakan arwah meninggal pada jam 4.51 pagi di Rumah Sakit MMC Kuningan, Jakarta.
Dalam pada itu, ramai rakan artis turut terkejut dan mengucapkan salam takziah di atas pemergian Ashraf yang agak mengejutkan. Mula mencipta nama dalam industri selepas menyertai pertandingan Hero Remaja pada tahun 1997, Ashraf yang mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut terus mencipta nama sementelah jodohnya bersama Bunga Cinta Lestari yang juga penyanyi popular Indonesia.
Remaja sempat menemuramah Wan Shahlim Wan Abdul Wahab, 43 yang juga rakan seperjuangan Ashraf kerana mereka bersama-sama menyertai Pertandingan Hero Remaja tahun yang sama.
Namun rezeki menyebelahi Wan Shahlim apabila terpilih sebagai juara pertandingan dan terkini beliau meneruskan bakat dalam bidang pengiklanan tv komersial selain berada di belakang tabir untuk production.
Menurut Shahlim, berita pemergian arwah Ashraf sangat mengejutkan. Malah dia mendapat berita tersebut selepas dimaklumkan oleh isterinya.
“Memang tak sangka dan ia berita yang sangat menyedihkan. Ikutkan selepas pertandingan berakhir, beberapa kali juga kami bertemu ketika kerja-kerja modeling dan selepas itu banyak bawa haluan masing-masing. Ketika itu arwah belajar di UiTM Perlis sementara saya pula di UiTM Melaka dan tukar ke Shah Alam. Kalau jumpa pun masa tengah shoting. Mungkin masa tu nama masing-masing baru nak dikenali. Tapi arwah memang baik orangnya dan suka tersenyum.
“Tapi saya agak rapat dengan adiknya, Adam kerana kami bekerja di production yang sama. Ada beberapa job dibuat dan saya mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarganya di atas pemergian tidak terjangka ini,”kata Shahlim yang banyak terlibat dalam iklan tv komersial dan production.
Al-Fatihah (dengan bacaan untuk arwah Ashraf). Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
HANYA SEGELINTIR SELEBRITI TANAH AIR KELAHIRAN PENCARIAN HERO REMAJA SEPANJANG 31 TAHUN PENGANJURANNYA YANG BERANI MEMILIH BIDANG NYANYIAN SEBAGAI PUNCA REZEKI UTAMA. MELIHAT KE ARAH ‘KEKOSONGAN’ SLOT TERSEBUT, IA TELAH MENYEMARAKKAN LAGI SEMANGAT AFIQ HAMIDON UNTUK CUBA MENGORAK LANGKAH KE CABANG MUZIKAL.
KONSEP & ARAHAN SENI FZ AIMMAN, MUSTAIZZAH MOKHTAR & AZNIZA AZIZ TEKS NOOR AIN NORMAN EDITORFZ AIMMAN FOTOREMY OTHMAN PEM. FOTO JAZLAN NANGAR SUNTINGAN FOTO HEZRY LOKMAN SOLEKANHELMY SHARIP DANDANAN FAIZAL AZHAR KLIP VIDEO SHERFIQA SHARIDAN BUSANAUNIQLO U FW 2021 AKSESORIPANDORA
Afiq Hamidon menghiasai salah satu muka hadapan Majalah Remaja Digital edisi November 2021. FOTO Remy Othman / Ideaktiv
Seminggu berada di kedudukan dua finalis terbawah tetapi kembali meloncat menduduki empat kedudukan terakhir pencarian Hero Remaja 2021. Begitulah perjalanan remaja berusia 20 tahun, Afiq Hamidon yang cukup unpredictable dalam percubaan pertamanya untuk menapak dalam industri kreatif di Malaysia.
Afiq berasal daripada latar belakang keluarga yang cukup aktif bersukan dan mementingkan perkembangan skil lain dalam kalangan anak-anak mereka di luar skop pendidikan formal di sekolah. Sebagai contoh, Afiq yang melibatkan diri dalam sukan tenis dan renang pernah mewakili sekolahnya dan ia tidak terhenti di situ saja. Dia turut diberika peluang untuk mempelajari pelbagai instrumen muzik sebagai aktiviti tambahan harian di rumah.
Lantas, Afiq sudah terbiasa dengan rutin harian yang padat sejak usia belasan tahun dan ia sedikit sebanyak membantu soal adaptasinya sewaktu menyertai pencarian Hero Remaja 2021 yang baru saja melabuhkan tirainya, tempoh hari.
Afiq Hamidon menyarungkan, jaket & top labuh daripada koleksi Uniqlo U Fall/Winter 2021. Aksesori pula daripada Pandora. FOTO Remy Othman / Ideaktiv
“Saya bersyukur kerana berjaya menamatkan perjalanan dalam Hero Remaja 2021 dan berpuas hati dengan kedudukan keempat yang diterima pada malam finale. Jujurnya, saya sendiri tidak menjangkakan mampu meneruskan perjuangan hingga ke garisan terakhir. Lagi pula saya pernah menduduki kedudukan di bawah semasa episod enam di mana kami perlu melakukan cabaran pengacaraan,” luah Afiq.
