Implan, pembedahan plastik dan pembuangan lemak sudah menjadi prosedur biasa dalam kalangan bintang-bintang terkenal. Maklum sajlah, apabila seseorang menjadi tatapan dan ikutan peminat dari seluruh dunia, mereka perlu tampil ‘sempurna’ tanpa merisikokan diri daripada dimalukan dari aspek fizikal.
Begitupun, pendedahan yang dibuat oleh model antarabangsa, Bella Hadid pada hari ini amatlah mengejutkan sehingga ramai tidak percaya gadis berusia 25 tahun itu mempunyai keberanian untuk tampil sejujur ini.
Terdahulu, Bella pernah menafikan khabar angin mengenai sebarang prosedur pembedahan plastik pernah dilakukan ke atas dirinya selama ini biarpun ramai melihat perubahan drastik berlaku pada Bella terutamanya di bahagian mukanya sebelum dan selepas bergelar model.
Hari ini, Bella tampil mendedahkan bahawa dia hakikatnya pernah menjalani prosedur popular rhinoplasty untuk memperbetulkan hidungnya ketika berusia 14 tahun. Pendedahan ini adalah menerusi temubual eksklusif Bella bersama majalah Vogue Amerika Syarikat bagi keluaran April 2022, dia telah berterus terang mengenainya. Bagaimanapun, keputusannya itu telah disesalinya hingga ke hari ini.
“Kalaulah saya boleh menjaga hidung yang saya warisi daripada nenek moyang saya, saya pasti boleh membiasakan diri untuk hidup dengannya (hidung itu),” katanya. Sebelum ini, Bella sekadar memberi alasan struktur wajahnya berubah disebabkan sudah mencapai usia akil baligh.
Foto Via Instagram Bella Hadid
Berhubung dakwaan hampir semua bahagian mukanya terhasil akibat suntikan filler sehingga mengakibatkan perubahan drastik, Bella Hadid menafikannya dengan berkata, “Semua orang akan kelihatan berbeza daripada penampilan mereka ketika berusia 13 tahun, bukan? Saya tidak pernah menggunakan filler. Mari kita tamatkan (khabar angin itu) di sini.
Ads
“Saya tidak mempunyai isu dengan penggunaan filler. Tetapi ia bukanlah untuk saya,” kata Bella yang berdarah keturunan Belanda-Palestin.
Selain itu, Bella juga menafikan dia pernah menjalani prosedur pembedahan plastik lain seperti ‘eyes lifting’. Sebaliknya, dia berkongsi rahsia menggunakan pita wajah atau face tape sebagai punca wajahnya mampu tegang seperti sekarang.
Bella Hadid (kanan) bersama kakaknya, Gigi.
Bella turut bercerita secara ringkas tentang tekanan yang dirasainya kerana perlu hidup di bawah bayangan kakaknya yang terlebih dahulu mencipta nama dan populariti sebagai model terkenal generasi baharu, Gigi Hadid. Bella tidak terlepas daripada perasaan ‘insecure’ kerana selalu merasakan dirinya tidak sesempurna Gigi.
“Saya adik perempuan yang hodoh. Rambut saya coklat, tidak cool seperti Gigi. Itu yang orang cakap tentang saya. Malangnya, saya mempercayai kata-kata tersebut.”
Ads
Apapun, ramai masih menggemari Bella dan berpendapat dia serta ibunya, Yolanda Hadid tidak perlu pun untuk berbohong dan mengaku saja Bella pernah menjalani prosedur seperti rhinoplasty itu sejak awal lagi.
Untuk pengetahuan, pada tahun 2019 Yolanda pernah mencetuskan kontroversi setelah membalas komen seorang pengguna Instagram yang menuduh Bella melakukan pembedahan plastik. Kata Yolanda, tiada seorang pun anaknya pernah mencucuk filler atau Botox atau apa-apa perkara asing ke dalam badan mereka kerana mereka sudah melihat kesan negatifnya terhadap diri Yolanda sendiri.
Dengan pendedahan Bella ini, ramai warganet tampil kecewa dengan keputusan Yolanda yang membenarkan Bella menjalani pembedahan plastik pada usia semuda 14 tahun dan beranggapan itu bukanlah satu tingkah laku bertanggungjawab oleh seorang ibu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon terkenal tanah air, Hun Haqeem baru-baru ini diminta membayar ganti rugi lebih RM600,000 susulan isu pelanggaran kontrak bersama syarikat Metrowealth International Group (MIG) pada 2021.
Kenyataan tersebut dimaklumkan Pengarah Urusan MIG, David Teo yang baru menerima keputusan daripada Mahkamah Rayuan pada 27 November lalu.
“Mahkamah membenarkan rayuan daripada pihak kami dan dia (Hun) diminta untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 613,950 dengan syarat kami tampilkan bukti-bukti kos kerugian.
“Dia juga diminta untuk bayar kembali wang berjumlah RM 30, 240 iaitu bayaran tunggakan kepadanya yang pernah kami bayar sebelum ini,” katanya kepada sumber.
Sebelum ini, David memaklumkan bahawa Mahkamah Shah Alam pada awalnya memutuskan kes ini selesai tanpa menang atau kalah, namun, pihaknya membuat rayuan.
