Soal membuang air kecil, orang lelaki sudah terbiasa melakukannya dengan cara berdiri. Banyak kemudahan Ā tandas juga menyediakan toilet bold yang memerlukan lelaki berdiri. Jadi ia bagai sudah menjadi satu kebiasaan kerana tabiat ini dilakukan dari kecil lagi.
Namun Islam itu agama yang sangat indah. Mengatur kehidupan umatnya untuk menuju ke arah kesempurnaan.Ā Salah satu aspek yang amat dititik beratkan dalam agama ialah soal kebersihan terutama ketika bersolat.
Tahukah, kenapa orang lelaki tidak boleh kencing berdiri? Jika sebelum ini, korang dah terbiasa berdiri, sikap itu boleh ditukar dengan mencangkung pula.
Menurut UstazĀ Mohd Khairul Azman Md Daud atau mesra disapa MK Azman, salah satu sebab mengapa Islam tidak menggalakkan umatnya terutama lelaki Ā berdiri adalah kerana pengeluaran air kencing tidak lawas dan keluar sepenuhnya. Ada sisi air yang tertinggal.
āBerbanding dengan perbuatan mencangkungĀ jika dilakukan, air akan keluar sepenuhnya.
Dalam sesetengah kes, baki air kencing ini tadi akan keluar ketika solat sekaligus mengakibatkan solat menjadi tidak sah. Masa yang sama pada pandangan ulama, membuang air kecil secaraĀ berdiri adalah satu perbuatan buruk dan tidak senonoh,ā katanya.
Ads
Menjelaskan lagi soal perbuatan iniĀ secara berdiri berdasarkan hadis yang dicatatkan, kata Ustaz MK Azman, terdapat pelbagai hadis yang menyebut tentangnya.
āCuma hadis yang melarangĀ secara berdiri ini bukanlah hadis yang kuat. Namun secara umumnya Nabi dan para sahabat mengamalkan perbuatan ini secara duduk atau mencangkung.
āUlama assafieyyah berpendapat bahawa makruh i melainkan jika ada keuzuran seperti tidak mampu mencangkung, tempat kencing kotor dikhuatiri mengotori pakaian seperti di tempat pembuangan sampah,ākatanya turut memaklumkan, perbuatan membuang air secaraĀ berdiri pada pandangan ulama adalah perbuatan buruk dan tidak senonoh.
āJika kita hendakĀ berdiri juga, hendaklah dipastikan tiada percikan yang terkena pada pakaian. Pakaian yang terkena percikan ini dianggap bernajis dan tidak boleh dibawa untuk solat. Jika solat dengan pakaian bernajis, solatnya tidak sah. Inilah yang paling penting dan utama sebenarnya,ā katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, dari sudut kesihatan pula, kata Ustaz MK Azman, harus diingatkan bahawa lelaki yang biasa melakukan secara berdiri ini biasanya air yang dikeluarkan tidak tus atau tidak lawas sepenuhnya.
āSisa air masih ada dalan saluran pundi kencing. Apabila berlaku pergerakan dalam solat seperti rukuk dan sujud, pada saat itu, sisa baki air tadi akan mengalir keluar dan terkena pada pakaian solat dan tubuh badan. Ini bermakna seseorang itu sudah berhadas dan solatnya tidak sah.
“Bukan itu saja, sisi-sisa air itu sebenarnya boleh membentuk masalah batu karang yang serius,ā katanya memaklumkan, jikaĀ seseorang itu menyedari ada air kecilnya terkeluar sedikit semasa solat dan dia meneruskan lagi ibadah tersebut makanĀ seorang itu harus sedar dan faham, bahawa ada sahabat Nabi yang diseksa di dalam kubur kerana masalah sisa air ini.
āIsu ini mungkin nampak seperti tiada apa tetapi bersolat dengan keadaan baju kotor terkena air kencing, solatnya tidak sah dan sahabat Nabi pun diseksa dalam kubur kerana mengabaikan soal tersebut.
“Dalam satu hadisĀ riwayat Ibnu Abbas ra, ia berkata,Ā Rasulullah saw. pernah melewati dua buah kuburan, lalu beliau bersabda. Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya.
Ads
“Sebab itulah Islam sangat indah dan tertib. Pakaian solat mesti bersih dan tidak terkena sebarang najis,ā katanya lagi.
Ada juga yang begitu selamba melakukan perbuatan ini di tempat awam..
Semua toilet bold direka untuk lelaki melakukannya dalam keadaan berdiri dan sebaiknya lakukan di dalam tandas bertutup…
Dalam pada itu, Ustaz MK Azman turut memaklumkan, kebanyakan orang Islam tidak kisah di mana perbuatan ini dilakukan dan cara bagaimana ia dilakukan.
āRamai yang gemarĀ berdiri sebab ia cepat, tak perlu nak buka seluar. Sedangkan apabila berdiri, kemaluannya dicuci tak sempurna. Air yang digunakan untuk membersihkan kemaluan amat sedikit kerana khuatir terkena pada pakaian.
āJika pun berdehem ia masih tidak mampu mengeluarkan sisa airĀ dalam kemaluan melainkan perbuatan ini dilakukan secara duduk mencangkung,ā katanya yang memberi nasihat agar golongan lelaki untuk duduk mencangkung kerana ia lebih indah dan baik dari sudut kesihatan orang lelaki sendiri.
So guys, kalau sebelum ini korang biasa berdiri, apa kata lepas ini ubah-ubahlah ya sikap tu. Bukan saja baik untuk kesihatan tetapi mampu menjaga solat kita juga kerana pakaian sentiasa bersih dan tidak najis.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua orang mahu tampil sempurna tatkala memasuki pertandingan ratu cantik, apatahlagi sebuah pertandingan berprestij seperti Miss Universe. Tidak kiralah sama ada peserta itu tinggi, rendah, kurus ataupun gempal, penampilan dari hujung rambut ke hujung kaki pasti sempurna.
Berbeza dengan wanita yang dilahirkan di Cincinnati, Ohio ini yang kini menetap di Stamford, Connecticut. Renee Felicity muncul di pentas akhir pertandingan Miss Conecticut USA 2021 dengan keadaan kulit kepalanya bercapuk botak disebabkan penyakit Alopecia yang dihidapinya.
Alopecia berlaku apabila sistem imun seseorang menyerang folikel rambut yang menyebabkan kebotakan bertompok terjadi. Menurut wanita cantik ini, dia mula menyedari masalah yang dihadapinya pada tahun 2018 apabila melihat gumpalan rambut gugur dengan banyak ketika mandi.
Dalam temubual bersama The Avenue Mag, dia berkongsi, āSebagai wanita rambut adalah mahkota yang sangat berharga, dan ketika membesar ramai yang memuji rambut saya yang lebat dan hitam berkilat. Untuk memiliki masalah ini membuatkan saya terkejut dan keliru. Ketika itu saya bingung kerana saya tidak pernah mengetahui tentang penyakit ini.ā
Dia akui yang kerjayanya sebagai seorang model terjejas selepas menghidapi penyakit ini kerana tidak menepati standard kecantikan yang ditetapkan di dalam industri. Namun begitu perkara ini tidak melemahkan semangatnya. Setelah dia berhubung dengan komuniti National Alopecia Areata Foundation, sedikit demi sedikit dia memahami perubahan yang berlaku dan membina keyakinan diri.
Walaupun tidak berjaya memenangi gelaran Miss Connecticut USA yang akan bertanding di dalam pertandingan Miss USA Universe, kehadirannya di pentas tersebut memberi impak. Atas sebab mesej yang disampaikan, wanita berketurunan Filipina-Amerika ini diberikan anugerah istimewa.
Kecoh sebentar dunia media sosial di Malaysia selepas seorang pereka fesyen dari Belanda melontarkan komen terhadap pemakaian tradisional Baju Kurung yang semakin ādilupakanā telah menerima kecaman dari pelbagai sudut terutamanya di kalangan pengguna net wanita.
Komen tersebut telah dikeluarkan oleh Lisette Scheers yang juga merupakan pengasas jenama Nala Designs di Malaysia kepada rakan media di South China Morning Post pada hari Jumaat lalu.
Pengasas Nala Design Lisette Scheers. Sumber Foto: NSTP.
Dalam artikel yang ditulis oleh Thomas Bird itu, Lisette membandingkan budaya di Kuala Lumpur pada era 1970-an kepada gaya hidup masyarakat pada hari ini dan berharap dapat āmengajak orang ramai menghormati (budaya) yang kita adaā dan adalah āmenjadi impiannya untuk melihat baju kurung kembali dipakai oleh (wanita di sini)ā.
Mungkin niat Lisette itu baik, namun komen tersebut tidak dihargai oleh warga net yang menganggap Lisette harus keluar dari ākepompong expatriateā di Bangsar atau Mont Kiara dan melihat orang Malaysia memakai baju kurung dalam kehidupan seharian.
Kira kena backfired lah ni..
*
Sebenarnya, ramai saja yang masih bangga menyarung pakaian tradisional ketika keluar rumah. Mungkin bukan pada setiap hari dan apa yang kita pakai haruslah bersesuaian dengan aktiviti pada hari tersebut.
Namun, kita BELUM lagi pada tahap āmelupakanā tradisi pakaian tradisional dan ramai saja pereka fesyen yang masih mengeluarkan pakaian tradisional seperti baju kurung yang membuatkan pemakai kelihatan moden. Tak percaya, cuba lihat:
Seperti biasa, Nurita cukup pantas dalam menetapkan trend dan stail yang akan hangat diperkatakan pada setiap tahun dengan sentuhan romantik dan feminin pada rekaan baju kurung moden. [FOTO] āEloiseā & ‘Juniper’ dari koleksi Lebaran Luxe 2021.
Alia Bastamam KL ialah jenama yang aktif memberikan inspirasi kepada pembeli koleksi mereka mengenai cara terbaik menyuai padan baju kurung dan baju kebaya moden yang mereka perkenalkan dengan aksesori sesuai. [FOTO] Dari koleksi Alia Horizons untuk acara KLFWRTW Digital 2020
Talk about diversity & inclusivity. Syomirizwa Gupta merupakan pereka fesyen yang sentiasa meraikan budaya di Malaysia dengan menyediakan koleksi khas bukan hanya semasa perayaan Aidilfitri malahan pada musim Tahun Baru Cina.
Jangan kita lupa pula sentuhan budaya masyarakat India yang diterapkan Syomir untuk busana filem pendek Kugusaran oleh Syomirizwa; khas untuk acara KLFWRTW Digital 2020. [FOTO] Koleksi Eid Luxe 2020 & The Cheongsam Resort Collection.
Meskipun Rico melancarkan koleksi ICCO Bucket Bag terbaru pada 27 November lalu, modelnya masih dilihat menyarungkan baju kurung moden!
Satu perkara yang penulis sentiasa gemari mengenai rekaan baju kurung dari Rico Rinaldi adalah keinginannya mengajak pemakai untuk berani menyarungkan rekaan cetakan dan pelbagai potongan. Yang penting, koleksi dari Rico Rinaldi sentiasa menjamin keselesaan. [FOTO] Raya 2020
*
Justeru, pemakaian baju kurung atau pakaian tradisional lain tidak harus dipandang sebagai āpakaian kampungā lagi. Ia jelas sesuai disarung ke mana saja asalkan bersesuaian dengan aktiviti yang kita lakukan.
Iyalah, takkanlah nak jogging dengan memakai baju kurung? Tak gitu..
Apapun, Lisette menerusi akaun Instagram Nala Designs telahpun memuat naik permohonan maaf sekiranya ada yang tersalah faham dengan apa yang dimaksudkannya dalam artikel tersebut.
Tentu kita biasa mendengar ābebelanā dari mak ayah yang mengatakan tidak elok mandi malam kerana angin masuk dalam badan selain boleh mengakibatkan paru-paru berair.
Sekian lama mempercayai pandangan orang tua terdahulu, tetapi nampaknya pandangan itu tidak tepat dari sudut perubatan kerana ia hanyalah mitos dan tidak sama sekali akan mengakibatkan individu yang mandi malam akan terkena paru-paru berair. Sebaliknya menurut Doktor Rafidah Abdullah, seorang pakar perubatan menulis, seandainya mandi dan kemudian berehat, tidur akan jadi lebih nyenyak.
Jelasnya lagi, mandi malam bukan penyebab kepada paru-paru berair. Baca perkongsiannya mengenai mandi malam yang boleh mengakibatkan paru-paru berair seperti dikongsinya di fb miliknya.
Soalan biasa:
āDoktor mandi malam penyebab paru-paru berair ke?ā
Tidak.
Tolong lah hapuskan mitos itu.
Saya pun suka mandi malam-malam: nyenyak tidur
āHabis itu apakah penyebab paru-paru berair?ā
Rasa dah sampai masanya saya ābreak the bubbleā. Saya tidak suka istilah paru-paru berair. Cuba kita majukan sedikit minda kita dan beritahu saya apa yang anda maksudnya paru-paru berair itu. Rakan saya ada jelaskan 3 makna (atau deskripsi) utama: radang, oedema atau effusion.Berbeza bergantung kepada lokasi dimana air itu berada: rongga/ruang yang mana.
Kalau jumpa Doktor, tanya yang mana satu. āParu-paru berairā sahaja tak cukup untuk kami fahami. Dan jika orang saja sebut itu sebab tak bagi mandi malam; cuba anda tanya diagnosa 1, 2 atau 3 yang dimaksudkan itu? Ketiga-tiga mempunyai fisiologi berlainan. Saya rasa akan senyap orang itu. Senang sikit nak masuk bilik air, mandi malam-malam.
Jom, lengkapkan diri kita dengan lebih ilmu pengetahuanāŗ.
Rafidah Abdullah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...