Siri terbaharu Netflix berjudul ‘Wednesday’ telah memecah rekod dengan jumlah tontonan paling tinggi dalam masa seminggu untuk kategori siri Netflix Bahasa Inggeris.
Siri komedi seram ini juga sekaligus telah mendapat kedudukan yang pertama sepanjang minggu pertama ia dikeluarkan dalam Netflix dan telah menewaskan rekod siri Stranger Things 4.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, mengikut cerita-cerita lama, Addams Family sejak versi yang pertama, watak-watak setiap ahli keluarga Addams memang dikenali dengan karakter mereka yang pelik dan seram.
Tidak kurang sama naik dengan ‘rating’ siri tersebut, pelakon Jenna Ortega yang membintangi Wednesday ini juga berjaya menambat hati para penonton.
Ini antara fakta-fakta menarik tentang pelakon Jenna Ortega yang semakin menjadi ‘perbualan’ hangat orang ramai di media sosial pada waktu ini.
01
Jenna atau nama sebenarnya Jenna Marie Ortega baru berusia 20 tahun. Dia dilahirkan pada tanggal 27 September 2002 di Coachella Valley, California, Amerika Syarikat.
Ads
02
Jenna menyertai uji bakat untuk watak Wednesday hanya menerusi aplikasi Zoom kerana dia masih lagi berada di New Zealand pada waktu itu bagi menjalani penggambaran filem seram pembunuhan berjudul X.
03
Pertama kali gadis manis ini membuat penampilan dalam dunia lakonan adalah menerusi filem Marvel Iron Man 3 dengan memegang watak sampingan sebagai anak perempuan kepada Naib Presiden yang telah berkomplot dengan watak antagonis. Menariknya, pada waktu itu, Jenna baru menjangkau usia 11 tahun.
04
Jenna telah meraih pengikut yang mendadak di Instagram sejak membintangi siri drama tersebut. Hanya dalam tempoh 10 hari selepas siri itu ditayangkan, pengikut Instagram pelakon itu bertambah 10 juta dalam tempoh tersebut.
Sebelum siri itu disiarkan pada 23 November lalu, pengikut Instagram Jenna hanya 9.4 juta namun melonjak kepada 19.4 juta pada Sabtu lalu dan melepasi angka 20 juta sehari kemudian.
Ads
05
Watak guru wanita bernama Marilyn Thornhill dalam siri Wednesday ini dilakonkan oleh aktres Christina Ricci. Seperkara harus diketahui, Christina merupakan pemegang watak Wednesday dalam filem The Addams Family (1991) dan Addams Family Values (1993).
Jenna dan Christina saling bantu-membantu antara satu sama lain sepanjang penggambaran siri berkenaan namun kedua-duanya tidak pernah berbicara tentang watak Wednesday di antara mereka.
06
Karakter anak perempuan dalam keluarga Addams itu telah menjadi tumpuan ramai di serata media sosial terutama tarian Jenna dalam siri tersebut. Menariknya, tarian berkenaan adalah hasil koreografinya sendiri. Tarian itu telah menjadi trend di Tik Tok dan semakin ramai kongsikan diri mereka menari tarian hasil rekaan Jenna.
Ads
Ramai Generasi Z yang mengikuti siri drama berkenaan, kini bergaya dan berpakaian ala Wednesday. Maka, ia menjadi pilihan yang tepat untuk memilih Jenna Ortega sebagai Wednesday Addams dalam siri terbaharu itu kerana lakonannya dipuji ramai sehingga kini.
Selain itu, bagi mendalami karakter sebagai Wednesday, Jenna telah mempelajari cara bermain selo selama dua bulan sebelum penggambaran naskhah berkenaan bermula.
07
Ini antara senarai filem yang pernah Jenna bintangi sepanjang kariernya sebagai anak seni:
Iron Man 3 (2013), Insidious Chapter 2 (2013), The Little Rascals Save The Day (2014), After Words (2015), Saving Flora (2018), Wym (2019), The Baby Sitter : Killer Queen (2020), Yes Day (2021), The Fall Out (2021), Scream (2022), Studio 666 (2022), X (2022), American Carnage (2022)dan Scream 6 (2022).
ARTIKEL BERKAITAN :
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tahukah kamu bahawa dunia perniagaan di retail store di Amerika Syarikat dan Eropah kini semakin mengecil dan tidak mendapat sambutan? Mengapa perkara ini berlaku?
Ini kerana kuasa membeli generasi baru kini lebih terarah kepada pembelian secara talian atau online shopping. Pada masa kini, bukan sahaja pelbagai jenis barangan yang ditawarkan dalam talian malah segala macam servis juga boleh dibeli dan dipesan menerusi telefon pintar sahaja.
Uniknya berbelanja secara online, kamu kadangkala tidak mendapat maklumat selengkapnya tentang barangan yang ditawarkan. Dan disebabkan risiko inilah ada orang yang terpedaya dengan iklan jualan yang mereka lihat di Internet.
Lain yang dijangka, lain pula yang dapat. Nak salahkan siapa? Mungkin salah sendiri sebab tak semak laman sesawang atau info lengkap produk atau ia adalah salah satu bentuk penipuan?
10 orang di bawah ini telah mendapat pengajaran yang besar. JANGAN SESEKALI BERBELANJA TANPA USUL-PERIKSA DENGAN LANJUT!
1. Ini permaidani ke sarung tangan? LOL
2. Dalam gambar bukan main cantik lagi rekaannya. Hehe
Siapa je tak kenal dengan karakter Spider-Man yang menjadi ikon syarikat komik gergasi dunia, Marvel. Karakter yang dicipta oleh Stan Lee dan Steve Ditko ini menjadi antara watak komik paling popular pernah diperkenalkan.
Maka tak hairanlah pelbagai variasi karakter Spider-Man menerusi komik, animasi, siri TV dan juga filem telah diperkenalkan kepada peminat.
Kebiasaannya kita hanya melihat watak Peter Parker yang menjadi Spider-Man di dalam filem. Tapi tahukah korang bahawa di dalam komik dan juga beberapa siri animasi terdapat pelbagai variasi karakter yang menjadi Spider-Man dengan universe berbeza?
Itulah yang bakal kita tonton di dalam filem terbaru ‘Spider-Man:Into teh Spider-Verse’. Filem terbaru ini dipersembahkan kepada penonton di dalam bentuk animasi komputer berdasarkan karakter Miles Morales yang menjadi Spider-Man. Menariknya di dalam filem ini terdapat lima lagi Spider-Man daripada ‘Spider-Verse’ berbeza turut melakukan kemunculan.
Jom kita lihat kesemua ‘Spider-people’ yang muncul di dalam filem ini berdasarkam trailernya.
PETER PARKER – SPIDER-MAN
Spider-Man yang telah kita kenal sejak zaman-berzaman ini turut muncul di dalam filem ‘Spider-Man: Into The Verse’. Menerusi filem ini, Peter kelihatan sebagai seorang lelaki dewasa yang mungkin dalam usia 40-an. Karakter ini juga dipercayai datang dari kesinambungan ‘Spider-Man 3’ yang dilakonkan oleh Tobey Maguire dahulu.
MILES MORALES – ULTIMATE SPIDER-MAN
Karakter utama di dalam filem ‘Spider-Man: Into The Verse’, Miles Morales merupakan seorang remaja yang mempunyai cita-cita tinggi dan mengidolakan Spider-Man. Sebagai protagonis, filem ini membawa pengembaraan Miles dalam mencari identiti barunya sebagai seorang superhero.
GWEN STACY AKA SPIDER-GWEN
Pernah tak korang bayangkan bagaimana jika bekas teman wanita Spider-Man iaitu Gwen Stacy digigit oleh labah-labah beradioaktif? Well, this is the answer! Berdepan dengan pelbagai dugaan semasa membesar membuatkan Gwen ingin menggunakan kuasanya ke arah kebaikan.
1930S PETER PARKER – SPIDER-MAN NOIR
Pada tahun 2009, Marvel telah mengeluarkan beberapa siri komik menggunakan karakter popular mereka di dalam versi zaman 1930-an dengan genre noir. Spider-Man Noir yang hidup pada era tersebut tampil dengan pakaian berbeza iaitu dengan kot labuh dan bertopi. Karakter ini juga pernah muncul di dalam permainan video PlayStation dan juag diabadikan dalam bentuk figura Hasbro.
PENI PARKER AKA SP//DR
Menerusi realiti Peni Parker, makcik dan pakciknya merupakan saintis yang membina sbeuah sut cybernatics dikenali sebagai SP//dr. Bapanya pula meninggal dunia ketika melakukan ujian ke atas sut tersebut. Pada usia sembilan tahun, Peni menjadi seorang kanak-kanak berani yang mempertahankan dunianya daripad apelbagai ancaman musuh.
PETER PORKER – SPIDER-HAM
Ini pula versi parodi Spider-Man yang dibayangkan wujud dalam dunia sebenar! Peter Poker dilahirkan sebagai seekor labah-labah namun selepas terdedah kepada sinaran radioaktif dari saintis, May Porker dia telah berubah menjadi separuh khinzir dan separuh labah-labah.
MENANGI TIKET TAYANGAN REMAJA x ‘Spider-Man:Into teh Spider-Verse’
Tarikh: 4 Disember 2018 Masa: 9pm Lokasi: TGV Cinema 1 Utama
Bagaimana nak menang?
1 – SHARE posting ini ke laman media sosial (FB, Twitter atau Instagram)
2 – JAWAB soalan kemudian copy & paste link posting sharing korang ke ruang disediakan dalam borang di bawah
3 – Dan hashtag #MajalahRemaja #Remaja #WayangRemaja
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah menyaksikan klip-klip yang dimuat naik oleh para Blinks di media sosial sewaktu mereka menghadiri konsert Born Pink World Tour yang kini menjelajah di Amerika Syarikat, tentunya peminat Blackpink di Malaysia bertambah teruja bagi menantikan kehadiran mereka ke Kuala Lumpur pada bulan Mac tahun hadapan.
Rose.Jennie.
Terbaru, Blackpink telah mengemas kini tarikh-tarikh jelajah benua Asia mereka menerusi hantaran di media sosial, sebentar tadi.
Konsert yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur kekal dilangsungkan untuk sehari sahaja, iaitu pada 4 Mac 2023.
Destinasi Asia lain seperti Riyadh, Abu Dhabi, Kaohsiung dan Singapura juga menerima nasib yang sama seperti Kuala Lumpur di mana Blackpink hanya akan melakukan persembahan selama semalam sahaja. Manakala kota Bangkok pula kekal dengan persembahan selama dua malam.
Lain pula ceritanya dengan destinasi seperti Hong Kong, Jakarta dan Manila di mana pihak organisasi bersetuju untuk menambah ekstra satu malam persembahan bagi setiap bandaraya tersebut!
Ini bermakna, Blackpink akan mengadakan konsert selama dua malam di Jakarta dan Manila; manakala Hong Kong menerima layanan istimewa apabila mereka akan berada di sama selama TIGA malam.
Kalau tak cukup juga tiga malam itu, tak tahulah nak cakap apa!
Jisoo.Lisa.
Jika korang masih ingat, Blackpink pernah bertandang ke Stadium Tertutup Malawati di Shah Alam pada tahun 2019 dan pada saat-saat akhir, mengumumkan bahawa mereka akan melakukan persembahan selama dua malam.
Tidak sampai dua hari kaunter dibuka, kesemua tiket hari pertama konserta habis disambar peminat sehinggakan penganjur berjaya menyakinkan Blackpink untuk terus berada di Shah Alam bagi konsert hari kedua.
Adakah ini bakal terjadi sekiranya sambutan jualan tiket untuk Kuala Lumpur mendapat sambutan? Sama-sama kita nantikan.
Apapun, korang boleh mendapatkan tiket Born Pink World Tour Asia ini dengan lebih pantas menerusi pra-jualannya.
Caranya adalah dengan menyertai BLINK MEMBERSHIP di Weverse Shop dan daftarkan diri bagi pra-jualan tiket konsert. Bagi konsert di Kuala Lumpur, pendaftaran akan dibuka dari 31 Oktober hingga 2 November 2022 pada minggu hadapan.
Sekiranya korang terlepas peluang tersebut, korang boleh menjadikan Singapura sebagai destinasi konsert alternatif di mana pendaftaran dibuka dari 7 hingga 9 November 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!