Semalam, REMAJA telah melaporkan mengenai sebuah kemalangan membabitkan sebuah lori yang merempuh lima buah kenderaan lain.
Kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Sentul itu dipercayai berlaku sekitar jam 2.30 petang dan telah menarik perhatian warganet akibat kecuaian pemandu lori yang hampir meragut nyawa pengguna jalan raya lain.
Jelas, lori tersebut merempuh kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah. Hasil ujian air kencingnya mendapati pemandu positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.
Tambah mengejutkan apabila lima kenderaan lain itu mengalami kerosakan teruk termasuklah sebuah kereta Myvi kuning yang remuk teruk hingga tidak lagi kelihatan seperti sebuah kereta.
Betul-betul ‘terlipat’!
Sumber Foto : Twitter
Amat mengajaibkan apabila pemandu Myvi yang dipercayai berusia 45 tahun itu selamat dan tidak berdepan kecederaan parah kecuali beberapa kesan calar pada tubuhnya semasa beliau dibawa keluar daripada kenderaan remuk itu.
Rata-rata warganet memuji tahap keselamatan model kereta Myvi apabila berdepan kemalangan. Biarpun remuk teruk, mereka berkata rekaan Myvi dapat membantu ‘menyelamatkan’ pemandu hadapan dalam situasi seperti ini.
Sumber Foto : Twitter
Kata pengguna Twitter @AimanIAbdullah, rekaan Myvi terkini mempunyai tahap keselamatan cemerlang. Dengan campuran bahan yang memastikan ia remuk pada zon tertentu saja, ‘passenger cell’ akan menyerap dan menghilangkan daya hentaman dengan cekap.
Pengguna @ex5_prime turut berkongsi logik sama. Dari sudut kejuruteraan pembuatan kenderaan, sebuah kereta akan remuk untuk merendahkan kesan inertia demi menyelamatkan pemandunya.
Ads
Bagaimanapun, tidak semua warganet bersetuju dengan pendapat tersebut. Ujar @kennleandre, ‘keajaiban’ yang berlaku semalam bukanlah disebabkan kehebatan teknologi Myvi. Bahagian bonet belakang sesebuah kenderaan tidak sepatutnya remuk sebegitu rupa jika benar keberkesanan keselamatannya telah diperakui.
Bukan itu saja, sekiranya ada penumpang di bahagian belakang Myvi itu semalam, tentunya kemalangan maut akan berlaku.
Ads
ANYWAY, sama ada ia adalah satu bentuk keajaiban ataupun kehebatan teknologi pembuatan kenderaan, kita seharusnya bersyukur tiada kehilangan nyawa yang dicatatkan.
Pengguna @Manddeylurve juga berpendapat ini adalah peluang keemasan untuk syarikat Perodua menghadiahkan ‘abang Myvi’ tersebut sebuah kenderaan Myvi baharu sebagai strategi pemasaran.
Haa, yang ni REMAJA pun setuju!
Semoga kesemua mangsa kemalangan semalam tidaklah mengalami trauma berterusan.
Untuk info, lebih 90% sekolah ditutup disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, apa yang pasti ialah pelajar akan ketinggalan pembelajaran. Pelajar yg tinggal di luar kawasan internet akan lebih jauh ketinggalan. Pelajar yang tinggal dalam kawasan internet juga akan ketinggalan sekiranya tidak berusaha untuk mengikuti proses pembelajaran. Semua kelas di sekolah dikendalikan secara Online.
Jadi sudah tentu proses pembelajaran terganggu dan ketinggalan dek kerana ada yang tidak dapat menyertai kelas secara atas talian yang dilakukan oleh guru mereka.
Semalam, di laman sosialnya Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan kemurahan hatinya telah menaja 100 biji Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan.
Pohon doakan yer. Baru beli 100 biji Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan. -ebitlew
Allahuakbar. Moga Allah terus memurahkan rezeki Ustaz yang sering membantu orang ramai di dalam kesusahan.
Rata-rata warganet bangga dan teruja dengan sikap murah hati pendakwah ini.
Super Maan Betol
Terima kasih ustaz atas inisiatif bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Sikap yang sangat terpuji dan wajar kita semua contohi. Bertindak tanpa perlu menunggu. Ya, inilah sikap yang wajar kita amalkan demi membantu sesama umat.
Untuk adik-adik yang menerima Tab ini, gunakan dengan sebaik mungkin kerana ramai diluar sana yang sangat memerlukan peranti ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kita sedang melawan penularan wabak COVID-19, nampaknya Presiden Filipina juga mengambil langkah Kerajaan Korea Utara apabila meminta pihak berkuasa menembak rakyat yang melanggar perintah kuarantin.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran tegas kepada individu yang melanggar undang-undang sepanjang tempoh perintah berkurung boleh ditembak kerana menimbulkan kekacauan.
Katanya, amat penting untuk setiap rakyat memberi kerjasama dan patuh kepada arahan kuarantin kerana ia satu-satunya jalan bagi memperlahan penyebaran wabak COVID-19.
Dengan keadaan yang semakin meruncingkan ini, penduduk perlu mematuhi arahan yang diberikan kerajaan. Tambahnya, perbuatan sedemikian adalah jenayah yang serius dan tidak boleh dibiarkan
“Saya mengarahkan polis dan askar, sekiranya didapati ada kekacauan atau ada individu yang melawan sehingga membahayakan nyawa anda, tembak mereka sehingga mati.
“Jangan menakut-nakutkan pihak berkuasa. Jangan cabar kerajaan. Anda akan kalah,” katanya dalam ucapan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Tagalog.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas media melaporkan beberapa kes kekacauan dan tangkapan semalam di kawasan penempatan masyarakat miskin di Manila yang tidak berpuas hati dengan bantuan makanan yang disalurkan oleh kerajaan.
Selain itu, kenyataan Duterte itu bagi melindungi petugas hospital yang didakwa berdepan penderaan fizikal dan diskriminasi ketika menjalankan tugas.
Terdahulu, rakyatnya yang ingkar dengan perintah yang dikeluarkan kerajaan dikunci dalam sangkar anjing yang sempit malah ada juga yang dijemur di tengah panas, menurut laporan PhilStar.
Seorang pegawai bertindak mengunci 5 individu termasuk 2 kanak-kanak dalam sangkar anjing di bandar Santa Cruz, selatan Manila. Ketua polis daerah pentadbiran setempat juga telah mengancam untuk menembak dan meninggalkan mayat mereka terkunci di dalam sangkar anjing.
Bagaimanapun tindakan agak ‘kejam’ ini menerima kecaman daripada Human Rights Watch dan menghantar bantahan rasmi agar para pegawai menghormati hak mereka yang ditangkap kerana tidak mematuhi arahan perintah sekatan pergerakan ini.
Sebelum ini, sejumlah penduduk di kawasan setinggan di Manila mengadakan bantahan kerana tidak mendapat bantuan makanan yang mencukupi daripada kerajaan. Beberapa kejadian kekecohan juga dilaporkan. Petugas kesihatan Filipina juga berdepan dengan penderaan fizikal dan diskriminasi.
Setakat semalam Filipina merekodkan 2,311 kes jangkitan Covid-19 dengan 96 kematian.
Mungkin kerajaan Filipina pun dah tak tahan kot dengan perangai rakyat yang tidak mahu patuh arahan. Ha ini makannya.
Sumber: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hambarnya hari raya tanpa hidangan lemang dan rendang.
Lemang merupakan salah satu simbolik hari raya. Walaupun cara pembuatan lemang agak merumitkan tetapi menu ini menjadi kegilaan ramai. Buluh yang diisi dengan beras pulut dan santan yang dilapikkan dengan daun pisang perlu dibakar sehingga masak untuk menghasilkan lemang.
Korang jangan risau kalau tak tahu nak buat lemang, zaman sekarang dah moden. Korang duduk dalam rumah tanpa perlu bakar di luar rumah pun lemang boleh siap.
Mungkin ramai di antara kita sudah merancang untuk membuat lemang sendiri sempena hari raya Aidilfitri nanti, memandangkan masyarakat Malaysia masih tidak lagi dibenarkan untuk keluar beramai-ramai pada hari raya nanti.
So, nah try cara masak lemang paling mudah abad ini perkongsian Nor Nisrin
LEMANG AIR FRYER
1. Siang-siang kena potong buluh berpeluh husband kata…air fryer saya 2.4liter muat untuk 10 batang buluh saiz sederhana. Tinggi dia 4 1/2 inci tanpa guna basket.. jadi ukur 1/2inci untuk tapak 4inci untuk bahagian atas…nak bersihkan buluh pakai kain bersih je lap kan.
2. Pulut tu saya guna 1/2kg rendam 6 jam dengan air biasa.. lepas basuh bersih tos kan then bole mula bancuh santan dia..santan pekat guna sebiji kelapa kemudian tambah 1 liter air.. buh garam n ajinamoto sesiap.. Ayah saya cakap rasa santan tu mesti mcm air laut baru masuk pulut.. rendamkan 1jam lagi.
3. Dah cukup 1jam bole masukkan pulut 3/4 ke dalam buluh (jangan lupa hentakkan bagi mampat sikit).. Selebihnya masukkan santan sampai penuh..tengah tu saya letakkan mangkuk supaya buluh x jatuh sbb x guna basket kan.
4. Ni first batch masa masak..saya guna suhu 150′ 25 minit.. nak cek masak ke tidak saya guna ‘cake tester’..ada rasa berderap masa cucuk maksudnya tak full masak tengah dia jadi saya tambah lagi 10min.. Alhamdulillah cun je masak pulut tu.
5. Alhamdulillah… pulut masak cun dan berminyak, x melekat senang je keluarkan dari buluh.. jadi buluh bole repeat guna lagi.. yang penting balut dengan kain basah bagi tahan lama hayat buluh tu..
6. Pulut lembut, lemak dan cukup rasa.. gu pulak dengan rendang ayam resepi Dato Rizalman.. uisyyy.. Terima kasih ayah, sampai jadi lemang anak ayah buat.. tapi kalau dapat balik raya boleh lah buat untuk ayah rasa lemang bakar versi moden ni
Mudahnya buat lemang guna air fryer ni. Jadi, sebelum korang buat lemang nanti, pastikan guna bahan yang sewajarnya dan bukannya tin. Paling penting, utamakan kesihatan diri terlebih dahulu. Jangan sebab nak makan lemang, kesihatan korang tergadai.
Sudah 24 tahun berada dalam industri muzik, penyanyi Misha Omar tetap menganggap dirinya sebagai seorang yang masih perlu banyak belajar.
Bagi pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta...