
Jung Eun Ji mencuri perhatian menerusi wataknya dalam Kdrama ‘Miss Night and Day’. Mari kenali lebih dekat menarik tentang Jung Eun Ji, pelakon bersama Choi Jin Hyuk dalam ‘Miss Night and Day.’
ARTIKEL BERKAITAN : 10 Kdrama Genre ‘HEALING’ Dan Rilek, Boleh Tonton Cuti Ini!
Jung Eun Ji ialah pelakon utama wanita yang memegang watak Lee Mi Jin dalam drama Miss Night and Day. Dia juga memainkan watak teman wanita Choi Jin Hyuk dalam siri ini. Eun Ji kemudiannya berjaya menarik perhatian penonton dengan bakat lakonan yang luar biasa.

Tetapi tahukah anda Jung Eun Ji memulakan kerjayanya sebagai idola K-Pop, sebelum menjadi artis? Ya, Eun Ji asalnya seorang penyanyi dengan suara yang merdu.
Berikut fakta menarik Jung Eun Ji:
1. Berusia awal 30 tahun
Berbeza dengan watak yang dipegang dalam ‘Miss Night and Day’ yang dikatakan berlatarkan era 20-an. Umur sebenar Jung Eun Ji ialah awal 30-an. Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1993.

2. Kerjaya Awal Jung Eun Ji
Wanita cantik ini sebelum ini dikenali sebagai penyanyi dan pencipta lagu. Jung Eun Ji terkenal sebagai ahli kumpulan gadis Apink, di mana dia merupakan vokalis utama.
3. Apink memulakan kerjaya pada tahun 2011
Jung Eun-ji memulakan kerjaya sebagai ahli Apink pada tahun 2011. Kumpulan itu cepat mendapat populariti di Korea Selatan dan negara lain dengan lagu-lagu hit mereka seperti “No No No,” “Mr. Chu,” dan “LUV. ”
4. Debut Lakonan Melalui Reply 1997
Jung Eun-ji memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2012 dengan membintangi drama Reply 1997. Lakonannya sebagai Sung Shi-won mendapat pujian meluas dan menjadikannya salah seorang pelakon baharu terbaik di Anugerah Seni Baeksang tahun itu.

5. Drama dan Filem Jung Eun Ji
Selepas kejayaan Reply 1997, Jung Eun-ji terus mengembangkan kerjaya lakonannya. Eun Ji berjaya membintangi drama seperti That Winter, The Wind Blows (2013), Trot Lovers (2014), Sassy Go Go (2015), dan Untouchable (2017), Blind (2021), dan filem seram 0.0 mHz. Selain daripada drama televisyen, Eun-ji juga pernah muncul dalam pelbagai rancangan dan rancangan televisyen.
6. Kerjaya Muzik Solo
Jung Eun Ji memulakan kerjaya muzik solonya dengan mengeluarkan album mini pertamanya Dream pada 2016. Album ini mendapat sambutan positif, dengan lagu utama Hope Sky mencapai puncak carta di Korea Selatan.
Dia terus mengeluarkan muzik solo, termasuk album mini The Space (2017), Hyehwa (2018), dan Simple (2020).

Itulah profil Jung Eun Ji, heroin dalam drama Miss Night and Day ini. Siri yang turut dibintangi Choi Jin Hyuk. Untuk info kdrama “Miss Night And Day” mengisahkan tentang seorang wanita yang mendapati dirinya berada dalam tubuh wanita berusia 50-an setiap kali apabila matahari terbit. Kemudian pada waktu malam, dia kembali dalam badannya yang berusia 20-an.
BACA LAGI : Si Comel Kim Sejeong! Heroin KDrama ‘A Business Proposal’
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“2016 Tahun Saya Bertemu Dengan Lelaki Yang Tidak Pernah Saya Bayangkan Suatu Hari Nanti Akan Jadi Suami Saya” – Mimi Lana
Sedekad lalu, Mimi Lana tidak pernah menyangka pertemuannya dengan seorang lelaki tertentu akan mengubah hidupnya sepenuhnya.
Kini, kisah itu menjadi inspirasi ramai, terutamanya buat mereka yang percaya pada kuasa takdir dan kesabaran dalam menanti cinta sejati.

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon jelita berusia 30 tahun ini berkongsi beberapa keping foto lama yang dirakam sekitar tahun 2016, sekali gus mengimbau kenangan manis yang tidak ternilai.
Apa yang lebih menyentuh hati, tahun tersebut juga menjadi detik awal pertemuannya dengan suaminya, aktor popular Syafiq Kyle. Mimi berkongsi bahawa ketika itu dia tidak pernah membayangkan lelaki itu suatu hari akan menjadi pasangan hidupnya.
“2016 merupakan tahun saya bertemu dengan seorang lelaki yang tidak pernah saya bayangkan suatu hari nanti akan menjadi suami saya.

“Lagu yang sama sering diputarkan berulang kali ketika itu. Begitu banyak perkara telah berubah dan berkembang sepanjang 10 tahun ini. Saya benar-benar bersyukur,” coretnya.
Untuk rekod, Mimi Lana dan Syafiq Kyle kini sah bergelar suami isteri selepas majlis pernikahan mereka berlangsung di Taiping, Perak pada 14 Februari tahun lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rancangan Realiti All Together Now Pertama Di Asia Tenggara, Dengan Barisan 50 Juri Selebriti
Setelah agak lama menyepi daripada menganjurkan sebarang pertandingan nyanyian yang melibatkan penyertaan amatur, Astro kini bakal menganjurkan program All Together Now Malaysia (ATNMY) bermula awal Jun nanti.
Program nyanyian ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa sebarang had umur dan penyertaan terbuka secara solo, duo, trio mahu pun berkumpulan.
Mungkin ramai yang sudah tahu, ATNMY adalah sebuah program adaptasi daripada format reality show antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom. Program realiti ini berjaya menetuskan fenomena luar biasa di luar negara sehingga format tersebut diadaptasi semula di serata dunia termasuklah Australia, Rusia, Turki, Brazil, Denmark dan banyak lagi.
Keunikan utama program ‘ATNMY’ yang dikendalikan oleh Sherry Al Hadad selaku ‘Hos’ ini terletak kepada jumlah bilangan juri profesional dan peserta yang cukup besar melibatkan seramai 50 juri tetap dan hampir 250 jumlah keseluruhan peserta untuk musim pertama.

Walaupun program asal menampilkan 100 orang juri, namun disebabkan situasi pandemik dan mengambil kira SOP serta kapasiti yang dibenarkan, hanya 50 juri selebriti akan diketengahkan berbanding format sebenar. Antara barisan juri selebriti yang terpilih adalah Erra Fazira, Siti Nordiana, Tuju K-Clique, Khai Bahar, Chubb-e, Haniff Era dan ramai lagi.


Selain Sherry Al Hadad yang akan mengendalikan pentas utama selaku ‘Hos’, program ‘ATNMY’ turut membawa masuk gandingan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar bagi memeriahkan musim pertama sebagai ‘Hos’ untuk program kapsul ‘Di Sebalik All Together Now Malaysia’.
Antara peserta yang bakal mewarnai musim pertama termasuklah Zaki Yamani yang merupakan anak kepada legenda negara Jamal Abdillah, Najua P. Ramlee; cucu kepada seniman negara Allahyarham Tan Sri P Ramlee, komposer jingle & personaliti Tik Tok; Ajoi Zainal, penari & influencer; Baelon, penyanyi; Meer Nash, Kumpulan Pancit Sitaya yang memperjuangkan genre irama Malaysia & Dangdut.
Jangan lupa saksikan All Together Now Malaysia yang bakal bersiaran di saluran Astro Ria bermula 6 Jun ini. Juara ‘ATNMY’ musim pertama juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 beserta sebuah trofi.
Siapa bakal bergelar juara? Sama-sama kita saksikan hanya di Astro Ria.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[KUIZ] Ahli iKON Yang Manakah Cocok Dengan Personaliti Kamu?
Yasss! Pada bulan depan iaitu Oktober, kita bakal menerima kunjungan daripada dua buah grup YG Entertainment yang mempunyai kehebatan mereka tersendiri. Dengan konsert anjuran MacpiePro yang bakal dilangsungkan selama dua hari berturut-turut di Stadium Malawati, Shah Alam, ia bakal menjadi salah satu acara K-pop terpenting tahun ini.
BACA: 2-IN-1! Konsert K-pop iKON & Winner Pada Weekend Yang Sama!
Dan salah sebuah grup yang bakal menghiburkan K-poppers semua ialah iKON! REMAJA yakin peminat iKON pasti sudah tidak sabar untuk melihat persembahan mereka di atas pentas, bukan?
Sementara menunggu kunjungan mereka, REMAJA nak ajak kamu semua untuk try kuiz di bawah. Siapa bias kamu dalam grup iKON? Entah-entah personaliti kamu sama dengan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

