Tahun 2019 menyaksikan fenomena supermoon terbesar dan sangat dinantikan oleh seluruh masyarakat dunia kerana bulan berada pada jarak paling dekat dengan bumi dan kelihatan lebih besar serta jelas daripada biasa.
Bulan penuh yang mempunyai perigee atau titik kedudukan paling dekat dengan bumi kurang daripada 360,000 kilometer dikenali sebagai supermoon.
Ketika fenomena ini berlaku, jarak antara bulan dan bumi sekitar 358,761 kilometer, bermakna kita semua boleh melihat bulan dengan lebih besar dan terang.
Menurut laporan yang telah dibuat oleh Astro Awani, fenomena ini berlaku tiga kali pada Januari lepas, yang kedua pada 3 hari lepas dan ketiga pada 21 Mac nanti.
Korang berpeluang tak untuk menyaksikan fenomena ini?
Jom kita lihat antara gambar-gambar supermoon yang cantik di seluruh dunia.
Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad menghadiahkan sebuah motosikal Honda Beat 2023 kepada keluarga seorang murid perempuan yang tular terpaksa berjalan kaki sejauh 6 kilometer ke sekolah disebabkan oleh masalah kewangan yang dihadapi oleh bapa mereka.
Menerusi hantaran di laman Instagram, suami kepada pempengaruh Syafiqah Aina itu berkongsi pengalaman menziarahi kediaman murid tersebut yang terletak di Kelantan, di mana dia turut memberikan sumbangan berupa barang keperluan rumah.
Dalam perkongsian sama, dapat dilihat Hafiz membawa bapa murid tersebut ke sebuah kedai motosikal, dan memberi mereka peluang untuk memilih jenis motosikal yang diinginkan.
Setelah membeli motosikal berwarna kuning itu, Hafiz kemudian membawa keluarga tersebut berbelanja pakaian harian serta barang keperluan rumah.
“Waktu saya hadiahkan keluarga ni motor, saya melihat moment ni. Bila di kedai motor, Pakcik ni suruh anak-anak dia yang pilih colour apa yang nak. Bila di supermarket, banyak kali saya cakap, pakcik amik la baju untuk pakcik.
“Apa yang dicapai dulu oleh pakcik ni adalah susu anak dan barang sekolah anak-anak dulu sambil pimpin anak anak dia. Sampai di rak makan, dia teman anak-anak dia ambil makanan yang anak dia nak.
“Bila selesai semua perkara, Anak dia datang dan cakap. ‘Abe, terima kasih bantu keluarga’. Saya kata pada dia..’Dulu dan selama ni, Orang orang susah yang bantu, doa dan support business abe’. Hari ini abe nak wi balik dengan semampu yang boleh,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hafiz berharap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga murid tersebut dalam menjalani kehidupan seharian mereka, selain dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memudahkan urusannya untuk berkunjung ke kediaman keluarga tersebut.
“Saya tak sabar nak melihat 20-30 tahun akan datang, anak-anak ini akan melihat kenangan ini. Belajar dan carilah ilmu. Bila berjaya nanti, tarik dan didik anak anak kami di esok hari.
“Terima Kasih Abe hae, imam kampung abal, jep, guru guru dan semua yang terlibat untuk membantu keluarga ini mahu pun keluarga-keluarga yang lain,” kata Hafiz.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk hadir ke pejabat jika tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Lim Wei Jiet, majikan yang berbuat demikian dianggap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan.
“Tiada majikan yang bukan dalam kategori perkhidmatan penting boleh memaksa pekerja mereka untuk bekerja dalam keadaan yang bertentangan dengan apa yang digariskan dalam perintah yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata beliau dalam sesi temu bual Consider This pada Selasa malam.
Sekiranya ada majikan yang bertindak sedemikian, pekerja terlibat boleh membuat laporan polis kerana ini merupakan satu kesalahan.
Beliau memberi respons kepada pertanyaan sama ada majikan bukan dalam kategori perkhidmatan penting boleh memaksa pekerja mereka untuk bekerja dalam keadaan yang disifatkan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan. Sumber : ASTRO AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular di media sosial seorang peniaga bundle, Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29 menemui wang tunai 550,00 yen (RM20,755.84) di kedainya Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok kelmarin.
Dia yang membeli pakaian bundle berkenaan pada harga RM50 menyifatkan ianya rezeki terpijak selepas menemui dompet mengandungi wang yen tersebut.
Bagaimana pun selepas akhbar menyiarkan kisahnya itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad meminta agar peniaga berkenaan menyerahkan wang berkenaan kepada pihak beragama kerana itu BUKAN HAKNYA.
