Sejak kebelakangan ini, ramai pasangan yang semakin menggemari dengan trend memberi hadiah berbentuk jambangan bunga wang kertas ataupun popular dengan gelaran ‘flower bouquet’ kepada insan yang mereka sayangi.
Alasannya, harga jambangan bunga segar sekarang bukan main mahal lagi, sehingga ada yang mencecah ratusan Ringgit.
Jadi, bukankah lebih baik jika wang yang selalunya dilaburkan untuk membeli bunga diberikan saja kepada pasangan. Bolehlah juga si dia berbelanja selepas mendapat hadiah tersebut.
Jika dahulu, nilai flower bouquet ini selalunya dalam lingkungan ratusan Ringgit hingga RM1000 saja.
Semakin lama, ‘benchmark’ nilai tersebut dilihat semakin meningkat demi meluahkan rasa sayang seseorang terhadap si dia.
Ads
Terbaru, seorang usahawan wanita yang dikenali sebagai Nurul Afrina ingin menyatakan yang dia amat menghargai kehadiran insan bernama suami dalam hidupnya sehinggakan dia sanggup menghadiahkan flower bouquet bernilai RM5,000 kepadanya. Wow!
Kita pun tidak selalu melihat wanita yang memberikan bunga ini kepada pasangan. Inikan pula pada nilai yang cukup lumayan.
Sempena hari kelahiran ke-27 suaminya yang bernama Fareed Akel, Afrina telah memuat naik dua video di Instagram yang menyaksikan momen flower bouquet tersebut diberikan kepada suaminya.
Ia diperbuat daripada wang kertas RM50. Serius, besar weh bunga dia!
Sang suami apa lagi, menarilah kegembiraan apabila menerimanya.
“Mommy harap Daddy suka. Maaf hadiah ini tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan apa yang Daddy sudah korbankan untuk keluarga kecil kita.
“Masa nak bagi dekat dia tu, Allahu debar nak mati weii. Macam nak cabut pun ada jantung ini. Bila dia tengok terus terkejut dan saya dapat rasa yang dia happy sangat malam itu,” catat Afrina.
Polis Diraja Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa pihak mereka akan memantau pengguna yang melayari laman web porno, terutamanya pornografi kanak-kanak yang dikenali sebagai Unit Penyiasatan Jenayah Internet Malaysia terhadap Unit Penyiasatan Kanak-kanak (Micac).
Ia merupakan salah satu cara untuk mengawal seksual kanak-kanak terutamanya di laman media sosial. Micac akan mencari serta merta pengguna yang melayari laman web ini dan seterusnya mencipta satu data library untuk individu tersebut.
Data library ini berfungsi untuk menyimpan dan mengesan butiran mengenai portal yang selalu mereka lawati, durasi melawat laman web dan fail yang dimuat turun. Bahan-bahan bukti ini digunakan untuk mendakwa.
Pengunjung akan ditangkap dan disiasat
“Kami akan mengesan mereka yang sering melawat laman web ini. Kami juga akan menggunakan software khas bagi mengenal pasti lokasi laman akses, terutamanya yang melibatkan pornografi kanak-kanak,” jelas Ong Chin Lan, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak.
Alat ini akan berfungsi selama 24 jam dan ia dapat mengesan lokasi semasa mengakses dan berapa lama masa yang digunakan untuk mengakses laman tersebut.
Sistem ini juga khabarnya boleh mengenal pasti pengguna yang melayari pornografi daripada handphone mereka.
Hmm, baguslah. Ini antara salah satu cara PDRM ingin membanteras jenayah seksual kanak-kanak. So guys, korang pun hati-hati okay? Hiks!
“Saya kutip serpihan otak anak yang berterabur di padang sekolah. Satu-satu saya pungut sampai habis. Dia anak sayakan! Luah Roslan bin Samad, 55 tahun.
Inilah luahan sedih bapa kepada pelajar, Nur Afini Roslan yang maut ketika sedang menjalani raptai sukan sekolahnya di SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan sekitar jam 10.30 pagi dua hari lalu.
Dimaklumkan, bilah mesin pisau pemotong rumput dari traktor yang sedang menjalankan kerja-kerja di padang sekolah berkenaan melayang sejauh 30 meter lalu mengenai tiga orang pelajar. Sedihnya, Nur Afini maut di tempat kejadian manakala dua lagi cedera.
Roslan ditenangkan oleh YB Dato Abdul Razak, ADUN Gemas
Di wajahnya jelas kesedihan yang cukup ketara. Setiap kali ke kubur anak, dia akan menangis pilu. Jiwanya bagai dirobek. Dia sama sekali tidak menyangka, menghantar anak ke empatnya pagi itu, sekitar jam 10.40 pagi, dia mendapat panggilan telefon memaklumkan anaknya ditimpa tragedi.
Berkongsi secara bersemuka dengan Majalah Remaja, Roslan berkata, selepas mendapat panggilan telefon, dia bergegas menuju ke tempat anaknya terbaring kaku.
“Ketika saya sampai, otak anak sudah ditutup dengan plastik. Mungkin dilakukan pihak lain. Tapi bila terpandangkan serpihan otaknya, saya kutip satu persatu dan letakkan di dalam plastic.
“Luluh hati ini. terus terang saya katakan kalau anak saya masih hidup dan dia cedera ketika itu, pihak yang memotong rumput itu mungkin sudah lama kena tumbuk dengan saya.
“Saya sayangkan anak saya. Saya yang hantar dia setiap hari ke sekolah. Kalau ada latihan sukan, arwah akan maklumkan waktu baliknya dan kemudian saya akan jemput.
“Malah saya jugalah yang pujuk arwah untuk diserapkan ke sukan bagi mewakili Negeri Sembilan berbanding dia mewakili Pahang dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang lalu,” katanya yang sesekali dilihat meraup telapak tangannya.
Kenangan di hari raya tahun lalu. Arwah Nur Afini bertudung pink
Ahli keluarga ini mempersoalkan laporan akhbar dan media sosial yang menyebut kepala arwah anak mereka terbelah dua…
Mengakui “jiwanya” agak terbeban dalam sehari dua ini kerana dikunjungi dan didatangi ramai pihak namun dia akui dia perlu menerima situasi dan tragedi anaknya adalah sesuatu yang telah terjadi.
“Arwah tak mungkin hidup balik. biar banyak saya fikirkan tentang dirinya, masa depannya tetapi semua ini tak akan berulang. Ikutkan saya nak tengok arwah membesar dan seterusnya membina masa depannya. Tapi semua ini tak akan berlaku lagi,’ katanya yang sama sekali sukar menerima kenyataan bahawa kebanyakan akhbar dan media online melaporkan kepala anaknya terbelah dua.
Nafi kepala anak terbelah dua
Jelas ibu arwah, Zalina Mohd Yusof, 48 tahun, dia juga mempersoalkan isu ini. Ikutkan kepala terbelah dua ini ada macam-macam tafsiran dan pemikiran orang terhadap isu diperkatakan tetapi pihak keluarga yang melalui semua keadaan sukar ini.
“Apa maksud terbelah dua? Kalau ikutkan, terbelah dua ini terbahagi dua tapi sebenarnya hanya sedikit tempurung kepala anak yang terkena bilah pisau ini,” katanya memaklumkan hanya tahu kemalangan menimpa anaknya sekitar jam 11pagi selepas dimaklumkan oleh anak perempuannya, Nor Annisaa, 19 yang menuntut di Matrikulasi Gambang, Kuantan.
Zalina (baju hijau) juga tidak dapat menahan kesedihan berikutan tragedi menimpa anak ke empatnya itu
Dalam pada itu, Roslan yang terawal sampai di lokasi kejadian berkata, memang tempurung kepala anaknya pecah, kira-kira sebesar tapak tangan tetapi tidaklah sampai terbelah dua.
“Keadaan muka arwah elok seeloknya. Mukanya pun sangat bersih semasa kami selesai memandikan jenazahnya. Nampak seperti dalam keadaan tidur. Sangat cantik dan berseri,” katanya.
“Tak akan beri anak lain sekolah di situ…”
Tragedi yang menimpa, bukan sedikit ingatan untuk dipadamkan. Terlalu pahit dan sukar untuk dia menerima berita ini. Jelas Roslan, biar apa pun penambahbaikan dilakukan oleh pihak sekolah selepas tragedi ini, kenangan pahit itu tetap akan ada.
“Saya tak akan sekolahkan anak lelaki bongsu saya di situ lagi. Tu sekolah saya dulu. Semua adik beradik saya sekolah di situ dulu. Nak lalu bawa motor pun tak sanggup lagi selepas peristiwa ini. Biarlah pergi jauh. Kenangan pahit itu ada dan tak akan padam biar selama mana pun,” katanya mengakui dia tidak sempat berborak dengan anaknya pada pagi kejadian.
Dalam tragedi ini Nur Afini ditemui terbaring dan sudah gagal diselamatkan lagi selepas terkena bilah pisau yang terpelanting
Ditanya tentang tindakan kepada pihak kontraktor, buat masa ini Roslan akui dia belum berbincang dengan isterinya, anak-anak serta adik beradiknya tentang saman atau tindakan selanjutnya.
“Buat masa ini belum fikir lagi. Anak saya pun sudah tak ada. Saya terlalu sayangkannya. Susah nak cakap tentang isu ini,” katanya mengakui sesekali hatinya lemas dengan semua yang mendatang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fenomena super full moon sering kali dinanti kerana tidak dinafikan keindahannya mampu mencuri perhatian ramai. Apabila bulan penuh atau bulan baru berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi (peringee), ia dikenali sebagai Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon.
Manakala, apabila bulan penuh atau bulan baru pada kedudukan yang paling jauh dengn bumi, ia dikenali sebagai Micromoon, Minimoon, Mini Full Moon dan Mini New Moon.
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah melaporkan bahawa pada 13 Julai 2022 jam 5:09 petang waktu Malaysia, bulan akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi bagi tahun 2022 dengan jarak di posisi perigee adalah 357,263 km.
Sewaktu Supermoon, bulan penuh boleh kelihatan sehingga 7 peratus lebih besar daripada bulan penuh biasa dan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus cerah daripada Micromoon.
Jangan lupa untuk merakamkan keindahan Super Full Moon pada petang ini okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BTS Guinness World Records ICONS mencipta sejarah sebagai artis Asia dalam senarai ICONS Guinness World Records dengan pencapaian global, rekod muzik dan pengaruh budaya yang luar biasa.