Penjagaan kulit wajah sangat penting supaya seseorang individu kelihatan lebih bersih, menarik dan juga segar. Wajah yang tampan ataupun cantik bukan bergantung kepada warna kulit, tetapi lebih kepada kesihatan kulit yang nampak sihat tanpa noda. Cerah, gelap, kuning langsat atau sawo matang, setiap jenis warna kulit ini mempunyai kelebihan sendiri. Betul tak?
Tapi bukan hanya penjagaan kulit, pelan data internet kelajuan tinggi juga penting juga buat remaja zaman sekarang kan?
Servis muka, servis pelan sekali!
Okay ada berita baik untuk korang semua, korang boleh dapatkan SIM Yoodo PERCUMA dengan pembelian Safi skincare bernilai RM15 dalam satu resit di mana-mana cawangan Econsave, Mydin & Guardian.
Ads
Promosi ini adalah kerjasama khas antara Yoodo – syarikat telekomunikasi boleh ubah suai sepenuhnya dan 100% digital pertama di Malaysia – dan Safi, jenama penjagaan kulit Halal yang terkenal dan dipercayai di Malaysia. Korang yang membeli pencuci muka Safi, air micellar atau essences, perhatikan jalur merah salmon yang terdapat pada bungkusan untuk mendapatkan kad SIM Yoodo secara percuma dengan data kelajuan tinggi sebanyak 5GB!
Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo, berkongsi bahawa langkah strategik tersebut memberi peluang kepada setiap pelanggan Safi untuk merasai pengalaman penyesuaian dan sentiasa berhubung dengan Yoodo.
Kami kini menawarkan ketersambungan, fleksibiliti dan kepuasan pelanggan kepada segmen populasi yang lebih luas berbanding sebelum ini, seperti mereka merasai sendiri yang terbaik dalam bidang kecantikan Halal.
Ads
Para pelanggan yang membeli mana-mana produk penjagaan kulit Safi bernilai RM15 dan ke atas dalam satu bil akan menerima kad SIM Yoodo secara percuma. Promosi ini boleh didapati di semua cawangan Mydin bermula hari ini dan juga mulai 1 Februari 2022 di semua cawangan Econsave dan Guardian.
Promosi istimewa daripada Yoodo dan Safi ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2022 di semua cawangan Mydin dan sehingga 20 April 2022 di semua cawangan Econsave dan Guardian di seluruh negara, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.yoodo.com.my/safi/ atau Facebook Safi Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trofi anugerah Academy ataupun Oscars serba emas adalah trofi yang amat diidam-idamkan oleh semua penggiat seni dalam bidang perfileman.
Namun siapa sangka, ramai pula selebriti yang hadir ke karpet merah memilih emas sebagai warna busana mereka pada pagi tadi sambil mempamerkan abs masing-masing.
*Jealous-nya!*
Selain warna emas, warna-warna vibran juga membuat kemunculan dan menceriakan lagi senario di karpet merah pada edisi kali ini.
Wow, wow, wow! Bukan semua lelaki berani untuk menyarungkan sut ‘double-breasted’ serba emas seperti Leslie ini from head to toe.
Malah, kami juga menggemari bagaimana calon kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik ini melengkapkan imej dengan cincin berwarna emas dengan batu permata merah jambu.
.
02
Andra Day
Bring back the 70’s & 90’s!
Dengan gaun berpotongan ala 90-an dengan tata rias dan gaya seperti bintang pop 70-an, Andra tampil chic apabila memadankan gaun emasnya itu dengan clutch berona sama.
Ada yang berpendapat gaun Vera Wang Haute Couture ini lebih bersesuaian dengan acara hiburan yang lebih kasual seperti Anugerah Grammy. Namun bagi kami, jika seseorang selebriti itu selesa dengan apa yang dipakai, dia akan kelihatan seperti golden statue (pun intended).
.
03
Carey Mulligan
Jika ada satu gaun yang mewakili elemen glamor Oscars dan nafas baharu anugerah Oscars oleh generasi sekarang, gaun Valentino Haute Couture ini adalah gaun yang dimaksudkan itu.
Carey jarang sekali mengecewakan di karpet merah dan kali ini, sekali lagi dia mengungguli karpet dengan gabungan bando dan skirt kembang.
Pada pendapat kami, ini adalah gaya paling ‘daring’ pernah kali lihat daripada calon kategori Pelakon Wanita Terbaik bagi filem Promising Young Woman itu.
Pilihan warna kuning vibran oleh pelakon berbakat dan fesyenista ini adalah sesuatu yang berani dan sekali lagi, tidak dijangkakan di karpet merah seperti Anugerah Oscars.
Sekali lagi, gaun jenis cut-out menjadi pilihan selebriti termasuklah Zendaya. Dia melengkapkan gaya gaun Valentino ini dengan aksesori barang kemas daripada Bvlgari yang dilaporkan bernilai USD6 juta!
Biarpun Zendaya hanya hadir sebagai penyampai anugerah setelah dia tidak tercalon bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, namun Zendaya tetap melakukan yang terbaik untuk tampil menarik.
.
05
H.E.R
Setelah memenangi anugerah Grammy bulan Mac lalu, H.E.R sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan apabila dia membawa pulang trofi Oscars pada hari ini menerusi kategori Lagu Original Terbaik di dalam filem Judas & The Black Messiah.
Penyanyi dan fesyenista itu memilih jumpsuit serta selendang telus pandang berwarna biru cobalt.
.
06
Fatima Farheen Mirza
Untuk kali pertama, pasangan pengantin baru Riz Ahmed dan Fatima Farheen Mirza membuat kemunculan bersama untuk kali pertama di kapet merah.
Penulis wanita untuk buku berjudul A Place For Us itu menyarungkan gaun biru firus rekaan Valentino.
Ketika sedang memberikan pose menarik kepada jurukamera, Riz yang juga dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik itu sempat membetulkan rambut Fatima ke belakang lalu dinobatkan oleh warganet sebagai contoh suami terbaik.
Banyak filem seram mengangkat kisah roh yang kemudian cuba membalas dendam kepada pelakunya. Roh-roh ini akan mengganggu dalam pelbagai cara sehinggalah di akhir tayangan, pembunuhnya ditemui mati dalam keadaan menggerikan. Kronologi cerita begini, biasa digunakan oleh pengarah agar penonton dapat merasai kesakitan yang dialami oleh mangsa bunuh.
Dirompak, diseksa, bahkan sesetengahnya menjadi mangsa rogol adalah antara jalan cerita yang sering dipilih dalam filem seram dan thriller. Jasad itu kemudian dibuang ke dalam sungai atau dikebumikan di satu tempat sunyi. Selepas itu, mulailah roh korban ini berkeliaran lalu membalas dendam.
Dalam kita memikirkan dongeng dan rekaan sesebuah filem, ternyata kisah roh mengganggu pembunuhnya benar-benar terjadi di dunia. Lima pembunuh ini membuat pengakuan bersalah kepada polis selepas tidak tahan diganggu.
Mereka bukan saja tidak boleh tidur malam tetapi sering dihantui perasaan bersalah selain didatangi roh mangsa dalam keadaan menyeramkan.
Jadi betullah bagi skrip sesetengah filem seram kerana mereka membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulisnya. Tidaklah seperti sesetengah filem seram tapi ada unsur humor yang mana hantunya dari dulu asyik sama, muka putih melepak, rambut panjang mengurai dan suka duduk celah pokok pisang dan tepi kubur. Hahaha. Seramlah sangat!
Ini lima pembunuh yang membuat pengakuan selepas tidak tahan diganggu oleh roh mangsa bunuh.
Mark Bridger
Mark Bridger menghabiskan hari-harinya dengan minum minuman keras, menonton filem porno dan melihat gambar-gambar tak senonoh. Setelah menghabiskan malam dengan berpesta pada 2012, dia dengan sengaja mengelilingi bandar mencari seorang gadis muda untuk disetubuhi.
Kala itu ia menemukan April Jones, gadis kecil berusia lima tahun. Saat melihat mangsanya, Bridger langsung menarik masuk Jones ke keretanya.
Tak lama setelah kejadian, orangtua Jones mulai khuatir kerana anak gadisnya tak pulang-pulang. Setelah dilakukan penyelidikan, pihak polis akhirnya menangkap Bridger yang didakwa dikaitkan dengan kehilangan gadis malang itu.
Seperti biasa, Bridger tidak mengaku melakukannya. Katanya itu dilanggar secara tidak sengaja dan nampak alasan itu seperti normal kerana dia sedang mabuk ketika itu.
Namun, seorang ahli forensik kemudiannya menemukan sesuatu yang aneh di tubuh gadis kecil itu. Doktor memeriksa ada darah pada kemaluannya. Gadis itu besar kemungkian dirogol sebelum dibunuh.
Setelah terbukti bersalah, Bridger dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Biar sudah dipenjara hidup Bridger tidak tenang. Dia kemudian mengaku kepada rakan selnya yang dia kerap melihat arwah Jones. Gadis itu selalu mendatangi Bridger pada malam hari sekalipun lelaki itu dalam penjara.
Ilustrasi arwah (iStock)
Jose Ferreira, 17 tahun
Remaja ini bertemu dengan Carrie Ann Jopek, 13 tahun dalam satu pesta pada tahun 1982. Bukan saja berkenalan malah hubungan itu bertukar mulai mesra. Suatu ketika, dalam satu pertemuan, Jose mengajak Jopek mengikutnya ke satu ruang bawah tanah.
Saat mereka menuruni tangga, Jose mulai berniat untuk merogolnya dan dia terus menarik Jopek yang enggan mengikutnya. Dia kemudian menyentak tangan gadis ini sehingga Jopek terjatuh di tangga paling bawah.
Ternyata, tengkuknya patah dan mati di situ sahaja. Yakin perbuatannya tidak diketahui orang, Jose melarikan diri selepas menanam mayat gadis itu dibelakang rumah. 17 bulan lamanya, mayat Jopek tidak ditemui sehinggalah jasadnya ditemui tanpa sengaja.
Namun polis ketika itu tidak menemukan sebarang bukti siapa pelakunya. Masa terus berlalu sehingga 30 tahun lamanya. Entah mengapa, Jose membuat pengakuan kepada polis dialah pembunuh itu kerana tidak tahan asyik diganggu selama 30 tahun ini hingga hidupnya langsung tak keruan.
Ilustrasi arwah (iStock)
Ah Fong
Kejadian ini terjadi di Hong Kong pada tahun1999 di mana satu kumpulan gangster menangkap Fan Man Yee yang didakwa berhutang jutaan ringgit dengan mereka.
Diseksa dan didera selama sebulan oleh kumpulan ganas ini, akhirnya Fan Man Yee mati. Tubuhnya dikerat-kerat untuk memudahkan mereka membuang mayatnya. Tapia mat kejam, mayatnya hanya dibuang ke dalam tong sampah.
Seorang dari geng jahat ini mempunyai kekasih muda, Ah Fong berusia 13 tahun yang turut membantu menyeksa Fan.
Ah Fong kerap mengalami mimpi buruk dan sering melihat hantu Fan setiap malam. Awalnya, para anggota geng mengira itu hanyalah cerita khayalan seorang gadis remaja.
Namun, saat anggota geng melihat tempat penyiksaan Fan, mereka menemukan bahagian tubuh lelaki tersebut. Anggota geng tersebut kemudian ditangkap oleh polis setelah Ah Fong bersaksi dan mengakui segala dosa yang dia dan anggota geng lakukan. Hingga akhirnya, mereka dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Ilustrasi arwah (iStock)
John Nkuna
Pada 2002 di Afrika Selatan, John Nkuna bersama dua orang kawannya menculik Bob Ruel Baloyi. Mereka mengikat Baloyi dengan kain dan terus memukulnya. Tidak cukup dengan memukul, mereka turut menyiramnya dengan petrol sebelum membakarnya.
Tubuh Baloyi terbakar teruk dan mati di tempat kejadian. Mayat Baloyi kemudian ditemui oleh seorang pengembala kambing yang menelefon polis memaklumkan penemuan mayat yang sudah hangus ini.
Masa yang sama, Nkuna melarikan diri jauh-jauh. Sekalipun jauh dari polis tetapi hidup dan tidur Nkuna tidak pernah tenteram. Dia dihantui roh Baloyi dalam keadaan menyeramkan.
Setiap malam, dia kerap mendengar suara Baloyi yang berkata, “Beritahu kepada keluargaku, jika kaulah pembunuhku, maka kamu akan dapat tidur tenang. Jika tidak, aku akan terus menghantuimu.”
Nkuna ketakutan dan memutuskan untuk memberi tahu cerita sebenar kepada orang tua Baloyi di mana dia mengaku dialah yang bertanggungjawab di atas semua kesalahannya.
Polis kemudian menangkap Nkuna dan rakannya yang lain yang terlibat dalam kes pembunuhan ini. Dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun karena terbukti bersalah atas pembunuhan Baloyi.
Ilustrasi arwah (iStock)
Daniel French
Pada tahun 2012, Daniel French ingin mendapatkan wang dengan cara yang mudah. Saat itu, melakukan rompakan adalah cara paling mudah. French memutuskan untuk merampak sebuah rumah milik wanita tua yang sudah pencen dari pekerjaan iaitu Barbara Howe berusia 87 tahun.
Dalam rompakan itu, French menghalakan sepucuk pistol ke leher wanita tua ini. Namun tanpa sengaja, dia menepis dan ketika itulah French telah mencekiknya sehingga mati.
Wanita tua itu maut di tangan lelaki ganas ini. French kemudian mengeledah rumah dan mengambil sebentuk cincin berlian.
Kes pembunuhan ini gagal dirungkai oleh polis selama dua tahun. Namun selepas itu, ada bukti-bukti menunjukan French telah membunuh wanita tua ini. Semasa polis menahannya, French membuat pengakuan bersalah.
Kata French, setiap malam, roh Howe datang menggangu tidurnya dan dia sentiasa tidak tenang selain berada dalam ketakutan. Sumber laman Listverse.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum membeli apa-apa produk kecantikan di pasaran, eloklah terlebih dahulu sekiranya korang menyemak bahan apa yang telah digunakan dalam produk tersebut.
Walaupun dilaporkan sudah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun ianya belum menjamin kesahihan yang dinyatakan oleh pihak pengeluar.
Terbaru, KKM menasihatkan orang ramai agar berhenti membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual yang boleh memudaratkan kesihatan.
Foto: Public Health Malaysia
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiga produk berkenaan iaitu Sifu Kunyit Day Cream, Sifu Kunyit Night Cream dan JJ Skincare Glowhite Night Cream, dikesan mengandungi hydroquinone, tretinoin, betamethasone valerate dan merkuri.
Kononnya menggunakan bahan asli kunyit, tetapi rupa-rupanya penuh dengan bahan beracun.
Berikutan daripada itu, notifikasi produk-produk berkenaan sudah pun dibatalkan dan ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.
• Betamethasone valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
• Hydroquinone pula menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
• Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan pula boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
• Merkuri pula dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan malah, ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf, menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Berbaloi ke korang berhabis duit untuk membeli produk yang boleh merosakkan wajah? Sekiranya korang menggunakan 3 produk yang disebut tadi, sila berhenti segera untuk mengelakkan kesan mudarat.
Jangan mudah terpedaya dengan iklan yang mengatakan mereka menjual produk menggunakan bahan asli.
Personaliti media sosial, Andika Putera berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan anak perempuannya, Alisha Puteri yang baru sahaja menjalani pembedahan mata.
Menerusi satu hantaran di TikTok,...