Jelas Datuk Mohamad Shukri, jika wang ditemui di Kelantan harus diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk diuruskan.
Wan Mohamad Adam menjumpai duit 550,000 yen ketika membeli seguni baju bundle dan menyifatkannya sebagai rezeki
Sebaik isu ini diperkatakan di media sosial, orang ramai mulai keliru dan berbeza pendapat. Kata mereka, duit atau barang yang dijumpai adalah REZEKI TERPIJAK dan merupakan hak mereka.
Ada yang suruh perbesarkan lagi perniagaannya dan lain-lain lagi.
Jadi sebelum kita yang “ilmunya masih sedikit dan masih banyak belajar ini” ada sesuatu yang korang harus faham mengenai hukum ditetapkan di dalam Islam.
REMAJA menghubungi Ustaz MK Azman yang juga merupakan seorang motivator dan fasilitator profesional.
Menurutnya, jumpa barang atau duit bukan rezeki terpijak sebaliknya satu tanggungjawab iaitu amanah kerana keperibadian kita dinilai sama ada kita ini amanah atau tidak.
Masa yang sama, barang atau benda yang dijumpai dan tidak diketahui pemiliknya, di dalam ilmu Fiqh diistilahkan sebagai luqathah.
“Luqathah ialah harta ataupun barang yang dijumpai di suatu tempat yang tidak dimiliki, tidak diketahui pemiliknya, tiada tanda-tanda di dalam jagaan atau tidak berada di tempat yang lazimnya harta atau barang itu berada, sama ada ia hilang dari pemiliknya disebabkan tercicir ataupun terlupa.
Dalam satu riwayat hadis dari Zaid bin Khalid al-Juhani Radhiallahu ‘anhu, apabila Rasulullah SAW ditanya mengenai barang luqathah, Baginda bersabda:
Maksudnya: “Ketahui (amati) bekas dan pengikatnya, kemudian hebahkanlah dalam tempoh setahun, sekiranya kamu masih tidak mengetahui pemiliknya maka kamu boleh gunakan dan ia menjadi barang wadi‘ah padamu. Apabila datang pemilik untuk menuntutnya pada suatu hari setelah berlalu suatu jangka masa, maka berikanlah kepadanya.”(Hadits riwayat Muslim)
Jadi korang dah fahamkan mengenai menjumpai barang atau duit di tepi jalan dan sebagainya.
Menurut Ustaz MK Azman, HARAM hukumnya jika kita makan atau menggunakan duit berkenaan tidak kira apa tujuannya.
“Walau pun jumlahnya RM1 atau 10 sen, asal ia bukan hak kita, kita wajib masukkan ke tabung masjid untuk pembangunan masyarakat. Kalau jumlah yang kecil pun perlu, apatah lagi satu jumlah yang besar.
Begitu juga dengan telefon bimbit atau barang-barang lain yang kita jumpai.
“Saya ambil contoh telefon bimbit. Kita dah isytihar dan tunggu setahun. Lama kelamaan akan rosakkan kalau tak guna. Jadi kita boleh beli telefon berkenaan di mana ada akad dan saksi semasa kita membeli barangan berkenaan mengikut nilai semasa harga telefon berkenaan. Duit itu kemudiannya hendaklah kita masukkan ke tabung masjid untuk pembangunan masyarakat.
“Kalau barang itu jenis mudah rosak pula, kita perlu bayar ikut nilainya dan jumlahnya perlu dimasukkan ke dalam tabung masjid juga,” katanya yang kemudian membawa satu kisah dia ditanya oleh seorang individu mengenai duit dividen yang sumber pelaburannya diragui.
“Dia tanya saya boleh ke gunakan duit itu untuk buat jalan bertar. Saya katakan boleh kerana hukum pada duit haram ini kita boleh gunakan untuk pembangunan masyarakat. Bagaimana dengan kontaktor yang menerima duit berkenaan.
“Hukumnya tidak haram pada kontraktor yang menerima duit berkenaan kerana itu upah bagi kerjanya. Cuma kita niatkan agar duit itu untuk kebaikan umat semua,’ katanya yang meminta orang ramai yang keliru dengan hukum merujuk kepada pihak lebih berpengetahuan agar tidak terpesong dari pegangan.
Jadi korang dah fahamkan. Apa saja barangan atau duit yang kita jumpa, ianya bukan rezeki terpijak ya. Wajib masuk ke tabung masjid atau kalau jumlahnya besar perlu beri kepada pihak berkuasa seperti Baitulmal dan sebagainya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!