Sebagai salah seorang finalis termuda bagi edisi kali ini, Afiq beranggapan perjalanan ke arah menjadi seorang anak seni masih jauh untuk diteroka. Faktor usia itu langsung tidak dijadikan sebagai tembok penghalang untuknya berfikiran jauh. Pengalaman semasa bersaing dengan 11 lagi peserta lain sepanjang 11 bulan itu sebaliknya telah menggalakkan lagi Afiq untuk percaya kepada keupayaan diri sendiri jika ingin dibandingkan sewaktu beraksi di episod prelude dahulu.
“Pada peringkat awal itu, saya terlalu mentah dan memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri. Di antara kami semua, mungkin sayalah yang tidak mempunyai sebarang tunjuk ajar dalam dunia seni sebelum terpilih bagi pencarian Hero Remaja 2021. Perlahan-lahan saya bina keyakinan dan mulai selesa di hadapan kamera apabila kami dikerah dalam cabaran fizikal.
“Rasa gementar itu mulai hilang dan berganti dengan adrenalin untuk menantikan apakah cabaran sukar seterusnya.”
“Tipulah kalau saya kata tidak pernah merasa ‘down’ sepanjang bertanding. Sebagai seorang peserta, saya sendiri menyaksikan sejauh mana saya berdiri berbanding rakan-rakan yang lain. Ada ketika sewaktu saya diletakkan sebagai antara peserta berisiko untuk pulang meninggalkan yang lain, saya asyik memikirkan kelemahan dalam diri sendiri dan khuatir jika tidak mampu menggalas cabaran seterusnya.
“Perasaan tersebut jelas saya rasai sewaktu episod kelima sewaktu saya perlu bermonolog dengan ekspresi sedih. Sebagai pendatang baharu, bukan mudah untuk terus ‘menangkap’ mood dan hingga kini, saya masih cuba untuk memperbaiki teknik lakonan agar lebih bersedia dari sudut emosi,” luah Afiq.
Solekan oleh Helmy Sharip manakala dandanan rambut oleh Faizal Azhar. FOTO Remy Othman / Ideaktiv
Menariknya, Afiq yang mempunyai kelebihan bermain alat muzik kini sedang merancang untuk menghasilkan projek kolaboratif dua lagi finalis Hero Remaja 2021 iaitu Amir Ahnad dan Ideen Azman bagi menghasilkan single mereka bertiga.
“Dengan adanya studio rakaman di rumah dan sedikit skil menghasilkan lagu oleh kami bertiga; InsyaAllah jika diberi peluang untuk mengeksplorasi lagi dunia muzik, kami ingin menerbitkan sebuah lagu bersama untuk kami lancarkan tidak lama lagi.
“Idea yang kami ingin bawakan ini sedikit berbeza kerana tidak begitu ramai daripada produk kelahiran Hero Remaja yang pernah berkecimpung dalam bidang muzik melainkan abang Norman Hakim, Fattah Amin dan baru-baru ini, Meerqeen. Oleh itu, kami berharap dapat meluaskan lagi potensi kami menerusi cabang nyanyian dan penghasilan muzik,” kongsinya yang berkebolehan bermain piano, gitar dan drum.
Afiq Hamidon memilih Wani Kayrie sebagai pelakon pengiring di pentas finale. FOTO Azfarina Sulaiman / Ideaktiv
“Saya ingin meneroka sebanyak mungkin peluang dalam industri seni biarpun fokus saya perlu dibahagikan dengan pendidikan dalam jurusan ‘aviation’ buat masa ini. Berbekalkan minat dalam bidang muzik dan peragaan, saya bagaimanapun tidak menolak sekiranya ditawarkan untuk berlakon.”
“Sebagai pendatang baharu, bukan mudah untuk terus ‘menangkap’ mood semasa berlakon.” – Afiq Hamidon. FOTO Remy Othman / Ideaktiv
Sebaik saja menamatkan aksinya dalam pencarian Hero Remaja 2021, Afiq kini menetapkan misi untuk menapak sebagai seorang anak seni yang versatil. Enggan sekali melihat momentumnya terhenti setakat di pentas finale saja, mahasiswa di sebuah akademi penerbangan ini sudahpun mempunyai perancangan untuk fasa seterusnya.
“Rugi sekiranya platform yang sudah disediakan oleh Hero Remaja ini tidak saya gunakan sepenuhnya. Berbekalkan minat dalam bidang muzik dan peragaan, saya bagaimanapun tidak menolak sekiranya ditawarkan untuk berlakon.”
Ini bukanlah kali terakhir anda akan menyaksikan kelibat Afiq Hamidon. Dengan pakej rupa paras yang eksotik dan ketinggian yang ideal, tidak mustahil Afiq akan perlahan-lahan mencorak langkah yang tidak pernah lagi dicuba oleh finalis Hero Remaja sebelum ini.
“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua orang yang tidak putus-putus memberikan semangat kepada saya ssejak awal hinggalah sekarang walaupun Hero Remaja 2021 telah tamat. Terima kasih yang tak terhingga buat keluarga saya dan kelab peminat yang sentiasa ada bersama-sama dalam journey ini,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang...