
Rasanya berapa tahun bagi graduan baru bekerja dapat mengumpulkan RM171,500 untuk membeli satu topeng muka emas jika gaji permulaan sekitar RM2000? Itu belum lagi menolak komitmen lain seperti hutang kereta, sewa rumah, makan dan lain lagi. Jawapannya tunggu lagi beberapa 10 tahun akan datang baru dapat kumpul jumlah tersebut.
Mungkin merasakan topeng muka diperbuat dari emas, seorang lelaki di India sanggup menghabiskan AS$40,000 (RM171,500) untuk topeng muka khas bagi melindunginya daripada koronavirus (Covid-19).
Menurut ahli perniagaan, Shankar Kurhada, 49, dari bandar Pune, topeng bersalut 60 gram emas itu mengambil masa selama lapan hari untuk dihasilkan.
“Ia ialah topeng muka yang nipis dan mempunyai liang kecil yang membolehkan saya bernafas. Saya tidak pasti sama ada ia boleh melindungi saya daripada jangkitan Covid-19, namun saya ada juga mengambil langkah berjaga-jaga yang lain,” ujarnya.
Jelas Kurhada, dia suka memakai perhiasan emas termasuk gelang tangan dan rantai yang beratnya mencecah sehingga satu kilogram.
“Saya mendapat idea selepas membaca laporan media tentang seorang lelaki memakai topeng muka diperbuat daripada perak. Orang ramai turut meminta untuk mengambil swafoto bersama saya. Mereka kagum melihat saya memakai topeng muka di pasar,” ujarnya.
Ketika ini, India telah mewajibkan pemakaian topeng muka di tempat awam sebagai usaha untuk membendung penularan Covid-19 yang telah mencatatkan kira-kira 650,000 kes jangkitan dan lebih 18,600 kematian. – AFP / Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap Hari Kena Buli, Pelajar Tahfiz Nekad Lari Jam 4.30 Pagi Kerana Tak Mahu Mati Di Asrama…

Dua hari lalu, negara digemparkan dengan satu kisah yang menjadi viral yakni kisah seorang pelajar tahfiz, Syed Khairun Hazim bin Syed Husain, 13 yang nekad lari dari maahad tahfiz pengajiannya akibat tidak tahan dibuli pelajar senior.
Dia bukan saja dipukul di perut, disepak di belakang badannya sehinggakan, pemeriksaan lengkap di Hospital Kuala Kubu Bharu selepas kejadian ini mendapati ada koyakan pada tisu pinggang selain masalah yang sama di betis kaki kanannya.
Remaja menemui Hazim, remaja yang menjadi mangsa buli ini di Maahad Tahfiz Al-Kholidi, Hulu Yam di rumahnya di Bukit Beruntung, Hulu Selangor petang tadi.
Kesan lebam pada kakinya masih kelihatan. Cuma di bahagian pinggangnya sudah kurang jelas tetapi “hilang” bukan bermakna tidak bermasalah. Hazim juga tampak tenang, mampu bercerita dengan baik tentang kejadian yang menimpanya.


Akui masih trauma dan sesekali menangis bila teringat kembali bagaimana tubuhnya selalu menjadi mangsa sepakan dan tumbukan dua pelajar senior maahad tahfiz tersebut, Hazim akui dia masih belum mahu memikirkan hendak bersekolah di mana selepas ini. Kebetulan cuti sekolah bermula Sabtu ini adalah ruang untuk keluarganya memikirkan di mana persekolahan terbaik untuk anak sulung ini.
Kejadian ini bukan saja trauma pada dirinya tetapi keluarganya juga begitu. Dalam pertemuan itu, ibu mangsa, Nurul Amiza binti Zakaria, 36 tahun berkata, keluarganya tidak teragak-agak mengambil tindakan saman kepada pelajar terlibat.
“Sebagai keluarga, saya tidak menghantar anak ke maahad untuk menjadi mangsa buli sebaliknya anak ke sana kerana minatnya yang mendalam tentang pengajian agama dan dia sendiri mahu belajar.
“Kes ini kalau tidak diteruskan dengan pendakwaan, boleh berlaku kepada pelajar lain. Saya boleh terima lagi kalau tindakan dua pelajar itu marah-marah atau sekadar satu percakapan mulut tetapi apabila dia menyepak dan menumbuk anak kerana tidak ambilkan air dan jubahnya, bagi saya itu tindakan tidak wajar dan harus dihentikan segera,” katanya yang sama sekali tidak menyangka anaknya menjadi mangsa buli. Selama ini dia hanya membaca kisah anak orang lain menjadi mangsa dan kali ini anak sulungnya pula terlibat.
Hazim diganggu setiap hari, adakalanya makan penyepak dan tampar…
Pusat tahfiz yang sepatutnya melahirkan insan berakhlak tinggi dan berbudi pekerti kerana melahirkan insan yang cemerlang dalam agama, sudah menjadi mimpi ngeri apabila ada sebahagian pelajar berlagak samseng membuli orang lain.
Kongsi Hazim, segala-galanya bermula selepas hari ke 43 dia di maahad terbabit. Awalnya dia disuruh mengambil air tetapi dia enggan. Alih-alih satu sepakan tepat di belakang tubuhnya.
Makan minggu, kejadian buli semakin ketara. Setiap hari dia akan diganggu dan adakalanya tumbukan dan sepak adalah mainannya. Sama ada di perut, belakang badan, kaki dan tubuhnya yang lain. Masalah buli tetap sama, disuruh ambil air dan jubah di asrama. Hazim akui rakan-rakan asramanya tahu tentang kes bulinya tetapi masing-masing takut, begitu juga dengan dirinya.



Malah kerana rasa takut jugalah dia tidak mengadu kepada ustaz kerana tidak mahu terus dipukul tetapi ternyata perkiraannya salah. Dia tetap menjadi mangsa buli pelajar senior tersebut.
“Kalau waktu saya ditumbuk itu, seorang pelajar senior akan pegang dan “grip” tangan saya kuat-kuat sebelum seorang menumbuk perut atau menerajang perut. Sakit memang sakit tapi saya tidak mahu menangis di depan mereka,” katanya mengakui akui tidak tahan didera dia nekad lari dari asrama pada jam 4.30 pagi bersama seorang lagi rakannnya, Wan Mohd Arfan yang kebetulan duduk sebaris dengan rumahnya di kediaman sama.
Hazim akui dia sudah lama membuat pertimbangan berkenaan tetapi selepas tidak tahan dibuli da tahu dia boleh “terkujur” jika terus bertahan, dia mengambil satu keputusan nekad.
Cerita Hazim, dia dibekalkan dengan sebuah lampu suluh pemberian rakan asrama dan sudah lebih awal mengemas beg bajunya. Jam 4.30 pagi itu, dia keluar lalu di belakang kantin dan seterusnya memasuki hutan yang gelap gelita.
“Saya memang takut tapi saya lagi takut mati di asrama kerana terlalu kerap kena pukul. Kami terserempak dengan khinzir yang sedang mengais-gais tanah sebelum lari lintang pukang kerana takut. Lebih kurang 5 kilometer perjalanan, saya dan Arfan sudah terlalu letih dan lapar.
“Masa yang sama, ada orang ramai yang bertanya kemana kami hendak pergi selepas kami berjaya keluar dari hutan tersebut,” katanya memaklumkan akibat keletihan, dia sudah tersesat sehingga sampai ke Kampung Pasir, Hulu Yam sebelum ditolong oleh orang ramai yang bertanya ke mana arah tujuan mereka berdua.
Biar ditanya orang ramai arah tujuannya, namun rasa takut masih ada dalam dirinya dan biar ditanya adakah dia mahu ke balai polis atau kembali ke maahad tahfiz itu, Hazim dan rakannya memilih untuk pulang ke rumah sahaja. Dan rentetan dari kejadian nekad lari itulah mula membongkar bagaimana dia sebenarnya dibuli sebelum nekad membuat keputusan bahaya keluar pada jam 4.30 pagi itu.
Dalam pada itu, dari pihak keluarganya, mereka sudah membuat laporan polis, sudah bertemu keluarga pelajar yang membuli dan keluarga tersebut ada meminta agar laporan di tarik balik.

Buat masa ini menurut ibunya, mereka tidak akan menarik semula laporan. Kata Amiza, ketika di balai polis Kuala Kubu Bharu, dia bertemu dengan pelajar yang membuli anaknya, bertanya mengapa kejadian itu dilakukan namun remaja berusia 14 dan 15 tahun itu hanya menunduk seribu bahasa.
“Hati saya sedih. Anak saya bukan kaki bergaduh pun. Malah setiap kali dipukul, dia tidak melawan langsung. Saya menafikan laporan akhbar yang menyiarkan berlakunya pergaduhan sesama mereka malah dalam laporan polis juga tidak menyebut mengenainya,”katanya yang mengakui geram kerana anaknya menjadi mangsa buli ini.
Tidak mahu terus menyalahkan sesiapa biar wujud “kekurangan” kerana kurang pengawasan terhadap pelajar, Amiza berkata, dia sendiri belajar dari pengalaman biarpun sebelum ini ibu bapa diwar-warkan tentang keselamatan pelajar yang terjamin ketika di pusat tahfiz ini.
Ternyata masalah buli di kalangan remaja terus wujud kerana masing-masing mahu membuktikan siapa lebih kuat. Ternyata isu buli ini harus dibanteras dan tidak wajar berlaku di kalangan pelajar sekolah.
Saksikan video ini saat di mana Hazim bercerita dia selalu dipukul pelajar seniornya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banyak Restoran Buat Promosi ‘Gila-gila’ 11.11 Hari Ini, Rugi Kalau Tak Grab

Mungkin ramai yang ternanti-nanti kedatangan 11 November kerana setiap tahun, tarikh ini merupakan ‘syurga’ buat mereka yang suka membeli-belah, lagi-lagi buat pembelian secara online.
Kalau sebelum ini kami kongsikan antara market website seperti Lazada, Shoppee dan Celcom yang membuat diskaun gila-gila sempena 11.11, kini kami nak kongsikan pula promosi makanan dan minuman yang korang boleh grab sepanjang hari ini.
1. KFC

.
Berita baik untuk penggemar ayam goreng KFC, korang boleh dapatkan kombo snack plate dengan hanya berharga RM11 sahaja. Tunjukkan poster dibawah kepada cashier yang bertugas, korang boleh menikmati hidangan kombo snack plate berharga RM11.
2. Daboba

.
Peminat bubble tea, dengan setiap pembelian kedua minuman Daboba, korang hanya dikenakan caj sebanyak RM1. Pergh, gila berbaloi. Nikmati 5 signature drink Daboba termasuklah Honey Golden Pearl Green Milk Tea, Melon Green Tea, Grass Jelly Milk Tea, Kumquat Lemon Seasons Tea dan Passion Fruit Green Tea.
3. Famous Amos

.
Beli 500g cookies Famous Amos secara online, korang bakal mendapat lagi 500g secara percuma. Dengan pembelian sebanyak RM150 dalam satu resit, korang juga akan menerima RM10 gift voucher daripada Famous Amos.
4. Secret Recipe

.
Baru-baru ini, Secret Recipe telah memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Boba drink. Dengarnya dapat sambutan hangat. Nah, kalau korang belum rasa lagi, inilah masanya untuk mencuba. Secret Recipe menawarkan beli 1 percuma 1 bagi minuman boba mereka.
5. Ilaollao

.
Nikmati favorite frayo korang dengan hanya berharga RM11 untuk semua saiz di outlet mereka bermula jam 12 tengah hari sehingga 9 malam hari ini.
6. Italiannies

.
Dapatkan spageti Aglio Olio di restoran Italiannies dengan harga RM11.11. Waktu lunch sekejap lagi boleh la ‘serang’. Hiks!
7. TGI Fridays

.
TGI Fridays menawarkan harga RM11 bagi beef burger mereka tetapi hanya sah untuk pembelian satu main course terlebih dahulu.
8. Old Town White Coffee

.
Kalau korang suka makan di kopitiam, Old Town White Coffee juga tidak ketinggalan untuk menawarkan promosi Double Date buy 1 free 1. pergh, yang ni confirm berbaloi wey!
Okay korang dah tahu ke nak lunch mana harini? Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trump Bakal Tumbang? Biden Mendahului Dalam Pilihanraya Presiden US

Hari ini adalah detik penentuan bagi Donald Trump dan Joe Biden bagi menentukan siapa antara keduanya adalah Presiden baru ke 59 Amerika Syarikat bagi tempoh empat tahun akan datang.
Jika sebelum ini Donald Trump yang dahulunya merupakan seorang ahli perniagaan, sosialit, penulis dan personaliti televisyen terkenal dari Amerika Syarikat menjadi pilihan ramai kerana gaya hidup mewah dan begitu banggakan kekayaannya kerana beiau merupakan Pengerusi dan CEO Trump Organization, sebuah syarikat hartanah di Amerika Syarikat tapi nampaknya minat penduduk US seakan beralih.
Mungkinkah ini kali terakhir Trump menduduki kerusi Rumah Putih? Hanya masa menentukannya.


Buat masa ini (ketika berita ditulis), calon Demokrat Joe Biden pada Selasa malam mendahului pilihan raya Amerika Syarikat (AS) mengatasi Presiden Donald Trump dalam persaingan tahun ini untuk menguasai Rumah Putih, pengundian masih berlangsung di banyak negeri, lapor Agensi Anadolu.
Biden menang di Connecticut, Delaware, Illinois, Maryland, Massachusetts, New Jersey, Rhode Island, Vermont dan Virginia, di negeri yang menyokong Demokrat, manakala Trump mendahului di negeri yang mendapat sokongan konservatif iaitu Alabama, Kentucky, Mississippi, Oklahoma, Carolina Selatan, Tennessee dan West Virginia, menurut The Associated Press.
Bekas naib presiden itu telah menambah 85 undi electoral berbanding 55 untuk Trump. Mana-mana calon perlu menang sekurang-kurangnya 270 undi electoral untuk memenangi Rumah Putih.
Pusat pengundian ditutup di lebih 20 negeri dan Washington pada 8 malam Waktu Timur (0100 GMT), termasuk negeri-negeri di Michigan, Pennsylvania dan Texas. Sumber : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