Hun yang setakat ini baru membayar separuh daripada jumlah pertama, menamatkan kontrak pada 2021 dan masih berbaki lebih kurang dua tahun.
Sementara itu, David bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menganggap pelakon Kampung People itu melupakan asal usulnya yang memulakan karier bersama MIG.
“Dia sudah tanda tangan kontrak, jadi dia tetap salah. Dia keluar pun ketika namanya sedang meningkat. Bagai kacang lupakan kulit.
“Ketika itu banyak tawaran kerja termasuk menjadi duta tetapi dia menolak.
“Disebabkan itu kami alami kerugian. Nilai tersebut akan kami kira semula untuk dihantar ke mahkamah,” jelasnya lagi.
Menurut KOSMO, David turut memaklumkan bahawa Hun sudah menjelaskan bayaran separuh daripada jumlah RM30,240.
Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan Hun sudah angkat kaki dari MIG sejak Januari 2021 dan menguruskan diri tanpa bergantung pada mana-mana syarikat.
Namun sehingga kini, tiada pengesahan mengenai alasan jejaka berusia 26 tahun itu keluar dari MIG.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Memperolehi CGPA 4 flat hampir setiap semester, ternyata pengacara dan pelakon berusia 26 tahun ini bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan, Bahkan punya latar belakang pendidikan yang boleh dibanggakan
Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad ada berkongsi foto di laman Instagram miliknya memaparkan keputusan peperiksaan yang cemerlang ketika mengikuti pengajian Asasi Undang-undang di UiTM.
Memperolehi CGPA 4 flat hampir setiap semester, Uyaina merupakan pelajar yang pintar.
Melihat keputusan cemerlang Uyaina, ramai yang berasa kagum dengan kebijaksaan yang dimiliki pengacara tersebut, disifatkan sebagai ‘beauty with brain’. Antara rakan artis yang komen termasuklah penyanyi remaja, Wani Kayrie.
Sebagaimana kita tahu, Wani Kayrie bukan sahaja mempunyai bakat suara yang merdu, malah cemerlang dalam bidang akademik juga dan juga kini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang juga di sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam.
Sepatutnya Bergelar Lawyer Namun…
Bagaimanapun, Uyaina mengakui bahawa rezekinya lebih terarah kepada bidang hiburan dan pengacaraan meskipun mempunyai kelulusan undang-undang dan sepatutnya bergelar peguam.
“Kalau Yana tak jadi tv host & actress, Yana dah jadi lawyer, Yang penting kita suka dengan apa yang kita buat & ikhlas…”
Selain itu ada ramai juga rakan-rakan selebriti lain yang turut berbangga dengan Uyaina.
Untuk info sebenarnya ramai juga selebriti di Malaysia mempunyai latar belakang pendidikan jurusan undang-undang, antaranya Yuna, Datuk Aznil Haji Nawawi, Azwan Ali dan Lisa Surihani.
Memang ‘beauty with brain’ la Uyaina ni, bukan senang ye nak dapat CGPA 4 flat tiap sem lagi-lagi jurusan law. fuh…
Sumber : Instagram Uyaina
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuba bayangkan membeli-belah di dalam stor Sephora yang selalu korang kunjungi. Dan darab keluasan stor tersebut sebanyak 3 kali.
Ya, itulah keluasan stor flagship terbesar Sephora di Malaysia.
Stor yang terletak di Fahrenheit88 Bukit Bintang itu mula dibuka pada hari ini kepada orang ramai dan ia berkeluasan – wait for it – 17,000 kaki persegi. WHOA.
Dengan keluasan semega itu, tentunya ada sesuatu yang baru untuk korang cuba di sini.
Gunakan kiosk interaksi ini untuk menyemak promosi terbaru dan produk yang ingin korang cari.
Sephora sendiri menggelarnya sebagai The Largest Beauty Playground dan ini kerana ia menawarkan beberapa servis terbaru kepada pelanggan.
Antara yang menarik perhatian REMAJA ialah servis Skincredible by Sephora iaitu servis analisis kulit yang menggunakan aplikasi memeriksa kesihatan kulit.
Servis Skincredible by Sephora kini ada di stor Fahrenheit88 dan tak lama lagi di stor KLCC.
Hanya dalam masa 15 minit saja, korang dapat mengetahui apakah kekurangan pada kulit muka dan produk yang paling sesuai untuk dipakai. Dan semua itu adalah percuma!
Selain itu, kami turut teruja dengan kemasukan 8 jenama baharu ke Sephora. 2 jenama yang hanya boleh didapati di stor Fahrenheit88 ialah Drunk Elephant (hello beautiful skin!) dan Tatcha.
6 lagi jenama lain seperti Bobbi Brown, La Mer, SK-II, Sulwhasoo, Aerik dan Maison Margiela akan mula memasuki stor Sephora seluruh negara.
Di aras kedua pula (ya memang besar) Sephora Fahrenheit88 menyediakan beberapa bilik khas untuk pelanggannya.
Terdapat Sephora Lounge jika korang ingin mengadakan acara di sini dan Sephora Beauty Loft yang merupakan lounge peribadi eksklusif pertama seumpamanya di Malaysia.
So, korang dah ready untuk betul-betul rasai beauty shopping sakan? Kunjungi stor Sephora Fahrenheit88 bermula hari ini.